Aku tanyakan ini, siapa yang tidak ingin bercinta? Aku ingin. Kamu? Kamu? Kamu? Ramai yang punya peristiwa kecewa pasti menidakkan ah lebih baik hidup sendirian, tak usah hati hendak disakitkan. Pastilah bila sendirian kamu tiada rasa kerana hati dan jiwa tak menjadi satu, ia sentiasa kosong menanti ruang dipenuhi seorang pasangan yang dianugerah Allah, dan pada mereka yang acap kali menidakkan peluang menikah, separuh hati mereka diisi penafian pada kehendak fitrah dan ketakutan pada perkara yang bakal menanti setiap manusia, iaitu ujian. Ya, mereka cuma ingin lari dari hakikat diri yang memerlukan satu insan pelengkap kehidupan.
Namun timbul berbagai-bagai soalan, apakah mungkin jika hati ini dilukai satu hari nanti? Atau tiada persefahaman dalam kehidupan rumahtangga yang awalnya harum bak taman bunga? Atau mungkin madu rumahtangga itu telah disedut awal sebelum bunga cincin disarung ke jari? Apakah yang hendak diharapkan dari perkongsian hidup melainkan kesempurnaan dan kebahagiaan berkekalan?
Fikirlah apa yang kau ingin fikirkan, aku cuma mahu seseorang yang melakukan kesalahan, bukan malaikat yang suci dari maksiat. Aku mahu insan yang boleh menyakiti, agar ia bisa belajar untuk tidak menyakitkan. Aku mahu seseorang yang kecewa dan bertaubat bila ia tersedar dirinya bersalah. Aku cuma mahu seseorang yang mampu menangis bila disakiti, bukan malaikat yang tidak punya rasa iri hati. Aku mahu seseorang yang mampu marah kerana terlalu risau, bukan malas nak layan dan tak hirau. Aku mahu seseorang yang punya keinginan untuk bahagia dan punya kerenah yang adakalanya tak mampu ditahan sesetengah manusia. Aku mahu seseorang yang ada kelemahan dan kekurangan, bukan bidadari yang sempurna dan rupawan. Aku cuma mahu seseorang yang faham hakikatnya dan akan terus mengingatkan hakikat diriku. Kerana aku cuma mahu seseorang yang manusiawan (?), bukan yang cuba untuk jadi superman, kerana di sebalik kelemahan dan kekurangan itu letak nilai kehambaan, nilai kemuliaan.
Kerana setiap manusia berhak untuk melakukan kesalahan dan kesilapan, ia berhak belajar untuk menilai yang baik dari yang buruk melalui pengamatan, pembacaan dan pengalaman, ia berhak diberi peluang memperbaiki diri, ia berhak diberi ruang mencari dan terus mengenali diri, seseorang manusia yang perfect bukanlah manusia, dan Rasulullah sendiri habaq yang Allah kata yang Dia akan ganti mana-mana manusia yang tidak berdosa dengan manusia yang berdosa supaya mereka boleh bertaubat kepadaNya. Malaikat pun pasti jeles (jika mereka punya perasaan) kerana kita diberi peluang untuk bertaubat, sedangkan mereka tidak boleh bertaubat, kerana mereka perfect. Manusia menjadi sempurna apabila melakukan kesalahan dan bertaubat kepada Allah serta memberi maaf pada manusia lain kerana Allah mengampunkan dosanya.
Apalah kata bijaksana 'jika ingin mendamba Khadijah, jadilah sesempurna Rasulullah, jika inginkan seperti Asiah, biarlah kasih sehebat Firaun (eh? hehe), jika damba si Fatimah, latihlah diri menjadi sematang Ali. dan etc etc etc', kehebatan dan sumbangan mereka tak mungkin pernah kita dapat gapai. Mereka seperti bintang di langit dan kita di bumi cuma terpegun dengan indahnya gemerlapan malam.
Apa kita punya hari ini semua hasil usaha keras dan pengorbanan mereka namun, kerendahan dan kemanusiaan mereka itulah yang mampu kita contohi, mereka memahami hakikat kehambaan, yang kita makhluk yang lemah, memerlukan sokongan dan hidayah, yang tanpa Allah, kita pasti akan seperti debu-debu yang ish even debu pun ada manfaatnya, yang kita makhluk yang serupa semua cuma dibezakan dengan cara kita menjalani kehidupan kita ini, yang kita ini tidak punya hak untuk menidakkan kemaafan pada seseorang, kerana Allah sendiri memaafkan dosa kita.
Dalam pencarian ini, pastilah kita berjumpa masa lalu yang penuh pengajaran yang terkadang, kita ulang kerana lupa, tapi kerana cuma ingin menjaga keberkatan kehidupan sesudah ini, maka aku menangguh kemahuan untuk berinteraksi denganmu. Agar nanti tiada alasan Allah hendak uji atas sebab kepincangan menjaga batas ini. Seperti kamu juga, aku punya hati, aku juga punya rasa. Tapi tangguhlah dahulu sehingga masanya tiba. Sungguh penantian itu bukan penyiksaan, namun ia seperti berpuasa, ketika berbuka itu saatnya paling bahagia, dan seperti puasa, menahan diri kerana Allah itu adalah sangat mulia disisiNya, sedang manusia lain tak pernah tahu kita sedang lapar dan bergejolak hebat jiwa.
Sungguh buah mangga yang terlalu awal jika dipetik, akan masam rasanya, maka petiklah bila sesuai tarikhnya. Dan sungguh cinta yang berputik tanpa ada cinta Allah dalam hatinya, pastilah cinta itu gembira di awalnya kerana diindahkan syaitan dan konconya dan sengsara pengakhirannya akibat pembalasan dari Allah, maka sempurnakanlah cinta pada Pencipta dahulu dalam mencari seorang yang manusia dan berjiwa hamba sebagai peneman dan penguat azam kita dalam mengorak langkah menuju satu cinta satu destinasi, tunggulah sekejap bunga.
yang serba kekurangan,
Rihammahsih
4 comments:
jom kawen jom cam. kdg2 bukan pe, rs jeles jugak membe seangkatan nk suma pakat nk kawen dah. kita ni tah bila pulak smpai rezkinya. entahkan ada entahkan tidak.
hoh, chill ah!
selamat hr jumaat! =]
Oih, ko propose aku ke ape tort. Kontroversi gini, sorry tort aku single tp x available. Hehe. Jom jom kawen. Semoga Allah kurniakan peneman jalan ke syurga. Kita ada rezeki kta, nanti2 ade la tu jemputan nak gi ke johor. :)
Jumaah kareem!
Salam cam aku izwan ni:) aku nk guna sket kontent untuk usrah aku nnt sket leh?
tq :)
papapun,keep writing,ang mmg berbakat mentarbiyah! :D
Wsalam, izwan, amik ja. Bygkan nabi buat. copyright utk apa2 hat dia kata, jenuh kita. Huhu. Haih, xdaklah. Besa2 ja. Astaghfirullahalazim. Huhu. Lama tak jumpa hg wan.
Post a Comment