Sunday, February 5
Status FB Panjang #4: Solat Jongkong Emas
By
Hisham Mahir
Orang selalu cakap, 'bayangkan kalau lepas solat, jatuh emas sejongkong depan kita, mesti semua orang dekat dunia ni solat'. Memanglah, sebab Allah nak uji manusia, kita solat sebab apa, kalau dapat jongkong emas baru nak solat, memanglah dah tau manusia solat sebab apa. Cumanya Allah nak tengok manusia mana yg solat dan percaya janjiNya itu benar. dan sungguh pahala itu benar, syurga itu benar, dan jongkong emas itu?
P.s. beruntunglah manusia yg menyembah Tuhannya tanpa melihatNya. Memang kita takkan pernah nampak Dia hayat ni, tapi sebab keutuhan iman kita pada yg ghaib itu, inshaAllah kita akan dapat lihat Pencipta kita. dan Nabi Muhammad s.a.w.
P.s.s. haish hisham ni cakap besaq macamlah konfirm dah masuk syurga and dapat syurga tertinggi? akak, abang, pakcik mokcik, Allah kan seperti apa sangkaan kita, kalu kita dok sokmo pikir, hmm dok layak le aku ke syurga, nerake je lah, dosa btimbun2 macam hutang kad kredit ni ha yg tak terbayar2 lame dah, cuba kita pk positip sikit cik Jah? Nak ke masuk neraka? Tok sir kan? So, berharaplah, dan impikanlah dan takutlah kita tak dapat bertemu nikmat terbesar bagi seorang hamba, iaitu bertemu Allah dan kekasihNya S.A.W.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment