Orang kata, sedalam mana cinta kita, sedalam tu juga lah luka di hati kita, bila dikecewakan.Tak expect respons yang agak banyak (ye lah, bukannya sefamous inche gabbana or sehensem aiman azlan or sehebat saifulislam or ustaz don apatah lagi seinfluential suhaibwebb dan encik nouman ali khan) dan ramai jugak yang setuju dengan pernyataan itu seakan akan mereka punya cerita lalu (or tengah lalu skrg) berkenaan cinta atau sengaja bersetuju tanpa ada apa-apa sebab.
To be honest sebenarnya semalam teringat team favourite (err Arsenal) kena bantai dengan Man Utd dekat tempat sendiri 8-2 (dah macam main hoki ha scoreline), so saya sebagai konon konon die hard fan Arsenal, saya sangatlah sedih apatah lagi bapak saya yang dah putus harapan malam tu. Memang fun abis la kan tengok setiap 10 minit ada goal.
So bile tengok Man Utd kena belasah dengan rival dia Man City 6-1 dekat Old Trafford lagi (bagi yg tak tahu, Man Utd jarang gile seri dekat turf sendiri, apatah lagi kalah kan?), saya pun rasa kesian lah dengan penyokong susah mati Red Devils ni. orang terengganu kata ape, 'I feel you'? Ha gitu la kot. Kalau tengok semalam banyaklah update2 yg ada kaitan dengan frustation dan kesedihan yang amat sangat atas kekalahan besar tu, ada jugak yang cuba mengangkat balik moral diri dan penyokong2 lain.
Memang bila kita cinta sesangat dekat seseorang atau sesuatu, secara otomatis kita akan letak harapan super tinggi dekat dia. Setinggi Mt Everest harapan tu pasti akan tenggelam jauh dalam khayalan di buai alam mimpi, seribu impian telah pun kita bina, eh tersasul pulak keluar lagu klasik, pasti tenggelam habis habisan dalam jurang Mariana tinggal puing puing ais je bila dikecewakan.
Kata Ali Zainal Abidin,
Ya Allah, janganlah Kau serahkan aku pada diriku sendiri walau sekelip mata, aku tak mampu mengurusnya, janganlah Kau serah diriku pada orang lain mereka pasti mensia-siakannyaSangat tepat ungkapan hikmah cucu Saidina Ali ni, bila bercinta kita serah harapan dan seluruh raga padanya, ketahuilah manusia pasti akan mengecewakan kita, tak kira siapa pun kedudukan dan pangkatnya, alim atau alim kucing, dipercayai ataupun tidak, kerana kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Bak kata Fudhail bin 'Iyad,
Siapa yang mencari teman tanpa celaan, pastilah ia tiada temanManusia ialah makhluk yang banyak kesilapan yet ia adalah makhluk yang paling sempurna dan ia mampu jadi lebih mulia daripada malaikat dan ia juga mampu jadi lebih rendah daripada binatang peliharaannya sendiri. Maka cinta apabila diletak pada manusia terlalu dalam, harapannya akan jadi terlalu tinggi dan things will get very complicated bila it is over. Seperti Eiffel Tower yang tinggi, pasak cintanya sangat dalam untuk menyokong ketinggian harapan itu.
Sebaliknya tanamlah sedalam-dalam pasak cinta kita pada Allah dan yang terutama Rasulullah S.A.W., kerana bila foundation ini sudah teramat kuat, kita akan menyintai keranaNya dan kecewanya kita tidak akan berpanjangan, kerana kita punya Allah dan ArRasul. Adakah kita dilarang bercinta? Tentulah jawapan obviousnya harammmm. hehe, taklah, manusia dianugerahkan perasaan yang sangat mulia dengan cinta yang diikat dengan perjanjian akad perkahwinan.
So kalau dah bercinta kerana Allah, kenapa pulak nak dikecewakan? Takkanlah ikatan suci yang kita bina dengan kalimah bismillah ini akan punya kekecewaan?
Saya ingin menjawab dengan persoalan, cuba kalau kita baru setahun berkahwin, tengah panas lagi dan sedang menanti nurul'ain (cahaya mata) yang pertama, tiba2 suami kita eksiden dan meninggal dunia, sedang dunia indah bagaikan syurga, ia retak berderai memusnah jiwa. Seorang yang utuh cintaNya pada Ilahi pasti tidak akan banyak sesungut, kerana ia menerima takdir Ilahi bahwa suaminya pergi terlebih dahulu membuka pintu syurga untuknya (wah, gentleman habis. hehe) dan sungguh ia bukanlah melainkan hanya satu perpisahan sementara untuk pertemuan selama-lamanya.
