Tuesday, August 18

What's got to do with solat?

Solat.

Kenapa saya pilih bab solat?

Sebab rata-rata orang tak pentingkan kesempurnaan solat dan a gentle reminder bagi mereka yang dah sempurna solat.
Sebab solat ni dah jadi rutin harian yang kehilangan roh ibadah itu. Solat yang hanya melibatkan pergerakan badan dan dapat penat.
Nak memahamkan apa erti saya bersembahyang.

Ok,

Start dengan basic.

Kenapa kita perlu solat?

Sebab Allah suruh.

Solat itu salah satu daripada 5 rukun Islam. Rukun Islam yang jika ditinggalkannya, maka robohlah Islamnya (tak bermakna kufur, tapi fasiq) karena solat itu tiang agama.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


Kita nak ke duduk atas rumah macam ni? Tanpa tiang? Begitulah jua Islam kita jika kita tinggalkan solat. Kita semua aware solat ni perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak, jika bagus solatnya, insyaAllah, bagus amalannya. Jika kena tahan akibat solatnya, maka lamalah perbicaraan kamu di padang mahsyar nanti.


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman;

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

...

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
(Al-Mukminun:1,2,&9)


Maka, daripada itu, solat itu perlulah dijaga sehabis baik mungkin. Muncul satu stigma dalam masyarkat Muslim Malaysia yang mementingkan solat sunat, especially pada bulan Ramdhan. Bukan saya nak kata kita tak perlu pergi surau/masjid solat sunat tarawikh, namun perkara itu dianggap sebagai wajib dan dipandang jelik jika kita tak ke surau/masjid untuk bersolat tarawikh, padahal yang sepatutnya, solat-solat fardhu lainlah yang perlu kita tunaikan di surau/masjid. Karena itu perkara yang fardhu. Dan tidaklah pahala perkara sunat itu dapat menandingi pahala perkara fardhu dalam pelbagai cara sekalipun.

27 kali ganda.

Rasulullah SAW bersabda:

"Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat".
[Riwayat Al-Bukhari]

Bagi seorang yang bijak, dia akan mengambil peluang. Contohnya, dalam meniaga, kita pasti ingin mengaut keuntungan yang paling maksimum. Jika kita ada option untuk menjual kereta yang berharga RM80,000, dan ada orang yang terlalu kaya ingin membelinya dengan harga RM 2,160,000, yang mana kita prefer jual?

Samalah seperti solat. Perbuatannya sama, tapi ganjaran yang berbeza 27 kali ganda. Kalau pahala solat tu 100,000, kita solat berjemaah dapat 2,700,000 pahala. Tak nak ke? Tak bijak la kan kalau kita tak nak.

Yang paling penting sekali, solat itu tempat kita berkhalwat dengan Allah, tempat kita mengadu domba pada Pencipta kita, tempat kita meluahkan segala kekecewaan dan segala resah gelisah di hati kita, tempat kita menangis, tempat kita bergantung harap, tempat kita meminta segala hajat dan tempat meminta apa jua pertolongan.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(2:43)

Perbicaraan tentang solat ini adalah topik yang dianggap remeh kerana rata-rata kita tahu tentang kepentingan solat dan sebagainya, namun tak ramai yang mengambil berat tentang solatnya.

Mari bersama kita tingkatkan kualiti solat kita. Semoga ia dapat mencegah dari berlakunya perkara mungkar (dosa2) seiring dengan firman Allah,

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(29:45)


Point Penting (tak nak bace yang lain, baca yang ni)

Allah kata solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar, maka jika kita masih melakukan perbuatan yang keji dan mungkar (dosa-dosa), maka apakah erti solat kita? Where's its value? Di mana martabat solat kita? Tahapan solat kita? Mungkinkah diterima Allah? Mungkinkah ditolak kerana ketidaksempurnaan solat kita? Kerana ketidakjihadan kita? (jihad means bersungguh2) Ataupun kerana kurangnya khusyuk dalam solat?

Dan apa yang lahir ke jasad kita tidak lain berasal daripada iman kita. Pertuturan, kelakuan, niat, dsbnya, semuanya lahir daripada iman kita. Kerana itu, nak meningkatkan kualiti solat, supaya boleh mencegah perkara keji dan mungkar seiring dengan apa yang diperkatakan oleh Allah, perbaikilah iman kita. Bagaimana keimanan boleh dipertingkatkan?

Islah nafsak, wad'u ghairak.

Perbaikilah diri, serulah kebaikan.

Perbaikilah diri.

Kata-kata ini ringkas namun mempunyai pengertian yang mendalam. Aku yakin sesiapa yang baca blog ni takkan efek apa-apa, kalau dia tak berusaha meningkatkan amalan, melawan nafsunya. Meningkatkan amalan bererti bukan bererti memperbanyakkan perkara sunat dan membiarkan perkara fardhu, namun lebih kepada meningkatkan kualiti dari segi zahirnya perkara2 yang dituntut. Solat kita, buat elok2, tertib. Wuduk amik dengan perlahan dan jangan gopoh supaya semua tempat yang patut dilalui air kena air. Solatlah di masjid2/surau2.

Perbanyakkan bacaan al-Quran disamping mentadabbur ayat al-Quran dengan membaca translation al-Quran. It's pathetic kan, kita baca buku bahasa Jepun yang menyertakan cara membaca, kita baca-baca 117 buku bahasa Jepun (sekadar sebutan) namun tidak memahami apa ceritanya. Lagikan ini al-Quran. Petunjuk hidayah dari Allah. Maka pahamilah al-Quran itu.

Amalan yang lain yang dituntut, bangunlah solat malam. Tak perlu tidur dan bangun pulak pun, boleh je sebelum tidur tu kita solat dan bermunajat (sesetengah pendapat cakap). Kita stay up layan facebook/youtube/bola/bergayut dengan makwe boleh, nak beribadah bermunajat kat Allah tak boleh pulak?
Siapa yang tuhan sekarang ni? Facebook/youtube/bola/bergayut ngan pakwe ke Allah? Kita sembah facebook/youtube/bola/pakwemakwe ke sembah Allah? Dari perbuatan kita, menunjukkan apa yang terbuku di dalam jiwa kita (iman) betul tak? Maka jika kita sanggup berjaga untuk menonton bola/bergayut dengan pakwe, maka kita dianggap menyembah bola/menyembah pakwe kita tu. Nak marah? Terasa? Terpulang. Allah tak suruh tengok bola Allah larang bercouple, tapi Allah suruh bangun malam. Kita buat yang mana?

Serulah Kebaikan

Serulah kebaikan dalam erti kata yang ramai manusia atas muka bumi ni benci sangat, "Dakwah". Seruan solat itu sampai pada umat Islam pada tahun ke 11 hijrah selepas israk mikraj. Selepas wahyu Iqra' diturunkan, wahyu yang kedua ialah QUM FAANZIR. Bangunlah dan serulah kepada kebaikan dan peringatan. Tahun pertama kerasulan baginda lagi dah disuruh berdakwah. Solat, 10 tahun selepasnya. Maka yang manakah lagi penting wahai sayang-sayangku sekalian?

Macam yang aku cakapkan tadi, aku tau, takde siapa yang akan berubah terus nak pergi berdakwah selagi korang sendiri tak berusaha mendalami, mempelajari apa itu Islam sebenarnya, apa erti dakwah itu, apa pentingnya dakwah ini, apa signifikan dakwah ini. No one will care no matter how much I said about this.

