Wednesday, August 19

Umat Islam tak membaca!

Panas.

Pedas.

Aku kena sound semalam dengan seorang alim ulama' yang pakar dalam bidang dakwah. Direct je beliau sound aku. Sambil memegang sebuah buku yang ditulis oleh Pope berjudul Pope and The Dialogue, beliau berkata," Kenapa kamu tak baca buku ini? Saya tau ada dua sebab, sebab pertama, harga buku ni, GBP 9.99. Mahal! Kertas dia pun macam nak terkoyak, paperback, tak sesuai dengan harga buku ni." Aku pun pk la, betul gak tu, mahal gile. Baik buat makan duit tu.

Beliau pun berkata lagi depan aku, "Lagi satu sebab apa?". Aku diam terkelu, tak tau nak cakap apa. Beliau pun menjawab, "Sebab masyarakat Islam bukan masyarakat yang membaca! Kalau bagi buku ni free pun orang Islam takkan baca! Nak tanye sikit, apa wahyu yang pertama turun? Iqra! Bacalah. Tapi wahyu yang pertama ni pun umat Islam tak ikut, apatah lagi yang lain2?"

Aku terkelu terus.

Zaasss.

Tepat mengena jantungku.



Allayarham Sheikh Ahmed Deedat memang tajam pemikiran dia. Kata-kata dia memang kritis dan tepat. Beliau lah yang sound aku semalam masa tengok youtube.



Aku kena start membaca.

Seriously. Ilmu itu penting.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-Alaq : 1)




Tuesday, August 18

What's got to do with solat?

Solat.

Kenapa saya pilih bab solat?

Sebab rata-rata orang tak pentingkan kesempurnaan solat dan a gentle reminder bagi mereka yang dah sempurna solat.
Sebab solat ni dah jadi rutin harian yang kehilangan roh ibadah itu. Solat yang hanya melibatkan pergerakan badan dan dapat penat.
Nak memahamkan apa erti saya bersembahyang.

Ok,

Start dengan basic.

Kenapa kita perlu solat?

Sebab Allah suruh.

Solat itu salah satu daripada 5 rukun Islam. Rukun Islam yang jika ditinggalkannya, maka robohlah Islamnya (tak bermakna kufur, tapi fasiq) karena solat itu tiang agama.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


Kita nak ke duduk atas rumah macam ni? Tanpa tiang? Begitulah jua Islam kita jika kita tinggalkan solat. Kita semua aware solat ni perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak, jika bagus solatnya, insyaAllah, bagus amalannya. Jika kena tahan akibat solatnya, maka lamalah perbicaraan kamu di padang mahsyar nanti.


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman;

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

...

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
(Al-Mukminun:1,2,&9)


Maka, daripada itu, solat itu perlulah dijaga sehabis baik mungkin. Muncul satu stigma dalam masyarkat Muslim Malaysia yang mementingkan solat sunat, especially pada bulan Ramdhan. Bukan saya nak kata kita tak perlu pergi surau/masjid solat sunat tarawikh, namun perkara itu dianggap sebagai wajib dan dipandang jelik jika kita tak ke surau/masjid untuk bersolat tarawikh, padahal yang sepatutnya, solat-solat fardhu lainlah yang perlu kita tunaikan di surau/masjid. Karena itu perkara yang fardhu. Dan tidaklah pahala perkara sunat itu dapat menandingi pahala perkara fardhu dalam pelbagai cara sekalipun.

27 kali ganda.

Rasulullah SAW bersabda:

"Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat".
[Riwayat Al-Bukhari]

Bagi seorang yang bijak, dia akan mengambil peluang. Contohnya, dalam meniaga, kita pasti ingin mengaut keuntungan yang paling maksimum. Jika kita ada option untuk menjual kereta yang berharga RM80,000, dan ada orang yang terlalu kaya ingin membelinya dengan harga RM 2,160,000, yang mana kita prefer jual?

Samalah seperti solat. Perbuatannya sama, tapi ganjaran yang berbeza 27 kali ganda. Kalau pahala solat tu 100,000, kita solat berjemaah dapat 2,700,000 pahala. Tak nak ke? Tak bijak la kan kalau kita tak nak.

Yang paling penting sekali, solat itu tempat kita berkhalwat dengan Allah, tempat kita mengadu domba pada Pencipta kita, tempat kita meluahkan segala kekecewaan dan segala resah gelisah di hati kita, tempat kita menangis, tempat kita bergantung harap, tempat kita meminta segala hajat dan tempat meminta apa jua pertolongan.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(2:43)

Perbicaraan tentang solat ini adalah topik yang dianggap remeh kerana rata-rata kita tahu tentang kepentingan solat dan sebagainya, namun tak ramai yang mengambil berat tentang solatnya.

Mari bersama kita tingkatkan kualiti solat kita. Semoga ia dapat mencegah dari berlakunya perkara mungkar (dosa2) seiring dengan firman Allah,

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(29:45)


Point Penting (tak nak bace yang lain, baca yang ni)

Allah kata solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar, maka jika kita masih melakukan perbuatan yang keji dan mungkar (dosa-dosa), maka apakah erti solat kita? Where's its value? Di mana martabat solat kita? Tahapan solat kita? Mungkinkah diterima Allah? Mungkinkah ditolak kerana ketidaksempurnaan solat kita? Kerana ketidakjihadan kita? (jihad means bersungguh2) Ataupun kerana kurangnya khusyuk dalam solat?

Dan apa yang lahir ke jasad kita tidak lain berasal daripada iman kita. Pertuturan, kelakuan, niat, dsbnya, semuanya lahir daripada iman kita. Kerana itu, nak meningkatkan kualiti solat, supaya boleh mencegah perkara keji dan mungkar seiring dengan apa yang diperkatakan oleh Allah, perbaikilah iman kita. Bagaimana keimanan boleh dipertingkatkan?

Islah nafsak, wad'u ghairak.

Perbaikilah diri, serulah kebaikan.

Perbaikilah diri.

Kata-kata ini ringkas namun mempunyai pengertian yang mendalam. Aku yakin sesiapa yang baca blog ni takkan efek apa-apa, kalau dia tak berusaha meningkatkan amalan, melawan nafsunya. Meningkatkan amalan bererti bukan bererti memperbanyakkan perkara sunat dan membiarkan perkara fardhu, namun lebih kepada meningkatkan kualiti dari segi zahirnya perkara2 yang dituntut. Solat kita, buat elok2, tertib. Wuduk amik dengan perlahan dan jangan gopoh supaya semua tempat yang patut dilalui air kena air. