Pagi itu sunyi sepi. Berkumpul sepuluh beranak di keliling meja makan. Nasik lemak panas yang terhidang tidak disentuh. Masing-masing kelu untuk berkata.
Sepi.
....
Benar-benar sepi.
Hanya kocakan sudu dalam teko berbunyi, Mama mereka yang sedang menyiapkan air Milo kesukaan mereka. Hisham (bukan nama sebenar) duduk memandang sayup mamanya, teringat dosa padanya yang tak terhingga banyaknya.
Imbauan demi imbauan dimainkan dalam kotak fikirannya.
Teringat saat dirinya mulai mengenali dunia. Orang lain mencari keseronokan, dia ikut mencari keseronokan. Artis-artis menjadi pujaan dan kegilaannya. Lagu-lagu Hitz.fm sering bermain-main di bibirnya, sedang al-Quran tidak pernah disentuh, tidak pernah dijamah. Berhabuk ditinggal dalam gobok usang itu.
Orang lain bercouple, dia pun turut memburu pasangan untuk bercinta. Mula mengenal bibit cinta bermadu asmara memetrai janji tatkala di bangku sekolah. Zaman persekolahan yang memang menjadi medan memburu teman wanita berlanjutan ke pra-universiti. Batas-batas hubungan ditolak tepi, dosa dianggap biasa, kemurkaanNya usahlah diingati, tak dihirau nasihat orang tua.
Orang lain hidup bermatlamatkan harta, berusaha sedaya upaya untuk hidup senang, tidak mahu hidup dalam kesusahan walaupun terpaksa menempa kemurkaanNya, mungkin karena menyangka tiada hari kemudian yang menjadi tempat akhirnya, lupa yang hidup ini sementara. Namun Hisham turut serta dalam keramaian itu, memilih kerjaya arkitek kerana habuan yang lumayan.
"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."
(Al-Imran:14)
Orang lain lupa akan tujuan kejadiannya, dia pun turut lupa akan hakikat kehidupannya. Yang sering bermain dalam benak fikirannya hanya kebahagiaan di dunia. Kerna kata mereka, 'hidup hanya sekali, maka kena hidupi hidup ini secara paling penuh'. Lupakah pada ayat ini?
"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al-Mukminun:115)
Uhuk..
Tersedak dari lamunan. Matanya mula berair, tiba-tiba satu perasaan timbul dalam dirinya.
"Apakah rasa ini..?", tanya dirinya.
Kosong...
Pernahkah hati kecil ini terasa tiada tempat bergantung lagi? Bila kita menyedari bahawa pagi inilah pagi yang terakhir dalam hidup kita. Bila kita menyedari bahwa esok tiada lagi. Tiada lagi kehidupan, tiada lagi rasa, tiada lagi kata, tiada lagi masa, tiada lagi rakan, tiada lagi keluarga, tiada lagi kekasih, tiada lagi segala-galanya.
Hatinya bagaikan putus harapan, apa seterusnya? Apa yang akan berlaku selepas hari ini? Persoalan demi persoalan bermain dalam benak kepalanya.
Mulut tak mampu berkata-kata. Kelu.
...
...
...
Imbauan demi imbauan mula melakari diri. Dosa demi dosa mula dikenangi. Penyesalan langsung tak berguna lagi.
'Maaf' ingin dipinta pada Mama, namun tiada termampu. Kata itu hampir terpacul, saat itu dirinya rebah ke tanah, teresak-esak menahan tangisan kerana semuanya tidak berguna lagi. Hatinya sakit menanggung satu derita penyesalan yang tidak terhingga. Tak tertahan lagi kesedihan yang terbuku di dalam diri. Air mata mengalir deras tatkala terpandang mamanya yang mengendahkan panggilannya yang cukup sayu. Teriakan yang menggegar benak jiwanya tidak kedengaran lagi akibat kesakitan yang tidak terhingga.
