Wednesday, June 23

Teman Daku Ke Pintu Syurga

Hidayah itu milik Allah jua. Dia akan bagi hidayah pada siapa2 yang Dia kehendaki, Dia akan sesatkan siapa2 yang Dia kehendaki. Dan kesesatan itu semestinya berpunca dari diri mereka sendiri kerana Allah tidak berlaku kejam atas hambaNya. Dan Dia boleh tarik nikmat hidayah itu bila2 masa yang Dia kehendaki dari kalangan orang2 beriman yang melupaiNya. Sungguh Allah bisa melupai siapa yang lupa padaNya. Namun pintu taubat itu masih luas terbuka.

Riham Mahsih

 

"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." 

(Al-Imran:77)


Temankan daku ke pintu syurga...

 

 

 

 

7 comments:

Don Daughter's said...

"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka,...

apa yG DImaKSudkaN DGn sumpaH ITu?

manusIA ke yG BERSUMPAh?APa knDUNGAn sumpaH tU?

Siti Syazwan said...

salam.

mmg hidayah tu milik tuhan kan. kdg2 dia dtg tnpa kita sedar. sometimes we need people to remind and at the same time kita naik bertatih sikit demi sedikit. iman pun naik turun. how to manage tu?*terfikir gak hal ini.

Hisham Mahir said...

Tqa: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan

(An-Nahl 91)

Perjanjian ini ialah perjanjian untuk menjadi hamba Allah yg betul menyerahkan dirinya hanya untuk Allah. Nabi Allah Ibrahim dipanggil dgn gelaran hamba Allah dalam al-quran. Itulah matlamat kita di bumi ini, utk menunaikan janji kita semasa di alam roh utk menjadi hambaNya dan khalifah di muka bumi.

Siti: Salam. Betul, hidayah datang dan pergi. Samada kita amik atau tak je dan bila kita tolak, mungkin Allah tak bagi dah nauzubillahiminzalik.

Betul tu siti, seorang sahabat Rasulullah ada menyatakan iman tu berbolak balik lebih cepat drpd isi di dalam periuk yg menggelegak. Tadi rasa mcm beriman, 30 minit lepas tu rasa mcm nak buat jahat balik. Kita sentiasa perlukan peringatan.

Klau ikut surah al-asr, kita wajib utk mengingatkan diri dan org lain tentang kebenaran dan bersabar atas segala apa jua rintangan dan cabaran dlm hidup ini utk tidak menjadi org yg dikatakan rugi dalam ayat kedua kerana sunnguh semua manusia tengah rugi, kecuali mereka yg berpesan2.

InshaAllah apa yg terbaik ialah kita terus ingat mengingati di dalam halaqah2 kecil dan juga bacaan2 alquran serta mendalami makna bacaan itu secara istiqamah.

Don Daughter's said...

oh..

gtU

tQ ats perkoNGSIAn ilmU.

Siti Syazwan said...

salam.
kita pun berjanji dgn tuhan dalam doa iftitah bukan? if silap maaf.

Hisham Mahir said...

salam

inshaAllah betul. that's our pledge to Allah, our prayer, our acts, our life and our death only for Allah.

dan kita akan renew dan ingatkan balik pledge kita dalam setiap solat supaya kita ingat balik tujuan kita hidup ni, bkn utk please org lain or diri sendiri, tapi untuk please Allah.

lepas doa iftitah, kita doa kat Allah dlm surah al-fatihah yg dalam hadith dikatakan merangkumi kesulurahan al-Quran. mintak Allah guide kita dalam hidup supaya tak go astray.

sungguh, indah betul Islam ni bagi mereka yg ingin memahami.

Bijen M. said...

Ya Allah.
Kekalkan hidayatmu dalam diri kami hingga saat kami mati.
Amin.