Tuesday, January 24

Malulah

Hanya kepada Allah lah sujud segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa, dan sujud juga bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang. 13:15

Tubuh jadi saksi saat kita bermaksiat sendiri konon sembunyi dari penglihatan manusia bahkan kau lupa malaikat kanan dan kiri serta Allah di atas memerhati setiap gerak geri langkah kanan dan kiri apa kau capai apa kau beri setiap kata dan gerak hati apa yang kau perhati serta apa yang kau turuti.

Malulah bila jasadmu patuh menyembah Ilahi sedang dirimu mengingkari nikmat yang tak henti henti diberi dan diberi sehingga kau lupa apa asal mu kau cuma tanah busuk sekarang kau ingin tinggi diri?

Malulah bila kau dicipta semulia kejadian kini kau menuruti kehendak nafsu yang menjadi Tuhan dirimu dan kau ikut pemimpinmu masuk ke lembah neraka dengan hilai tawa sorak gembira sambil mengutuk golongan yang tak cool dan pelik sebagai freak dan hina baiklah nanti kita lihat di sana siapa gelakkan siapa bila mana tak siapa mampu keluar dari siksaNya dan ketika itu terlolong taubat sia sia si mujrimun pembuat dosa.

Malulah bila kau kata ingin ke syurga sedang perilaku seperti kera dan suara seperti himar mengata sana mencaci sini kau masih ingin ke syurga kata cuma kata mungkin katamu dusta yang kau tak sedar atau mungkin kau memang sengaja tak ambil kesah kerana ya malam masih muda sedang kau peluk perempuan secara sengaja malaikat maut duduk di tepi menunggu saat tiba masanya untuk kau diambil nyawa.

Dan malulah bila kita masih duduk termangu menanti bila hidayah akan mampir ke sini sedangkan ia perlu dicari walaupun kau anak raja ataupun perdana menteri. Dan tidaklah ada kehinaan atasmu selagi nyawa dikandung badan selagi itu peluang ke syurga tak kurang dari satu langkah taubat jaraknya jika kau sedar wahai manusia dan wahai diri sendiri.

No comments: