Thursday, December 15

Saya Seorang Petani

Pagi tadi ada sorang ustaz bicara dekat TV. Dia cakap satu benda yang sangat menyentuh hati aku. Katanya, 'ibu bapa akan lihat hasil tuaiannya (anak-anak) bila dah tua nanti, kalau baik jaga siram elok elok bagi baja yang cukup, inshaAllah hasilnya nanti kita boleh nikmati, jangan sampai bukan kita je tak boleh nak rasa tuaiannya, siap menyusahkan orang lain pulak'.

Anak-anak sememangnya seperti tanaman. Ibu bapa tuai hasilnya bila anak meningkat dewasa. Alangkah bahagianya tiap-tiap hari dapat berteduh bawah pohon yang rendang dari sinaran matahari dunia yang terik, dapat pula merasa manisnya buah-buahnya, bermacam-macam manfaat yang ibu bapa mampu garap dari anak yang soleh dan solehah.

Tapi malanglah pula si ibu bapa yang dapat pohon yang berpenyakit, penuh dengan ulat beluncas yang memakan daun-daunnya, daun-daun sering gugur dan menyepahkan halaman rumah mereka, bahkan pohon itu sendiri hampir mati kerana akarnya tak mencari air hidayah lalu tiada gunalah sinaran nasihat matahari. Hari semakin hari, pohon kian mati dan akhirnya tumbang dan mereput, menyusahkan si penanam tadi.

Maka dari itu, hai mama papa dan bakal daddy mami, anak itu kertas, kau pennya, kau contenglah apa yang kau nak conteng, anak-anak itulah hasil karya kau, suka atau tidak. Orang mengutuk karya mu tidak memberansangkan, nah salahkan siapa, salahkanlah dirimu. Hai si anak-anak cuma mengikut langkah-langkahmu. Kau menyuruh, tapi sendiri tidak melakukannya. Kau menyekat, tapi kau sendiri melakukannya.

Persepsi yang kita akan berubah atau suami akan berubah apabila dapat anak pertama, adalah sangat tidak benar sekali. Kerana banyak sekali kulihat, tiada perubahan pada sang bapa, apatah lagi sang mama. Perubahan itu bukan letak pada peristiwa, tapi letak pada kehendak dirimu sendiri. Tiada siapa termasuk Tuhan yang mampu mengubahmu, melainkan kau sendiri menginginkan perubahan.

Kita semua petani. Kita akan tuai hasil tanaman kita di dunia ini di musim akhirat sana. Dapat buah durian busuk besok kau makan lah, dah itu yang kau tanam sekarang.

2 comments:

sophia natasya said...

Alhamdulillah..sgt tersentuh dan isinya padat..teruskan menulis dan mg tsabat di jalanNya.

As said...

IBu ayah main peranan besar.

Dan kunci padal semua ni adalah IMAN.