Wednesday, May 18

Tunggu Sekejap Bunga



Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga hujan turun berhenti,
Tunggulah sampai mentari bersinar menerangi,
Tak perlu dengan kata ku pasti bunga mengerti,
Tak perlu disangka hasrat hati kecil ini.

Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga tiba masanya bersemi,
Tunggulah sampai ketentuanNya meredhai,
Tak ingin kucemar murni niat ini,
Tak ingin heret dosa sepanjang jalanan jauh ini.

Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga hari itu tiba,
Tunggulah sampai haram jadi halal keranaNya,
Tak lari gunung dikejar pasti kita dapatkannya,
Tak lari jodoh dikejar jika itu ketentuan Maha Cinta.

Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga mahar sampai ke manis jari,
Tunggulah sampai bunga bergelar zaujah si daie,
Bukan kerna kecantikanmu, tapi agamamu, 
Bukan kerna parasmu, tapi mulia akhlakmu.


Bahagia kita di dunia, jambatan ke akhirat sana.





Rihammahsih 17052011

Rihammahsih 17052011

4 comments:

: Hamba Allah said...

~Izin share? Nice and well said.

Hisham Mahir said...

sila :)

EreBK said...

nice one.. mohon share, please?

Hisham Mahir said...

sila :)