Sunday, January 29

Of Weekenders Club



"Man, buat ape weekend hari tu?", tanya Joey. "Hmm, tah la tak buat pa pa pun, dok rumah melangut tengok tv dengan marathon movie ja".

Ni conversation aku dengan member seofis haritu. Apparently, manusia sekarang tak buat apa apa sangat masa weekend. Ye lah, dah penat kerja seminggu, weekend nak rilek la kan. Alih alih tak buat apa pun, bangun lewat, perut lapa pi cari makan, tengok tv, tibe2 dah malam, tengok bola, makan, Fb Fb Fb Fb, tido, ulang benda sama esok tu, cuma tambah keluar dengan member2.

Padahal umat kat luar tengah menangis dan merana.

Disebabkan itu, aku berinisiatif untuk tubuhkan kelab Weekenders ni, dengan impian it will be a cause untuk umat manusia tak menyia-nyiakan lagi weekend mereka dan isi dengan aktiviti berfaedah. Kamu semua punya kekuatan dan kelebihan dan kreativiti untuk menyumbang untuk masyarakat.

Antara aktiviti yang nak dibuat;

Kalau ada antara ahli kelab yang sangat terer tentang kereta dan motor, kita boleh meet up pagi2 dekat mana mana taman tasik, lepastu pergi breakfast sekali, lepastu semua bukak hood kereta masing masing, and orang yang pandai tadi tu boleh ajar basic basic kereta and cerita scenario scenario yang break down yang standard and macamana nak buat so that bila kereta kita rosak or kereta orang len rosak kat tengah jalan kita boleh tolong sikit2, takdela reti bawak je kan and bermanfaat lah sikit dekat orang len.

Then mungkin kita boleh arrange nak panjat bukit broga time subuh, menikmati mentari pagi, then turun kita cari sungai, kita mandi n bbq sama2, lagi best kalu kita arrange dengan mana mana sekolah or pertubuhan anak yatim or orang yang susah ke untuk join kita sekali kan? Sharing is caring. :)

Next weekend tu, kita belajar memasak! Yeay! Lepastu kita pergi pusing2 bandar KL ke cari orang yang homeless kita bagi dia makan makanan yang kita masak tu. ;) Takpun kita tubuh unit untuk identify rumah rumah miskin area kita, kita pergi rumah dia buat havoc sket, tolong kemas rumah, baiki apa yang patut, masakkan basically kita kendurikan rumah dia, and maybe that can put a smile back to their face knowing that ada lagi yang masih ada hati.

Weekend lepas tu, kita boleh visit rumah rumah anak yatim! Sungguh orang yang baik ialah orang yang baik pada anak yatim. Kita visit diorang, cheer them up, masakkan untuk diorang, ajak tengok movie on projektor movie yg bagi kekuatan and dorongan, and probably mainkan musik n nyanyi utk diorang, sape2 yang pandai nyanyi and bermusik. And maybe jugak for those yang pandai musik kan, kita boleh basking dekat pasar malam or pasar seni sambil tayangkan apa yang kita 'Weekenders' buat and ask them to support, ni borang needed, just presence.

Then hujung bulan kita gather gather, kita buat makan makan and get to know each other and share apa yang kita dah buat, oh I imagine we have cawangan2 dekat banyak banyak tempat dekat Malaysia and we do this with our own money so that kita puas hati dengan apa yang kita buat.

Minat ke? Registrationnya ialah like Fb Page 'Weekenders Club' and boleh join group 'Weekenders Club' jugak and registration fee ialah anda akan dapat baju 'Weekenders Club' yang free untyuk dipakai bila ada program.

Siapa yang nak join cause ni, boleh lah nak pm dekat fb ke, nak reply kat comment ke, or post dekat page or group ke and basically we can do anything we want and 'Say NO! to Weekend yang Sia-sia'.



p.s. : I need both orang yang nak join bila ada aktiviti dan juga orang yang nak support cause ini (i.e. untuk jadi comittee yang nak run the programs. Dari lain-lain kawasan from around Malaysia or even students oversea pun is welcomed.)

p.s.s. : Feel free to share and invite others!! ^_^

4 comments:

Anonymous said...

halo..nice story u have here,,

oh,if u have time...
go chech my blog,and please correct me,or judge me,or marah me if anything u do not agree...

outsiderzlife..

aimiruzanna said...

salam. mcm menarik ^^ nak join tp takut bz pulak dgn assignment

Hisham Mahir said...

wsalam. you can join anytime you want and anytime you're free. nak datang this weekend and not coming next weekend and lagi 2 bulan nak join balik, pun boleh, tak ada masalah. :)

Unknown said...

Assalammualaikum. Saya dan rakan2 sekelas berminat nak join aktiviti kelab weekenders. Kami students form5 dari KOLEJ PERMATApintar UKM Bangi. Bagaimana kami boleh sertai program sukarelawan kelab weekenders ye?