Thursday, December 27

Escaping Your Past

Alhamdulillah. I started this entry with alhamdulillah because really we owe Allah plentiful, in fact everything we have today, are courtesy from Him, be it we are dealing with difficulties or we are enjoying our success after much hard works and pengorbanan we did.

What we are today are pretty much what we did yesterday, what we will be tomorrow is what we're doing at this very moment. This resort to the fact that we are related to our past. Now, not everyone ada a good track record in their life, just take a look at our posts in Facebook and Twitter, and try classifying them to the two; one that can bring you closer to jannah, and one that does nothing (nothing meaning buang masa and buang masa is rugi and rugi is not safe from hellfire).

Some of us ada yang dulu pernah bercouple and we once are proud of it, not knowing how wrong it is (those yang tengah dalam couple ni maybe tak rasa yet) but the kegelisahan and keresahan yang kita lalui hari-hari tu (although we are happy when being with him/her, kadang-kadang, banyak masa bergaduh je) are kind of indications that we're not doing the right thing.

Allah said, "only in remembering Him that we attain peace." If we are doing things yang against His will, memang we'll never attain serenity in our life.

Kebahagiaan yang plastik? Yes of course, macam those people yg try to escape from their problems by drinking and clubbing, do they look happy enjoying themselves at that moment? Yes they certainly do, but berapa lama can it last, a night at most. Pagi esok tu they are filled, yet again, with bertubi-tubi masalah.

Or those yang go and watch movies at times of stresss. or shopping, or sleeping, terus menerus tidur sebab tak nak fikir masalah hidup dia. Diorang maybe tak perasan yang diorang tengah cuba escape from the problems or tests yang they are dealing with. People call it escapism. I call it, cuba menjadi pelarian.

Serius hidup ini memang akan penuh dengan masalah, of course it is, or else it wont be called life. Life is indeed nothing but a test kan? Try masa hari peperiksaan, masuk dewan peperiksaan tanpa ada kertas periksa/kertas soalan, tak ke pelik? So maybe we freak out kadang-kadang tu when we are being thrown at problems after problems yang we saw no way out and it seemed never-ending. Need not to worry as everyone is facing the same challenges as you are facing, cuma lain-lain cara and bentuk je.

Allah cakap in His love letters, "yang menjadikan hidup dan mati untuk mengetest sapa di antara kamu yang terbaik amalannya."

Tell you what, I used to think that, masa kecik-kecik la, "why laaa this problem is happening to me?" Kan best jadi that guy, or jadi orang yg besar, tengok happy je, takde masalah pun. It's really a matter of faith in my opinion. In the end it's a question of how strong is your faith, your penggantungan dekat Allah.

Past is past and we have no chance whatsoever to change it. Orang kata, "semalam itu benda yang paling jauh dari kita, walaupun ianya semalam." Now what matters are what do we do with it.

Seorang pendosa yang hebat, yang berbuat banyak maksiat, peluangnya sebenarnya sangat besar untuk ke syurga, ia cuma perlukan taubat yang hebat. Macam cerita lelaki yang bunuh 99 orang. (Kalau tak tau, google.)

We can always turn on new leaf, no matter how dirty it is, Allah can easily wipe it out, macam bila kita terlupa save lepas dah tulis panjang2, or dah type message panjang2, tak terhantar, or tertekan benda lain, zuppp padam semua, jadi kertas putih/blank page balik. (oh serius tension kan camtu? but in life ni, it's possible when Allah is with us.)

Now let's all start a new day, being aware that we are prone to making mistakes, but that's okay as long as we're aware of it, and let's all be humble knowing that we can never escape from sinning, and tiap tiap hari berdoa Allah ampunkan kita for when we sin, it's not Allah yang kita sakiti rather it's ourself.

Hint: Allah turun ke langit bumi tiap-tiap malam tahu tak? Masa sepertiga terakhir malam cari siapa yang mohon keampunanNya. Time-time orang tidur nyenyak, kita sacrifice sikit bangun and duduk atas tikar menghadap Dia dengan rasa penuh humble dan berdosa, kita mintak, "Ya Allah, sungguh aku dah menzalimi diriku ini, kalau Kau tak ampuni aku, pastilah aku tergolong golongan yang merugi."

Titis air satu dua (bakul). Biar ia jadi saksi penghalang api neraka dari membakar diri kita.

And that my friend, that's how you truly escape from your past. Wallahua'alam.

Wednesday, December 26

Tips Mencari Calon #1

Antara tips kebahagiaan dlm rumahtangga nanti dalam bab mencari calon isteri bagi si lelaki ialah,

pastikan senyuman bakal isteri anda mampu mencairkan anda.

Nanti bila kita pulang penat dan stress dari kerja, dijemput oleh mama kpd anak2 kita dekat pintu dgn senyumannya, terus relieve stressesssss tu. Tu yg org arab dok kata and dalam quran/doa,

"Rabbana hablana minazwajina wazurriyyatina 'qurrota a'ayun'.."

Tuhan kami kurniakanlah dari isteri2 kami dan zuriyat kami 'qurrota a'ayun'.

Qurrota a'ayun ni something yg soothes the eye, yg menyenangkan mata. Kalau dekat arab dulu, bila diorg balik dari padang pasir, dgn pasir berterbangan, dengan hangat bahangnya, when they reach home, their wives and children were their qurrota a'ayun, if they were lah. If masing2 perangai teruk, tak jadi lah kan?

Sbb tu kite doa macamtu hari2, sebab hidup ni, as we grow older, it'll be tougher.

Kita rasa time spm dlu serius paling susah dah, siang malam struggle, tapi bila masuk matrik, rupanya spm tu kacang je. Matrik laaaagi susah. Then bila masuk Uni, ya Allah T_T menangis2 kadang tu kan nak siapkan assignments, being an archi students, rasa course kita paling susah dah, but then when u step out in the working world, kalau boleh hari2 nak nangis because its even tougher, but ni belum ada wife lagi. Then ada anak 1. Pastu 2 anak. 3 anak. Bukan setakat belanja diorang je kena pk but also their upbringing, their education etc. And when we grow older macam mak2 ayah kita, lagi pening, naak masuk skolah menengah uniform baru beratuih2 ringgit tiap2 taun, nak masuk kolej lagi, nak make sure masa depan kita, kita boleh survive bile depa takdak dah, memang pening, lagi bila sampai bab nak kawinkan kita, apatah lagi kalau anak tu jenis yg liaq sikit, Allah, mana lah nak carikan suami utk depa ni, hat laki yg srupa baloq liat tu, mangkit koi 12 tghari tiap2 hari, tak smayang subuh. Lagi la pusing kpala mak ayah. Mak ayah ada maruah air muka jgk nak ken jaga. Kadang2 mak ayah bukan tak mau letak hantaran murah tapi kos barang dh naik n depa pun tak brapa nak ada duit 1st time nak buat kenduri kawin anak sulong ni, nak impress family besan, nak2 family tu family doktot family professor, kecik tapak tangan ni ha, kadang2 kita kena pikiaq dgn duduk dalam kasut mak ayah kita jugak. Then dah lepaih kawin cucu cicit dh dok ada 4 5 orang, masing2 1st time jaga anak sniri, mak pak jugak hat jenuh turun jagakan cucu, risau tgk jaga tak betui, etc2 sungguh bila kita makinnn tua, makin susah hidup wpun org nampak org yg pencen ni relaxxxx je, kalau ada kawan takpa, kalau kawan smua dah 'pi' tu? Dok mlangut langit kat tangga rumah, anak2 pulak dok kelumpo entah bila nak balik mai mlawat. Bila raya, mak dok buat pulon excited skit, hampa marah, "ish mak behave skit".

Padanlah muka tok nenek kita palingg beseri bila cucu2 dia balik kg.

