Sunday, October 30

Sembang di FB: Ikhlas

HM: (status update) "ikhlas itu rahsia kita dengan Allah, so kenapa nak cerita rahsia dengan orang? dah tak jadi rahsia la."

Leicestrian: benar :)

Mancunian: "awak2...saya takut la nak beramal. karang amal saya tak ikhlas. bagaimana nak settlekan ya?

HM: yg bertanya lagi tahu dari yang ditanya :)

Mancunian: weh. hadoi. aku tny betui ni sebab:

Seorang ulama yang bernama Sufyan Ats Tsauri pernah berkata, “Sesuatu yang paling sulit bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, karena begitu seringnya ia berubah-ubah.” Niat yang baik atau keikhlasan merupakan sebuah perkara yang sulit untuk dilakukan. Hal ini dikarenakan sering berbolak-baliknya hati kita. Terkadang ia ikhlas, di lain waktu tidak. Padahal, sebagaimana yang telah kita ketahui bersama, ikhlas merupakan suatu hal yang harus ada dalam setiap amal kebaikan kita.

camna eh?"

HM: kan pakcik banna pernah cakap, or dia buat actually, yg sebelum ucapan dia, dia tolong layman susun kerusi dekat dewan tu, sebab dia kata, dia tak tahu yg mana ikhlas/Allah terima, susun kerusi atau bagi ucapan tu. but then dia still bagi ucapan tu jugak kan?

so, rasanya, mcm org yg tak pandai buat kek, nak buat kek, tapi takut tak sedap, last2 tak buat. padahal buat je lah, tak sedap, baikilah next time, kalau tak sedap lagi next time, baiki lagi. manusia ni kerja dia baiki diri je sebab dia takkan pernah perfect.

tak kata ianya senang, tapi buat je. then jaga niat tapi mesti kita terlupanya nak jaga, so takpelah, buat lagi next time, jaga niat lagi, then lupa lagi, tapi takpelah, buat lagi n buat lagi, tunggu sampai Allah putuskan amal mana yg Dia terima.

pernah dengar hadith (or maybe bukan hadith) yg bunyinya macam, siapa yang tinggal solat sunat dekat masjid/surau sebab risau dia tak ikhlas buat sbb ramai orang tgk, tu maknanya dia tak ikhlas.

ikhlas ni rasanya, buat jelah. bila banyak2 pikir tu, time tu syaitan akan kacau. bila dah set azam nak buat, buat je, then fatawakkal 'alallah. then kita harap Allah terima amal kita sbb amal kita kita ni takkan pernah sempurna/betul 100% pun. yg penting, buat.

wallahua'alam ch**.

Leicesterian: mashaallah . wacana minda ni :)

Lancastrian: nice one ic**** :) buat je buat je..kesungguhan kita mencari keikhlasan tu pon InsyaAllah Allah akan nilai 8)

HM: kesungguhan mencari keikhlasan tu lah tanda ikhlas? :)

Lancastrian: konsistensi dalam membuat kebaikan itu pulak tanda sebuah kesungguhan :)




***Sembang di FB cuma posts2 yang mungkin bermanfaat untuk pembaca. Share di blog supaya ramai lagi dapat ikut sembang di FB. ^^

Saturday, October 29

Perubahan Itu Payah

Siapa kata perubahan itu senang?

Meh sini nak lempang biar bersepai gigi-gigi tu. (garang tak?)

Yet, kita tengok perubahan 'Umar si pemisah haq dan batil tu macam mudah je kan? Dia marah dengan Nabi, nak pergi bunuh, tiba2 dengar adiknya baca Quran, terus rasa nak masuk Islam. Ye, bila kita baca suatu cerita dan berita atau situasi yang kita sendiri tak pernah duduk dalam kasut mereka (baca: be in their shoes), kita mengatakan (lebih kepada merasakan) ianya sangat mudah seperti senangnya kopek kacang Nganyin dan makan, dan kopek lagi dan makan lagi sampai habis sebungkus, lepastu buat 'thumbs up', kerana sangat senang dimakan begitu saja.

Hakikatnya, ia satu proses yang panjang. Pokok tak membesar overnight, lalang tak memanjang overnight, buah durian tak jatuh overnight (yes dia jatuh pada waktu malam, tapi 10 tahun kot nak tunggu pokok besar baru dapat hasilnya dia yang sedap tu), dan manusia obviously tak membesar overnight. It is a process.

Bila kita (baca: ye kita kita termasuk saya) tersedak satu hari tengah gelojoh-gelojoh melapah kegembiraan duniawi dan melantak what we thought/taught happiness (bukan potong salah satu ye, kita memang diajar untuk berasa gembira pada sesuatu yang sepatutnya bukan gembira macam masa kecik dulu di ajar buah oren itu oren, maka lama lama diajar, kita sendiri fikir bila fikir buah oren, kita akan ingat kaler oren, err paham ke?) Anyway, tengah-tengah menketedarah dunia sampai tak ingat dunia tu, tiba-tiba terlekat (alhamdulillah la terlekat) dan tersedak, terhembus keluar balik isi-isi yang sedap tu. Suddenly kita sedar, dalam melihat cebisan-cebisan 'dunia' yang kita tersembur tadi tu rupanya sangat jelik dan tak ingin kita telan balik.


Pastu ada orang tepuk, (mama ke, abang ke, sahabat usrah ke, naqib ke, kawan sebilik ke, ustaz azhar idrus ke) dia tepuk-tepuk belakang kita, 'ha tu la, cek habaq dah kat hampa, hampa gelojoh jugak makan 'dunia' ni'. Kita pun tersipu-sipulah kemaluan. Seharusnya teruslah kita ucap alhamdulillah bila mana kita yang dah gemuk dengan dunia ni, ingin diet dan kurus semula. Ye sedar ataupun tidak, walaupun badan kita semua dah terlalu disarati dengan lemak lemak korea, lemak-lemak movie barat, lemak-lemak cinta, lemak-lemak kemalasan, lemak-lemak kesenangan dan lemak-lemak etc etc, sehingga kita terlalu penat untuk beribadat pada Allah seperti penatnya seorang yang gemuk untuk bermain bola selama 90 minit sebagai striker (wah, position favourite saya).

Maka sesiapa yang tengok rancangan orang gemuk gile nak jadi kurus tu (Biggest Loser eh?), pasti tahu yang perjalanan seorang yang gemuk untuk jadi kurus tu sangat sukar. Ia penuh cabaran mental dan fizikal dan it is an endurance. Oh anyway, sedar tak Biggest Loser tu macam kindof perli jugak? Seakan-akan nak cakap orang gemuk ni memang loser. Dan kita-kita semua yang gemuk dunia ni memang sangat-sangat loser dan kita cuma akan tahu bila ditimbang nanti. (in Mahsyar)

So bila kita tersedak dan termuntah balik isi dunia tu, kita pun terasa tercari-cari teraba-teraba sentuhan Ilahi. Dunia yang dah berkeladak dalam hati ni ingin kita cuci bersih biar ia suci hanya untuk Ilahi. Tapi seperti Ibrahim a.s. ketika hendak membawa Ismail anaknya untuk disembelih, syaitan datang menerpa cuba menggagalkan Ibrahim untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ibrahim a.s., bapa kita yang haneef itu, merupakan sosok yang lurus yang sentiasa mengiakan apa saja perintah Allah sehingga ia menjadi begitu rapat dengan Allah, maka ia ambil batu dan melontar ke arah Iblis itu, 'auzubillahiminssyaitonirrojim! dan terus melontar sehingga kita sekarang pun yang ke hajj ikut melontar.

Godaan syaitan itu pastikan datang. Seperti seorang perempuan yang hanya lalu di depan kedai Gulati's, hanya lalu, tak niat pun nak beli, tiba-tiba kain-kain di dalam Gulati's tu melambai lambai seakan akan memanggil-manggil mereka untuk masuk dan memuaskan nafsu mereka. Sungguh syaitan itu ada di mana-mana, it's in our veins, it's in our heart even. Kata Nabi, lebih kurang maksud dia, syaitan ni dok bertenggek dekat hati manusia, bila kita lupa pada Allah, dia akan datang goda, tetapi bila kita ingat Allah, syaitan akan berundur, but it's there.

Dan apatah lagi ingin berubah. Syaitan bencikan perubahan. Of course perubahan cuma ada dua, satu perubahan dari baik ke beruk (oops I mean buruk), dan perubahan buruk ke baik. Syaitan benci perubahan yang kedua dan cinta perubahan pertama. Memanglah seseorang yang dah pasti masuk neraka, pastilah ingin mencari teman mereka seramai-ramainya, macam anda yg belajar medicine/guru yang dari kecik tak pernah keluar langsung dari negeri, sekolah rendah dekat kajang, sekolah menengah dekat bangi, universiti dekat bangi, tiba-tiba dihantar ke kawasan pedalaman Sabah, adakah anda ingin ke sana sorang2? Mesti nak ada peneman kan? (Of course tak maksudkan langsung Sabah tu macam neraka, I love Sabah I've been there couple of times. This is an unparallel comparison)

Syaitan will do whatever it takes untuk buat anda makan balik muntah, isi-isi yang anda tersedak tu. Lalu ke nak makan balik muntah? Well, syaitan akan hiaskan sampai anda lalu dan berselera balik untuk makan muntah anda tadi dan ia akan buat anda craving for more and more. Yucks! But then, banyak je orang yang makan balik, sikit-sikit dia cuit roti yang dah hancur penuh dengan air liur and sikit-sikit hijau kahak tu. Kalau kita tak stop dan pegang tangan kita halang dari cuit lagi, lama lama akan jadi lebih parah lagi.

Perubahan itu mulia dan Allah cintakan seseorang yang berubah keranaNya. There's nothing else greater than that. Orang yang dah tersedia laju seperti Usain Bolt tu bila dia menang, orang memang tak kesah lah kan, dah dia super laju. Tapi bayangkan Watson Nyambek yang dah retire sekarang ni, tiba-tiba dia rasa nak join track balik, training gila-gila, jumpe pakar tu pakar ni, belajar dengan sheikh tu ustaz ni, belajar dengan kegagalan masa lepas etc2. then tiba-tiba dia menang lumba lari dengan Usain Bolt. Pastilah lagi ramai peminat Watson Nyambek itu dari sebab perubahan dia. Of course kita berubah bukan sebab nak orang adore kita, oh dulu dia ni super jahat, sekarang super baik. (Wooooooooo power gila, hang qowiey, aku dok.) Tapi kita semua inshaAllah, nak berubah sebab Allah and only sebab Allah.

Perubahan itu payah dan pahit kerana syurga itu senang dan manis. Pemandangan puncak gunung pasti menghilangkan penat lelah pendakian. Perlu ada kesejukan malam untuk ada sinar pagi, seperti perlunya ada hujan untuk ada pelangi. Perubahan itu akan jadi manis, bila kita dengar Allah kata, 'wahai jiwa yang tenang, mai lah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai, maka joinlah clan hamba-hambaKu, dan masuklah syurgaKu' (Fajr : 27-30)

Jom berlari pantas kepada Allah.

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa," (AliImran : 133)


Psst, nak tau secret Usain Bolt lari laju?






This.


What holds you back is gonna make you stronger. Once you've passed your ujian-ujian dari Allah, it will make you stronger than ever. So don't give up!

Friday, October 28

Tentang Gaddafi

Setiap orang yang kita lihat sangat berani itu juga punya rasa takut, kata prof dr hafidzi (aqsasyarif) orang yang berani ialah orang yang menyembunyikan ketakutannya.

Belum pernah syeikh yusuf qardawi yang sangat berhati2 dalam mengeluarkan fatwa dan sentiasa moderate dlm fatwanya mengeluarkan fatwa menghalalkan darah seorang muslim, kecuali gaddafi. Tetapi apa yang berlaku pada gaddafi (dibunuh sebelum dibicarakan) itu adalah satu setback namun tak mampulah kita menuding jari kepada rakyat Libya kerana selama 42 tahun, hak rakyat untuk express his feeling/opinions disekat, siapa yang berani berkata apa2 pada gaddafi dan didengari mata2 gaddafi, thats the end of his life. 42 tahun, hidup dalam ketakutan dan disekat mulut mereka kini mereka berani keluar dari ketakutan itu.

We wont understand how they feel unless we put ourselves in their shoes, ask ur grandad or dad about japanese occupation dulu, who dare says something bad about them, tali barut jepun keliling, once spotted, surely you're gone, the same thing happens to the Libyans.

Yes we've seen posts about the good things he did, free electricity, free educations, minyak murah etc, well they are the largest pengeluar minyak, so no wonder lah he can give it but then, would you trade your freedom for all those? 

Siapa yang menafikan kezaliman Gaddafi, maka ia berlaku zalim. Kita takkan nampak kecacatan pada perempuan yang kita rasakan cantik, entah perangai hodoh pun kita set aside sebab muka dia cantik. kentut dia pun kita kata wangi ye tak? Same things goes for dictators around the world, we saw they potray their goodness, even Abu Jahal pun bagi makan org pegi haji, and nabi pun pernah puji Umaiyah bin Khalaf ada akhkak yng baik, but they still musuh Allah, history shows that dictators who suppress their people will fall miserably, from shah iran to anwar saddat to hosni mubarak to ben ali to suharto to gaddafi, the history is repeated again and again, but the dictators never learn.

Great talk indeed about current situation in Libya. #uiam #libya #gaddafi

Advice prof, mari perkasakan masyarakat so that they understand what freedom is, and to let them know how terkongkongnya kita sekarang oleh kezalimam. Benarlah kata rib'ie b amr, Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia, dari kezaliman cara hidup kepada kebebasan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Tuesday, October 25

Post Ini Tentang Cinta

Semalam sebelum tidur, saya letak status ni,
Orang kata, sedalam mana cinta kita, sedalam tu juga lah luka di hati kita, bila dikecewakan.
Tak expect respons yang agak banyak (ye lah, bukannya sefamous inche gabbana or sehensem aiman azlan or sehebat saifulislam or ustaz don apatah lagi seinfluential suhaibwebb dan encik nouman ali khan) dan ramai jugak yang setuju dengan pernyataan itu seakan akan mereka punya cerita lalu (or tengah lalu skrg) berkenaan cinta atau sengaja bersetuju tanpa ada apa-apa sebab.

To be honest sebenarnya semalam teringat team favourite (err Arsenal) kena bantai dengan Man Utd dekat tempat sendiri 8-2 (dah macam main hoki ha scoreline), so saya sebagai konon konon die hard fan Arsenal, saya sangatlah sedih apatah lagi bapak saya yang dah putus harapan malam tu. Memang fun abis la kan tengok setiap 10 minit ada goal.

So bile tengok Man Utd kena belasah dengan rival dia Man City 6-1 dekat Old Trafford lagi (bagi yg tak tahu, Man Utd jarang gile seri dekat turf sendiri, apatah lagi kalah kan?), saya pun rasa kesian lah dengan penyokong susah mati Red Devils ni. orang terengganu kata ape, 'I feel you'? Ha gitu la kot. Kalau tengok semalam banyaklah update2 yg ada kaitan dengan frustation dan kesedihan yang amat sangat atas kekalahan besar tu, ada jugak yang cuba mengangkat balik moral diri dan penyokong2 lain.

Memang bila kita cinta sesangat dekat seseorang atau sesuatu, secara otomatis kita akan letak harapan super tinggi dekat dia. Setinggi Mt Everest harapan tu pasti akan tenggelam jauh dalam khayalan di buai alam mimpi, seribu impian telah pun kita bina, eh tersasul pulak keluar lagu klasik, pasti tenggelam habis habisan dalam jurang Mariana tinggal puing puing ais je bila dikecewakan.

Kata Ali Zainal Abidin,
Ya Allah, janganlah Kau serahkan aku pada diriku sendiri walau sekelip mata, aku tak mampu mengurusnya, janganlah Kau serah diriku pada orang lain mereka pasti mensia-siakannya
Sangat tepat ungkapan hikmah cucu Saidina Ali ni, bila bercinta kita serah harapan dan seluruh raga padanya, ketahuilah manusia pasti akan mengecewakan kita, tak kira siapa pun kedudukan dan pangkatnya, alim atau alim kucing, dipercayai ataupun tidak, kerana kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Bak kata Fudhail bin 'Iyad,
Siapa yang mencari teman tanpa celaan, pastilah ia tiada teman
Manusia ialah makhluk yang banyak kesilapan yet ia adalah makhluk yang paling sempurna dan ia mampu jadi lebih mulia daripada malaikat dan ia juga mampu jadi lebih rendah daripada binatang peliharaannya sendiri. Maka cinta apabila diletak pada manusia terlalu dalam, harapannya akan jadi terlalu tinggi dan things will get very complicated bila it is over. Seperti Eiffel Tower yang tinggi, pasak cintanya sangat dalam untuk menyokong ketinggian harapan itu.

Sebaliknya tanamlah sedalam-dalam pasak cinta kita pada Allah dan yang terutama Rasulullah S.A.W., kerana bila foundation ini sudah teramat kuat, kita akan menyintai keranaNya dan kecewanya kita tidak akan berpanjangan, kerana kita punya Allah dan ArRasul. Adakah kita dilarang bercinta? Tentulah jawapan obviousnya harammmm. hehe, taklah, manusia dianugerahkan perasaan yang sangat mulia dengan cinta yang diikat dengan perjanjian akad perkahwinan.

So kalau dah bercinta kerana Allah, kenapa pulak nak dikecewakan? Takkanlah ikatan suci yang kita bina dengan kalimah bismillah ini akan punya kekecewaan?

Saya ingin menjawab dengan persoalan, cuba kalau kita baru setahun berkahwin, tengah panas lagi dan sedang menanti nurul'ain (cahaya mata) yang pertama, tiba2 suami kita eksiden dan meninggal dunia, sedang dunia indah bagaikan syurga, ia retak berderai memusnah jiwa. Seorang yang utuh cintaNya pada Ilahi pasti tidak akan banyak sesungut, kerana ia menerima takdir Ilahi bahwa suaminya pergi terlebih dahulu membuka pintu syurga untuknya (wah, gentleman habis. hehe) dan sungguh ia bukanlah melainkan hanya satu perpisahan sementara untuk pertemuan selama-lamanya.

Tetapi seorang tiada base yang kuat pada Ilahi, tentulah ia akan dirundung derita sepanjang hayatnya, menyalahkan takdir, depresi yang super dan nauzubillah, bunuh diri. Statistik penceraian tahun 2009 sangat menjengkelkan sehingga 96 pasangan bercerai setiap hari. Kebanyakan punca penceraian adalah kerana tiada persefahaman dalam rumahtangga, suami/isteri mengabaikan tugas, masalah kamar tidur, orang ketiga etc etc. Punca-punca yang sama sekali tidak wujud ketika panas dilamun cinta sebelum perkahwinan, so what went wrong?

Ya, mungkin terlalu banyak soal yang boleh dibincangkan, tapi satu yang saya pegang ialah cinta yang dibina tanpa basis cinta pada Allah dan RasulNya pastilah cinta yang mengundang nestapa. Ya, ujian pasti menimpa karena bahtera laut mana yang tidak pernah dipukul ombak ujian dan melalui ribut taufan? Tapi ujian itu pastilah untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah, kerana jika kita mendekat dengan Allah sejengkal pasti Allah mendekat dengan sehasta, jika kita berjalan kepada Allah, Allah pasti mendapatkan kita dengan berlari.

Ujian itu tetap ujian, berbeza dengan musibah. Musibah itu atas dosa. Mungkin rumahtangga (mungggkin ye?) musnah akibat dosa kita yang dulu, yang kita tidak tersedar atau separa sedar tapi masih melakukannya, sekarang kita punya kehancuran yang mungkin kita rasa tiada jalan pulang lagi. To quote status haritu,
This might be the self-destruct button, to have wrongly step on your path, it might be the earlier sins that've brought this mess. anyway, it's never too late to start all over again. hiroshima and nagasaki were once destroyed, and now Japan is one of the leaders of the world. apatah lagi diri kita yang kecik ni, a loser today is a winner tomorrow, if he believes.
Atau mungkin kita masih punya peluang untuk mengubah dan menangguh cinta kita, kerana ingin menyahut seruanNya. Bercinta itu mulia, jika ia kena pada masanya. Setiap senyum antara suami dan isteri itu satu pahala, setiap ingatan rindu pada si suami yang jauh itu boleh jadi satu pahala, dan setiap hadiah dan usikan pada si isteri itu boleh jadi satu pahala, setiap luka hiris pisau dan titis air tangan dan jerih payah si isteri yang tak reti masak tapi berusaha masak untuk menyenangi hati suami itu juga pahala, setiap bisik cinta dan ucap terima kasih pada si isteri itu juga satu pahala, segalanya boleh mengundang pahala, jika ia dilakukan kerana Allah.

Ingatlah ikhwah wa akhowat, Allah takkan pernah mensia-siakan usaha kita, Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat di lubuk hati dan mereward kita atas setiap azam kita untuk melakukan kebaikan, masakan Dia akan mensiakan usaha kita mencari redha-Nya? Memang payah dan susah tapi setiap palingan hati itu pasti mengundang seribu kebaikan di sisi kita di dunia dan di Mahsyar kelak. Kata Allah,
Minta-lah dengan solat dan sabar
Mungkin itu pesanan terbaik Allah untuk kita, yang masih belum terikat dengan ikatan sah perkahwinan. Bagi mereka yang sudah selesai, jagalah ikatan cinta suci itu sebaik-baiknya, kerana Allah membenci perceraian, walaupun dibolehkan. Mazhab Maliki juga membolehkan pemerintah mengharamkan perceraian jika ia mendatangkan mudarat besar kepada ummah, seperti yang berlaku hari ini. Institusi kekeluargaan punah ranah dan anak pinak jadi hilang arah akibat perceraian kerana masalah ibu bapa (either or both) yang terlalu pentingkan diri.

Maaf sengaja mengakhiri post kali ini dengan low note, tapi ia point yang perlu diaddress, agar kita sentiasa beringat. Kata Ibnu Qayyim al-Jauzi,
Apa yang kita tanam di dunia akan kita tuai di akhirat.
Wallahua'alam. Akan ku pinang dikau dengan cinta Allah.


Monday, October 24

Know That Allah Is There For You

when the tide is running high,
know that Allah is there for you,
when you feel so lost in the dark,
know that Allah is there to light your way out,
when you feel so low and you think that there's no way back,
know that Allah will have mercy on you,
when you broke down and cry,
know that Allah is always there to pick you up,
when you feel like you're alone,
know that Allah is closer than your neck's vessel,
when you feel that there's too much to take,
know that Allah will not burden more than your might,
when you feel like nothing's going your way,
know that Allah wants only good for you,
when you have this heart ache that you'd die to let it out,
know that Allah is there to heal you,
when you feel there's no hope left,
know that Allah is there for you.

and He will always be there for you,
like no one else does.

because He is, our only hope.

Allah Allah Allah

ease our path to Your Jannah. amin. :'(

Friday, October 21

Get To Know Syaitan [GTKS] #1

[GTKS] #1



Get To Know Syaitan is a series to get to know the tricks of Syaitan, because one who master his enemy will win the battle (anonymous) and katanya Umar, "Barang siapa tidak mengenal jahiliyah berarti dia tidak mengenal Islam". Maknanya kalau kita tak kenal musuh kita, macamana kita nak kenal Allah kan? Yelah, rasa macam tengah beragama, rupa-rupanya tidak.

Contohnya, bila kita dah semakin dewasa kan, kita pun timbul la rasa minat kepada pasangan berlainan jantina (kalau tak ada tu bahaya! dan kalau bersamaan jantina lagi bahaya!) maka kita pun mula mengenali dia, dan alhamdulillah, dia bagi respons, makanya dah lama2 kita pun nak lah hubungan diberkati Allah kan, kita pun kejut dia bangun Qiyamullail (Qiyam tuh!), dua2 bukak handphone loudspeaker or bukak skype, then sama2 tahajjud, yang si perempuan boleh la dengar bacaan Quran dan tangis esakan si lelaki bila membaca ayat tentang neraka (ok, superr over. haha), but then, diorang exchange2 hadis dan ayat Quran dan etc2. Bukannya pergi dating berdua-duaan dekat tetengah taman keriangan. Should be alright la kan? Alhamdulillah, macam nilah yang kita idam-idamkan, NOT.

Ok if this happens bila dah kahwin, alhamdulillah sangat barakah la perkahwinan tu, tapi if this happen before the marriage, then something is totally wrong, definitely wrong. Masa Qiyam tu, si lelaki baca surah an-Noor, "katakanlah pada lelaki beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka.." laki tu pun tundukkan pandangan daripada laptop yg terpampang skype perempuan tu, "dan katakanlah pada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka.." si perempuan pun tunduk jugak, sama-sama tunduk mematuhi Allah. Pelik tak? (Ok, obviously contoh sangat exaggerate) but then, tak ke mereka memahami ayat-ayat cinta dari Allah tu? Kalau dah pandangan pun tak boleh apatah lagi contact2 selalu kan? [Noor: 30 & 31]

Ni satu contoh syaitan mengindahkan sesuatu perkara maksiat. It is called Tazyin. Kata Allah, syaitan kata, "ya Allah, sebab kau telah memutuskan aku sesat, maka aku akan (liuzayyinalahum) memperindahkan kepada Adam dan zuriyatnya, dan aku akan sesatkan semuanya." [Hijr: 39]

So guys, #1 is tazyin, mengindahkan. Syaitan akan selalu mengindah-indahkan pada kita apa yang tak sepatutnya indah. Contoh rumah yang dah usang dah nak reban kan, sebab si agen hartanah ni nak untung banyak, dia sembunyikan kecacatan rumah tu atau dia tazyinkan indahkan rumah tu dengan cat yang baru menutupi rekah rekah di dinding, retak-retak dekat lantai di cover dengan sofa, kayu tingkap yang dah kosong kat dalam kena makan anai-anai di cat je atas tu bagi nampak baru. Si pemilik masuk je rumah tu semua reban, pintu cabut dari engsel, tingkap jatuh, rekahan makin jelas, leaking rumah tu. Terdedahlah segala-galanya.

Yang hakikatnya kalau dosa itu dosa jugak, tapi syaitan indahkan itu sampai kita tak nampak cacat celanya. Maka berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang pertama ni. Pasti dunia kita yang kita lihat indah saban hari ni penuh dengan keindahan yang direka oleh syaitan, kan?

Kita nampak pelakon-pelakon/penyanyi-penyanyi Korea yang penuh bergaya dan kiut miut, kita asyik ikut bola dan minat pada Manchester City bagai nak gila, even boleh bergaduh putus kawan sebab sorang kata offside, sorang kata tak (ntah pape), kita disajikan dengan kehidupan yang luxurious oleh kayawan kayawan yang kita tengok dalam majalah-majalah dan muka tv, kita dikaburi dengan percintaan sempurna dan sejati Romeo dan Juliet, wedding fairytale yang makan berjuta ringgit bagai nak rak (semua pun teringin nak ada wedding macam tu jugak), dikaburi dengan uang dan kerjaya yang menjanjikan kebahagiaan tapi at the end, semuanya kosong, kosong belaka. Kebahagiaan yang dijanjikan itu hanyalah mainan senda gurauan, hasil tipu daya siapa lagi kalau bukan si syaitan.

Nak salahkan syaitan pun tak jadi apa jugak, syaitan pun berlepas diri dari kita nanti bila dalam neraka, dia kata, 'Allah dulu dah janji dah kat hampa, dan Dia penuhi janji dia, aku janji jugak, tapi aku tipu la, la pasaipa pulak, aku ajak ja, yang hampa pi ikut tu buat apa? La ni jangan dok caci aku la, caci diri hampa tu. Aku nak tolong bukan boleh, hampa nak tolong aku pun lagi la tak boleh..' [Ibrahim: 22]

So jom peratikan hari ni, apa yang syaitan indahkan di mata kita, kesan dan cuba jauhi godaan syaitan tu. Nanti, tunggu next time [GTKS] #2 pulak ye?

Thursday, October 20

Siapa Yang Tidak Ingin Bercinta?

Aku tanyakan ini, siapa yang tidak ingin bercinta? Aku ingin. Kamu? Kamu? Kamu? Ramai yang punya peristiwa kecewa pasti menidakkan ah lebih baik hidup sendirian, tak usah hati hendak disakitkan. Pastilah bila sendirian kamu tiada rasa kerana hati dan jiwa tak menjadi satu, ia sentiasa kosong menanti ruang dipenuhi seorang pasangan yang dianugerah Allah, dan pada mereka yang acap kali menidakkan peluang menikah, separuh hati mereka diisi penafian pada kehendak fitrah dan ketakutan pada perkara yang bakal menanti setiap manusia, iaitu ujian. Ya, mereka cuma ingin lari dari hakikat diri yang memerlukan satu insan pelengkap kehidupan.

Namun timbul berbagai-bagai soalan, apakah mungkin jika hati ini dilukai satu hari nanti? Atau tiada persefahaman dalam kehidupan rumahtangga yang awalnya harum bak taman bunga? Atau mungkin madu rumahtangga itu telah disedut awal sebelum bunga cincin disarung ke jari? Apakah yang hendak diharapkan dari perkongsian hidup melainkan kesempurnaan dan kebahagiaan berkekalan?

Fikirlah apa yang kau ingin fikirkan, aku cuma mahu seseorang yang melakukan kesalahan, bukan malaikat yang suci dari maksiat. Aku mahu insan yang boleh menyakiti, agar ia bisa belajar untuk tidak menyakitkan. Aku mahu seseorang yang kecewa dan bertaubat bila ia tersedar dirinya bersalah. Aku cuma mahu seseorang yang mampu menangis bila disakiti, bukan malaikat yang tidak punya rasa iri hati. Aku mahu seseorang yang mampu marah kerana terlalu risau, bukan malas nak layan dan tak hirau. Aku mahu seseorang yang punya keinginan untuk bahagia dan punya kerenah yang adakalanya tak mampu ditahan sesetengah manusia. Aku mahu seseorang yang ada kelemahan dan kekurangan, bukan bidadari yang sempurna dan rupawan. Aku cuma mahu seseorang yang faham hakikatnya dan akan terus mengingatkan hakikat diriku. Kerana aku cuma mahu seseorang yang manusiawan (?), bukan yang cuba untuk jadi superman, kerana di sebalik kelemahan dan kekurangan itu letak nilai kehambaan, nilai kemuliaan.

Kerana setiap manusia berhak untuk melakukan kesalahan dan kesilapan, ia berhak belajar untuk menilai yang baik dari yang buruk melalui pengamatan, pembacaan dan pengalaman, ia berhak diberi peluang memperbaiki diri, ia berhak diberi ruang mencari dan terus mengenali diri, seseorang manusia yang perfect bukanlah manusia, dan Rasulullah sendiri habaq yang Allah kata yang Dia akan ganti mana-mana manusia yang tidak berdosa dengan manusia yang berdosa supaya mereka boleh bertaubat kepadaNya. Malaikat pun pasti jeles (jika mereka punya perasaan) kerana kita diberi peluang untuk bertaubat, sedangkan mereka tidak boleh bertaubat, kerana mereka perfect. Manusia menjadi sempurna apabila melakukan kesalahan dan bertaubat kepada Allah serta memberi maaf pada manusia lain kerana Allah mengampunkan dosanya.

Apalah kata bijaksana 'jika ingin mendamba Khadijah, jadilah sesempurna Rasulullah, jika inginkan seperti Asiah, biarlah kasih sehebat Firaun (eh? hehe), jika damba si Fatimah, latihlah diri menjadi sematang Ali. dan etc etc etc', kehebatan dan sumbangan mereka tak mungkin pernah kita dapat gapai. Mereka seperti bintang di langit dan kita di bumi cuma terpegun dengan indahnya gemerlapan malam.

Apa kita punya hari ini semua hasil usaha keras dan pengorbanan mereka namun, kerendahan dan kemanusiaan mereka itulah yang mampu kita contohi, mereka memahami hakikat kehambaan, yang kita makhluk yang lemah, memerlukan sokongan dan hidayah, yang tanpa Allah, kita pasti akan seperti debu-debu yang ish even debu pun ada manfaatnya, yang kita makhluk yang serupa semua cuma dibezakan dengan cara kita menjalani kehidupan kita ini, yang kita ini tidak punya hak untuk menidakkan kemaafan pada seseorang, kerana Allah sendiri memaafkan dosa kita.

Dalam pencarian ini, pastilah kita berjumpa masa lalu yang penuh pengajaran yang terkadang, kita ulang kerana lupa, tapi kerana cuma ingin menjaga keberkatan kehidupan sesudah ini, maka aku menangguh kemahuan untuk berinteraksi denganmu. Agar nanti tiada alasan Allah hendak uji atas sebab kepincangan menjaga batas ini. Seperti kamu juga, aku punya hati, aku juga punya rasa. Tapi tangguhlah dahulu sehingga masanya tiba. Sungguh penantian itu bukan penyiksaan, namun ia seperti berpuasa, ketika berbuka itu saatnya paling bahagia, dan seperti puasa, menahan diri kerana Allah itu adalah sangat mulia disisiNya, sedang manusia lain tak pernah tahu kita sedang lapar dan bergejolak hebat jiwa.

