Tuesday, August 4

Cerpen : Sinaran Cinta

Percubaan menulis
Cerpen : Sinaran Cinta



Duduknya dia di tepi pantai itu bermandikan sinaran sang Mentari yang menyinari kulit kuning langsatnya yang mulus. Teringat ibu tercinta yang telah lama pergi meninggalkannya sendiri bersama ayahnya yang keluar pagi pulang tengah malam bersama botol kencing syaitan di tangan. Angin yang bertiup lembut menyisih rambutnya panjang bagaikan cuba membelai kedukaannya. Namun, tidak dapat diluntur perasaan duka nestapa yang bertapak dalam hidupnya yang penuh porak peranda.

Persekolahannya tunggang langgang. Sekejap ada di dalam kelas, sekejap lagi tiada. Cikgu-cikgu bingung memikirkan masalah dirinya yang sukar difahami. Rakan-rakan usahlah dicerita. Cuma hanya ada seorang rakan yang masih ikhlas setia bersamanya, Aisyah, yang masih cuba mendalami isi hatinya yang seringkali bergolak.

Sudah 3 tahun dia tidak bertemu Aisyah. Dia masih terpaku mendengar Aisyah meninggalkannya untuk melanjutkan pelajarannya ke negeri orang setelah tamat persekolahan. Dilehernya tergantung rantai kunci kepada kotak hadiah kiriman Aisyah dari negeri Inggeris. Kotak itu dikirim berserta dengan nota bertulis,

"Sayangku, hadiah yang tersimpan dalam kotak ini buat pengubat luka hatimu. Maafkanku terpaksa pergi meninggalkanmu. Satu hari nanti akan kupulang padamu. -Aisyah"

Kotak itu tidak pernah dibuka kerana kekecewaannya kepada Aisyah. Namun kuncinya masih disimpan tanda kasih dan sayangnya pada Aisyah. Lamunannya pada Aisyah terhenti apabila terdengar bunyi unggas yang berterbangan di awanan. Janji Aisyah untuk pulang menemuinya memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.

Hati kecilnya sering berfikir; Kenapa aku dilahirkan sebegini rupa tanpa ibu. Kenapa aku dilahirkan dengan ayah yang pemabuk dan kaki judi. Hatinya haru biru ibarat banda Acheh yang diserang tsunami, walaupun suasana petang itu sangat tenang dengan deruan ombak pantai yg membasahi hujung kakinya seperti cuba menyentuh hatinya.

Dia baring mendepa tangannya atas pantai pasir yang memutih. Ahh. Silau matanya seketika melihat pancaran matahari condong ke barat yang menyulami pelepah pohon kelapa. Awan-awan yang riang berarak di atasnya cuba membangkitkan senyuman di hati insan yang yatim ini. Siapakah aku ini? Persoalan ini tidak pernah lekang dari buntuk ruang kotak fikirannya.

Dalam perjalanan mencari dirinya, diri pernah ditempa dan dibentuk oleh Imran. Sosok fizikal Imran cukup sempurna baginya. Kata-katanya pengubat duka lara. Gurauan-gurauannya menghilangkan memori hitam silam, namun hanya seketika. Baru-baru ini ketika berjumpa, terasa kata-katanya bagaikan diulang-ulang. Gurauan-gurauannya hambar dan dia hanya berpura-pura ketawa. Apa lagi yang dia inginkan? Imran penyantun. Imran menghormati dirinya. Tidak pernah dipegang apatah lagi disentuh. Imran ada segala-galanya. Namun kenapa dia masih tidak merasa cukup? Apa lagi yang kurang?

Kehadiran Imran dalam hidupnya sedikit memberi impak. Namun bukanlah tawa yang dicarinya, bukanlah senyum yang dicarinya, bukanlah seorang lelaki yang dicarinya, bukanlah cinta seorang lelaki yang diidamkannya, bukanlah bahagia sementara yang didambakannya. Dia tidak ketahuan, bingung memikirkan apa yang berbolak balik dalam hatinya yang resah gelisah. Dia tidak mahu kedukaan itu. Dia tidak mahu kekecewaan itu. Dia mahu tahu siapa dirinya. Dia mahukan kebahagiaan abadi.

Mentari semakin condong ke barat. Langit memerahkan dirinya.....

[to be continued..]

Baru pulang dari Leeds.

Kepenatan, namun happy dan lebih bersemangat.

Tolong bagi idea untuk tajuk cerpen pendek ni.. huhu.. tq

6 comments:

Don Daughter's said...

sebuAH CERpen yG menARik

tergaNTung pengaKHIRan

tP itUla Yg AKan waT Kta teRTanyA
Ttg kesuDAhAnnyA

Ak bkAN seORg yg BjAK DGn katA2..

Tp Utk tAJUk cerPen TU..

MUngkIN...

SEsuaTU YANg hilANG??

HuHU...

kaMOo je YG boLEH LtaK Yg terbaIK

SMogA BERjaYA, k

Hisham Mahir said...

ade sambungan lagi... tak habis lagi cerita tu.. nanti insyaAllah, hujungnya akan sampai pengajaran..

Don Daughter's said...

TAJuk Cte 2?

Hisham Mahir said...
This comment has been removed by the author.
Hisham Mahir said...

dah ada tajuk..tak tau sedap ke tak.

Anonymous said...

bile kah rasanya anda nak sambung cite ni? dah setahun lebih dah ni tggu