So, panjang super bebel tadi. Pointnya makin tua hidup makin susah, n makin susah, kita kena ada 'org' utk menyenangkan kita, tak lain tak bukan, pasangan sehidup semati sesyurga kita.

Dan sebab hari2 kita akan tgk muka dia, carilah yg menyenangkan hati kita. Dan sungguh cantik itu subjektif.

Ustaz Alias cite, ade sorang student hensem macho tegap beragama ni pilih seorang ukht yg biasa dari segi rupanya, ustaz alias tanye lebih kurang,

"Dia ni? Banyak lagi yg sesuai dgn nta."

"Ish malu la ustaz nak bagitau,"

"La bagitau je la"

"Gigi dia ustaz."

"GIGI?"

"Bila dia senyum ustaz, gigi dia cantik sgt ustaz."

So, tak perlulah berusaha keras sgt nak melawa memekap dress up itu ini sbb yg natural tu yg kami (or at least saye) cari. U r already beautiful without those stuffs.

(Macamana nak end kan post ni hrmm)

So carilah sape2 yg awok suka agamanya (bukan ilmu agamanya) dan yg menyenangkan hati bila awok pandang dia.

Rasulullah sniri suruh sorang sahabat tu pi tengok calon istri dia.

Tapi jangan tengok lebih2 pulak! Hehe.

Selamat mencari jodoh yg dah ditakdirkan utk anda. :)

Monday, October 22

To Love Is To Express It

I was reminded pagi ni by a small gesture, that to love, we need to express it, saying it out loud, hantar surat, dedicate a song or two, going through hardship to get the things he/she/they need, do the cooking, treat to a meal, tulis comel2 then letak bawah bantal, taruk bunga ros atas katil, tinggalkan nota dekat meja, or scribble on it with pencil, or make a call masa diorang stress, or tengok bulan pastu suruh diorang tengok bulan jugak, ajak jogging sama2, ajak breakfast sama2, ajak sleepover, ajak kepada Allah :), bagi hadiah jam tangan or wallet (ehem, tak beli wallet lagi smenjak hilang haritu :P), tumpangkan naik kereta, hantarkan balik rumah, temankan dia pegi klinik or hospital (either dia sakit or melawat org sakit), semunyik2 masukkan duit dalam wallet dia bila kita tau dia tengah sengkek, melawat dia dekat rumah, ajak panjat bukit tabur lepas tu sembang sampai pagi buta sambil tengok bintang dan matahari terbit, buat skydiving sama2, bagi hadiah bracelet, sing him/her/them a song, ajak tengok cerita/drama/dokumentari feveret dia, lololol dengan dia, listen to his/her/their stories, lukis dia, ajak dia pegi masjid besi solat subuh pastu stay dekat situ mengaji sama2 sambil tunggu matahari naik solat dhuha pastu pergi breakfast, or kalau dekat UK tu tengah2 sejuk tu duduk dalam duvet sama2 mengomel2 dekat dia tak pun dengar dia ngomel2, takpun bagi hadiah kereta idaman dia or kalau tak kereta idaman pun kereta je so that dia boleh drive bila perlu unless dia nak bekepit jugak tak nak drive sniri nak kita hantarkan tiap tiap pagi, pesan kat dia banyak bersabar jangan marah ini semua dugaan dari Allah untuk uji kita, ajak dia travel, mana-mana pun takpe tak payah tempat mahal macam abu dhabi ke dubai ke bali ke etc etc asalkan travel dan time tu kite akan lebih kenal dia dan lagi best kalau pegi tempat yang ada 'sejarah' (sekolah lama ke, tempat kenal dulu ke, tempat fly dulu ke, etc etc), or just duduk dengan dia and do nothing, he/she kadang just perlukan your presence je.

anyway, in expressing your love, the possibilities are endless. :)

let's spread love!

Rasulullah said, "When a man loves his brother he should tell him that he loves him." (Abu Dawud, Tirmidhi)

Of Weekenders' AGM @ Mardi, Serdang

salam all,

alhamdulillah! do u know u guys are all awesome today?

thanks siapa yang bawak makanan. thanks siapa yang bawak peralatan. thanks siapa yang bawak payung dan tikar. thanks siapa yang bawak frisbee dan game. thanks siapa yang banyak bersabar. thanks siapa yang main gitar dan nyanyi lagu yang sangat sedap tadi. dan thanks siapa yang bawak hati yang ikhlas. :)

jazakallah khayr for a wonderful day. yang stayback sampai petang tu macam berat je hati nak balik kan? huhu. :)

doakan yg dilantik tu boleh carry out their duty dengan sebaiknya.

"Leadership is not hierarchical, a leader is among the people, not over them."

oh anyway, JK yang dilantik tadi;

presiden: erm..saye, Mohd Hisham Md Mahir (Icam)
naib presiden: Khairul Ridhwan Abd Kadir (K)
secretary general: Che Safra Sulaiman (Cheya)
naib secretary: Syafiqah Abdul Malek (Syafiqah)
bendahari: Encik Shamin (Min/Mentos)

inshaAllah lepas ni akan usahakan untuk register dengan Registry of Society (ROS).

yang akan bawa Weekenders adalah Kenders2 (korang semua), dan macam pesan Prof Abdul Latiff tadi, Thomas Edison dia temui letrik, dan sekarang ni semua orang benefit daripada penemuan dia, bayangkan a world without electricity? Sepatutnya dia dapat tempat yang tinggi dalam jannah, tapi dia buat apa yg dia buat bukan sebab Allah, maka amalannya zero.

kita tak nak tergolong dengan orang yg banyak amalan tapi bila ditimbang bankrap. I pray that Allah forgives and accepts our deeds, walaupun sekecil membawa tissue/mengacau spaghetti. :) amin.

Say NO to Wasted Weekends,
Hisham Mahir
Go Weekenders!

Tuesday, September 25

Nak Pertahan Nabi?



Selalunya orang Islam mesti akan marah dan emosi bila sesuatu yg tak adil berlaku, e.g. filem haritu, kerajaan buat salah, kes zina, buang bayi, ragut (kalau dapat ni konfirm lunyai kena), etc. sebaliknya Allah sebut ciri2 penghuni syurga tu orang yg menelan marahnya. 


Allah utuskan Nabi sebagai rahmatan lil'alamin. Nabi walaupun orang tua Yahudi yang buta tu kutuk sampai bersembur2 makanan depan
 Nabi, Nabi keeps his cool and he didn't feel offended at all, 'sungguh, mereka tak mengetahui'. adakah kita yang tahu ni berhak marah orang yg tak tahu? ataupun kita sepatutnya mengajar/menerangkan/menjawab dengan penuh hikmah? seperti yang Nabi s.a.w buat, ia terus memberi makan pada orang tua itu sehingga lah Nabi wafat, sampai Abu Bakar r.a mengganti baginda, dan bila si Yahudi yang mencerca mencemuh Nabi tu tahu yang Nabi s.a.w yg sudah wafat tu lah yg memberinya makan tiap2 hari tanpa jemu, dia memeluk Islam.

'la taghdob' 3 kali Nabi ulang pada seorang sahabat yang bertanyakan nasihat padanya. mungkin si penanya tersebut is seseorang yg kuat marah sampai Nabi ulang 3 kali. ataupun memang manusia ni cepat marah, esp mereka yg dipihak betul sehingga kan Nabi ulang 3 kali dalam hadis tu untuk peringatan kita, tapi kita tak mau dengaq cakap Nabi.

Nak pertahan Nabi tapi tak nak dengar apa yang Nabi cakap. Hehe. Pelik punya manusia.

Monday, February 6

Tukar Pakai Cop Haram Boleh?

Saya rasa macam nak cadangkan kepada Jakim supaya berhenti keluarkan cop halal, instead keluarkan cop haram. Sebab, ia sesangaaaaaatlah menyusahkan umat Islam. Semua makanan halal kecuali yang diharamkan which is very few, and yes I know banyak concern parts of this non halal things dimasukkan dalam proses nak buat sesuatu produk, contoh macam cheese yang ada rennet tu. So xpelah, labellah cheese tu as haram, and cheese yang halal lain biarlah tak bercop, senang orang nak beli. Ni tak, timbulkan doubts over people yang memang dari dulu tak pernah nak amik concern pasal makanan sangat, tiba tiba timbul isu ni haram ni haram ni haram and so on, sampai buat setengah orang tak makan dah ayam, or even tak makan langsung cheese, and kata the restauranteers yang guna cheese suma haram and it goes on. Boleh tak, cop haramkan apa yang haram sahaja? Kan Allah sendiri cakap, semua benda atas dunia ni halal, kecuali yang diharamkan few things, so cop je lah apa yang haram, Islam sepatutnya mudah, dan in my opinion, situasi sekarang sangat menyusahkan dan membingungkan umat Islam.

Sunday, February 5

Have No Fear

Dont be dejected if you failed or rejected, you should be elated to know that you're elected among those who is tested, subjected to the way you responded.

The Provider will never turn The Heart Crusher unless the pesimist in you win the battle of emotion and be among those who question why this notion happens maybe its for your reflection because you're just falling apart in slow motion,

and blessed is he who turn to His Lord and ask for His Guidance, at times of ease and peace or in need or in deep rooted hole of trouble, for this life is surely nothing, but a test for you, and me.

So be pleased with whatever things that come our way because we'll see it through like sunshine will surely comes after rain and aint no shame to cry in pain because we are human, not some robots or dolls or mannequins, we have feelings and feeling is to be expressed and what better way than to perform the night solah and spurt everything to The Best Listener and The One that is in control for surely everything including our heart and soul is in His control.

So have no fear, for Allah is near.

Status FB Panjang #4: Solat Jongkong Emas



Orang selalu cakap, 'bayangkan kalau lepas solat, jatuh emas sejongkong depan kita, mesti semua orang dekat dunia ni solat'. Memanglah, sebab Allah nak uji manusia, kita solat sebab apa, kalau dapat jongkong emas baru nak solat, memanglah dah tau manusia solat sebab apa. Cumanya Allah nak tengok manusia mana yg solat dan percaya janjiNya itu benar. dan sungguh pahala itu benar, syurga itu benar, dan jongkong emas itu?

P.s. beruntunglah manusia yg menyembah Tuhannya tanpa melihatNya. Memang kita takkan pernah nampak Dia hayat ni, tapi sebab keutuhan iman kita pada yg ghaib itu, inshaAllah kita akan dapat lihat Pencipta kita. dan Nabi Muhammad s.a.w.

P.s.s. haish hisham ni cakap besaq macamlah konfirm dah masuk syurga and dapat syurga tertinggi? akak, abang, pakcik mokcik, Allah kan seperti apa sangkaan kita, kalu kita dok sokmo pikir, hmm dok layak le aku ke syurga, nerake je lah, dosa btimbun2 macam hutang kad kredit ni ha yg tak terbayar2 lame dah, cuba kita pk positip sikit cik Jah? Nak ke masuk neraka? Tok sir kan? So, berharaplah, dan impikanlah dan takutlah kita tak dapat bertemu nikmat terbesar bagi seorang hamba, iaitu bertemu Allah dan kekasihNya S.A.W.

Friday, February 3

Lampiasan : Masjid

Hari ni rasa macam nak melampiaskan kesedihan yang tak terkata, I just got back from work and singgah this masjid for Isya prayer, and partly nak tenangkan hati yang tengah gusar musar ni. So after Isha, I sat down and took out a Quran from the shelves and start reciting it lowly to almost whispering. I just got to the 2nd ayah and the ayah is quite long, so I read halfway and poof, the prayer hall dimmed as main lights were turned off, and I was like.... and there's still some jemaah prayer (those who missed the jemaah with the imam) I guess budak budak usrah cause they're four of them and were quite young. and there's one african guy whos praying the ba'adiah prayer, and after that he tried to read some ayah from the Quran and was told by the pakchicks that 'after isha, close'. Man, I hurriedly try to keluar through the main entrance and I found out it was locked so kena pusing all the way around to keluar, and I was not pissed, cuma it's the reality of the masjids nowadays. A place where one can release their tensions sume2 ended up jadi tempat yg diguna 5 kali sehari je.

It's saddening but tu la, tak tarbiyyah manusia, banyak pencuri perompak etc, and banyak orang desperate for money sampai terpaksa pecah tabung masjid and all pushed te masjid to tutup kedai early. How I wish I can live in a day where we can lepak2 at masjid while ade orang berceramah and having different classes around the big area of masjid and some makcik were chit chattin about their life ahd having their halaqah. And kids? Yes they are alowed in the masjid, and tey were runnin around happily and when the time comea for everyone to go home, they'll be like, "alaaaa, tak nak balik papa.." How nice kan? Well, we've got works to do kalau nak macamtu, seating around wont change anything. Work work work.

Banyak Pahala Icam...

"Banyak pahala icam...", kata mama tadi masa aku sampai rumah dalam keadaan kepenatan pulang dari office.

"Kenapa?", Aisyh, adikku bertanya kekuriesan.

"Sebab tiap kali sebelum pergi kerja and balik, dia salam and cium mama."

........

T__________T 


(tipulah kalau kata tak nangis and terasa and teremang bulu roma dengar tadi, kata syurga di bawah tapak kaki ibu dan redha Allah itu redha ibu bapa kita, apa lagi yang kita nak bila ibu redha kita?)

Thursday, February 2

Dear Girls...

'Dear girls, if a guy pauses a video game after hearing azan just to pray, marry him!'

Sorry I dont quite agree with this. It's not sweet at all. I'd rather say,

'Dear girls, if a guy still play video games at age yang dah sesuai nak kawin ni, don't marry him, chances are you'll be forever alone juggling your anak and kain baju and sudip and mop while your hubby is playing his favourite games, and if he stops for azan to go pray, he'll continue playing games after that. Hikhik. Come on guys, games are for children, grow up, we got so many responsibilities to take care of'

Sunday, January 29

Of Weekenders Club



"Man, buat ape weekend hari tu?", tanya Joey. "Hmm, tah la tak buat pa pa pun, dok rumah melangut tengok tv dengan marathon movie ja".

Ni conversation aku dengan member seofis haritu. Apparently, manusia sekarang tak buat apa apa sangat masa weekend. Ye lah, dah penat kerja seminggu, weekend nak rilek la kan. Alih alih tak buat apa pun, bangun lewat, perut lapa pi cari makan, tengok tv, tibe2 dah malam, tengok bola, makan, Fb Fb Fb Fb, tido, ulang benda sama esok tu, cuma tambah keluar dengan member2.

Padahal umat kat luar tengah menangis dan merana.

Disebabkan itu, aku berinisiatif untuk tubuhkan kelab Weekenders ni, dengan impian it will be a cause untuk umat manusia tak menyia-nyiakan lagi weekend mereka dan isi dengan aktiviti berfaedah. Kamu semua punya kekuatan dan kelebihan dan kreativiti untuk menyumbang untuk masyarakat.

Antara aktiviti yang nak dibuat;

Kalau ada antara ahli kelab yang sangat terer tentang kereta dan motor, kita boleh meet up pagi2 dekat mana mana taman tasik, lepastu pergi breakfast sekali, lepastu semua bukak hood kereta masing masing, and orang yang pandai tadi tu boleh ajar basic basic kereta and cerita scenario scenario yang break down yang standard and macamana nak buat so that bila kereta kita rosak or kereta orang len rosak kat tengah jalan kita boleh tolong sikit2, takdela reti bawak je kan and bermanfaat lah sikit dekat orang len.

Then mungkin kita boleh arrange nak panjat bukit broga time subuh, menikmati mentari pagi, then turun kita cari sungai, kita mandi n bbq sama2, lagi best kalu kita arrange dengan mana mana sekolah or pertubuhan anak yatim or orang yang susah ke untuk join kita sekali kan? Sharing is caring. :)

Next weekend tu, kita belajar memasak! Yeay! Lepastu kita pergi pusing2 bandar KL ke cari orang yang homeless kita bagi dia makan makanan yang kita masak tu. ;) Takpun kita tubuh unit untuk identify rumah rumah miskin area kita, kita pergi rumah dia buat havoc sket, tolong kemas rumah, baiki apa yang patut, masakkan basically kita kendurikan rumah dia, and maybe that can put a smile back to their face knowing that ada lagi yang masih ada hati.

Weekend lepas tu, kita boleh visit rumah rumah anak yatim! Sungguh orang yang baik ialah orang yang baik pada anak yatim. Kita visit diorang, cheer them up, masakkan untuk diorang, ajak tengok movie on projektor movie yg bagi kekuatan and dorongan, and probably mainkan musik n nyanyi utk diorang, sape2 yang pandai nyanyi and bermusik. And maybe jugak for those yang pandai musik kan, kita boleh basking dekat pasar malam or pasar seni sambil tayangkan apa yang kita 'Weekenders' buat and ask them to support, ni borang needed, just presence.

Then hujung bulan kita gather gather, kita buat makan makan and get to know each other and share apa yang kita dah buat, oh I imagine we have cawangan2 dekat banyak banyak tempat dekat Malaysia and we do this with our own money so that kita puas hati dengan apa yang kita buat.

Minat ke? Registrationnya ialah like Fb Page 'Weekenders Club' and boleh join group 'Weekenders Club' jugak and registration fee ialah anda akan dapat baju 'Weekenders Club' yang free untyuk dipakai bila ada program.

Siapa yang nak join cause ni, boleh lah nak pm dekat fb ke, nak reply kat comment ke, or post dekat page or group ke and basically we can do anything we want and 'Say NO! to Weekend yang Sia-sia'.



p.s. : I need both orang yang nak join bila ada aktiviti dan juga orang yang nak support cause ini (i.e. untuk jadi comittee yang nak run the programs. Dari lain-lain kawasan from around Malaysia or even students oversea pun is welcomed.)

p.s.s. : Feel free to share and invite others!! ^_^

Saturday, January 28

Dosa Yang Tak Tertinggalkan

Korang ade tak dosa yang masih tak mampu tertinggalkan? (directnya, takde bahasa bunga bunga sikit ke bang Hisham(amboi, 'bang' tu. hehe). Ntah le, kalau terasa nak berbunga berrhythm kejap lagi ade la tu, tapi saje nak mula on a serious note, sebab ianya serius. (muka serius)

Dosa yang korang sembunyi dari manusia, bukan sebab korang tak rasa Allah nampak, tapi sebab korang masih struggle untuk tinggalkan dan dosa tu dosa yang korang tak pernah bangga dengannya, dan tiap kali terbuat, korang akan menyesal seribu daya, dan memohon seratus ribu ampun dariNya, dan beribu juta kali dah korang berjanji dengan diri sendiri tak nak mengulanginya, tapi.. masih jugak terbuat, baru je tadi. (haihhhhhhh)

Mungkin susah nak berhenti mengumpat sebab dah jadi amalan semenjak di sekolah dulu, atau susah menjaga pandangan apatah lagi bila economy crash masih tak pulih pulih so tak cukup duit nak tutup apa yang sepatutnya, atau mungkin ada minat pelik yang bertentangan syariat sebab dulu sumpah tak tau benda tu berdosa, baru je tau, 2 tahun lepas. Ataupun korang benci mak bapak korang sebab diorang tak jaga korang elok elok dulu dan korang sentiasa cuba untuk senangkan hati diorang tapi tiap kali tatap muka je terus rasa benci, or maybe habit kot, marah orang tak tentu hala, or mengadu domba tak kena cara, or jeles and dengki orang lebih dari kita, mungkin jugak susah nak bersangka baik apatah lagi bila orang tu orang Umno, memang sume blame dekat dia, dan mungkin juga dosa dosa yang malu aku nak sebut dekat sini.

Aku juga ada, bukan nak bangga tapi we're all in this together, aku takkan letak titik noktah pada usaha, dan aku yakin kita semua di landasan yang sama. Berperang dengan nafsu yang bermaharajalela dalam diri, dengah nafsu yang ego tak nak tunduk pada Ilahi, dan dengan syaitah yang tak sudah sudah meracuni hati.

Anyway, pernah dengar cerita tentang sahabat Nabi bernama Abu Mahjan? Kalau pernah buat2 macam tak pernah dengar and buat2 macam surprise sikit la bila baca ye?

Abu Mahjan ni seorang sahabat Nabi yang pemabuk, ye walaupun dah diharamkan dia masih tak mampu tinggalkan, dan dia pernah disebat ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan juga Umar, kerna mabuknya itu.

Tersebut kisah ketika perang Qadisiyyah, Saad Ibn Waqqas yg menjadi panglima perang ketika itu melawat khemah2 kaum muslimin malam sebelum perang dan didapati semua sedang khusyu' bertahajjud kecuali Abu Mahjan yang dijumpai mabuk, lalu diikat Abu Mahjan dengan rantai kerana tidak ingin Abu Mahjan menyertai perang itu, atas sebab dia mabuk.

Tiba pagi waktu peperangan itu, Abu Mahjan melihat tentera muslimin sedang stuck dan agak goyah menghadapi tentera Rome, lalu dimintanya kepada isteri Saad untuk dibuka ikatan itu supaya dia dapat ikut serta peperangan dan berjanji akan mengikat semula dirinya apabila tamat perang, apabia isteri Saad turn his permintaan down, dia menggelupur ingin keluar juga dari ikatan dan dia kata, 'wallahi, jika kau lepaskan ikatan ini, aku pasti tidak akan mendekati penjual arak lagi. sungguh Allah mempunyai janji dan ini janjiku'.

Isteri Saad yang terkesima mendengar kata Abu Mahjan itu, melepaskan ikatan dan Abu Mahjan menutup mukanya dan menunggang kuda bukan kepunyaannya dan pedang bukan kepunyaannya agar tiada yang dapat mengecamnya bika dia turun ke medan perang nanti.

Allahuakbar! Abu Mahjan bertakbir dari atas gunung dan meluru turun sambil membelah lautan tentera dan musuh musuh dicantas dengan banyaknya, melihatkan kejadian itu para muslimin menjadi bertambah semangat dan semakin mara dan kuat, Abu Mahjan terus membelah lautan musuh sehingga sampai ke Panglima Rome dan dicantas kepala panglima itu, kemudian ia berpatah balik sambil mengayun pedang dan terus kembali ke tempat ikatannya, sementara Rome kucar kacir kerana panglima mereka dah tumbang, Muslimin terus mara dan menemui kemenangan sesudah mereka menemui kebuntuan dan hampir kalah. Abu Mahjan mengikat kembali dirinya dan sekembalinya Saad dari perang ia terus menemui Abu Mahjan dan berkata, "Siapa yang kau nak tipu tadi? Ingat kami tak kenal suara kau?". Abu Mahjan dilepaskan dari ikatan, dan sungguh sehingga ia menemui mati, ia tidak pernah lagi menyentuh walau setitis arak.

Kadang kita lihat orang yang tidak bertudung, kita pandang enteng mereka, padahal kita tak tahu solat mereka tak pernah tinggal dan God knows how they're struggling to obey perintah Tuhan mereka.

Kadang kita tengok seorang yang tidak pernah berada atas sejadah, apatah lagi di masjid tapi kita tak tahu apa dalam hati mereka, mungkin mereka sangat menginginkan hidayah dan satu hari yang indah Allah bukakan pintu hati mereka dan Allah terima titis air taubat mereka.

Kadang kita begitu senang sekali judge manusia ini baik manusia ini jahat sedangkan siapa kita ini, entah ya hari ini kita beramal dengan amal syurga, mungkin di hari tua nanti kita dipaling dari hidayah Allah, kita beramal amalan neraka, nauzubillah.

Sungguh lebih baiklah kita risau akan dosa kita dari sibuk membincangkan dosa si anu, tugas kita menasihati dan membimbing bukan menghukum mereka itu ini melainkan jika ianya bertepatan syarak. Dosa yang kita bincang di awal tadi, mungkin kita tak dapat tertinggalkan, tapi rahmat Allah siapa tahu, struggle kita hari hari yang manusia tak pernah tahu itu, titis air mata tiap kali terkenang peristiwa itu, sesal dan kesal itu mungkin cukup untuk Allah simpan sebagai bukti taqwa kita padaNya. Dan mungkin satu hari nanti seperti Abu Mahjan, terlepasnya beban yang amat berat yang kita tanggung dan fikir sehari-hari sehingga membotakkan kepala yang dahpun runsing ni.

Usaha dan berdoalah semoga Allah mengampunkan dosa yang tak tertinggalkan ini. Amin. Dan yang terakhirnya, dosa kita bukan sekali kali satu alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan hamba Allah, dan sangatlah loser mereka yang lari dari dakwah akibat malu dengan dosa yang tak tertinggalkan sedangkan mereka tak tahu Allah menyediakan keampunan di sisiNya dan Dia sangat menyukai pentaubat pentaubat.

p.s. saya langsung tak meringankan apa apa dosa yang kita buat ni, cuma harapan itu masih ada dan ia cerah seterang matahari. Fighting!

Wednesday, January 25

Keluhan Pasal Reunion

Kita bila menyeru manusia kepada kebaikan, kadang kita rasa sangat susah kenapalah si Badrul ni tak nak jugak ikut aku pergi solat subuh dekat masjid, kenapalah si Laila Mainora ni tak jugak pakai tudung sekejap cabut sekejap sarung apa yang payah sangat?

Tapi kita terlupa kita ni dulu pun bukan main liat lagi ustaz dok ligan pi semayang subuh dekat surau sekolah dulu, bukan main lagi mulut si Kiah dulu dok mengumpat kakak senior yang bajet alim tu dok tegur dia dye rambut.

Sekarang bila turn kita pulak kena, kita mengeluh seribu bahasa, ah payah lah dakwah dakwah ni, kemain liat manusia manusia ni nak berubah, ni Senah, Leman, daging kambing kalau hang nak masak sedap bagi lembut kena la masak lama, ni hang baru celoq ja dah potpet mulut cengapa lagi, rileks lah der, Nabi dulu dulu kena belah dua, kena buang negara, kena pulau keluarga, kita? alah setakat kena sikit, dah mengidam nak jumpa Baginda?

Sabaqlah, kalau senang berdakwah ni, Allah tak buat eh syurga, dah gheja tak kuat nak dok rumah banglo swimming pool biru muda, niii pi dok rumah papan je la, buat dua tiga tahun dah rasa give up, nu Nuh nu 900 tahun dok pi habaq benda sama hari kat kaumnya, nah keluarga sniri pun tinggai dia.

La ni habaq mai, hangpa buat gheja ni sapa hat bagi menang? Gheja keras hampa ka? Banyaknya hampa membaca ka? Tokoh figura ulama atau tokoh politik ka? Habaq mai sapa?

Kita buat sikit cenonet teruih nak menang no? Tak menang dok salah orang tu orang ni kumpulan tu kumpulan ni, apa sapa hat Tuhan la ni? Biaq pi kat Dia Dia nak bagi menang bila, kita buat sudah, bukan Dia nak cek, hampa bagi menang dak agama Aku atas bumi ni, dakk, Dia nak cek sapa lagi baik amal ni, bukan kira dari jemaah mana, parti mana, kalau hang dok jadi jiran Nabi pun hang korup, neraka jugak hang balik nanti.

Tapi tulah, manusia ni lemah, walaupun dia sempurna, tapi sempurnanya sesempurna kejadian, maka bukannya ia seperti Tuhan yang tak lelah, letih, penat, bosan dsb, maka di situlah gunanya solat malam, Allah prepare khas untuk hat hat tak reti nak tidoq nuh, sebab takut mati, takut Allah tak terima amal, takut dosa banyak sangat.

Dakwah dakwah jugak, jangan dok tuding jari, sebab kita dulu dok tuding dekat depa, takkanlah tak boleh besabaq skit, tak jauh dah jalan ni, setiap malam, mungkin besok tu kite pergi, tak tau la kan dapat jumpa Dia ka dak kan, tah Dia mau ka dak nak jumpa kita, ntah cemuih dah kita dok canang sana sini tapi diri hmph dok tara tu lagi, dok pikiaq orang sangat terlupa diri sendiri, ada jugak hat risau diri sniri ja, macamlah syurga tu buat untuk hang sorang.

Aku suka kata 'jom reunion di syurga', sebab tu ja kot yang aku mau. Biaq hampa lain jemaah, lain parti, lain negeri, lain mentaliti, aku cuma nak kita semua jumpak kat syurga nanti and time tu takdak sikit pun grudges antara kita, dok hepi hepi senang lenang buat lawak lawak sembilan gag etc etc.

So, just whatever you do, kita cuba reunion di syurga, okeh?

Can A Sinner Go To Heaven?



"A man who do sins everyday, enters jannah. One who study and teach Islam, goes to hell."

The first man, (this was narrated from a hadith, Sheikh Navaid Aziz told this at Twins of Faith) dia buat all the sins yang manusia buat, then bila time dia dekat nak mati, dia pesan dekat anak dia, bila aku mati nanti, bakar aku dan taburkan abu aku dekat laut n dekat darat. pastu bila dia dibangunkan di akhirat nanti, Allah tanya, wahai fulan, kenapa kau arahkan kepada anakmu supaya bakar dan pisahkan abumu di laut dan di darat, dia jawab, ya Allah, kerana aku takut dibangkitkan dan disoal seperti sekarang ini. dgn sebab tu, Aku ampunkan semua dosamu, dan masuklah ke dalam syurgaku.

Sedangkan lelaki kedua tu, sepanjang hidup dia, dia study islam, baca quran, hafal quran dan mengajarkan quran etc. bila dia mati dan dibangkitkan, Allah tanya dia, ya fulan, apa yang engkau buat di atas muka bumi ini. dia jawab, ya Allah, aku belajar agamamu, dan aku ajarkan agamamu. Allah kata, kau penipu, kau buat itu untuk dipandang manusia sebagai orang soleh. masuklah kau kedalam neraka.


*******


Moral of the story is don't judge people's heart, we don't know apa yang ada dalam hatinya. Mungkin dia buat salah, tapi dia sangat menyesal dengan apa yang dia buat, dan tiap2 hari dia melawan nafsu/berperang dengan diri nak buat dosa tu, dan jangan jugak kita yang kata diri kita ni belajar islam dan mengajarkan islam layak untuk ke syurga sedangkan kita tak pernah sure Allah please tak dengan kita, samada kita buat tu untuk kita dipandang mulia atau semata-mata utk Allah.

There's a thin line between ikhlas and riak.

Tapi tak bermakna, dahtu, stop lah buat dakwah and everything kan, baik buat dosa je tapi rasa takut dgn Allah. well, one who've heard the words of Allah, tapi tak dengar and patuh, Allah akan pertanggungjawabkan dia kan? (ah, duh, dah terperangkap dengan dakwah) jangan pikir macamtu, Allah pilih kita untuk jadi penyambung rantai dakwah nabi, regardless jemaah mana pun kita, but then kita mungkin question pulak, dah tu, kalau aku buat ni sebab terpaksa, tak ikhlas pun?

Jawabnya, strugglelah untuk menjadi ikhlas, one sheikh said, dia bangun semayang malam selama 20 tahun dalam keadaan terpaksa, lepas tu baru dia rasa nikmatnya. so to say that our struggle tu yang Allah pandang. sebab life itself is a struggle, what's the meaning of life if you don't struggle? Agak2 sahabat2 nabi tu simply jadi baik with the blink of an eye? Oh, sebab nabi ada, so lagi senang nak beriman? Never kot, it's harder during those time.

Bayangkan kalau ada sorang datang dakwah korang, kata ada malaikat datang kat aku smalam , kata aku ni nabi, and by the way, kata-kata aku ni bukan kata-kata aku tapi kata-kata yg Allah sampaikan dekat aku, rasa korang nak percaya ke tak? Agak2 korang ikut tak? (eleh, orang ajak pergi program Islamik pun berpuluh kali pikir or berpuluh2 alasan kita bagi kan? Orang tabligh datang pun cepat-cepat kunci pintu buat macam tak ada orang dekat rumah kan?)

Apa yang paling penting is hubungan kita dgn Allah, kadang-kadang ye kita struggle nak tinggalkan dosa (ni pun agak thin jugak, terpulang dekat diri kita and keikhlasan kita sejauh mana kita berusaha nak tinggalkan dosa tu), tapi as long as, in our heart, there is fear of Allah, inshaAllah, Allah akan still tolong kita. We are never farther than a step from Allah.

But, all in all, it's terpulang pada diri kita, antara kita dengan Allah. kita mungkin boleh menyamar konon sedih, padahal hati kita tak pun, ataupun kita boleh menyamar ikhlas, padahal hati kita tak pun. bak kata abu Ameenah Bilal Philips, katanya emak Imam Sufyan At Tsauri, if you learn 10 words, and your iman your faith in Allah doesnt increase, check yourself, check your niat, check your heart. We desperately need reminders everyday, so brothers (&sisters) do remind each other to the truth and sabr.
Allahua'alam.


Tuesday, January 24

Malulah

Hanya kepada Allah lah sujud segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa, dan sujud juga bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang. 13:15

Tubuh jadi saksi saat kita bermaksiat sendiri konon sembunyi dari penglihatan manusia bahkan kau lupa malaikat kanan dan kiri serta Allah di atas memerhati setiap gerak geri langkah kanan dan kiri apa kau capai apa kau beri setiap kata dan gerak hati apa yang kau perhati serta apa yang kau turuti.

Malulah bila jasadmu patuh menyembah Ilahi sedang dirimu mengingkari nikmat yang tak henti henti diberi dan diberi sehingga kau lupa apa asal mu kau cuma tanah busuk sekarang kau ingin tinggi diri?

Malulah bila kau dicipta semulia kejadian kini kau menuruti kehendak nafsu yang menjadi Tuhan dirimu dan kau ikut pemimpinmu masuk ke lembah neraka dengan hilai tawa sorak gembira sambil mengutuk golongan yang tak cool dan pelik sebagai freak dan hina baiklah nanti kita lihat di sana siapa gelakkan siapa bila mana tak siapa mampu keluar dari siksaNya dan ketika itu terlolong taubat sia sia si mujrimun pembuat dosa.

Malulah bila kau kata ingin ke syurga sedang perilaku seperti kera dan suara seperti himar mengata sana mencaci sini kau masih ingin ke syurga kata cuma kata mungkin katamu dusta yang kau tak sedar atau mungkin kau memang sengaja tak ambil kesah kerana ya malam masih muda sedang kau peluk perempuan secara sengaja malaikat maut duduk di tepi menunggu saat tiba masanya untuk kau diambil nyawa.

Dan malulah bila kita masih duduk termangu menanti bila hidayah akan mampir ke sini sedangkan ia perlu dicari walaupun kau anak raja ataupun perdana menteri. Dan tidaklah ada kehinaan atasmu selagi nyawa dikandung badan selagi itu peluang ke syurga tak kurang dari satu langkah taubat jaraknya jika kau sedar wahai manusia dan wahai diri sendiri.

Thursday, January 19

Tuesday's Lunch

semalam during lunch, I tried to save a bit, so I just makan nasik with telur masak kicap and 2 terung sambal yg kecik with hope that tak mahal sangat lah, and instead of milo ais, I just ordered sirap. alih alih, mahal jugak, 5 ringgit 50 sen. kalau amik ayam biasanya kena 6 ringgit. and my friend amik daging banyak gila, kena cas 5 ringgit je.

moral is, kadang kita nak sangat dan dah berusaha, tapi Allah tak nak bagi jugak, so kena redha lah dengan apa yang kita dapat, sebab apa yang dapat tu Dia yang bagi, so special lah kan? (rather than dapat apa yg kita nak)

and for sure, He knows best. ;)

Of Speeding, Kuda, and Jodoh??

On the way balik tadi, I pecut habis habisan konon nak cipta rekod the best time yet from office to home. Laju laju laju, then sampai tol Sg Besi, I queue behind the lorries and busses punya lane because lane yg car punya panjang super (oh, I dont have touch n go or smart tag yet). Tunggu punye tunggu, tak tau awat lama sangat ada satu lori tu padahal amik tiket je, sampai bas n lori belakang hon, lane kereta yg panjang tu dah habis siap kereta yg I passed on Federal tadi dah lepas dah. Lepas tu baru lori tu ngok ngek ngok ngek jalan. It strucked me that even I try to pecut as fast as I can to sampai rumah awal, Allah sebenarnya dah tetapkan masa I got home, and if, I were to drive slowly pun I mesti lalu lane car tu and not the buses and lorries punya lane and sampai rumah at the same time as if I were to drive fast.

Macam cerita Ali r.a. dengan pembantunya, masa nak singgah solat, dia pesan kat sorang laki ni suruh jaga kuda diorang, bila dia keluar masjid, dua2 kuda tu hilang, so Ali suruh pembantu dia pegi cari kat pasar because situ maybe org tu cuba jual for quick money kan, and Ali pesan kalau jumpe bayar je berapa2 pun, so his pembantu bayar la ape yg org entrusted awal2 tadi tu nak, and when he got back bringing the two kudas to Ali and told the story, Ali said, wallahi, I was about to give him the same amount of money for handling my kuda when I was praying. So laki tadi tu dapat jugak the same amount of money tapi dgn cara yg haram. Moralnya, u'll get ur rezeki and ur taqdir n so on but the cara tu the manner u'll get it is determined by u.

And that makes me reflect back, I shouldnt be speeding although takde kereta, sebab Allah that set whatever time I'll reach there, and it was 40 mins to get from the Curve to Kajang. And nak reflect lagi, same lah dengan jodoh, try lah as hard as you can, kalau orang tu isnt for you, you wont ever get her, and cuba lah lari macamana pun, if she was destined with u, it will happen. So rilekslah, bertenang sebab Allah dah set everything for us, so do things properly in accordance to His law inshaAllah u'll find happiness, although u think u'll be happily ever after with this girl, padahal Allah knows u wont, and if He wants to give u a good life, He'll give u other girl if not u'll get the girl and lead an unhappy life. So bila mintak dengan Allah, and this applies bukan for jodoh je but for every decision we made, that Allah make ease for us if the decision benefits our deen, our life, our ending and our eternity nanti, if not ask Allah to replace it with better one for He knows best, its called istikharah.


P.s.: Lupe, astaghfirullahalazim, rabbana zolamna anfusana waillam taghfirlana watarhamna lanakunanna minal khosirin, for speeding. T.T (not a good contoh eh?)

Monday, January 16

Cerita Prof Latiff

1983, UKM Malaysia: Seorang pelajar medic menyelinap masuk ke dalam dewan kuliah agama untuk mendengar lecture daripada seorang pensyarah. Pensyarah itu membacakan satu dalil untuk pelajarnya. Kemudian dia meminta salah seorang pelajarnya membacakan ayat tadi. Namun, tiada siapa yang bangun. Lalu pensyarah itu berkata ,"Kenapa kamu semua tidak berani? Kenapa kamu semua lambat? Saya boleh menulis ayat tadi selaju mulut saya membacanya semasa saya belajar dahulu?"

Semua pelajar diam terbungkam. Ada yang mencemuh. Pensyarah itu menyambung lagi " Dalam hidup saya, saya tidak pernah mengenal anything less than an 'A' in all subject! " Semua orang terdiam. Namun ramai yang mencemuh. Tidak kurang juga yang muhasabah. Tapi pelajar medic tadi begitu kagum dengan kata2 pensyarah tersebut, sehingga dia berkata dalam hatinya "Aku hormat pensyarah ni. Aku kagum dgn beliau. Aku mahu jadi seperti beliau!" 

Cuba teka apa yang jadi?

Pelajar tersebut graduate dengan memegang Ijazah Anugerah Kecemerlangan DiRaja di UKM pada tahun tersebut, mewakili 16,000 pelajar pelbagai jurusan dengan rekod 'Straight Distinctions'! Dan pelajar tersebut terlalu hebat sampai dia tidak perlu menyambung Master bahkan terus ke uk utk MRPC (tak pasti). Dia berjaya dgn status 'sudah beranak dua' sewaktu degree. Dia menghabiskan PhD dalam masa 2 tahun 4 bulan (sepatutnya 4 tahun). Subhanallah.. 

Pensyarah UKM tersebut adalah Ustaz Harun Din dan pelajar tersebut adalah Proff Abdul Latif, salah seorang pengasas Cyberjaya Medical College (CUCMS), Cyberjaya. A vision, is a sunnah! Dare to dream high!

(credit: Harristotle Hizam)

******

Wallahi masa baca ni, saya dapat goosebump. He's a person I just knew 5 6 bulan lepas through my old friend, Firdaus Hanapai (his 1st menantu) and pergi rumah dia untuk ikut halaqah mingguan yang dia buat untuk student-student CUCMS. Since the first meeting tu, terus rasa terkesan, I feel every word he said because it's penuh hikmah and he always mentions in every seating about how we are close to winning and I feel very attached to him since the first day. Then he asked to tolong dia design extension for his house (tapi dia tak buat lagi lah, sibuk beli tanah dekat Hulu Langat), but I knew that partly tu just skill untuk nak rapatkan ukhuwwah dengan mad'u (yang suruh design tu).

I followed him and his menantu to CUCMS's weekly Tafseer class held by Ustaz Hasanuddin, one of the chosen Malaysian yang on board on Mavi Marmara dulu. Since that I attended the class regularly and CUCMS yang Prof and his colleague build, has been an institution that is close to my heart, I even attended their Qurbani festival (although datang sangat lambat :P)

I am hoping to dapat serpihan-serpihan from his hikmah from perdampingan dengan dia. And man, how lucky Firdaus is to be his menantu and zauj anak seorang yang hebat. Hehe.

Boleh dengar his sharing with the overseas students during his recent visit to United Kingdom last December to visit his daughter in Sheffield, here. http://www.ustream.tv/recorded/19584691

Alhamdulillah for the perkenalan. Jazakallah khairan katheera wabarakallahufika wafiahlika.

Tuesday, January 10

Oh Bulan!


Manusia!

Ya awak, yang tengah skrol mouse tu, takpun tengah gerakkan jari tu, cuba berhenti kejap, sekejap je, promise! Cuba bangun and pergi ke jendela wak (jangan risau takde hantu or orang nak 'gahh!' or surprise birthday pape), cuba renung ke arah barat, ha, cuba awak tengok ape ade atas sana?

Wawawawa bulan! Cantikkan? Bulan tu dah lama menunggu awak, bagai pungguk rindukan bulan, dia hias dirinya dengan penuh kecantikan dan keasyikan duduk tunggu sepanjang malam mana lah awak ni dia nak buat awak teringat akan kebesaran Tuhan apabila melihatnya. Setiap malam dia keluar memperaga, kadang2 dia merajuk menyembunyi diri dari awak, kadang2 dia senyum sampai ke telinga tahu awak sedang berduka, tapi awak terlalu leka dengan kehidupan dunia, tak sedar kecantikan alam mengelilingi mengajak ktita semua bertasbih kepada Allah Maha Esa.

Haritu ada orang share article, http://9gag.com/gag/1512290?ref=fb-share (rujuk sini) sorang mamat violinist terhebat atas bumi ni, pemenang Pulitzer Prize, Joshua Bell, main secara free masterpiece di Metro Station. Sepanjang 45 minit dia berdiri bermain habis satu lagu tu, cuma beberapa kerat saja yang berhenti dan menghayati, dan beberapa dollar masuk ke bakul depannya, sedangkan dia baru sudah selesai konsert di panggung tempat manusia menabur puluhan ribu semata mata untuk mendengar keindahan gesek biolanya.

Nak compare, tapi tak sama indahnya, bulan, bintang, matahari, senja, subuh, terbit mentari, sinar dhuha, embun, langit biru, burungan dll yang sentiasa dimainkan di hadapan mata kita menyalurkan ketenangan, namun terlalu ramai yg leka mencari ketenangan entah kat mana dengan pil disko lagu playstation bola awek rakan movie shopping etc sedangkan ia tak kekal dan cuma plastik. Berhabis beribu ringgit untuk sekelumit rasa, berpuluh tahun membanting tulang ingin membina kediaman yang indah untuk menenangkan seketika sebelum kembali menstresskan diri di atas jalan raya on the way ke kerja, sedangkan bertebaran kejadian Tuhan yang mampu mengoffer ketenangan sebenar dalam refleksi kehidupan dan ketuhanan.

Awak, dengan mengingati Tuhan saja hati kan tenang. Belum sampaikah masa kita reflek diri dengan bukti-bukti kejadian diri serta alam ini serta hari-hari kita untuk jadi hamba yang lebih berterima kasih pada Tuhan?

Monday, January 9

Masing Masing Sendiri Sendiri

Seorang scholarship susah untuk memahami seorang ptptn, seorang yang membesar dalam air cond takkan mudah memahami seorang yang membesar disinari pelita. Bukan semua kenal erti perih dan jerih, ada yang hidup di gunung sehingga tidak kenal apa itu pantai, ada yang tidak kenal pondok kerana terlalu lama hidup dalam mahligai.

Kadang kadang kita terlupa ada manusia luar sana yang berlapar demi menahan lapar sedang kita berusaha mengenyangkan perut yang sudah kenyang. Kadang kadang kita terlupa ada manusia di luar sana yang menangis tanpa air mata menjerit tanpa suara mengharap tanpa rasa, sedang kita cuma mementing rupa diri makan pakai anak beranak sendiri.

Lupakah kita tiap hari si bangla berkayuh 20 km basikal tua itu juga manusia? Lupakah kita si operator kilang itu juga punya cita cita? Lupakah sang myanmar yang bergayut di lori hijau busuk itu juga ingin bahagia? Lupakah si pengatur bata membanting tulang sepanjang hari masih punya rasa?

