Saturday, January 28

Dosa Yang Tak Tertinggalkan

Korang ade tak dosa yang masih tak mampu tertinggalkan? (directnya, takde bahasa bunga bunga sikit ke bang Hisham(amboi, 'bang' tu. hehe). Ntah le, kalau terasa nak berbunga berrhythm kejap lagi ade la tu, tapi saje nak mula on a serious note, sebab ianya serius. (muka serius)

Dosa yang korang sembunyi dari manusia, bukan sebab korang tak rasa Allah nampak, tapi sebab korang masih struggle untuk tinggalkan dan dosa tu dosa yang korang tak pernah bangga dengannya, dan tiap kali terbuat, korang akan menyesal seribu daya, dan memohon seratus ribu ampun dariNya, dan beribu juta kali dah korang berjanji dengan diri sendiri tak nak mengulanginya, tapi.. masih jugak terbuat, baru je tadi. (haihhhhhhh)

Mungkin susah nak berhenti mengumpat sebab dah jadi amalan semenjak di sekolah dulu, atau susah menjaga pandangan apatah lagi bila economy crash masih tak pulih pulih so tak cukup duit nak tutup apa yang sepatutnya, atau mungkin ada minat pelik yang bertentangan syariat sebab dulu sumpah tak tau benda tu berdosa, baru je tau, 2 tahun lepas. Ataupun korang benci mak bapak korang sebab diorang tak jaga korang elok elok dulu dan korang sentiasa cuba untuk senangkan hati diorang tapi tiap kali tatap muka je terus rasa benci, or maybe habit kot, marah orang tak tentu hala, or mengadu domba tak kena cara, or jeles and dengki orang lebih dari kita, mungkin jugak susah nak bersangka baik apatah lagi bila orang tu orang Umno, memang sume blame dekat dia, dan mungkin juga dosa dosa yang malu aku nak sebut dekat sini.

Aku juga ada, bukan nak bangga tapi we're all in this together, aku takkan letak titik noktah pada usaha, dan aku yakin kita semua di landasan yang sama. Berperang dengan nafsu yang bermaharajalela dalam diri, dengah nafsu yang ego tak nak tunduk pada Ilahi, dan dengan syaitah yang tak sudah sudah meracuni hati.

Anyway, pernah dengar cerita tentang sahabat Nabi bernama Abu Mahjan? Kalau pernah buat2 macam tak pernah dengar and buat2 macam surprise sikit la bila baca ye?

Abu Mahjan ni seorang sahabat Nabi yang pemabuk, ye walaupun dah diharamkan dia masih tak mampu tinggalkan, dan dia pernah disebat ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan juga Umar, kerna mabuknya itu.

Tersebut kisah ketika perang Qadisiyyah, Saad Ibn Waqqas yg menjadi panglima perang ketika itu melawat khemah2 kaum muslimin malam sebelum perang dan didapati semua sedang khusyu' bertahajjud kecuali Abu Mahjan yang dijumpai mabuk, lalu diikat Abu Mahjan dengan rantai kerana tidak ingin Abu Mahjan menyertai perang itu, atas sebab dia mabuk.

Tiba pagi waktu peperangan itu, Abu Mahjan melihat tentera muslimin sedang stuck dan agak goyah menghadapi tentera Rome, lalu dimintanya kepada isteri Saad untuk dibuka ikatan itu supaya dia dapat ikut serta peperangan dan berjanji akan mengikat semula dirinya apabila tamat perang, apabia isteri Saad turn his permintaan down, dia menggelupur ingin keluar juga dari ikatan dan dia kata, 'wallahi, jika kau lepaskan ikatan ini, aku pasti tidak akan mendekati penjual arak lagi. sungguh Allah mempunyai janji dan ini janjiku'.

Isteri Saad yang terkesima mendengar kata Abu Mahjan itu, melepaskan ikatan dan Abu Mahjan menutup mukanya dan menunggang kuda bukan kepunyaannya dan pedang bukan kepunyaannya agar tiada yang dapat mengecamnya bika dia turun ke medan perang nanti.

Allahuakbar! Abu Mahjan bertakbir dari atas gunung dan meluru turun sambil membelah lautan tentera dan musuh musuh dicantas dengan banyaknya, melihatkan kejadian itu para muslimin menjadi bertambah semangat dan semakin mara dan kuat, Abu Mahjan terus membelah lautan musuh sehingga sampai ke Panglima Rome dan dicantas kepala panglima itu, kemudian ia berpatah balik sambil mengayun pedang dan terus kembali ke tempat ikatannya, sementara Rome kucar kacir kerana panglima mereka dah tumbang, Muslimin terus mara dan menemui kemenangan sesudah mereka menemui kebuntuan dan hampir kalah. Abu Mahjan mengikat kembali dirinya dan sekembalinya Saad dari perang ia terus menemui Abu Mahjan dan berkata, "Siapa yang kau nak tipu tadi? Ingat kami tak kenal suara kau?". Abu Mahjan dilepaskan dari ikatan, dan sungguh sehingga ia menemui mati, ia tidak pernah lagi menyentuh walau setitis arak.

Kadang kita lihat orang yang tidak bertudung, kita pandang enteng mereka, padahal kita tak tahu solat mereka tak pernah tinggal dan God knows how they're struggling to obey perintah Tuhan mereka.

Kadang kita tengok seorang yang tidak pernah berada atas sejadah, apatah lagi di masjid tapi kita tak tahu apa dalam hati mereka, mungkin mereka sangat menginginkan hidayah dan satu hari yang indah Allah bukakan pintu hati mereka dan Allah terima titis air taubat mereka.

Kadang kita begitu senang sekali judge manusia ini baik manusia ini jahat sedangkan siapa kita ini, entah ya hari ini kita beramal dengan amal syurga, mungkin di hari tua nanti kita dipaling dari hidayah Allah, kita beramal amalan neraka, nauzubillah.

Sungguh lebih baiklah kita risau akan dosa kita dari sibuk membincangkan dosa si anu, tugas kita menasihati dan membimbing bukan menghukum mereka itu ini melainkan jika ianya bertepatan syarak. Dosa yang kita bincang di awal tadi, mungkin kita tak dapat tertinggalkan, tapi rahmat Allah siapa tahu, struggle kita hari hari yang manusia tak pernah tahu itu, titis air mata tiap kali terkenang peristiwa itu, sesal dan kesal itu mungkin cukup untuk Allah simpan sebagai bukti taqwa kita padaNya. Dan mungkin satu hari nanti seperti Abu Mahjan, terlepasnya beban yang amat berat yang kita tanggung dan fikir sehari-hari sehingga membotakkan kepala yang dahpun runsing ni.

Usaha dan berdoalah semoga Allah mengampunkan dosa yang tak tertinggalkan ini. Amin. Dan yang terakhirnya, dosa kita bukan sekali kali satu alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan hamba Allah, dan sangatlah loser mereka yang lari dari dakwah akibat malu dengan dosa yang tak tertinggalkan sedangkan mereka tak tahu Allah menyediakan keampunan di sisiNya dan Dia sangat menyukai pentaubat pentaubat.

p.s. saya langsung tak meringankan apa apa dosa yang kita buat ni, cuma harapan itu masih ada dan ia cerah seterang matahari. Fighting!

2 comments:

al Khaloofa said...

syukran atas post yg begitu menusuk hati ini. terasa ibarat dibakar hidup2. huhu..

Hisham Mahir said...

jazakallah, haish, macam dibakar hidup2 pulak. all praise be to Allah