Tetapi seorang tiada base yang kuat pada Ilahi, tentulah ia akan dirundung derita sepanjang hayatnya, menyalahkan takdir, depresi yang super dan nauzubillah, bunuh diri. Statistik penceraian tahun 2009 sangat menjengkelkan sehingga 96 pasangan bercerai setiap hari. Kebanyakan punca penceraian adalah kerana tiada persefahaman dalam rumahtangga, suami/isteri mengabaikan tugas, masalah kamar tidur, orang ketiga etc etc. Punca-punca yang sama sekali tidak wujud ketika panas dilamun cinta sebelum perkahwinan, so what went wrong?
Ya, mungkin terlalu banyak soal yang boleh dibincangkan, tapi satu yang saya pegang ialah cinta yang dibina tanpa basis cinta pada Allah dan RasulNya pastilah cinta yang mengundang nestapa. Ya, ujian pasti menimpa karena bahtera laut mana yang tidak pernah dipukul ombak ujian dan melalui ribut taufan? Tapi ujian itu pastilah untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah, kerana jika kita mendekat dengan Allah sejengkal pasti Allah mendekat dengan sehasta, jika kita berjalan kepada Allah, Allah pasti mendapatkan kita dengan berlari.
Ujian itu tetap ujian, berbeza dengan musibah. Musibah itu atas dosa. Mungkin rumahtangga (mungggkin ye?) musnah akibat dosa kita yang dulu, yang kita tidak tersedar atau separa sedar tapi masih melakukannya, sekarang kita punya kehancuran yang mungkin kita rasa tiada jalan pulang lagi. To quote status haritu,
This might be the self-destruct button, to have wrongly step on your path, it might be the earlier sins that've brought this mess. anyway, it's never too late to start all over again. hiroshima and nagasaki were once destroyed, and now Japan is one of the leaders of the world. apatah lagi diri kita yang kecik ni, a loser today is a winner tomorrow, if he believes.Atau mungkin kita masih punya peluang untuk mengubah dan menangguh cinta kita, kerana ingin menyahut seruanNya. Bercinta itu mulia, jika ia kena pada masanya. Setiap senyum antara suami dan isteri itu satu pahala, setiap ingatan rindu pada si suami yang jauh itu boleh jadi satu pahala, dan setiap hadiah dan usikan pada si isteri itu boleh jadi satu pahala, setiap luka hiris pisau dan titis air tangan dan jerih payah si isteri yang tak reti masak tapi berusaha masak untuk menyenangi hati suami itu juga pahala, setiap bisik cinta dan ucap terima kasih pada si isteri itu juga satu pahala, segalanya boleh mengundang pahala, jika ia dilakukan kerana Allah.
Ingatlah ikhwah wa akhowat, Allah takkan pernah mensia-siakan usaha kita, Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat di lubuk hati dan mereward kita atas setiap azam kita untuk melakukan kebaikan, masakan Dia akan mensiakan usaha kita mencari redha-Nya? Memang payah dan susah tapi setiap palingan hati itu pasti mengundang seribu kebaikan di sisi kita di dunia dan di Mahsyar kelak. Kata Allah,
Minta-lah dengan solat dan sabarMungkin itu pesanan terbaik Allah untuk kita, yang masih belum terikat dengan ikatan sah perkahwinan. Bagi mereka yang sudah selesai, jagalah ikatan cinta suci itu sebaik-baiknya, kerana Allah membenci perceraian, walaupun dibolehkan. Mazhab Maliki juga membolehkan pemerintah mengharamkan perceraian jika ia mendatangkan mudarat besar kepada ummah, seperti yang berlaku hari ini. Institusi kekeluargaan punah ranah dan anak pinak jadi hilang arah akibat perceraian kerana masalah ibu bapa (either or both) yang terlalu pentingkan diri.
Maaf sengaja mengakhiri post kali ini dengan low note, tapi ia point yang perlu diaddress, agar kita sentiasa beringat. Kata Ibnu Qayyim al-Jauzi,
Apa yang kita tanam di dunia akan kita tuai di akhirat.Wallahua'alam. Akan ku pinang dikau dengan cinta Allah.
No comments:
Post a Comment