Sungguh buah mangga yang terlalu awal jika dipetik, akan masam rasanya, maka petiklah bila sesuai tarikhnya. Dan sungguh cinta yang berputik tanpa ada cinta Allah dalam hatinya, pastilah cinta itu gembira di awalnya kerana diindahkan syaitan dan konconya dan sengsara pengakhirannya akibat pembalasan dari Allah, maka sempurnakanlah cinta pada Pencipta dahulu dalam mencari seorang yang manusia dan berjiwa hamba sebagai peneman dan penguat azam kita dalam mengorak langkah menuju satu cinta satu destinasi, tunggulah sekejap bunga.


yang serba kekurangan,
Rihammahsih

Diam

Diam itu satu jawapan, diam juga satu persoalan. Diam itu hikmah, diam itu berhemah. Diamlah yang menenggelamkan amarah, diam jugalah penyatu mereka yang berbalah. Diam satu senjata, diam juga penawar duka. Diam pada tepat masa, lebih bermakna dari seribu kata. Diam itu boleh jadi berahsia, diam juga jeritan batin penuh duka. Diam seorang manusia bukan kerna ia tiada rasa, diam seorang hamba menangis terkenang dosa, diam seorang gadis tanda bersetuju tanpa ragu, diam si teruna tanda ia tak berapa terima, diam seorang ayah tanda kasih cuma cara berbeza, 'diam' seorang ibu? tahanlah telinga itu baik buat kamu, diam seorang suami mungkin tanda ia disakiti, diam seorang isteri ia merindui belaian sang suami, diam seorang yang dikasari tanda bersabar 'ishh sat lagi', diam bukan diam, diam itu sebahagian perkataan, cuma ia tiada berbunyi dan tiada..  perkataan, tapi ia lebih kuat daripada jeritan, lebih kuat dari tulisan, lebih kuat dari mimikan, lebih kuat dari perkataan, diam punya rasa, punya makna, punya rahsia.


:)

Monday, October 17

Kerana Terlalu Cinta!

Status Update
"Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya. (H.R. Bukhari dan Muslim) ~~trmasuk dgn cra menguji kita samada dgn ksusahan atau ksenangan maka bersyukur lah apabila kita diuji~~"

>>> jdi jika seseorang yg tidak bole menerima atau myalahkan yg lain bile tjdi sesuatu itu bmksd dia tidak fhm agama?n Allah tidak mencintainya?begitukah?...

apakah Allah tak mencintai kita bila kita masih lagi dipanjangkan umur untuk diberi peluang untuk lebih mengenaliNya? apakah Allah tak mencintai kita bilamana kita masih diberi nikmat melihat, mendengar, bercakap, kesihatan, berfikir, harta dan ilmu? atau sekecil-kecil perkara yang kita tak pernah sedar yang sepanjang masa kita menyedut tiap-tiap hari, udara? dan bayangkan jika air kita dicatu atau putus bekalan, dari mana kita minum? (orang somalia berjalan berpuluh2 kilometer semata ingin mendapat bekalan air) bahkan kita lah yang tidak sebenar-benarnya mencintai Allah dan sering melupakannya. berulang kali disebut dalam surah ar-rahman 'dan nikmat mana lagi yang kamu dustakan?'

kebanyakan dari manusia pernah bercinta bukan? apabila kita bercinta, kita memberi kasih sayang dan pada masa yang sama, secara fitrahnya, kita mengharap kasih sayang dikembalikan (kalau tak, jadi cinta tepuk sebelah tgn la kan? so tak kira bercinta pulak, kira angau sorang2 kan? hehe) tapi bila bercinta, kita expect our other half, give his/her all to us, kalau tak mesti kita rase tak best tak seronok dengan relationship kita. Allah beri kita segala2nya yang kita perlu, adakah kita balas pemberiannya dengan seadilnya? 'sedikit sekali kamu bersyukur' (Quran) sungguh Allah itu Maha Kaya dan dia sedikit pun tak perlukan kita, bahkan kita yang perlukan Dia. tanpa Dia, siapalah kita? di bumi mana kita nak hidup?

memang fitrah manusia susah untuk menerima sesuatu, bahkan ramai yang perlukan masa yang lama untuk menerima sesuatu/menyalahkan takdir. emosi pada satu-satu masa boleh menguasai manusia, even saidina umar r.a. pun pernah berkata ketika nabi wafat, 'siapa yang mengatakan nabi muhammad meninggal, aku akan pancung kepalanya', dan tiada siapa yang berani menegur umar r.a. akan keadaannya yang tak boleh nak menerima kewafatan nabi tu, datang saidina abu bakar kata, 'siapa yang beriman kepada Nabi, ketahuilah Nabi telah wafat, siapa yang beriman kepada Allah, ketahuilah Ia kekal selama2nya'. lepas tu baru umar r.a. tersedar dan bertaubat.

nak tunjuk di sini sehebat2 sahabat yang dijanjikan syurga, mereka masih manusia seperti kita yang punya perasaan, tension, sedih dsb. adakah mereka tak faham agama? tentulah bukan macamtu, tapi bilamana kita mendekati Allah sedepa, Allah akan dekat dengan kita sehasta, bila kita mendekati Allah berjalan, Allah datang dalam keadaan berlari, Allah sangat suka hambaNya yang pergi kepadaNya, disifatkan seperti seorang lelaki yang ada unta sarat dengan makanan di tengah2 padang pasir, tiba2 unta tu lari daripadanya, jenuh lah dia mencari sepanjang hari, dan tiba2 dalam keadaan kelaparan dan dahaga yang amat, unta tu datang balik dekat dia. Allah lebih gembira daripada lelaki tu bila kita kembali padaNya.

ketahuilah, Allah lebih mencintai kita daripada seorang ibu mencintai anaknya, Allah lebih mencintai kita daripada pasangan kekasih yang sedang honeymoon, Allah lebih mencintai kita lebih dari apa yang kita tahu. sedangkan kita jarang-jarang sekali mengingatiNya, dalam solat yang dikhususkan Allah agar kita dapat mengingatiNya pun kita sering leka dengan mengingati urusan dunia dalam keadaan berhadapan dengan Allah. sungguhlah, kita benar-benar dalam keadaan rugi jika Allah tak memandang kita walau sikit pun pada hari kebangkitan nanti bila mana segala amal kita di dunia akan dihitung untuk dibalas.

ketahuilah juga rahmat Allah itu melebihi jangkauan akal, jika dosa umat manusia ini dikumpul dari manusia pertama hingga terakhir, seakan-akan satu titik bintang di langit rahmat Allah yang meluas yang tiada batasnya. ketahuilah, Dia menanti akan kita di sujud-sujud dan di selakan helaian Quran, kerana Dia terlalu cintakan kita!
ada sorang sahabat baik minta tolong jawabkan persoalan yang diutarakan dekat status updatenya (Allah, aku ni bukanlah ustaz untuk dirujuk sangat cetek kefahaman ini utk jadi tempat rujukan ya Allah, ampunilah khilafku)

Friday, October 14

Rahsia Kejayaan Orang Berjaya (?)

Rasanya, dah tiba masa untuk buat perubahan. Buat renaissance sikit pada blog ni dan juga perubahan pada diri. Bak kata Evanescence, 'Bring me to life!'

Dalam setiap zaman mesti ada mujaddid yang memperbaharui agama, dalam omputih punya zaman pun ada mujaddid2 mereka dan renaissance era bagi bukti yang sangat kukuh akan perubahan mereka, dari malam-malam hidup tak berlampu, kepada Las Vegas yang tak pernah padam lampu setiap malam, dari raja-raja yang mandi 2 kali je setahun kepada terlebih-lebih menjaga keperibadian, kesucian, kecantikan (botox, cosmetic, cosmetic surgery etc). dari mengikut trend Islam dan excited kalau dapat sambung belajar oversea dekat Baghdad tu kepada orang Islam mengikut trend orang barat, kita yang excited dapat sambung belajar Oxford. (of course tak salah la nak excited kan)

Maka perubahan tu penting, untuk masa depan dan kehidupan anda. Orang yg tak berubah ialah orang yg hidup dalam masa lampau dia, dok heret kegemilangan dia dulu, padahal dah basi dah. Dulu dia hot dan charming dan paling hot stuff la dekat sekolah, sekarang dah gemok gedempol tapi still perasan dia hot stuff. Orang yang dulu masa dekat uni paling hampeh, sampai la sekarang masih hampeh lagi. Orang yang dulu masa dekat sekolah rendah baca doa 2 3 kerat tu, sampai sekarang dah jadi bapak 2 3 orang anak pun, ye masih baca doa 2 3 kerat tu.

