Sunday, January 29

Of Weekenders Club



"Man, buat ape weekend hari tu?", tanya Joey. "Hmm, tah la tak buat pa pa pun, dok rumah melangut tengok tv dengan marathon movie ja".

Ni conversation aku dengan member seofis haritu. Apparently, manusia sekarang tak buat apa apa sangat masa weekend. Ye lah, dah penat kerja seminggu, weekend nak rilek la kan. Alih alih tak buat apa pun, bangun lewat, perut lapa pi cari makan, tengok tv, tibe2 dah malam, tengok bola, makan, Fb Fb Fb Fb, tido, ulang benda sama esok tu, cuma tambah keluar dengan member2.

Padahal umat kat luar tengah menangis dan merana.

Disebabkan itu, aku berinisiatif untuk tubuhkan kelab Weekenders ni, dengan impian it will be a cause untuk umat manusia tak menyia-nyiakan lagi weekend mereka dan isi dengan aktiviti berfaedah. Kamu semua punya kekuatan dan kelebihan dan kreativiti untuk menyumbang untuk masyarakat.

Antara aktiviti yang nak dibuat;

Kalau ada antara ahli kelab yang sangat terer tentang kereta dan motor, kita boleh meet up pagi2 dekat mana mana taman tasik, lepastu pergi breakfast sekali, lepastu semua bukak hood kereta masing masing, and orang yang pandai tadi tu boleh ajar basic basic kereta and cerita scenario scenario yang break down yang standard and macamana nak buat so that bila kereta kita rosak or kereta orang len rosak kat tengah jalan kita boleh tolong sikit2, takdela reti bawak je kan and bermanfaat lah sikit dekat orang len.

Then mungkin kita boleh arrange nak panjat bukit broga time subuh, menikmati mentari pagi, then turun kita cari sungai, kita mandi n bbq sama2, lagi best kalu kita arrange dengan mana mana sekolah or pertubuhan anak yatim or orang yang susah ke untuk join kita sekali kan? Sharing is caring. :)

Next weekend tu, kita belajar memasak! Yeay! Lepastu kita pergi pusing2 bandar KL ke cari orang yang homeless kita bagi dia makan makanan yang kita masak tu. ;) Takpun kita tubuh unit untuk identify rumah rumah miskin area kita, kita pergi rumah dia buat havoc sket, tolong kemas rumah, baiki apa yang patut, masakkan basically kita kendurikan rumah dia, and maybe that can put a smile back to their face knowing that ada lagi yang masih ada hati.

Weekend lepas tu, kita boleh visit rumah rumah anak yatim! Sungguh orang yang baik ialah orang yang baik pada anak yatim. Kita visit diorang, cheer them up, masakkan untuk diorang, ajak tengok movie on projektor movie yg bagi kekuatan and dorongan, and probably mainkan musik n nyanyi utk diorang, sape2 yang pandai nyanyi and bermusik. And maybe jugak for those yang pandai musik kan, kita boleh basking dekat pasar malam or pasar seni sambil tayangkan apa yang kita 'Weekenders' buat and ask them to support, ni borang needed, just presence.

Then hujung bulan kita gather gather, kita buat makan makan and get to know each other and share apa yang kita dah buat, oh I imagine we have cawangan2 dekat banyak banyak tempat dekat Malaysia and we do this with our own money so that kita puas hati dengan apa yang kita buat.

Minat ke? Registrationnya ialah like Fb Page 'Weekenders Club' and boleh join group 'Weekenders Club' jugak and registration fee ialah anda akan dapat baju 'Weekenders Club' yang free untyuk dipakai bila ada program.

Siapa yang nak join cause ni, boleh lah nak pm dekat fb ke, nak reply kat comment ke, or post dekat page or group ke and basically we can do anything we want and 'Say NO! to Weekend yang Sia-sia'.



p.s. : I need both orang yang nak join bila ada aktiviti dan juga orang yang nak support cause ini (i.e. untuk jadi comittee yang nak run the programs. Dari lain-lain kawasan from around Malaysia or even students oversea pun is welcomed.)

p.s.s. : Feel free to share and invite others!! ^_^

Saturday, January 28

Dosa Yang Tak Tertinggalkan

Korang ade tak dosa yang masih tak mampu tertinggalkan? (directnya, takde bahasa bunga bunga sikit ke bang Hisham(amboi, 'bang' tu. hehe). Ntah le, kalau terasa nak berbunga berrhythm kejap lagi ade la tu, tapi saje nak mula on a serious note, sebab ianya serius. (muka serius)

Dosa yang korang sembunyi dari manusia, bukan sebab korang tak rasa Allah nampak, tapi sebab korang masih struggle untuk tinggalkan dan dosa tu dosa yang korang tak pernah bangga dengannya, dan tiap kali terbuat, korang akan menyesal seribu daya, dan memohon seratus ribu ampun dariNya, dan beribu juta kali dah korang berjanji dengan diri sendiri tak nak mengulanginya, tapi.. masih jugak terbuat, baru je tadi. (haihhhhhhh)

