Monday, January 9

Masing Masing Sendiri Sendiri

Seorang scholarship susah untuk memahami seorang ptptn, seorang yang membesar dalam air cond takkan mudah memahami seorang yang membesar disinari pelita. Bukan semua kenal erti perih dan jerih, ada yang hidup di gunung sehingga tidak kenal apa itu pantai, ada yang tidak kenal pondok kerana terlalu lama hidup dalam mahligai.

Kadang kadang kita terlupa ada manusia luar sana yang berlapar demi menahan lapar sedang kita berusaha mengenyangkan perut yang sudah kenyang. Kadang kadang kita terlupa ada manusia di luar sana yang menangis tanpa air mata menjerit tanpa suara mengharap tanpa rasa, sedang kita cuma mementing rupa diri makan pakai anak beranak sendiri.

Lupakah kita tiap hari si bangla berkayuh 20 km basikal tua itu juga manusia? Lupakah kita si operator kilang itu juga punya cita cita? Lupakah sang myanmar yang bergayut di lori hijau busuk itu juga ingin bahagia? Lupakah si pengatur bata membanting tulang sepanjang hari masih punya rasa?

Ah, biarlah kau tak pernah kesah asal periuk nasi sentiasa dipenuhi dan kau cuma berjuang bila ia dibubuh pasir manusia dengki. Ah, siapa kesah si pencacai yang bekerja siang malam separuh mati demi sesuap nasi untuk anak isteri. Ah, ada aku kesah kata si hamba harta siang malam asyik berjaga mengira harta benda takut terkurang satu dinar dua dari sepatutnya sedang rakyatnya menangis meraung tanpa kata tanpa upaya menangisi nasib sebatang kara. 

Ah, masing masing cuma risau nafsu sendiri terpuas atau belum lagi lantaklah walau si kurus merayu di kaki jangan sesen pun kau beri ini duit usaha aku sendiri buat bekal dalam kubur nanti nak bagi malaikat buat duit kopi kalau aku sedekah mana cukup nak buat bribery untuk lepas dari siksa dan beli syurgawi di akhirat nanti, kan wahai manusiawi muda mudi siswa siswi?

No comments: