Anyway, lepas sampai surau tu (agak lambat) dah start solat, dengar bacaan ustaz Hashim yang mendayu, sedap. Teringat nostalgia-nostalgia yang lama (takde la lama mane kan, tapi dah dari kecik membesar dengan dia jadi imam and bagi ceramah so agak rindu la). Habis je solat, terus amik position bersandar dekat bawah air-cond, ustaz pun mula la bercerita.
Ustaz mula-mula cakap yang kuliah kita (surau seksyen 7 tu) dah tangguh 5 bulan, sebab dia sakit leher, slip disk ke ape ntah, die cerita yang dulu family miskin, dia sebagai anak sulung terpaksa tolong ayah dekat bendang, angkat beras 50kg atas belakang and now the effect baru rasa. So he had a very difficult Ramadhan, if not mistaken, he couldn't fast because he was on medications after the surgery. But alhamdulillah, sekarang dah makin elok. dan kita start balik lepas habis Raya (Raya kat Malaysia kan sebulan, kadang-kadang tu terlebih dari sebulan pun, dah masuk Dzulqaedah pun baru nak buat sambutan Raya dekat office2 and openhouse sebab sibuk sangat beraya. Hehehe)
So, anyhow, ustaz bukak topik Tasawuf. Tasawuf yang kita selalu dengar berkaitan dengan sufism dan tarekat-tarekat ni. Ustaz kata banyak misconception berkaitan tasawuf dan bila disebut tentang tasawuf, ia seperti perlu berada dalam tarekat-tarekat untuk mempelajari dan mendalaminya, which the 'ilm itself is very good. tapi ustaz sekarang cuba nak sampaikan kepada umum, cuba untuk buka kepada umum, apa itu tasawuf.
Dalam kita hidup ni kan, our actions, decision-makings, how we talk, how we conduct ourself, semuanya depends on hati ataupun qalb. Selari dengan hadis Nabi S.A.W. yang kata, 'ala wainna fi jasadi mudghah', dalam badan ni ada seketul daging, 'iza solahat solahal jasad kulluh, waiza fasadat fasadal jasadu kulluh' kalau ia baik, baiklah seluruh tubuh, kalau ianya dok baik, dok baiklah seluruh tubuh tersebut, 'ala wahiya qalb'. apalagi kalau bukan hati. Hati kita ni effect seluruh tubuh kita, bila baik hati ni, maka baiklah seluruh jasad kita.
So, ilmu tasawuf ni adalah ilmu yang merungkai hati dalam usaha untuk mengenalnya. Kata ulama', 'bila kenal diri baru kita kenal Allah'. Dalam usaha mengenal Al-Khaliq, salah satu caranya, kita boleh mempelajari hakikat makhluk. Apabila kita faham hakikat makhluk ini, kita pasti akan faham hakikat Tuhan itu. Tasawuf ni nak capai 3 benda;
1st nak mentazkiyahkan hati, mensucikan hati. Kalau kita nak minum air Milo ais kan (nyum nyum slurrp), then dekat dapur kita ada mug yang ayah kita guna buat minum Kopi susu, mesti la kita kena cuci dulu before bancuh Milo ais kita tu kan? Macam tu la jugak hati kita ni, dalam usaha nak mensucikan hati, kita kena delete sifat-sifat mazmumah (belajar kot dulu masa sekolah rendah), then kita install dengan sifat-sifat mahmudah. Then along the way tu, kita update la sifat-sifat mahmudah yang baru dan terus kayakan diri dengan sifat mahmudah.
2nd nak menguasai diri. Dalam diri kita ni ada peperangan yang takkan pernah selesai. Perang antara nafsu/syaitan dan iman. Seseorang yang concious akan peperangan ni, mesti terasa apabila nampak sesuatu yang tak elok berlaku depan matanya, hatinya akan rasa sakit/tak sedap. Contoh, nampak budak-budak muda bercium-cium depan mata dia dekat taman tasik kan, ada orang lalu je, ada jugak yang dok tengok perati, eyh sedapnya kan, tapi kita cuba letak kita dekat mana, dan kalau masih ada rasa benci pada benda tu, tandanya masih ada iman dalam diri. So dalam diri setiap dari kita ni ada perang, bukannya imam masjidil haram tu tak ada nafsu langsung, atau syaitan tak kacau dia, dalam diri dia dan setiap dari yang alim kepada yang jahil ni mesti ada peperangan. Bagi yang putus asa dah dengan perang ni, orang kafir je la, sebab tu diorang ikut je hawa nafsu hidup berparti bagai kan. Maka orang yang mengenal diri, mengenal hati lah yang dapat menguasai diri.
3rd nak menghindarkan diri daripada penyakit jiwa. Pernah tengok orang kaya superrr? Pegi shopping mall, masuk Gucci, pilih mana yang nak, tak usya langsung pun price tag (forget about the price tag..its not about the, kching kching, its not about the bbling bbling) terus angkat. Tak pun orang yang bertukar-tukar ganti kereta tak sudah. Pakai kejap, bosan, tukar baru. Pakai kejap, tukar baru. Tak pun orang yang beli kelab-kelab bola sepak ni, bapak kaya gila kan. Beratus-ratus juta keluar semata nak own kelab, memang la part of it is business but still, super kaya. Takpun macam yang baru meninggal sebab cancer haritu, Steve Jobs, super kaya jugak.
But then, rasa-rasa, diorang bahagia tak dalam hidup, ada yang kaya, tapi keluarga porak peranda, ada yang tukar-tukar kereta tapi tak pernah puas dengan pilihan dia, ataupun pening pikir pasal kereta lain, penat melayan nafsu nak tukar kereta. Tak pun kaya, tapi menderita penyakit sepanjang hidup. Dan orang-orang kaya nilah yang set kan trend hidup manusia ni, mereka own the media-media, then warwarkan dan iklaniklankan gaya hidup yang 'sepatutnya' manusia hidup; kaya, rumah besar mewah, katil empuk, baju mahal silk, kereta besar laju, makeup gini gini, ikut artis itu ini, dan kalau tak ikut, maka tak trendy lah anda, ketinggalan zaman. Betul ke macam tu?
Most of us banyak fikir macamtu secara tak sedar, sebab tu kena kerja keras-keras pagi petang siang malam untuk dapatkan duit nak bayar bulan-bulan kereta baru, dan nak dapatkan rumah yang besar mewah kena kerja keras jugak. Pagi petang siang malam dok renti-renti kerja, dok mikio pun pasal diri sendiri. Then bila dah dapat semua, masih tak cukup lagi, sebab ada design baru keluar, ada style baru keluar, jiran sebelah baru renovate ruang tamu dengan tambah kolam renang, eiy mane boleh jadi kan. Takpun kalau tak pasal harta, pasal kepuasan diri. Tengok artis gitu gini, enjoy sakan, tengok lifestyle orang-orang kaya yang pergi shopping tengah-tengah weekdays time orang lain bekerja susah payah, kita pun taknak kerja macamtu jugak kan, so kena usaha lebih untuk senang.
Well, ada manusia yang duduk berimpit dalam pondok tapi lebih bahagia daripada orang yang duduk atas katil empuk tapi hidup sorang-sorang, anak bini entah ke mana siang malam, ada manusia yang kayuh basikal hari-hari tapi sudahnya puas dari orang yang banyak kereta Mercedes dan BMW tapi kena tolak atas kerusi roda. Ada yang makan nasik dengan ikan goreng tiap-tiap hari tapi rasa cukup dan bahagia berbanding orang yang bila-bila je boleh terhidang berpuluh jenis lauk atas meja makan panjangnya tu tapi tak boleh makan sebab darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Ada yang bahagia hidup single, dari yang bercouple tapi sakit hati tiap-tiap hari sebab bergaduh tak henti-henti. Ada juga yang nampak susah payah hidup berkejar ke sana ke mari mengajak orang balik kepada Allah tapi hatinya berbunga bak taman semerbak kasturi, berbanding orang yang duduk saja melayan movie dan rancangan TV siang malam tapi hatinya penuh rasa bosan nak mati.
(the real kebahagiaan is in memberi)
Ingat tak cerita Abu Dzar, yang saat ia mengucap dua kalimah syahadah, ia terus ke depan Kaabah untuk mengisytihar keIslamannya dan berdakwah mengajak kaum Quraisy mengEsakan Allah? Tak sampai sehari ia menjadi Muslim dah keluar berdakwah, adakah layak atau ada tauliyah untuk Abu Dzar berdakwah? Tapi ia merasakan perlunya untuk berdakwah kerana manusia sekelilingnya menghidap penyakit jiwa yang sangat sarat. Kita dah Muslim sejak bila? 20 tahun? Apakah masih tak layak untuk kita berkata tentang Islam compare dengan Abu Dzar yang baru sehari tu?
Ilmu tasawuf yang mengajar manusia mengenal dan mengikis sifat-sifat mazmumah dan menancap sifat-sifat mahmudah dalam diri ni pastilah membantu kita sebagai daie untuk lebih bertenaga dan semakin kuat bekerja. Manusia yang punya hati yang bersih dan suci tulah orang yang mengecapi kebahagiaan sebenarnya, bukan yang banyak ditonjolkan di kaca-kaca TV dan laptop di atas youtube, mahupun di layar panggung, bukan kebahagiaan yang plastik,
Akhir kata, dunia ini persinggahan cuma, tak pernah kekal cuma menanti sangkakala, akhirat tempat kita tuai tanaman kita di dunia, teruslah berubah mencari dan merubah manusia, moga berjumpa inshaAllah di syurga.
No comments:
Post a Comment