Orang yang berubah juga ialah orang yang bertaubat. Oh mungkin terbalik, orang yang bertaubat ialah orang yang berubah. Tak kesah lah mana satu tapi yang pentingnya, apa yang penting ialah mana mungkin orang yang bertaubat tak berubah kan? Si pentaubat pastilah seorang yang punya keazaman yang tinggi untuk berubah, bukan longlai longlai teragak-agak nak buat decision untuk berubah. Dan pastilah perubahan adalah satu yang susah. Sape hok hari nie die supo nge hari hok smale, merugilah akan dia, dan sape hok hari nie btamboh teruk dari hari smale, celakolah akan dia.

Berubah juga tick list orang orang hok bakal masuk syurga. Kata Allah, seriusly, sape-sape yang berusaha untuk berubah die lah hok berjaya. Dok berubah agi, tapi berusaha. Susah kan nak tinggal rokok, tapi kalau berusaha kurangkan, kalu mati, Allah kira hok usaha and azam kita tu nok tinggal rokok, dapat pahala wat masuk syurga inshaAllah.

Pernah dengar cerita si pembunuh kejam? Dah sesedap bunuh 99 orang, dia rase nyesal dan nak jadi baik, jupe la dengan sorang tok guru ni hok kate, 'gi mati mu, mu bunuh 99 ore doh mu nok tobak eh? sapa kiamat pun mu doklehnye, pembunuh tokde hati peruk.' mungkin gini la kot dia kata wat pembunuh tu marah and terus bunuh tok guru tu, cukup 100 orang. pahtu dia nyesal smule, jalan-jalan jalan, jupe la sorang lagi tok guru hok molek skik, 'guane ni, saye doh bunuh 100 ore doh tok,' tok kate,'aywah, ma fi musykilah, innallahal ghafur arrahim, izhab anta ila sekian sekian makan' (oh, xde masalah, Allah maha pengampun dan maha penyayang, pegi lah kamu wahai pemuda ke sekian sekian tempat') laki tu pun gembira lah diberi keyakinan dan hope, dia pun start his journey to the village, alih-alih on the way tu, mati pulok tengah jalan, tak sempat tobat lagi. Agak-agak masuk syurga tak? Malaikat confuse nak amik masuk syurga ke neraka, Allah kata kire pejalanan die hok mane dekat, dengan tempat tu or tempat asal, dan of course dia masuk syurga. In short, azam dia yang tinggi nak berubah yang wat dia masuk syurga.

Nabi cakap siapa yang bercita-cita untuk berbuat baik, dapat 1 pahala, dan kalau dia buat, dapat 10 hingga 700 pahala, siapa yang bercita-cita nak buat maksiat, kalau buat dapat 1 dosa, dan kalau dia tak jadi buat sebab takut kat Allah, Allah bagi dia 1 pahala. 

Dahtu, ape lagi, berazam la nak jadi hafiz/hafizah Quran, nak jadi millionaire lepas tu nak donate kepada orang Palestin dan Afrika dan Middle East, Afgan, Iraq, India, Pakistan, Bangladesh, Papua (haih, banyak jugak negara orang Islam yang tengah merana sekarang), berazam lah bersungguh nak berjaya dalam kerjaya dan career so dapat menyumbang kepada world peace, kepada keharmonian negara, kepada agama, berazamlah untuk jadi orang yang menyumbang kepada jalan Allah dengan seluruh tenaga, setiap titis darah dan keringat dia, setiap sen yang keluar dari perut bumi dan turun dari langit, setiap saat hidup dia, semata-mata kerana Allah je. Berazamlah, untuk berubah.

Aceh, ending bukan main lagi, padahal nak cakap pasal nak tukar layout blog, tukar style sikit2 (yelah before ni asik melancholic, dramaswasta, ayat panjang melebor cerita pasal kesedihan yang tak sudah2, etc2) nak jadi more approachable (okay, cube jadi) kalau tak jadi, takpelah, at least dah cuba (dan berazam) untuk jadi lebih baik. 
A muslim who settles on what he has is never a muslim, a muslim is one who finds and struggles to better himself in any way any position that he can, because he knows, the one who purify himself is the winner, and surely the winner is rightly belong to jannah. 
So, katakan Jom! untuk berubah! ^_^


Thursday, October 13

Merengek



Nabi Ibrahim suke merengek dekat Allah, suke mengadu segala sesuatu dekat Allah, sampai diangkat darjat sebagai teman Allah (khalilullah), manusia ni nature die suke pillow talk or curah heart, tempat tercurahnye heart kite tu tentu sekali org yg rapat dengan kite(bestfriend, mak, ayah, abang, kakak, suami, isteri), tapi tahukah kite, yg mereka mereka ni tak terdaya pun nak tolong kite, oleh tu, jom lah kite berpillow talk dgn Allah tengah2 malam masa sume orang tengah tido, jom kite mengadu dekat Allah tiap2 kali hati ni tahzan, sungguh Allah akan bersama kite, :')

Allah lagi dekat dgn kita drpd neck vessels kita tahu?

Tonal Value

Facebook/text messages/written text won't do as Allah kurniakan kita special nikmat in our tone/tonal in our words we use in expressing concern, hope, kecewa, excited, delighted, suggestion, which all the written stuffs cannot represent. but again Allah said 'read' and his Guidance were written in the Book, so macamana? as a matter of fact, Quran that has been passed down to us, is speech, not written words. therefore it has its own tone and it is understood by the Arab-speaking at that time. the quality of the language is soo high at that time that it is possible to transfer the tone of the speech into written text.

‎"that it is possible to transfer the tone of the speech into written text." <-- possible or impossible?

Possible, when u read quran it has certain tone yang Allah nak sampaikan through His ayah. for example, when He says, 'kalla saya'lamun' كَلَّا سَيَعْلَمُونَ (an-Naba':4) the Arab's attention immediately caught because of the word 'kalla', 'Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui'. that 'kalla/sekali2 tidak' tu, die macam, bile orang die bunuh orang lain, or esok ade deadline tapi die tak siapkan kerja lagi, die cakap, 'no, for real i'm going to get into trouble', orang tu tak maksudkan 'no' as no, tapi die maksudkan he's really going to be in trouble. so, kalla tu kire mcm 'no' tu la. for orang Arab at that time, they understood the tone or nuance of the ayat. the nuance is in the use of verbs, the wordings, the susunan, etc.

Lagi satu contoh maybe, if u read surah Taha, ada ayat yg cerita pasal Nabi Musa bjumpe Allah, at first Allah cakap, 'ya musa, Aku ini Tuhanmu, tanggalkanlah kasutmu, sungguh kamu di lembah yg suci, Tuwa.' then dah lame skit, Allah ckp, 'apa yang di tangan kananmu itu, musa?' what's the difference between those two? 1st, Allah sebut Musa dulu baru state ape yg die nak cakap n 2nd Allah tanya dulu baru sebut nama Musa, for us, maybe mcm biase je takde beza, tapi the 1st one tone die is actually harsh, very harsh, like when ur adik perempuan spills her drinks onto your bed, u yelled, 'Moonaaaaaaa, ape ko buat ni?' tu the 1st one, the 2nd one lembut, Allah berlembut dgn Musa sbb awal tu Nabi Musa dah jadi takut, so Allah berlembut pulak, 'apa yang ada dekat tgn kananmu Musa?' mcm mak kite tanye kite bile balik dari exam, 'mcmana exam hari ni, Man?' (u know, dengan nada penuh kasih sayang.) so, even the susunan whether subjek dulu or predicate dulu or vice versa does effect the tones. 

The Arabs during that time, diorang paham. sebab tu Umar boleh menangis bila dgr adik dia baca surah Taha, sebab tu even Abu Jahal and pembesar2 Quraisy lain dtg sneak up Nabi mengajar Quran malam2 dan even ada penyair yg hebat gila jatuh menyungkur sujud lepas terpegun dengar Nabi selesai baca surah an-Najm, because they understood the power of its literature, and we're missing out on it. so macamana? kalau rasa tak mampu nak kuasai bahasa Arab, jom dengar lectures on Quran, moga2 Allah buka pintu hati kita semua dan masukkan kite semua dalam jannah, amin.

Sumber rujukan, Nouman Ali Khan's mesmerizing lectures. (hint:utube)
Wallahua'alam (I'm no ustaz, just sampaikan what I've heard menyahut seruan Nabi suruh sampaikan walau satu ayat, so correct me if I'm in the wrong)

Tuesday, October 11

Satu Persatu

satu persatu benang pakaian mulai putus.

perlahan-lahan si syaitan menyelinap masuk 
menarik malu keluar dari jiwa. 

segalanya yang terjaga rapi 
kini telah terbuka luasnya,
menarik mereka yang berlalu 
terkesima melihatnya. 

ah lihatlah dunia kejelekan aku,
yang tiada malu,

hanya mencari kepuasan nafsu.


Satu Persatu
Rihammahsih

- antara pesan2 Nabi terdahulu, 'bila tiada malu, berbuatlah sesuka hatimu.' - riwayat Bukhari

Monday, October 10

Lapang Masa Mudamu Itu

kelapangan masa itu pendorong keruntuhan akhlak. jika tidak disibukkan dengan perkara yang benar, kita akan disibukkan dengan perkara yang batil,
 
'dan Kami ilhamkan jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan' (Syams:8). 

maka dari itu, hai anak muda sekalian, beringatlah yg kita akan ditanya apa yang kita buat dengan masa muda ini. masa muda punya kekuatan dan ia ibarat pakaian yang kita pakai dan akan kita tanggalkan ketika menjelang tua. beruntunglah mereka yang menggunakan pakaian muda dengan benar. 

'kalau kamu membela Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan kedudukan kamu' (Muhammad:7)

sama-sama kita orang muda, yosh! :-)

More Than Just Tasawuf

Haritu lepas pergi tengok masalah overheated room dekat rumah teacher Hairiah, on the way balik tu teringat, kata ada kuliah Ustaz Hashim dekat surau seksyen 7. Ustaz Hashim ni dulu (5 6 tahun lepas sebelum pergi Manchester) sokmo dok bagi ceramah dekat surau al-umm dekat ngan rumah ni, but selalu bila balik cuti summer, and balik habis degree dah ni, tak ada pulak kuliah-kuliah dia yang bagi saya sangat super best. Perkuliahan yang bersahaja dan contoh-contoh yang diberi memang sangat dekat, and cara dia yang tak suka nak menyakitkan hati mana-mana pihak amat mendamaikan (bukan cam ceramah hok bantai-bantai orang, majlis ilmu tapi dok jage mulut deh? dok tahu la ustaz mane kan, tapi tak best la kalau mcmtu).

Anyway, lepas sampai surau tu (agak lambat) dah start solat, dengar bacaan ustaz Hashim yang mendayu, sedap. Teringat nostalgia-nostalgia yang lama (takde la lama mane kan, tapi dah dari kecik membesar dengan dia jadi imam and bagi ceramah so agak rindu la). Habis je solat, terus amik position bersandar dekat bawah air-cond, ustaz pun mula la bercerita.

Ustaz mula-mula cakap yang kuliah kita (surau seksyen 7 tu) dah tangguh 5 bulan, sebab dia sakit leher, slip disk ke ape ntah, die cerita yang dulu family miskin, dia sebagai anak sulung terpaksa tolong ayah dekat bendang, angkat beras 50kg atas belakang and now the effect baru rasa. So he had a very difficult Ramadhan, if not mistaken, he couldn't fast because he was on medications after the surgery. But alhamdulillah, sekarang dah makin elok. dan kita start balik lepas habis Raya (Raya kat Malaysia kan sebulan, kadang-kadang tu terlebih dari sebulan pun, dah masuk Dzulqaedah pun baru nak buat sambutan Raya dekat office2 and openhouse sebab sibuk sangat beraya. Hehehe)

So, anyhow, ustaz bukak topik Tasawuf. Tasawuf yang kita selalu dengar berkaitan dengan sufism dan tarekat-tarekat ni. Ustaz kata banyak misconception berkaitan tasawuf dan bila disebut tentang tasawuf, ia seperti perlu berada dalam tarekat-tarekat untuk mempelajari dan mendalaminya, which the 'ilm itself is very good. tapi ustaz sekarang cuba nak sampaikan kepada umum, cuba untuk buka kepada umum, apa itu tasawuf.

Dalam kita hidup ni kan, our actions, decision-makings, how we talk, how we conduct ourself, semuanya depends on hati ataupun qalb. Selari dengan hadis Nabi S.A.W. yang kata, 'ala wainna fi jasadi mudghah', dalam badan ni ada seketul daging, 'iza solahat solahal jasad kulluh, waiza fasadat fasadal jasadu kulluh' kalau ia baik, baiklah seluruh tubuh, kalau ianya dok baik, dok baiklah seluruh tubuh tersebut, 'ala wahiya qalb'. apalagi kalau bukan hati. Hati kita ni effect seluruh tubuh kita, bila baik hati ni, maka baiklah seluruh jasad kita.

So, ilmu tasawuf ni adalah ilmu yang merungkai hati dalam usaha untuk mengenalnya. Kata ulama', 'bila kenal diri baru kita kenal Allah'. Dalam usaha mengenal Al-Khaliq, salah satu caranya, kita boleh mempelajari hakikat makhluk. Apabila kita faham hakikat makhluk ini, kita pasti akan faham hakikat Tuhan itu. Tasawuf ni nak capai 3 benda;

1st nak mentazkiyahkan hati, mensucikan hati. Kalau kita nak minum air Milo ais kan (nyum nyum slurrp), then dekat dapur kita ada mug yang ayah kita guna buat minum Kopi susu, mesti la kita kena cuci dulu before bancuh Milo ais kita tu kan? Macam tu la jugak hati kita ni, dalam usaha nak mensucikan hati, kita kena delete sifat-sifat mazmumah (belajar kot dulu masa sekolah rendah), then kita install dengan sifat-sifat mahmudah. Then along the way tu, kita update la sifat-sifat mahmudah yang baru dan terus kayakan diri dengan sifat mahmudah.

2nd nak menguasai diri. Dalam diri kita ni ada peperangan yang takkan pernah selesai. Perang antara nafsu/syaitan dan iman. Seseorang yang concious akan peperangan ni, mesti terasa apabila nampak sesuatu yang tak elok berlaku depan matanya, hatinya akan rasa sakit/tak sedap. Contoh, nampak budak-budak muda bercium-cium depan mata dia dekat taman tasik kan, ada orang lalu je, ada jugak yang dok tengok perati, eyh sedapnya kan, tapi kita cuba letak kita dekat mana, dan kalau masih ada rasa benci pada benda tu, tandanya masih ada iman dalam diri. So dalam diri setiap dari kita ni ada perang, bukannya imam masjidil haram tu tak ada nafsu langsung, atau syaitan tak kacau dia, dalam diri dia dan setiap dari yang alim kepada yang jahil ni mesti ada peperangan. Bagi yang putus asa dah dengan perang ni, orang kafir je la, sebab tu diorang ikut je hawa nafsu hidup berparti bagai kan. Maka orang yang mengenal diri, mengenal hati lah yang dapat menguasai diri.

3rd nak menghindarkan diri daripada penyakit jiwa. Pernah tengok orang kaya superrr? Pegi shopping mall, masuk Gucci, pilih mana yang nak, tak usya langsung pun price tag (forget about the price tag..its not about the, kching kching, its not about the bbling bbling) terus angkat. Tak pun orang yang bertukar-tukar ganti kereta tak sudah. Pakai kejap, bosan, tukar baru. Pakai kejap, tukar baru. Tak pun orang yang beli kelab-kelab bola sepak ni, bapak kaya gila kan. Beratus-ratus juta keluar semata nak own kelab, memang la part of it is business but still, super kaya. Takpun macam yang baru meninggal sebab cancer haritu, Steve Jobs, super kaya jugak.

But then, rasa-rasa, diorang bahagia tak dalam hidup, ada yang kaya, tapi keluarga porak peranda, ada yang tukar-tukar kereta tapi tak pernah puas dengan pilihan dia, ataupun pening pikir pasal kereta lain, penat melayan nafsu nak tukar kereta. Tak pun kaya, tapi menderita penyakit sepanjang hidup. Dan orang-orang kaya nilah yang set kan trend hidup manusia ni, mereka own the media-media, then warwarkan dan iklaniklankan gaya hidup yang 'sepatutnya' manusia hidup; kaya, rumah besar mewah, katil empuk, baju mahal silk, kereta besar laju, makeup gini gini, ikut artis itu ini, dan kalau tak ikut, maka tak trendy lah anda, ketinggalan zaman. Betul ke macam tu?

Most of us banyak fikir macamtu secara tak sedar, sebab tu kena kerja keras-keras pagi petang siang malam untuk dapatkan duit nak bayar bulan-bulan kereta baru, dan nak dapatkan rumah yang besar mewah kena kerja keras jugak. Pagi petang siang malam dok renti-renti kerja, dok mikio pun pasal diri sendiri. Then bila dah dapat semua, masih tak cukup lagi, sebab ada design baru keluar, ada style baru keluar, jiran sebelah baru renovate ruang tamu dengan tambah kolam renang, eiy mane boleh jadi kan. Takpun kalau tak pasal harta, pasal kepuasan diri. Tengok artis gitu gini, enjoy sakan, tengok lifestyle orang-orang kaya yang pergi shopping tengah-tengah weekdays time orang lain bekerja susah payah, kita pun taknak kerja macamtu jugak kan, so kena usaha lebih untuk senang.

Well, ada manusia yang duduk berimpit dalam pondok tapi lebih bahagia daripada orang yang duduk atas katil empuk tapi hidup sorang-sorang, anak bini entah ke mana siang malam, ada manusia yang kayuh basikal hari-hari tapi sudahnya puas dari orang yang banyak kereta Mercedes dan BMW tapi kena tolak atas kerusi roda. Ada yang makan nasik dengan ikan goreng tiap-tiap hari tapi rasa cukup dan bahagia berbanding orang yang bila-bila je boleh terhidang berpuluh jenis lauk atas meja makan panjangnya tu tapi tak boleh makan sebab darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Ada yang bahagia hidup single, dari yang bercouple tapi sakit hati tiap-tiap hari sebab bergaduh tak henti-henti. Ada juga yang nampak susah payah hidup berkejar ke sana ke mari mengajak orang balik kepada Allah tapi hatinya berbunga bak taman semerbak kasturi, berbanding orang yang duduk saja melayan movie dan rancangan TV siang malam tapi hatinya penuh rasa bosan nak mati.

(the real kebahagiaan is in memberi)

Sungguh, dunia sekarang ni penuh dengan penyakit jiwa yang perlu kita ubati bermula dari diri sendiri. Kemudian kita cuba rawati keluarga sahabat handai yang dekat dengan kita. Tak kisah melalui apa-apa medium pun, anda tak perlu jadi ustaz untuk bercakap hal Allah. Allah lantik kita semua menjadi khalifah/pengganti Allah atas muka bumi ni, bukan lantik ustazmustaz saja untuk bercakap perihal agama. Rasulullah berpesan pada kita, sampaikan walau satu ayat, dan sampaikan walaupun ia pahit. Kita semua secara sedar atau tidak, apabila mengucapkan kalimah syahadah, adalah da'ie kepada Allah.

Ingat tak cerita Abu Dzar, yang saat ia mengucap dua kalimah syahadah, ia terus ke depan Kaabah untuk mengisytihar keIslamannya dan berdakwah mengajak kaum Quraisy mengEsakan Allah? Tak sampai sehari ia menjadi Muslim dah keluar berdakwah, adakah layak atau ada tauliyah untuk Abu Dzar berdakwah? Tapi ia merasakan perlunya untuk berdakwah kerana manusia sekelilingnya menghidap penyakit jiwa yang sangat sarat. Kita dah Muslim sejak bila? 20 tahun? Apakah masih tak layak untuk kita berkata tentang Islam compare dengan Abu Dzar yang baru sehari tu?

Ilmu tasawuf yang mengajar manusia mengenal dan mengikis sifat-sifat mazmumah dan menancap sifat-sifat mahmudah dalam diri ni pastilah membantu kita sebagai daie untuk lebih bertenaga dan semakin kuat bekerja. Manusia yang punya hati yang bersih dan suci tulah orang yang mengecapi kebahagiaan sebenarnya, bukan yang banyak ditonjolkan di kaca-kaca TV dan laptop di atas youtube, mahupun di layar panggung, bukan kebahagiaan yang plastik,

Akhir kata, dunia ini persinggahan cuma, tak pernah kekal cuma menanti sangkakala, akhirat tempat kita tuai tanaman kita di dunia, teruslah berubah mencari dan merubah manusia, moga berjumpa inshaAllah di syurga.

Tuesday, October 4

Tanpa Esok

Pusingan kehidupan memanglah macam itu; adakala kita tinggi di atas, adakala kita di bawah terjelepuk makan tanah. Ya mungkin.. mungkin kerana dosa ataupun alpa, kita diuji Allah dengan ujian yang dahsyat (bagi kita dahsyat kot walaupun orang lain tak rasa yg sama), tapi the essence nya ialah kita diberi peluang oleh Allah azzawajalla. Ya, satu peluang yang mungkin tak diberi kepada makhluk yang lain yang juga sama seperti kita yang bernama manusia. Satu peluang yang mungkin tidak diberi pada para petualang yang lain seperti kita kerana menyia-nyiakan nikmat-Nya. Satu peluang yang bernama taubat.

video

Mungkin satu ketika dahulu, kita berada di puncak sana, melihat indah matahari terbit di ufuk awan, bermandi sinaran pagi yang mempersonakan angan dan fikiran. Jingga meliputi segenap ruang minda, malahan kesegaran dan kedinginan udara embun pagi cukup memukau jiwa dan perasaan. Kicauan burungan dan kehangatan pelukan mentari bisa buat kita terkambus dalam angan-angan yang tak henti. Terkadang kita boleh jadi lupa akan jiwa kita sebagai hamba, kita mungkin terlupa membasahi bibir dengan pujian dan syukur pada Tuhan yang memberi kita seadanya.

Kejayaan yang mendatang satu ujian, bahkan kejatuhan seseorang itu juga satu ujian. Setiap dari apa yang dikurniakan itu, akan diuji. Anak dan isteri juga barang ujian sedangkan kita dalam keadaan terlupa akan hakikat ini. Anak yang comel dan merap dengan kita, adakah mampu kita tinggalkan demi menunaikan ketaatan kepada Allah? Isteri yang cantik dan manja yang baru dinikahi sebulan dua, adakah mampu kita tinggalkan demi menyahut seruan dalam pengabdian diri padaNya?

Bapa kita, Ibrahim a.s. contoh terbaik yang perlu kita garap kekuatan dari kisah pengorbanannya meninggalkan bayi Ismail dan isterinya Hajar di tengah kontang padang pasir. Jujurlah pada diri, ayah yang terlambat mengambil anaknya dari sekolah pun pasti dimarahi isterinya sedangkan sekolah itu lengkap dengan pagar dan 'guard'nya, ini pula diperintah Allah untuk meninggalkan dua insan yang paling disayangi di tengah-tengah harshness of desert dengan tiada air dan tiada tujuan. Menangis teresak Hajar mengejar suaminya, tetapi lantaran Ibrahim menyatakan ini perintah Allah, Hajar terus menerimanya sebulat hati.

Itulah kemaksimaan pengorbanan seorang hamba, dalam memenuhi kehendak Pemiliknya. Dari suami hingga ke isteri yang memahami hakikat kehidupan fana ini, tentang hakikat kejadian dirinya. Dan kekuatan itu tidaklah datang melainkan hadir dari kehendak Yang Maha Kuasa. Kekuatan untuk berserah tatkala ia rebah mahupun ketika berada di puncak dunia.

Ketika sudah selesai membina rumah Allah pertama di dunia, fikiran dan perasaan mereka terus beralih pada Tuhan mereka, mereka risau samada Allah akan menerima atau tidak amalan mereka, sehingga mereka berdoa, 'ya Allah, terimalah dari kami amal kami'. Terkadang kita ketika bersembahyang di shopping mall, dalam keadaan tergesa dan melewatkan solat, apa kita tidak terasa adakah Allah menerima ibadat kita tadi atau tidak? Ataupun dalam keadaan kita menunaikan fardhu Subuh di masjid, apakah kita merasakan amalan kita diterima Allah? Pernahkah kita berdoa dan berharap agar ia diterima Allah?

Beringatlah hari esok mungkin hadir, tapi mimpi kita belum tentu lagi. Roda kehidupan akan terus diputar dan dimainkan dalam ketaatan mahupun kealpaan. Tujuh syurga menanti kita di akhirat sana yang pasti berlaku tak kira kita mendustai kehidupan ini atau kita menuruti perintah Pemilik sekelian alam. Tujuh syurga juga disediakan pada mereka yang berdosa dan bertaubat.

Tanpa dosa, masakan seseorang mampu bertaubat?
Tanpa esok, ranaplah peluang tamatlah riwayat.


Sunday, October 2

Change


















change,



change lies in you. 
so look up into yourself,
under the moonlight
and loving stars,
explore your ownself,
you will find goodness
and evil within you.
discard that evil slowly
and embrace the goodness in you.
for you can only gain happiness
if your heart is full of goodness
and free from evil.
learn,
continue yearning for the Light
and teach others what you know
for things will start to change
bit by bit.
be steadfast
for syaitan will always look
for his chances to bring you down
with him to hellfire.
things will get better day by day,
and wallah,

there you have it,

happiness. :)


go for it,
change awaits YOU!