Mungkin susah nak berhenti mengumpat sebab dah jadi amalan semenjak di sekolah dulu, atau susah menjaga pandangan apatah lagi bila economy crash masih tak pulih pulih so tak cukup duit nak tutup apa yang sepatutnya, atau mungkin ada minat pelik yang bertentangan syariat sebab dulu sumpah tak tau benda tu berdosa, baru je tau, 2 tahun lepas. Ataupun korang benci mak bapak korang sebab diorang tak jaga korang elok elok dulu dan korang sentiasa cuba untuk senangkan hati diorang tapi tiap kali tatap muka je terus rasa benci, or maybe habit kot, marah orang tak tentu hala, or mengadu domba tak kena cara, or jeles and dengki orang lebih dari kita, mungkin jugak susah nak bersangka baik apatah lagi bila orang tu orang Umno, memang sume blame dekat dia, dan mungkin juga dosa dosa yang malu aku nak sebut dekat sini.

Aku juga ada, bukan nak bangga tapi we're all in this together, aku takkan letak titik noktah pada usaha, dan aku yakin kita semua di landasan yang sama. Berperang dengan nafsu yang bermaharajalela dalam diri, dengah nafsu yang ego tak nak tunduk pada Ilahi, dan dengan syaitah yang tak sudah sudah meracuni hati.

Anyway, pernah dengar cerita tentang sahabat Nabi bernama Abu Mahjan? Kalau pernah buat2 macam tak pernah dengar and buat2 macam surprise sikit la bila baca ye?

Abu Mahjan ni seorang sahabat Nabi yang pemabuk, ye walaupun dah diharamkan dia masih tak mampu tinggalkan, dan dia pernah disebat ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan juga Umar, kerna mabuknya itu.

Tersebut kisah ketika perang Qadisiyyah, Saad Ibn Waqqas yg menjadi panglima perang ketika itu melawat khemah2 kaum muslimin malam sebelum perang dan didapati semua sedang khusyu' bertahajjud kecuali Abu Mahjan yang dijumpai mabuk, lalu diikat Abu Mahjan dengan rantai kerana tidak ingin Abu Mahjan menyertai perang itu, atas sebab dia mabuk.

Tiba pagi waktu peperangan itu, Abu Mahjan melihat tentera muslimin sedang stuck dan agak goyah menghadapi tentera Rome, lalu dimintanya kepada isteri Saad untuk dibuka ikatan itu supaya dia dapat ikut serta peperangan dan berjanji akan mengikat semula dirinya apabila tamat perang, apabia isteri Saad turn his permintaan down, dia menggelupur ingin keluar juga dari ikatan dan dia kata, 'wallahi, jika kau lepaskan ikatan ini, aku pasti tidak akan mendekati penjual arak lagi. sungguh Allah mempunyai janji dan ini janjiku'.

Isteri Saad yang terkesima mendengar kata Abu Mahjan itu, melepaskan ikatan dan Abu Mahjan menutup mukanya dan menunggang kuda bukan kepunyaannya dan pedang bukan kepunyaannya agar tiada yang dapat mengecamnya bika dia turun ke medan perang nanti.

Allahuakbar! Abu Mahjan bertakbir dari atas gunung dan meluru turun sambil membelah lautan tentera dan musuh musuh dicantas dengan banyaknya, melihatkan kejadian itu para muslimin menjadi bertambah semangat dan semakin mara dan kuat, Abu Mahjan terus membelah lautan musuh sehingga sampai ke Panglima Rome dan dicantas kepala panglima itu, kemudian ia berpatah balik sambil mengayun pedang dan terus kembali ke tempat ikatannya, sementara Rome kucar kacir kerana panglima mereka dah tumbang, Muslimin terus mara dan menemui kemenangan sesudah mereka menemui kebuntuan dan hampir kalah. Abu Mahjan mengikat kembali dirinya dan sekembalinya Saad dari perang ia terus menemui Abu Mahjan dan berkata, "Siapa yang kau nak tipu tadi? Ingat kami tak kenal suara kau?". Abu Mahjan dilepaskan dari ikatan, dan sungguh sehingga ia menemui mati, ia tidak pernah lagi menyentuh walau setitis arak.

Kadang kita lihat orang yang tidak bertudung, kita pandang enteng mereka, padahal kita tak tahu solat mereka tak pernah tinggal dan God knows how they're struggling to obey perintah Tuhan mereka.

Kadang kita tengok seorang yang tidak pernah berada atas sejadah, apatah lagi di masjid tapi kita tak tahu apa dalam hati mereka, mungkin mereka sangat menginginkan hidayah dan satu hari yang indah Allah bukakan pintu hati mereka dan Allah terima titis air taubat mereka.

Kadang kita begitu senang sekali judge manusia ini baik manusia ini jahat sedangkan siapa kita ini, entah ya hari ini kita beramal dengan amal syurga, mungkin di hari tua nanti kita dipaling dari hidayah Allah, kita beramal amalan neraka, nauzubillah.

Sungguh lebih baiklah kita risau akan dosa kita dari sibuk membincangkan dosa si anu, tugas kita menasihati dan membimbing bukan menghukum mereka itu ini melainkan jika ianya bertepatan syarak. Dosa yang kita bincang di awal tadi, mungkin kita tak dapat tertinggalkan, tapi rahmat Allah siapa tahu, struggle kita hari hari yang manusia tak pernah tahu itu, titis air mata tiap kali terkenang peristiwa itu, sesal dan kesal itu mungkin cukup untuk Allah simpan sebagai bukti taqwa kita padaNya. Dan mungkin satu hari nanti seperti Abu Mahjan, terlepasnya beban yang amat berat yang kita tanggung dan fikir sehari-hari sehingga membotakkan kepala yang dahpun runsing ni.

Usaha dan berdoalah semoga Allah mengampunkan dosa yang tak tertinggalkan ini. Amin. Dan yang terakhirnya, dosa kita bukan sekali kali satu alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan hamba Allah, dan sangatlah loser mereka yang lari dari dakwah akibat malu dengan dosa yang tak tertinggalkan sedangkan mereka tak tahu Allah menyediakan keampunan di sisiNya dan Dia sangat menyukai pentaubat pentaubat.

p.s. saya langsung tak meringankan apa apa dosa yang kita buat ni, cuma harapan itu masih ada dan ia cerah seterang matahari. Fighting!

Wednesday, January 25

Keluhan Pasal Reunion

Kita bila menyeru manusia kepada kebaikan, kadang kita rasa sangat susah kenapalah si Badrul ni tak nak jugak ikut aku pergi solat subuh dekat masjid, kenapalah si Laila Mainora ni tak jugak pakai tudung sekejap cabut sekejap sarung apa yang payah sangat?

Tapi kita terlupa kita ni dulu pun bukan main liat lagi ustaz dok ligan pi semayang subuh dekat surau sekolah dulu, bukan main lagi mulut si Kiah dulu dok mengumpat kakak senior yang bajet alim tu dok tegur dia dye rambut.

Sekarang bila turn kita pulak kena, kita mengeluh seribu bahasa, ah payah lah dakwah dakwah ni, kemain liat manusia manusia ni nak berubah, ni Senah, Leman, daging kambing kalau hang nak masak sedap bagi lembut kena la masak lama, ni hang baru celoq ja dah potpet mulut cengapa lagi, rileks lah der, Nabi dulu dulu kena belah dua, kena buang negara, kena pulau keluarga, kita? alah setakat kena sikit, dah mengidam nak jumpa Baginda?

Sabaqlah, kalau senang berdakwah ni, Allah tak buat eh syurga, dah gheja tak kuat nak dok rumah banglo swimming pool biru muda, niii pi dok rumah papan je la, buat dua tiga tahun dah rasa give up, nu Nuh nu 900 tahun dok pi habaq benda sama hari kat kaumnya, nah keluarga sniri pun tinggai dia.

La ni habaq mai, hangpa buat gheja ni sapa hat bagi menang? Gheja keras hampa ka? Banyaknya hampa membaca ka? Tokoh figura ulama atau tokoh politik ka? Habaq mai sapa?

Kita buat sikit cenonet teruih nak menang no? Tak menang dok salah orang tu orang ni kumpulan tu kumpulan ni, apa sapa hat Tuhan la ni? Biaq pi kat Dia Dia nak bagi menang bila, kita buat sudah, bukan Dia nak cek, hampa bagi menang dak agama Aku atas bumi ni, dakk, Dia nak cek sapa lagi baik amal ni, bukan kira dari jemaah mana, parti mana, kalau hang dok jadi jiran Nabi pun hang korup, neraka jugak hang balik nanti.

Tapi tulah, manusia ni lemah, walaupun dia sempurna, tapi sempurnanya sesempurna kejadian, maka bukannya ia seperti Tuhan yang tak lelah, letih, penat, bosan dsb, maka di situlah gunanya solat malam, Allah prepare khas untuk hat hat tak reti nak tidoq nuh, sebab takut mati, takut Allah tak terima amal, takut dosa banyak sangat.

Dakwah dakwah jugak, jangan dok tuding jari, sebab kita dulu dok tuding dekat depa, takkanlah tak boleh besabaq skit, tak jauh dah jalan ni, setiap malam, mungkin besok tu kite pergi, tak tau la kan dapat jumpa Dia ka dak kan, tah Dia mau ka dak nak jumpa kita, ntah cemuih dah kita dok canang sana sini tapi diri hmph dok tara tu lagi, dok pikiaq orang sangat terlupa diri sendiri, ada jugak hat risau diri sniri ja, macamlah syurga tu buat untuk hang sorang.

Aku suka kata 'jom reunion di syurga', sebab tu ja kot yang aku mau. Biaq hampa lain jemaah, lain parti, lain negeri, lain mentaliti, aku cuma nak kita semua jumpak kat syurga nanti and time tu takdak sikit pun grudges antara kita, dok hepi hepi senang lenang buat lawak lawak sembilan gag etc etc.

So, just whatever you do, kita cuba reunion di syurga, okeh?

Can A Sinner Go To Heaven?



"A man who do sins everyday, enters jannah. One who study and teach Islam, goes to hell."

The first man, (this was narrated from a hadith, Sheikh Navaid Aziz told this at Twins of Faith) dia buat all the sins yang manusia buat, then bila time dia dekat nak mati, dia pesan dekat anak dia, bila aku mati nanti, bakar aku dan taburkan abu aku dekat laut n dekat darat. pastu bila dia dibangunkan di akhirat nanti, Allah tanya, wahai fulan, kenapa kau arahkan kepada anakmu supaya bakar dan pisahkan abumu di laut dan di darat, dia jawab, ya Allah, kerana aku takut dibangkitkan dan disoal seperti sekarang ini. dgn sebab tu, Aku ampunkan semua dosamu, dan masuklah ke dalam syurgaku.

Sedangkan lelaki kedua tu, sepanjang hidup dia, dia study islam, baca quran, hafal quran dan mengajarkan quran etc. bila dia mati dan dibangkitkan, Allah tanya dia, ya fulan, apa yang engkau buat di atas muka bumi ini. dia jawab, ya Allah, aku belajar agamamu, dan aku ajarkan agamamu. Allah kata, kau penipu, kau buat itu untuk dipandang manusia sebagai orang soleh. masuklah kau kedalam neraka.


*******


Moral of the story is don't judge people's heart, we don't know apa yang ada dalam hatinya. Mungkin dia buat salah, tapi dia sangat menyesal dengan apa yang dia buat, dan tiap2 hari dia melawan nafsu/berperang dengan diri nak buat dosa tu, dan jangan jugak kita yang kata diri kita ni belajar islam dan mengajarkan islam layak untuk ke syurga sedangkan kita tak pernah sure Allah please tak dengan kita, samada kita buat tu untuk kita dipandang mulia atau semata-mata utk Allah.

There's a thin line between ikhlas and riak.

Tapi tak bermakna, dahtu, stop lah buat dakwah and everything kan, baik buat dosa je tapi rasa takut dgn Allah. well, one who've heard the words of Allah, tapi tak dengar and patuh, Allah akan pertanggungjawabkan dia kan? (ah, duh, dah terperangkap dengan dakwah) jangan pikir macamtu, Allah pilih kita untuk jadi penyambung rantai dakwah nabi, regardless jemaah mana pun kita, but then kita mungkin question pulak, dah tu, kalau aku buat ni sebab terpaksa, tak ikhlas pun?

Jawabnya, strugglelah untuk menjadi ikhlas, one sheikh said, dia bangun semayang malam selama 20 tahun dalam keadaan terpaksa, lepas tu baru dia rasa nikmatnya. so to say that our struggle tu yang Allah pandang. sebab life itself is a struggle, what's the meaning of life if you don't struggle? Agak2 sahabat2 nabi tu simply jadi baik with the blink of an eye? Oh, sebab nabi ada, so lagi senang nak beriman? Never kot, it's harder during those time.

Bayangkan kalau ada sorang datang dakwah korang, kata ada malaikat datang kat aku smalam , kata aku ni nabi, and by the way, kata-kata aku ni bukan kata-kata aku tapi kata-kata yg Allah sampaikan dekat aku, rasa korang nak percaya ke tak? Agak2 korang ikut tak? (eleh, orang ajak pergi program Islamik pun berpuluh kali pikir or berpuluh2 alasan kita bagi kan? Orang tabligh datang pun cepat-cepat kunci pintu buat macam tak ada orang dekat rumah kan?)

Apa yang paling penting is hubungan kita dgn Allah, kadang-kadang ye kita struggle nak tinggalkan dosa (ni pun agak thin jugak, terpulang dekat diri kita and keikhlasan kita sejauh mana kita berusaha nak tinggalkan dosa tu), tapi as long as, in our heart, there is fear of Allah, inshaAllah, Allah akan still tolong kita. We are never farther than a step from Allah.

But, all in all, it's terpulang pada diri kita, antara kita dengan Allah. kita mungkin boleh menyamar konon sedih, padahal hati kita tak pun, ataupun kita boleh menyamar ikhlas, padahal hati kita tak pun. bak kata abu Ameenah Bilal Philips, katanya emak Imam Sufyan At Tsauri, if you learn 10 words, and your iman your faith in Allah doesnt increase, check yourself, check your niat, check your heart. We desperately need reminders everyday, so brothers (&sisters) do remind each other to the truth and sabr.
Allahua'alam.


Tuesday, January 24

Malulah

Hanya kepada Allah lah sujud segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa, dan sujud juga bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang. 13:15

Tubuh jadi saksi saat kita bermaksiat sendiri konon sembunyi dari penglihatan manusia bahkan kau lupa malaikat kanan dan kiri serta Allah di atas memerhati setiap gerak geri langkah kanan dan kiri apa kau capai apa kau beri setiap kata dan gerak hati apa yang kau perhati serta apa yang kau turuti.

Malulah bila jasadmu patuh menyembah Ilahi sedang dirimu mengingkari nikmat yang tak henti henti diberi dan diberi sehingga kau lupa apa asal mu kau cuma tanah busuk sekarang kau ingin tinggi diri?