Dosa-dosa saat dirinya baligh dulu berputar-putar di kepalanya, dimainkan berulang kali bagai pita video yang tiada menahan rahsia lagi. Solatnya lintang pukang, puasanya ditinggal2kan, zakat usah difikirkan, nikmat Islam dan Imannya dipersiakan, ayat 2 surah Al-Muzammil tidak pernah diberi perhatian, tanggungjawab berat yang diberi pada insan bernama khalifah di muka bumi tak pernah terlaksanakan. Berdosanya si hamba yang hina ini. Hisham putus asa. 'Manakah lagi harapan mampu kusalurkan?'
Siapa?
'Oh Tuhann!! Kau Maha Pengampun Maha Menerima Taubat. Allahh!!! Ampuni dosaku, terimalah taubatku! Sesungguhnya aku termasuk dari golongan yang zalim terhadap diri sendiri'. Namun segala rintihannya tiada berbalas, segala tangisan tiada berguna, tiada bermakna lagi sesalan ini.
Masa tak mampu diputar, peluang telah tertutup, amalan telah berhenti dikira.
Penyesalan.
Hanya itu yang mampu dirasakan. Di mana masa digunakannya dahulu, dalam setiap nafas itu terbentang peluang demi peluang untuknya menunaikan tugasnya di muka bumi ini. Namun kealpaan, kecintaan pada dunia menewaskan fitrahnya dari tanah itu yang sentiasa taat dan patuh pada Tuannya, Allah azza wajalla.
Maka tamatlah riwayat manusia degil ini.
Dipulangkan pada Rabb sekelian alam untuk diadili.
"Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari datangnya azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim, "Wahai Tuhan kami, berikanlah penangguhan kepada kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun sekejap sahaja, pasti kami akan mematuhi seruan Engkau dan mengikuti rasul-rasul. (Kepada mereka dikatakan): "Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?".
(Ibrahim:44)
"Dan alangkah ngerinya, jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, pasti kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".
Dan jikalau Kami menghendaki, pasti Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa itu petunjuk baginya, tetapi telah tetaplah ketetapan daripadaKu; "Sesungguhnya akan Aku penuhi nereka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama,
maka rasailah olehmu (seksa ini) disebabkan kamu melupakan pertemuan dengan harimu ini (Hari Kiamat); Sesungguhnya Kami telah melupakan kamu dan rasakanlah seksa yang kekal, disebabkan apa yang kamu selalu kerjakan".
(As-Sajdah:12-14)
Pesanku pada diri,
Berhenti seketika, berfikir ketika ramai sedang lena,
renunglah dirimu, layakkah ke syurga di sana?
Atau kita berasa mampu menerima azab neraka?
Berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnahnya.
Carilah redha Ilahi tatkala diri masih bernyawa.
Hidup ini sementara, peluang datang sekali cuma.
Syurga rindu menantimu wahai sekalian manusia.
* Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata Hisham tatkala terjaga daripada lenanya.
6 comments:
bukan name sebenar? :p
TUhan mengUJi kiTA
BERSyuKUr keraNA SEBELuM TERlamBAt
kiTA TELAHpuN TERsedaR
HAKikAT Yg nyaTA
daN STIAP manuSIa itU ADe cerITAnya
Yg laLU DIJAdikAN PEDOMan
yG bakAL BERLALu
lalUI dgN HARapAN
SMoGA IMan SMAKin MENebaL
DAn memoHOn dikuATkaN IMAn
Ke JALan DIA
suCh a SAmE STorY ~
sgT2 BERSyukUR KEPADa ALLAH...
nice one la camam..nk copy cket..hehe
perantau: hehehehe :P
tqa_elric: tafsirkan syukur itu dalam bentuk perbuatan. kata-kata di mulut sahaja tidak mampu memberi erti apa-apa di sisiNya nanti. manifestasi syukur yang terbaik ialah dengan mengikuti segala perintahNya dan meninggalkan yang dilarangNya. Itulah erti syukur dalam kata yang sebenar. Maka, sama2 muhasabah diri ini sejauh mana kita tergolong dalam golongan2 yang bersyukur. Karena golongan yang bersyukur amat sedikit, kata Rabb. Dan, golongan yang mendustakan nikmatnya. Nerakalah tempatnya.
aslam: boleh. silakan. selamat exam akhi! rindu. :)
kamOO betOl
salam icam
terima kasih atas perkongsian..:)
semoga ttp dlm jalanNya
Post a Comment