Ah, biarlah kau tak pernah kesah asal periuk nasi sentiasa dipenuhi dan kau cuma berjuang bila ia dibubuh pasir manusia dengki. Ah, siapa kesah si pencacai yang bekerja siang malam separuh mati demi sesuap nasi untuk anak isteri. Ah, ada aku kesah kata si hamba harta siang malam asyik berjaga mengira harta benda takut terkurang satu dinar dua dari sepatutnya sedang rakyatnya menangis meraung tanpa kata tanpa upaya menangisi nasib sebatang kara. 

Ah, masing masing cuma risau nafsu sendiri terpuas atau belum lagi lantaklah walau si kurus merayu di kaki jangan sesen pun kau beri ini duit usaha aku sendiri buat bekal dalam kubur nanti nak bagi malaikat buat duit kopi kalau aku sedekah mana cukup nak buat bribery untuk lepas dari siksa dan beli syurgawi di akhirat nanti, kan wahai manusiawi muda mudi siswa siswi?

Saturday, January 7

Syair Abu Nawas

Tuhan, pabila aku menghadapiMu dengan dosaku menggunung,
aku tahu pasti bahwa ampunanMu jauh lebih agung,

Jika hanya orang beriman yang boleh mengharapkanMu,
kepada siapa pendosa seperti aku bergantung dan mengadu?

Tuhanku, aku memohon sepenuh hati sesuai dengan kehendakMu,
jika Kau menolakku maka siapa lagi akan mengasihiku?

Aku punya satu harapan, dan ia hanya padaMu,
maka aku berserah diri pada indahnya ampunanMu.

- Syair Abu Nawas, ketika mendekati ajalnya.





Aku tak punya kata melainkan ianya the purest and the most sincere harapan yang one can have. Bila hanya rahmat dan pengampunan Tuhan itu jadi kunci terlepasnya azab neraka dan seorang yang alim pasti tahu bukanlah kealimannya itu serta amalnya itu jadi taruhan untuk ke syurga bertemu sahibul amin.

Allah, ku punya satu pinta, hanya rahmat dan pengampunan pada hari tiada naungan.

♫♪ Let's Do It Tonight! ♫♪

lagu2 sekarang ni semua cakap pasal having fun malam2, ♫♪ we're gonna rock all night, like it's dynamite ♫♪ we're gonna have fun tonight ♫♪ give me everything tonight for all we know, we might not here tomorrow, let's do it tonight ♫♪ etc2.

malam itu penghujung pada kehidupan sedang kehidupan mereka itu satu lakonan, menipu diri sendiri serta menipu pemuja mereka. malam pastikan berakhir begitu juga satu kehidupan. pagi mungkin kembali tapi mungkin sinarnya tak mengunjungi kita lagi. berseronok lah, sampai azabNya tiba secara tiba-tiba.

Friday, January 6

Lelaki Sweet


"Lelaki paling sheweet dalam dunia ondoubtly ialah Rasulullah s.a.w. :) Siapa lagi sheweet dari orang yang tak pernah pikir pasal diri sendiri and all dia pikir is kebaikan kesenangan keselamatan orang lain, dan siapa yang lagi sheweet dari orang yang support cause baginda, susah senang senantiasa setia ada duit takde duit semua masa dia bagi pada Rasulullah? Orang yang sheweet semua orang suka dan terpaksa suka, walaupun ia seorang musuh." 
- Hisham Mahir, 2012.

Alkisah tengah Nabi duduk borak dengan sahabat-sahabat dekat Masjid Nabi, ada sorang mamat ni datang. Kencing dekat dalam Masjid Nabi. Cuba korang bayang, korang tengah ada usrah dekat masjid _____ tiba-tiba datang sorang laki ni, kencing dekat betul2 korner masjid tu, menghadap kiblat pulak tu kan. Agak-agak apa yang korang buat?

Rasanya samalah dengan apa yang sahabat-sahabat cuba nak buat, pedang-pedang semua dah nak terkeluar dah, buku buku lali (eh) buku buku lima dah kemas rapi digenggam bersedia untuk dilepas, tapi Nabi suruh sahabat hold. Kerana kepatuhan mereka kepada Nabi (&Allah) mereka pun dengan penuh muka tak puas hati, duduk semula.

Nabi Muhammad dengan penuh ketenangan, 'erm, korang pi amik ayaq mai cuci kencing dia'. Hoih, dah la orang lain kencing, dah bengang nak pi tibai, tiba-tiba Nabi suruh kita pulak cuci. (oh, ni pasti feeling yang semua orang rasa sebab kita manusia) maka sahabat-sahabat pun pergi lah cari air untuk cuci air kencing tu.

As sahabat-sahabat pergi cuci kencing laki tu, Nabi tarik laki tu ketepi, Nabi kata (lebih kurang), 'nampak diorang tu? Jangan buat lagi, ni rumah Allah'. Laki tu pun peluk Islam kerana kesweetan Nabi yang tak marah pun apa yang dia buat.

Eh, takkan macam tu je? Macam tak complete je kan? Mungkin orang ramai tahu cerita tu, tapi ramai yang tak tahu, laki tu datang dari jauh lepas dengar pasal Nabi, dan datangnya dia sebenarnya nak bunuh Nabi, sarat dengan pedang, pisau, tombak dan panah, dan kencingnya dia tu, bukan kerana tengah mabuk, tapi kerana dia nak cari gaduh, nak cari point la nak start the fight kan.

Bayangkan, laki tu datang kencing kat tepi tu sebab nak cari gaduh, tapi Nabi dengan sahabat biar je dia habiskan kencing dia, pastilah mati akal laki tu. 'Hoi, aku nak cari gaduh ni, tempat ni konon sacred la kan utk korang, nah amik kencing aku. (Kencing kencing kencing) Weh, nak abis dah kencing ni, meh la gaduh. Meh laa, meh laaa' (mungkin ni bicara hati lelaki tu) tapi Nabi buat dek je kan. Memang baik bunuh diri ar laki tu sebab ditimpa malu yang sangat besar, nak cari gaduh orang tak layan.

Dan kerana penuh kemaluan itu, dan terkesannya hatinya atas kemuliaan akhlak Nabi tu, dia rasa terharu sangat, 'aku datang nak bunuh, siap kencing kat tempat sacred dia, dia tak marah pun, siap halang member-member dia nak belasah aku'. Sebab tu lah dia mengucap syahadah at that moment jugak. Dan dia doa, "Ya Allah, masukkanlah aku dan Muhammad je dalam syurgaMu". leaving out sahabat-sahabat Nabi yang nak pukul dia tadi. Nabi tanya, dah tu sahabat-sahabat lain? La, bukan diorang nak bunuh aku tadi, buatpe doakan untuk diorang. Pastu Nabi cakap, "Syurga sebesar langit dengan bumi, ko buat jadi kecik je, wahai fulan" Pastu si lelaki tu doa yang baru, "Ya Allah, masukkanlah aku dan Muhammad dalam syurgaMu". (buang 'je' tu) haih lantak ko lah. Hehe.

"Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu." 3:159


So jom mengesani hati mereka di sekelilingmu. Unleash the sweetness in you! ^_^

Tuesday, January 3

Bitter Truth


siang itu sangat gelap,
dalam ramai hati masih sunyi,
dalam kepikukan hati menyendiri,
pergi seorang diiringi kebesaran,
obsesi diri fantasi dunia abadi,
hujan lebat walau tiada awan,
pacak mentari masih meniti mimpi,
azan, usah ganggu lenaku,
ingin tidur sedetik lagi.
dalam kawanan ada syaitan,
dalam musuh ada iman.
yg kau benci, baik.
yg kau suka, buruk.
mimpi atau fantasi, kau tentu sendiri.
aku cuma menutur pesan, kau pilih,
ingin bogel, membuta
atau menjadi hamba.

Bitter Truth - SCSD