Malulah bila kau dicipta semulia kejadian kini kau menuruti kehendak nafsu yang menjadi Tuhan dirimu dan kau ikut pemimpinmu masuk ke lembah neraka dengan hilai tawa sorak gembira sambil mengutuk golongan yang tak cool dan pelik sebagai freak dan hina baiklah nanti kita lihat di sana siapa gelakkan siapa bila mana tak siapa mampu keluar dari siksaNya dan ketika itu terlolong taubat sia sia si mujrimun pembuat dosa.

Malulah bila kau kata ingin ke syurga sedang perilaku seperti kera dan suara seperti himar mengata sana mencaci sini kau masih ingin ke syurga kata cuma kata mungkin katamu dusta yang kau tak sedar atau mungkin kau memang sengaja tak ambil kesah kerana ya malam masih muda sedang kau peluk perempuan secara sengaja malaikat maut duduk di tepi menunggu saat tiba masanya untuk kau diambil nyawa.

Dan malulah bila kita masih duduk termangu menanti bila hidayah akan mampir ke sini sedangkan ia perlu dicari walaupun kau anak raja ataupun perdana menteri. Dan tidaklah ada kehinaan atasmu selagi nyawa dikandung badan selagi itu peluang ke syurga tak kurang dari satu langkah taubat jaraknya jika kau sedar wahai manusia dan wahai diri sendiri.

Thursday, January 19

Tuesday's Lunch

semalam during lunch, I tried to save a bit, so I just makan nasik with telur masak kicap and 2 terung sambal yg kecik with hope that tak mahal sangat lah, and instead of milo ais, I just ordered sirap. alih alih, mahal jugak, 5 ringgit 50 sen. kalau amik ayam biasanya kena 6 ringgit. and my friend amik daging banyak gila, kena cas 5 ringgit je.

moral is, kadang kita nak sangat dan dah berusaha, tapi Allah tak nak bagi jugak, so kena redha lah dengan apa yang kita dapat, sebab apa yang dapat tu Dia yang bagi, so special lah kan? (rather than dapat apa yg kita nak)

and for sure, He knows best. ;)

Of Speeding, Kuda, and Jodoh??

On the way balik tadi, I pecut habis habisan konon nak cipta rekod the best time yet from office to home. Laju laju laju, then sampai tol Sg Besi, I queue behind the lorries and busses punya lane because lane yg car punya panjang super (oh, I dont have touch n go or smart tag yet). Tunggu punye tunggu, tak tau awat lama sangat ada satu lori tu padahal amik tiket je, sampai bas n lori belakang hon, lane kereta yg panjang tu dah habis siap kereta yg I passed on Federal tadi dah lepas dah. Lepas tu baru lori tu ngok ngek ngok ngek jalan. It strucked me that even I try to pecut as fast as I can to sampai rumah awal, Allah sebenarnya dah tetapkan masa I got home, and if, I were to drive slowly pun I mesti lalu lane car tu and not the buses and lorries punya lane and sampai rumah at the same time as if I were to drive fast.

Macam cerita Ali r.a. dengan pembantunya, masa nak singgah solat, dia pesan kat sorang laki ni suruh jaga kuda diorang, bila dia keluar masjid, dua2 kuda tu hilang, so Ali suruh pembantu dia pegi cari kat pasar because situ maybe org tu cuba jual for quick money kan, and Ali pesan kalau jumpe bayar je berapa2 pun, so his pembantu bayar la ape yg org entrusted awal2 tadi tu nak, and when he got back bringing the two kudas to Ali and told the story, Ali said, wallahi, I was about to give him the same amount of money for handling my kuda when I was praying. So laki tadi tu dapat jugak the same amount of money tapi dgn cara yg haram. Moralnya, u'll get ur rezeki and ur taqdir n so on but the cara tu the manner u'll get it is determined by u.

And that makes me reflect back, I shouldnt be speeding although takde kereta, sebab Allah that set whatever time I'll reach there, and it was 40 mins to get from the Curve to Kajang. And nak reflect lagi, same lah dengan jodoh, try lah as hard as you can, kalau orang tu isnt for you, you wont ever get her, and cuba lah lari macamana pun, if she was destined with u, it will happen. So rilekslah, bertenang sebab Allah dah set everything for us, so do things properly in accordance to His law inshaAllah u'll find happiness, although u think u'll be happily ever after with this girl, padahal Allah knows u wont, and if He wants to give u a good life, He'll give u other girl if not u'll get the girl and lead an unhappy life. So bila mintak dengan Allah, and this applies bukan for jodoh je but for every decision we made, that Allah make ease for us if the decision benefits our deen, our life, our ending and our eternity nanti, if not ask Allah to replace it with better one for He knows best, its called istikharah.


P.s.: Lupe, astaghfirullahalazim, rabbana zolamna anfusana waillam taghfirlana watarhamna lanakunanna minal khosirin, for speeding. T.T (not a good contoh eh?)

Monday, January 16

Cerita Prof Latiff

1983, UKM Malaysia: Seorang pelajar medic menyelinap masuk ke dalam dewan kuliah agama untuk mendengar lecture daripada seorang pensyarah. Pensyarah itu membacakan satu dalil untuk pelajarnya. Kemudian dia meminta salah seorang pelajarnya membacakan ayat tadi. Namun, tiada siapa yang bangun. Lalu pensyarah itu berkata ,"Kenapa kamu semua tidak berani? Kenapa kamu semua lambat? Saya boleh menulis ayat tadi selaju mulut saya membacanya semasa saya belajar dahulu?"

Semua pelajar diam terbungkam. Ada yang mencemuh. Pensyarah itu menyambung lagi " Dalam hidup saya, saya tidak pernah mengenal anything less than an 'A' in all subject! " Semua orang terdiam. Namun ramai yang mencemuh. Tidak kurang juga yang muhasabah. Tapi pelajar medic tadi begitu kagum dengan kata2 pensyarah tersebut, sehingga dia berkata dalam hatinya "Aku hormat pensyarah ni. Aku kagum dgn beliau. Aku mahu jadi seperti beliau!" 

Cuba teka apa yang jadi?

Pelajar tersebut graduate dengan memegang Ijazah Anugerah Kecemerlangan DiRaja di UKM pada tahun tersebut, mewakili 16,000 pelajar pelbagai jurusan dengan rekod 'Straight Distinctions'! Dan pelajar tersebut terlalu hebat sampai dia tidak perlu menyambung Master bahkan terus ke uk utk MRPC (tak pasti). Dia berjaya dgn status 'sudah beranak dua' sewaktu degree. Dia menghabiskan PhD dalam masa 2 tahun 4 bulan (sepatutnya 4 tahun). Subhanallah.. 

Pensyarah UKM tersebut adalah Ustaz Harun Din dan pelajar tersebut adalah Proff Abdul Latif, salah seorang pengasas Cyberjaya Medical College (CUCMS), Cyberjaya. A vision, is a sunnah! Dare to dream high!

(credit: Harristotle Hizam)

******

Wallahi masa baca ni, saya dapat goosebump. He's a person I just knew 5 6 bulan lepas through my old friend, Firdaus Hanapai (his 1st menantu) and pergi rumah dia untuk ikut halaqah mingguan yang dia buat untuk student-student CUCMS. Since the first meeting tu, terus rasa terkesan, I feel every word he said because it's penuh hikmah and he always mentions in every seating about how we are close to winning and I feel very attached to him since the first day. Then he asked to tolong dia design extension for his house (tapi dia tak buat lagi lah, sibuk beli tanah dekat Hulu Langat), but I knew that partly tu just skill untuk nak rapatkan ukhuwwah dengan mad'u (yang suruh design tu).

I followed him and his menantu to CUCMS's weekly Tafseer class held by Ustaz Hasanuddin, one of the chosen Malaysian yang on board on Mavi Marmara dulu. Since that I attended the class regularly and CUCMS yang Prof and his colleague build, has been an institution that is close to my heart, I even attended their Qurbani festival (although datang sangat lambat :P)

I am hoping to dapat serpihan-serpihan from his hikmah from perdampingan dengan dia. And man, how lucky Firdaus is to be his menantu and zauj anak seorang yang hebat. Hehe.

Boleh dengar his sharing with the overseas students during his recent visit to United Kingdom last December to visit his daughter in Sheffield, here. http://www.ustream.tv/recorded/19584691

Alhamdulillah for the perkenalan. Jazakallah khairan katheera wabarakallahufika wafiahlika.

Tuesday, January 10

Oh Bulan!


Manusia!

Ya awak, yang tengah skrol mouse tu, takpun tengah gerakkan jari tu, cuba berhenti kejap, sekejap je, promise! Cuba bangun and pergi ke jendela wak (jangan risau takde hantu or orang nak 'gahh!' or surprise birthday pape), cuba renung ke arah barat, ha, cuba awak tengok ape ade atas sana?

Wawawawa bulan! Cantikkan? Bulan tu dah lama menunggu awak, bagai pungguk rindukan bulan, dia hias dirinya dengan penuh kecantikan dan keasyikan duduk tunggu sepanjang malam mana lah awak ni dia nak buat awak teringat akan kebesaran Tuhan apabila melihatnya. Setiap malam dia keluar memperaga, kadang2 dia merajuk menyembunyi diri dari awak, kadang2 dia senyum sampai ke telinga tahu awak sedang berduka, tapi awak terlalu leka dengan kehidupan dunia, tak sedar kecantikan alam mengelilingi mengajak ktita semua bertasbih kepada Allah Maha Esa.

Haritu ada orang share article, http://9gag.com/gag/1512290?ref=fb-share (rujuk sini) sorang mamat violinist terhebat atas bumi ni, pemenang Pulitzer Prize, Joshua Bell, main secara free masterpiece di Metro Station. Sepanjang 45 minit dia berdiri bermain habis satu lagu tu, cuma beberapa kerat saja yang berhenti dan menghayati, dan beberapa dollar masuk ke bakul depannya, sedangkan dia baru sudah selesai konsert di panggung tempat manusia menabur puluhan ribu semata mata untuk mendengar keindahan gesek biolanya.

Nak compare, tapi tak sama indahnya, bulan, bintang, matahari, senja, subuh, terbit mentari, sinar dhuha, embun, langit biru, burungan dll yang sentiasa dimainkan di hadapan mata kita menyalurkan ketenangan, namun terlalu ramai yg leka mencari ketenangan entah kat mana dengan pil disko lagu playstation bola awek rakan movie shopping etc sedangkan ia tak kekal dan cuma plastik. Berhabis beribu ringgit untuk sekelumit rasa, berpuluh tahun membanting tulang ingin membina kediaman yang indah untuk menenangkan seketika sebelum kembali menstresskan diri di atas jalan raya on the way ke kerja, sedangkan bertebaran kejadian Tuhan yang mampu mengoffer ketenangan sebenar dalam refleksi kehidupan dan ketuhanan.

Awak, dengan mengingati Tuhan saja hati kan tenang. Belum sampaikah masa kita reflek diri dengan bukti-bukti kejadian diri serta alam ini serta hari-hari kita untuk jadi hamba yang lebih berterima kasih pada Tuhan?

Monday, January 9

Masing Masing Sendiri Sendiri

Seorang scholarship susah untuk memahami seorang ptptn, seorang yang membesar dalam air cond takkan mudah memahami seorang yang membesar disinari pelita. Bukan semua kenal erti perih dan jerih, ada yang hidup di gunung sehingga tidak kenal apa itu pantai, ada yang tidak kenal pondok kerana terlalu lama hidup dalam mahligai.

Kadang kadang kita terlupa ada manusia luar sana yang berlapar demi menahan lapar sedang kita berusaha mengenyangkan perut yang sudah kenyang. Kadang kadang kita terlupa ada manusia di luar sana yang menangis tanpa air mata menjerit tanpa suara mengharap tanpa rasa, sedang kita cuma mementing rupa diri makan pakai anak beranak sendiri.

Lupakah kita tiap hari si bangla berkayuh 20 km basikal tua itu juga manusia? Lupakah kita si operator kilang itu juga punya cita cita? Lupakah sang myanmar yang bergayut di lori hijau busuk itu juga ingin bahagia? Lupakah si pengatur bata membanting tulang sepanjang hari masih punya rasa?

Ah, biarlah kau tak pernah kesah asal periuk nasi sentiasa dipenuhi dan kau cuma berjuang bila ia dibubuh pasir manusia dengki. Ah, siapa kesah si pencacai yang bekerja siang malam separuh mati demi sesuap nasi untuk anak isteri. Ah, ada aku kesah kata si hamba harta siang malam asyik berjaga mengira harta benda takut terkurang satu dinar dua dari sepatutnya sedang rakyatnya menangis meraung tanpa kata tanpa upaya menangisi nasib sebatang kara. 

Ah, masing masing cuma risau nafsu sendiri terpuas atau belum lagi lantaklah walau si kurus merayu di kaki jangan sesen pun kau beri ini duit usaha aku sendiri buat bekal dalam kubur nanti nak bagi malaikat buat duit kopi kalau aku sedekah mana cukup nak buat bribery untuk lepas dari siksa dan beli syurgawi di akhirat nanti, kan wahai manusiawi muda mudi siswa siswi?

Saturday, January 7

Syair Abu Nawas

Tuhan, pabila aku menghadapiMu dengan dosaku menggunung,
aku tahu pasti bahwa ampunanMu jauh lebih agung,

Jika hanya orang beriman yang boleh mengharapkanMu,
kepada siapa pendosa seperti aku bergantung dan mengadu?

Tuhanku, aku memohon sepenuh hati sesuai dengan kehendakMu,
jika Kau menolakku maka siapa lagi akan mengasihiku?

Aku punya satu harapan, dan ia hanya padaMu,
maka aku berserah diri pada indahnya ampunanMu.

- Syair Abu Nawas, ketika mendekati ajalnya.





Aku tak punya kata melainkan ianya the purest and the most sincere harapan yang one can have. Bila hanya rahmat dan pengampunan Tuhan itu jadi kunci terlepasnya azab neraka dan seorang yang alim pasti tahu bukanlah kealimannya itu serta amalnya itu jadi taruhan untuk ke syurga bertemu sahibul amin.

Allah, ku punya satu pinta, hanya rahmat dan pengampunan pada hari tiada naungan.

♫♪ Let's Do It Tonight! ♫♪

lagu2 sekarang ni semua cakap pasal having fun malam2, ♫♪ we're gonna rock all night, like it's dynamite ♫♪ we're gonna have fun tonight ♫♪ give me everything tonight for all we know, we might not here tomorrow, let's do it tonight ♫♪ etc2.

malam itu penghujung pada kehidupan sedang kehidupan mereka itu satu lakonan, menipu diri sendiri serta menipu pemuja mereka. malam pastikan berakhir begitu juga satu kehidupan. pagi mungkin kembali tapi mungkin sinarnya tak mengunjungi kita lagi. berseronok lah, sampai azabNya tiba secara tiba-tiba.

Friday, January 6

Lelaki Sweet


"Lelaki paling sheweet dalam dunia ondoubtly ialah Rasulullah s.a.w. :) Siapa lagi sheweet dari orang yang tak pernah pikir pasal diri sendiri and all dia pikir is kebaikan kesenangan keselamatan orang lain, dan siapa yang lagi sheweet dari orang yang support cause baginda, susah senang senantiasa setia ada duit takde duit semua masa dia bagi pada Rasulullah? Orang yang sheweet semua orang suka dan terpaksa suka, walaupun ia seorang musuh." 
- Hisham Mahir, 2012.

Alkisah tengah Nabi duduk borak dengan sahabat-sahabat dekat Masjid Nabi, ada sorang mamat ni datang. Kencing dekat dalam Masjid Nabi. Cuba korang bayang, korang tengah ada usrah dekat masjid _____ tiba-tiba datang sorang laki ni, kencing dekat betul2 korner masjid tu, menghadap kiblat pulak tu kan. Agak-agak apa yang korang buat?

Rasanya samalah dengan apa yang sahabat-sahabat cuba nak buat, pedang-pedang semua dah nak terkeluar dah, buku buku lali (eh) buku buku lima dah kemas rapi digenggam bersedia untuk dilepas, tapi Nabi suruh sahabat hold. Kerana kepatuhan mereka kepada Nabi (&Allah) mereka pun dengan penuh muka tak puas hati, duduk semula.

Nabi Muhammad dengan penuh ketenangan, 'erm, korang pi amik ayaq mai cuci kencing dia'. Hoih, dah la orang lain kencing, dah bengang nak pi tibai, tiba-tiba Nabi suruh kita pulak cuci. (oh, ni pasti feeling yang semua orang rasa sebab kita manusia) maka sahabat-sahabat pun pergi lah cari air untuk cuci air kencing tu.

As sahabat-sahabat pergi cuci kencing laki tu, Nabi tarik laki tu ketepi, Nabi kata (lebih kurang), 'nampak diorang tu? Jangan buat lagi, ni rumah Allah'. Laki tu pun peluk Islam kerana kesweetan Nabi yang tak marah pun apa yang dia buat.

Eh, takkan macam tu je? Macam tak complete je kan? Mungkin orang ramai tahu cerita tu, tapi ramai yang tak tahu, laki tu datang dari jauh lepas dengar pasal Nabi, dan datangnya dia sebenarnya nak bunuh Nabi, sarat dengan pedang, pisau, tombak dan panah, dan kencingnya dia tu, bukan kerana tengah mabuk, tapi kerana dia nak cari gaduh, nak cari point la nak start the fight kan.

Bayangkan, laki tu datang kencing kat tepi tu sebab nak cari gaduh, tapi Nabi dengan sahabat biar je dia habiskan kencing dia, pastilah mati akal laki tu. 'Hoi, aku nak cari gaduh ni, tempat ni konon sacred la kan utk korang, nah amik kencing aku. (Kencing kencing kencing) Weh, nak abis dah kencing ni, meh la gaduh. Meh laa, meh laaa' (mungkin ni bicara hati lelaki tu) tapi Nabi buat dek je kan. Memang baik bunuh diri ar laki tu sebab ditimpa malu yang sangat besar, nak cari gaduh orang tak layan.

Dan kerana penuh kemaluan itu, dan terkesannya hatinya atas kemuliaan akhlak Nabi tu, dia rasa terharu sangat, 'aku datang nak bunuh, siap kencing kat tempat sacred dia, dia tak marah pun, siap halang member-member dia nak belasah aku'. Sebab tu lah dia mengucap syahadah at that moment jugak. Dan dia doa, "Ya Allah, masukkanlah aku dan Muhammad je dalam syurgaMu". leaving out sahabat-sahabat Nabi yang nak pukul dia tadi. Nabi tanya, dah tu sahabat-sahabat lain? La, bukan diorang nak bunuh aku tadi, buatpe doakan untuk diorang. Pastu Nabi cakap, "Syurga sebesar langit dengan bumi, ko buat jadi kecik je, wahai fulan" Pastu si lelaki tu doa yang baru, "Ya Allah, masukkanlah aku dan Muhammad dalam syurgaMu". (buang 'je' tu) haih lantak ko lah. Hehe.

"Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu." 3:159


So jom mengesani hati mereka di sekelilingmu. Unleash the sweetness in you! ^_^

Tuesday, January 3

Bitter Truth


siang itu sangat gelap,
dalam ramai hati masih sunyi,
dalam kepikukan hati menyendiri,
pergi seorang diiringi kebesaran,
obsesi diri fantasi dunia abadi,
hujan lebat walau tiada awan,
pacak mentari masih meniti mimpi,
azan, usah ganggu lenaku,
ingin tidur sedetik lagi.
dalam kawanan ada syaitan,
dalam musuh ada iman.
yg kau benci, baik.
yg kau suka, buruk.
mimpi atau fantasi, kau tentu sendiri.
aku cuma menutur pesan, kau pilih,
ingin bogel, membuta
atau menjadi hamba.

Bitter Truth - SCSD