Cerpen : Sinaran Cinta
Mentari semakin condong ke barat. Langit memerahkan dirinya. Bayu laut semakin kuat menyahut desiran pantai yang menghadap Laut China Selatan itu. Matanya dipejam rapat. Butir pasir digenggam rapat. Ombak yang menderu mencapai hujung tumit kaki mulusnya. Terkejut seketika kerana kesejukan air laut senja Disember itu. Dia bingkas duduk dan memperbetulkan selendangnya. Kemas. Litup. Sederhana. Dia mengalih pandangan ke hujung sayup pantai, terdengar deruman motor yang dikenalinya. Senyuman terukir di bibirnya. Imran! Desus hatinya.
Deruman motor itu semakin menghampiri menampakkan si penunggang yang tampak berseri berkopiah putih. "Imran!!" Jeritnya. Kendalian motor itu berhenti di tepi gadis suci itu.
"Hai awak. Eh, assalamualaikum awak." Imran memulakan bicara.
"Waalaikumsalam, Imran buat apa kat sini??" Tanyanya dengan penuh kegirangan.
"La ni kan kampung saya, awak tu, buat apa kat sini? Dah lama tak nampak."
"Alaa, Nurul kan belajar jauh. Cuti semester sekarang, balik la jengok-jengok kampung."
"Ke awak balik nak jengok saya?" Usik Imran sambil mendekatkan mukanya pada Nurul.
"Eh, takdela. Saya balik ni bukan sebab nak tengok awak pun. Nak jumpa ayah, abg Lah, dik Man, dik Yah, ayah Lan, mak Uda.. " sambil mengalih pandangannya ke laut dan mengira-ngira jarinya. Imran tidak ambil endah dan terus meninggalkannya perlahan-lahan di situ. "mak Ngah, ehh ehhhh Imrannnnnnnn! Nak kena nih!"
"Hehe" Imran tertawa sendiri. "Eh eh" Motor Imran tak dapat dikawal dan dia jatuh terjelepuk di atas pasir. "Ha, kan dah kena. Tinggal orang lagi!" muncung Nurul.
"Laa, orang nak pergi surau la. Dah azan tu, nak tunggu awak habis cakap, habis waktu semayang nanti." Nurul memandang tajam Imran dan terus melangkah laju menuju ke rumahnya meninggalkan Imran keseorangan.
"Nurul!" Sahutannya tak berbalas. Nurul sedikit pun tidak menoleh, malah langkahnya makin laju. "Hai budak sorang ni." Imran bangun mengangkat motorsikalnya dan terus ke surau. Motor yang tidak berlampu belakang itu pergi meninggalkan deruan pantai.
Seusai tirai siang diangkat, kegelapan malam seakan memakan rakus senja nan merah. Sepertinya patuh malam itu bersilih ganti siang, tidak pernah alpa, tidak pernah lupa, seperti itu patuhnya sujud jemaah di surau kampung pencil nelayan itu pada yang Maha Kuasa.
"Brrr...sejuknyaa kak Ngah" air telaga dijirus atas kepala dik Yah. "Dah, jom masuk. Kak Ngah nak ambil wudu' pulak". Dik Yah terkedek-kedek berjalan sendiri setelah diikat tuala sekelilingnya. Saat dia mencecah simen tangga rumah, satu jeritan terdengar di muka pintu berselang seli ketukan yang dahsyat. Bamm bamm bamm!! "Yahhh, bukak pintu ni!" Dik Yah mempercepat langkahnya masuk ke bilik lantas mengunci pintu papan dan menukar pakaiannya. Bamm bamm bamm!! Nurul tenang mempersiapkan wudu'nya dan melangkah masuk ke rumah sambil perlahan-lahan menuju ke pintu rumah kayu itu. Kriukk. Pintu usang itu dibuka.
"Yah!! Kenapa lambat sang.. eh kak Ngah, anak ayah. Bila kak Ngah sampai?" bau arak menusuk hidung Nurul. "Baru je siang tadi ayah. Ayah baru balik dari mana?" "Ayah ada kerja sikit dekat pekan tadi." Nurul tidak mahu memulakan topik minuman kencing syaitan itu. Ayahnya masuk dan duduk di atas sofa rotan mengadap Nurul yang duduk setentang dengannya. "Ayah, ayah nak air? Kak Ngah buatkan." "Eh, tak payah la. Ayah dah minum banyak tadi". Kebenciannya pada dosa itu tak pernah pergi. "Ok, ayah rehat la ya, kak Ngah nak masuk solat dengan dik Yah kejap. Makanan siang tadi ada lagi, nak kena perangat je. Lepas solat kak Ngah buat ya?" Nurul bangkit dan berlalu meninggalkan ayahnya yang tak berkata apa-apa.
Pintu bilik dikuak perlahan seusai doa penuh tangis memohon ayahnya diberikan petunjuk. Dik Yah yang baru mula mengenal erti baik buruk juga hampir tiris air matanya seakan-akan mengerti penderitaan kakaknya. Nurul termenung sebentar melihat ayahnya tertidur di sofa. Ayah, berubahlah. Bisik kecil hatinya. Dia terus melangkah ke dapur menyediakan hidangan malam.
bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment