Sunday, February 27

The Biggest Social Crime Is Poverty



Boleh tengok temuramah film di sini
dan tonton filmnya di sini
dan boleh dengar talk tentang boleh dengar kenapa poverty itu the biggest social crime di sini

Recommended ke nak tengok? Semoga Allah bagi syurga atas usaha mulia menerbit movie ini. It does bring tears, if you watched alone, and that’s a lot to reflect about.
InshaAllah berguna.

Shahadatul Haq


“...Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Excerpt dari khutbah terakhir Rasulullah.
Sampaikanlah dengan apa saja cara, apa saja dari Rasulullah. dalam rantaian dakwah yang panjang dari Nuh a.s hingga Rasulullah untuk disempurnakan hinggalah generasi moden, bukankah kita yang terakhir sekali pada masa kini? Doa Rasulullah agar generasi kita lebih baik dari generasi al-quran yang unik a.k.a. para sahabat yang mendengar direct dari Rasulullah. Pelik sebab kalau main ‘radio buruk’, mesejnya akan berubah walaupun hanya sedikit cuma orang yang passing mesej dan tak sampai seminit pun masa permainan, bayangkan mesej agama ini berapa lama telah dirantaikan, hadith, ayat2Nya tetap asli malah lebih difahami selari dengan doa Rasulullah,
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.” 
Maka, sampaikanlah agar Allah, Rasul dan orang-orang beriman akan menjadi saksi kamu telah menunaikan syahadahmu, rukun Islam pertama itu!

[2:143]
Dan demikian Kami telah menjadikan kamu, umat perantaraan dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu.

Belajarlah!


Aduhai homework,
Hmmm coursework,
Banyaknya assignments,
Tak ada masa la..
itu la ini la
Si budak ini pasti akan menuntut hak ilmunya dari kamu akhirat kelak,
Kamu punya nikmat edukasi, dia tidak,
Kamu punya nikmat uang, dia terpaksa cari sendiri,
Kamu punya kerusi meja, dia cuma konkrit dan bahu jalan.
Dedikasikah kita dalam menuntut ilmu?
Si budak ini pasti katakan ya,
kita?
Belajarlah dari orang yang belajar!

Apa Kata Orang Lain terhadap Mesir?



Barack Obama: kita wajib mendidik anak-anak kita supaya mereka jadi seperti pemuda Mesir

Perdana menteri Italy : Tidak ada yang baru pada Mesir. Sesungguhnya orang-orang Mesir seperti biasa memang pencipta sejarah

Perdana Menteri Norway : Hari ini kita semua adalah orang Mesir

Presiden Austria : Rakyat Mesir merupakan bangsa paling hebat di muka bumi dan mereka berhak mendapat hadiah Nobel untuk keamanan

Perdana Menteri British : Kita wajib ajar revolusi Mesir di sekolah-sekolah

CNN :Buat pertama kali dalam sejarah kita melihat satu bangsa bangkit memberontak kemudian mereka membersihkan jalanraya-jalanraya selepas itu


dari Zaadut Taqwa

Tuesday, February 22

berbeza tidak bererti bertentangan.
 Pahrol Mohd Juoi, Genta Rasa

perbezaan pendapat tak bererti kita bertentangan arah. dalam keluasan ilmu Allah di dunia ini Allah mengizinkan perbezaan sebagai kerahmatan, contohnya dari segi fiqh wudhu', bayangkan jika tiada mazhab lain di dunia ini yang ada cuma mazhab syafie, maka ketika haji itu jenuhlah manusia berulang-alik ke tempat wuduk akibat bersentuh wanita lain. perbezaan pendapat ulama' fiqh, memudahkan manusia untuk beribadah.

dalam muamalat juga begitu, perbezaan itu bukan kita menentang pendapat, tetapi kita dirahmati dengan perbezaan. bayangkan angle. jika kita di angle 0 degree, orang lain berbeza di angle 1 degree atau pun 15 degree, adakah ianya bertentangan? jangan terlalu cepat menafsir suatu percanggahan pendapat sesiapa pun kerana Allah memberi kebebasan untuk berbeza pendapat denganNya dan mengemukakan peluang di Akhirat kelak untuk manusia memberi alasannya.

mendengar dan kurang berkata-kata itu penting untuk kesejahteraan diri dan ummat.

Egoiskah Kita?

Kadang-kadang kita dengar satu perkara yang baik dan terasa 'hmm, whatever' ataupun 'ala, rilek sudah'. Sukalah nak ingatkan kat sini, mungkin itu satu bentuk ego. I hope it is not, but it might be. Kenapa tiba-tiba cakap pasal ni? Sebab consequence-nya sangatlah besar dan dahsyat, it is hellfire if we're not careful enough. For Rasulullah pernah bersabda:


Takabur (Hadis) - “Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sebesar biji yang halus daripada (sifat) takabur, lalu berkata seorang lelaki: Sekiranya seorang lelaki itu suka kepada pakaian yang elok dan kasut yang baik, (lalu) sabda Rasulullah S.A.W lagi: Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia suka kepada yang cantik. Takabur itu adalah tidak mahu menerima kebenaran dan menghina orang lain." -
 Riwayat Muslim daripada Ibn Mas'ud

Walau sebiji yang halus, tidak akan masuk syurga, itu satu perkara yang sangat besar dan mustahak. 

Pernah kita mendengar orang membaca Quran dalam solat atau luar, dan bacaannya biasa, 'hmm, bosannya dia baca', 'eh, idgham tu tak berapa nak kena', 'eh, apa imam ni, sebut 'ro' pun tak betul'. 'la, tajwid tah ke mana, bacaan lintang pukang, aku baca lagi baik dari dia'. Mungkin biasa, biasa itu bahaya.

Tak kurang bila memandu, dan ada kereta cabuk memintas kita, 'Hoi, kerek gila driving, kancil je pun. Jaga ko, ni Evo kot' sambil kita memecut laju mengejar kereta tu dan memintasnya sambil melontar jelingan yang sangat tajam. Pernah? Pernah itu bahaya.

Ataupun bila mana seorang lelaki yang pakaiannya bukan seperti Sheikh atau Imam atau berketayap, melontar nasihat pada kita, dan hati kita menepis. Allah. Buruknya. 'Eleh, macam hang tak pernah buat jugak dulu, sibuk nak jaga tepi kain orang, blah laa wei, blagak alim konon!'. Tak pernah kata, tapi pernah terasa dalam hati? Terasa itu bahaya.

Banyak lagi contoh kalau nak kira. Nak lagi? Okay2.

Bila seorang ni melantunkan bacaan dari kalam Allah, bacaannya nyaring dan mendayu, menerangkan tentang neraka atau hari Kiamat, maka tiada audiensnya yang menangis, atau terasa sebak. Bahaya ke?

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
Al-Hadid:16

Allah menyoal orang beriman tentang hati mereka yang tidak mau tunduk (kerana ego) mengingati Allah apabila sampai kebenaran pada mereka, bukankah lantunan Quran itu kebenaran? Maka kenapa tidak bergetar hatimu dan tunduk patuh pada Sang Pencipta?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal,
Al-Anfal:2

Ataukah bila kita memakai jubah ketayap, berilmu dan kelihatan warak, apabila seseorang tidak mahu menerima teguran dan nasihat kita, kita melantun dan berkata, 'ah, celakalah engkau, tak nak dengar aku kata, masuk neraka karang, padan muka'? 

Bila manusia ingin menjadi Tuhan dalam menentukan hasil dari usaha, tidakkah itu takabbur? 

Kerana tanggungjawab kita adalah usaha, dan tanggungjawab Allah ialah hasilnya. Berhakkah kita menyoal hasil sedang usaha kita tidak seberapa, sedang diri kita sendiri masih penuh dosa? 

Sedang Nabi S.A.W. sendiri mempersoalkan dirinya apabila kaumnya tidak menerima dakwah. Maka seharusnya kita bertaqwa kepada Allah, mempersoal amal dan dosa kita dan harapkanlah Allah menerima taubat dan amal kita.

Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
Dan supaya aku membacakan Al Qur'an (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat maka katakanlah: "Sesungguhnya aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan".
An-Naml:91&92

Maka, kita hanyalah diperintahkan menyerah diri dan memberi peringatan cuma. Gunakan segala resource yang ada di dunia untuk melakukan yang itu. Serahlah perbendaharaan pada-Nya.


Wallahua'alam.

Friday, February 18

Jelesi

laki yang tak rasa jeles itu dayus! jelesi itu kelakian.
rihammahsih


penerangang;
bayangkan lelaki yang tiada perasaan apabila isterinya memperdagang kecantikannya serta dirinya pada lelaki lain, samada untuk sesen nafkah atau populariti, bertepuk tampar bergaul dengan teman lelaki sedangkan kecantikannya, kemanjaannya, kenakalannya, kecomelannya, kegedikannya itu sepatutnya solely untuk suaminya (bukankah itu yg dinamakan cinta? menyerah semuanya hanya pada si dia) bukan untuk dibahagi dengan lelaki lain. maka lelaki yang tidak rasa jeles itu, semestinya tiada kelakian, dayus, kerna membiarkan haknya diperkotak katik lelaki lain, ada pula yang suka isterinya dilayan, dimanja, ditonton oleh mata-mata keranjang. perkara ini biasa di negara barat, mereka hilang upaya untuk jeles, mereka hilang rasa untuk mempunyai. kita?

Sinaran Cinta (part 2)

Cerpen : Sinaran Cinta


Mentari semakin condong ke barat. Langit memerahkan dirinya. Bayu laut semakin kuat menyahut desiran pantai  yang menghadap Laut China Selatan itu. Matanya dipejam rapat. Butir pasir digenggam rapat. Ombak yang menderu mencapai hujung tumit kaki mulusnya. Terkejut seketika kerana kesejukan air laut senja Disember itu. Dia bingkas duduk dan memperbetulkan selendangnya. Kemas. Litup. Sederhana. Dia mengalih pandangan ke hujung sayup pantai, terdengar deruman motor yang dikenalinya. Senyuman terukir di bibirnya. Imran! Desus hatinya.

Deruman motor itu semakin menghampiri menampakkan si penunggang yang tampak berseri berkopiah putih. "Imran!!" Jeritnya. Kendalian motor itu berhenti di tepi gadis suci itu.

"Hai awak. Eh, assalamualaikum awak." Imran memulakan bicara.
"Waalaikumsalam, Imran buat apa kat sini??" Tanyanya dengan penuh kegirangan.

"La ni kan kampung saya, awak tu, buat apa kat sini? Dah lama tak nampak."
"Alaa, Nurul kan belajar jauh. Cuti semester sekarang, balik la jengok-jengok kampung."

"Ke awak balik nak jengok saya?" Usik Imran sambil mendekatkan mukanya pada Nurul.
"Eh, takdela. Saya balik ni bukan sebab nak tengok awak pun. Nak jumpa ayah, abg Lah, dik Man, dik Yah, ayah Lan, mak Uda.. " sambil mengalih pandangannya ke laut dan mengira-ngira jarinya. Imran tidak ambil endah dan terus meninggalkannya perlahan-lahan di situ. "mak Ngah, ehh ehhhh Imrannnnnnnn! Nak kena nih!"

"Hehe" Imran tertawa sendiri. "Eh eh" Motor Imran tak dapat dikawal dan dia jatuh terjelepuk di atas pasir. "Ha, kan dah kena. Tinggal orang lagi!" muncung Nurul.

"Laa, orang nak pergi surau la. Dah azan tu, nak tunggu awak habis cakap, habis waktu semayang nanti." Nurul memandang tajam Imran dan terus melangkah laju menuju ke rumahnya meninggalkan Imran keseorangan.

"Nurul!" Sahutannya tak berbalas. Nurul sedikit pun tidak menoleh, malah langkahnya makin laju. "Hai budak sorang ni." Imran bangun mengangkat motorsikalnya dan terus ke surau. Motor yang tidak berlampu belakang itu pergi meninggalkan deruan pantai.

Seusai tirai siang diangkat, kegelapan malam seakan memakan rakus senja nan merah. Sepertinya patuh malam itu bersilih ganti siang, tidak pernah alpa, tidak pernah lupa, seperti itu patuhnya sujud jemaah di surau kampung pencil nelayan itu pada yang Maha Kuasa.

"Brrr...sejuknyaa kak Ngah" air telaga dijirus atas kepala dik Yah. "Dah, jom masuk. Kak Ngah nak ambil wudu' pulak". Dik Yah terkedek-kedek berjalan sendiri setelah diikat tuala sekelilingnya. Saat dia mencecah simen tangga rumah, satu jeritan terdengar di muka pintu berselang seli ketukan yang dahsyat. Bamm bamm bamm!! "Yahhh, bukak pintu ni!" Dik Yah mempercepat langkahnya masuk ke bilik lantas mengunci pintu papan dan menukar pakaiannya. Bamm bamm bamm!! Nurul tenang mempersiapkan wudu'nya dan melangkah masuk ke rumah sambil perlahan-lahan menuju ke pintu rumah kayu itu. Kriukk. Pintu usang itu dibuka.

"Yah!! Kenapa lambat sang.. eh kak Ngah, anak ayah. Bila kak Ngah sampai?" bau arak menusuk hidung Nurul. "Baru je siang tadi ayah. Ayah baru balik dari mana?" "Ayah ada kerja sikit dekat pekan tadi." Nurul tidak mahu memulakan topik minuman kencing syaitan itu. Ayahnya masuk dan duduk di atas sofa rotan mengadap Nurul yang duduk setentang dengannya. "Ayah, ayah nak air? Kak Ngah buatkan." "Eh, tak payah la. Ayah dah minum banyak tadi". Kebenciannya pada dosa itu tak pernah pergi. "Ok, ayah rehat la ya, kak Ngah nak masuk solat dengan dik Yah kejap. Makanan siang tadi ada lagi, nak kena perangat je. Lepas solat kak Ngah buat ya?" Nurul bangkit dan berlalu meninggalkan ayahnya yang tak berkata apa-apa.

Pintu bilik dikuak perlahan seusai doa penuh tangis memohon ayahnya diberikan petunjuk. Dik Yah yang baru mula mengenal erti baik buruk juga hampir tiris air matanya seakan-akan mengerti penderitaan kakaknya. Nurul termenung sebentar melihat ayahnya tertidur di sofa. Ayah, berubahlah. Bisik kecil hatinya. Dia terus melangkah ke dapur menyediakan hidangan malam.


bersambung lagi...

Wednesday, February 16

It's ok to make mistakes. =)

kita selalu dibesarkan dengan cara dimarahi bila tersalah, diketuk jari bila tak dapat menjawab soalan tajwid, dibaling kapur bila terkedu tak tau jawab math, dijerkah suruh baca kuat oleh teacher yg garang bila kita tak pandai baca english, dimarahi mama bila pasu dibuat tiang gol pecah, dirotan bapak bila dapat report kad merah menyala, (on and on..list sendiri)

cumanya kita tak pernah diajar untuk membuat salah, (tak pernah diajar untuk buat salah?) ya, belajar untuk buat salah. dengan itu kita belajar. buat dengan kehendak kita, bukan atas dasar paksa. seperti Nabi Adam memakan buah khuldi, Nabi Musa meninju mati lelaki Israel, Nabi Nun lari meninggalkan kaumnya. mereka belajar untuk buat salah.

namun, what's follow is crucial, untuk memuhasabah kembali kesalahan, untuk meminta maaf pada yang sepatutnya, dengan itu self konfidennya akan bertambah bagus dan jelas kenapa patut ditinggal perkara salah itu.

oleh itu, biarlah manusia membuat kesilapan, jangan halang manusia membuat silap, kerna ia part of lengkok belajar (learning curve) dalam hidup ini.

ajarlah manusia membuat kesilapan :)

Hadith Supercool!


Hadith Rasulullah saw :
‘Barangsiapa yang dapat menjamin kepadaku untuk menjaga apa yang berada di antara dua rahang dan apa yang ada di antara dua kaki, aku akan menjamin bagi mereka alJannah’ (atTirmidzi)
I feel like this hadith is super cool. Why?
Because of the modesty of Rasulullah saw. He didn’t use ‘that’ (u know it) word, instead he used ‘apa yang ada di antara dua kaki’.
See, he himself ‘menjaga apa yang berada di antara dua rahang’. (cool kan?)


dari Ammar ‘Bouazizi’ Roslizar

Cari Suami?

"Neraca pertimbangan ciri-ciri calon suami adalah agama dan akhlaqnya."

"Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka." At-Tahrim

Kalau suami tak reti nak lead solat, macamana nak lead solat jemaah di rumah?

Kalau suami pun dah tak jaga aurat, macamana nak expect dia jaga anak bini?

Kalau suami pun dah tak reti pasal Islam, macamana nak lead keluarga ke syurga?

Jom Tarbiyyah!

Taubat apa nya dok buat lagi?

"hang nak taubat apa lagi, haritu berapa kali hang dah taubat dah." 


syaitan suka nak kecewakan kita tapi kita jangan kecewa sebab, 


"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(Zumar:53) 


- dr maza.

kuiz: apakah yang menyatukan semua jenis manusia, tak kira agama, bangsa, negara, lelaki atau perempuan?

alhakumuttakathur. (102:1)
'attakathur' telah melalaikan kamu.

takathur orang arab guna utk 4 benda:
-desire to have a lot -
tak cukup saving ni, kena cari lagi duit.
haih, asik hang je, tak power la laptop ni, kena beli macbook pro baru layan.
dah ada rumah cantik, esok2 nak decor lagi.
(dekat gym) pergh, ketak gila badan mamat tu, takleh jadi ni, kena makan lagi byk protien.

-competing in getting a lot -
macamana org tu leh dapat lg bnyk dari aku. comparing dgn org lain, ish, beg dia lawa la, eh jaket die lagi lawa la. eh, murah gila jeans dia dapat, esok kena gi shopping cari yg lagi murah tapi branded dr dia punya.
eh bang, rumah seblah lagi lawa dari rumah kita, jom la kita tukar perabot.
bang, gelang ni nipis je, mah tengok kak bedah tu sampai ke lengan, tak boleh ke tambah sikiiit je bang?

-taking pride in having more -
ye, i graduate dari UK, u?
yeah, i got so much work than u do. smalam tak cukup tido buat kerja.
a'ah aku beli ni murah je, 20 pound, harga asal 120 pound kot!

-cooperation in wanting more -
semua ada common interest utk dapat lebih dari apa yg dah ada. semua orang bersatu untuk nak dapat lebih.

Allah cakap all these distracted/melalaikan kamu (dari?)...

tapi ayat ni tak cerita distracted from what? in regards to what we get distracted?

cuba tgk surah sebelumnya, al-qariah, tentang hari kegoncangan, bumi bergoncang, gunung hancur jadi seperti kupu-kupu. ending surah tu ialah narun hamiah, api yg sangat panas.

tapi attakathur ni melalaikan kita dari reminder dari Allah dalam surah al-qariah ini, yg selalu kita baca dalam solat sebab surah dia pendek sebab kita nak cepat sudahkan solat sebab nak kejar attakathur.

even kegoncangan yg dahsyat, api yg panas, azab neraka yg jelas pun tak mampu buat kita fokus dalam hidup ni, boleh lagi terdistract oleh attakathur. astaghfirullahalazim.

102:2 hattazurtumulmaqabir
sampai kamu masuk dalam kubur.

mufassirin ada 2 comments on this ayat. satu, kelalaian tu sehinggakan kita nak masuk kubur pun tak sedar lagi tengah didistract oleh attakathur ni. dah sakit2 terlentang atas katil tu pun, boleh bincang pasal bisnes, boleh bergaduh anak pinak pasal wasiat, boleh risau lagi pasal harta walau nyawa dah macam telur hujung tanduk.
yg kedua, satu tempat yg kita tak pernah/paling least utk pergi ialah kubur. sebab apa? sebab there's nothing there. sedangkan saidina ali cakap, org yg paling bijak ialah org yg selalu ingat mati. tapi pergi kubur tu boleh bilang berapa kali pergi sepanjang hidup, tah2 masa dah mati baru nak pergi kubur. dan kalaupun kita pergi kubur/maqam org hebat, kita still boleh compare2 lagi org yg dah mati tu dengan org len, nak attakathur lagi, eh, atuk nenek aku root dia sampai ke nabi. ko asal usul dari mana? jawa? bermegah-megah dengan status dan kekayaan atok nenek kita.

so point dia, yg menyatukan semua manusia tak kira agama, bangsa, negara, lelaki atau perempuan ialah alhakumuttakathur, kecuali orang yg benar2 beriman. are we benar2 orang yg beriman??

mode: muhasabah. kenapa datang UK? kenapa buat architecture? kenapa dapat nikmat yg bnyk? kenapa lahir dalam keluarga berada? apa sebenarnya nak gain drpd bawak QC? betul ke niat segala apa yg kita buat dalam hidup? betul ke hidup ni hanya untuk Allah? betul ke jiwa dan setiap hela nafas ni untuk redha dan maghfirah Allah? Allah ampunkan kami. T_T