Wednesday, January 25

Keluhan Pasal Reunion

Kita bila menyeru manusia kepada kebaikan, kadang kita rasa sangat susah kenapalah si Badrul ni tak nak jugak ikut aku pergi solat subuh dekat masjid, kenapalah si Laila Mainora ni tak jugak pakai tudung sekejap cabut sekejap sarung apa yang payah sangat?

Tapi kita terlupa kita ni dulu pun bukan main liat lagi ustaz dok ligan pi semayang subuh dekat surau sekolah dulu, bukan main lagi mulut si Kiah dulu dok mengumpat kakak senior yang bajet alim tu dok tegur dia dye rambut.

Sekarang bila turn kita pulak kena, kita mengeluh seribu bahasa, ah payah lah dakwah dakwah ni, kemain liat manusia manusia ni nak berubah, ni Senah, Leman, daging kambing kalau hang nak masak sedap bagi lembut kena la masak lama, ni hang baru celoq ja dah potpet mulut cengapa lagi, rileks lah der, Nabi dulu dulu kena belah dua, kena buang negara, kena pulau keluarga, kita? alah setakat kena sikit, dah mengidam nak jumpa Baginda?

Sabaqlah, kalau senang berdakwah ni, Allah tak buat eh syurga, dah gheja tak kuat nak dok rumah banglo swimming pool biru muda, niii pi dok rumah papan je la, buat dua tiga tahun dah rasa give up, nu Nuh nu 900 tahun dok pi habaq benda sama hari kat kaumnya, nah keluarga sniri pun tinggai dia.

La ni habaq mai, hangpa buat gheja ni sapa hat bagi menang? Gheja keras hampa ka? Banyaknya hampa membaca ka? Tokoh figura ulama atau tokoh politik ka? Habaq mai sapa?

Kita buat sikit cenonet teruih nak menang no? Tak menang dok salah orang tu orang ni kumpulan tu kumpulan ni, apa sapa hat Tuhan la ni? Biaq pi kat Dia Dia nak bagi menang bila, kita buat sudah, bukan Dia nak cek, hampa bagi menang dak agama Aku atas bumi ni, dakk, Dia nak cek sapa lagi baik amal ni, bukan kira dari jemaah mana, parti mana, kalau hang dok jadi jiran Nabi pun hang korup, neraka jugak hang balik nanti.

Tapi tulah, manusia ni lemah, walaupun dia sempurna, tapi sempurnanya sesempurna kejadian, maka bukannya ia seperti Tuhan yang tak lelah, letih, penat, bosan dsb, maka di situlah gunanya solat malam, Allah prepare khas untuk hat hat tak reti nak tidoq nuh, sebab takut mati, takut Allah tak terima amal, takut dosa banyak sangat.

Dakwah dakwah jugak, jangan dok tuding jari, sebab kita dulu dok tuding dekat depa, takkanlah tak boleh besabaq skit, tak jauh dah jalan ni, setiap malam, mungkin besok tu kite pergi, tak tau la kan dapat jumpa Dia ka dak kan, tah Dia mau ka dak nak jumpa kita, ntah cemuih dah kita dok canang sana sini tapi diri hmph dok tara tu lagi, dok pikiaq orang sangat terlupa diri sendiri, ada jugak hat risau diri sniri ja, macamlah syurga tu buat untuk hang sorang.

Aku suka kata 'jom reunion di syurga', sebab tu ja kot yang aku mau. Biaq hampa lain jemaah, lain parti, lain negeri, lain mentaliti, aku cuma nak kita semua jumpak kat syurga nanti and time tu takdak sikit pun grudges antara kita, dok hepi hepi senang lenang buat lawak lawak sembilan gag etc etc.

So, just whatever you do, kita cuba reunion di syurga, okeh?

No comments: