berbeza tidak bererti bertentangan.
Pahrol Mohd Juoi, Genta Rasa
perbezaan pendapat tak bererti kita bertentangan arah. dalam keluasan ilmu Allah di dunia ini Allah mengizinkan perbezaan sebagai kerahmatan, contohnya dari segi fiqh wudhu', bayangkan jika tiada mazhab lain di dunia ini yang ada cuma mazhab syafie, maka ketika haji itu jenuhlah manusia berulang-alik ke tempat wuduk akibat bersentuh wanita lain. perbezaan pendapat ulama' fiqh, memudahkan manusia untuk beribadah.
dalam muamalat juga begitu, perbezaan itu bukan kita menentang pendapat, tetapi kita dirahmati dengan perbezaan. bayangkan angle. jika kita di angle 0 degree, orang lain berbeza di angle 1 degree atau pun 15 degree, adakah ianya bertentangan? jangan terlalu cepat menafsir suatu percanggahan pendapat sesiapa pun kerana Allah memberi kebebasan untuk berbeza pendapat denganNya dan mengemukakan peluang di Akhirat kelak untuk manusia memberi alasannya.
mendengar dan kurang berkata-kata itu penting untuk kesejahteraan diri dan ummat.
No comments:
Post a Comment