Tak siapa yang sedar betapa hinanya Islam yang berpecah belah kerana kaum, bangsa, kulit atas dasar pecah dan perintah Barat semenjak tidak berkhilafah ini kerana jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1924 akibat tangan-tangan orang Islam sendiri yang lalai dan leka dengan dunia dan merasa dunia lah segala-galanya, kecuali seeorang Mujaddid bernama As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Realitinya, selepas usaha-usaha memulakan semula usaha mengembangkan Islam, tak ramai yang menyahut seruan dakwah ini. Ramai yang tahu, tapi tidak memahami dan alangkah buruknya azab bagi mereka yang ada akal, tapi tidak mahu memahami.

Konklusi

Pendek kata, ramai manusia menyembah nafsu. Menyembah diri sendiri, mengikut kemahuan diri sendiri, mengikut kemahuan kekasih, kemahuan batin dan lahiriah yang ingin berseronok. Maka jadilah manusia itu menyembah sesama makhluk. Rib'ie bin 'Amir menyimpulkan kehadiran kita di dunia ini dalam ayat2nya semasa berjumpa dengan Rustum/Rustam di Parsi.

"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala..".


Maka, perbaikilah diri, serulah kebaikan.
InsyaAllah imanmu akan meningkat,
Solatmu jua akan meningkat kualitinya.



p.s: bukan nak cerita pasal solat sangat pun. tapi bab iman yang berkaitan dengan yang last tu. usaha lah dengan bacaan sendiri tentang kejatuhan khilafah, tentang sejarah2, tentang erti Islam yang sebenarnya semoga iman anda meningkat dan kalau ada usrah2 di tempat anda, join lah. itulah lebih bagus jika anda mengetahui...

p.p.s: nak seru kebaikan kena kita jadi baik dulu kan? Allah suruh kita seru kebaikan, maka dalam usaha kita menyeru kebaikan itu, kita akan merasa tanggungjawab untuk meningkatkan diri sendiri kerana hendak menyeru kepada kebaikan. Jika semua orang paham konsep ni, masha Allah, takkan ada fitnah yang melata di dunia ni.

2 comments:

nass_sare said...

betul la apa yang kau cakap hisyam
umat Islam sekrang ni lebih sibuk cakap pasal feeqah padahal akeedah masih kontang-kanting

mereka berkata :
La ilaaha illa Allah ; tiada satupun yang layak disembah melainkan Allah.

tapi pada masa yang sama mereka menyembah bola, awek, harta, pangkat, dan sebagainya.

sedarlah manusia, as-syahadatain adalah kunci kpd syurga. tetapi iman kepada as-syahadatain perlu ditunjukkan melalui hati, perkataan, dan perbuatan.

jika tidak ditunjukkan maka tidak sempurnalah kalimah La ilaaha illa Allah muhammad rasulullah kita dan na'uzubillah as-syahadatain kita mungkin ditolak oleh Allah dan kita digolongkan dalam musyrikin, kafirin atau munafiqin.

Hisham Mahir said...

sebab tu rib'ie cakap,"Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan kepada sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah SWT".

That's our job, orang-orang yg sedang dan cuba mengeluarkan diri daripada penyembahan kepada apa jua bentuk makhluk selain Allah, dan mengajak manusia yang lain kepada perkara yang sama.

Blog ni sama sekali takkan dapat buat apa-apa, kena ikut sunnatullah, cara yang Rasulullah guna, insyaAllah berkesan. Ceramah 24 jam won't get you nowhere, macam orang cakap la, insaf skejap then buat balik.

Kena telusuri medan dakwah nabi, seperti As-Syahid Hasan Al-Banna buat, perlu kepada usrah yang mengikat hati-hati ini berdasarkan aqidah dan bukan perkara lain, liqa' yang menjadi tempat boost iman setiap minggu, di samping peningkatan marhalah2 iman secara berperingkat serta peningkatan amal yang berterusan.

Dakwah harus strategik. Tiada yang lebih strategik melainkan Nabi kita SAW.

Jom kawan2. Mari beramai-ramai membangunkan mereka yang masih lena dan alpa dengan dunia. Supaya kita terlepas daripada seksaan api neraka dalam mencari keredhaanNya.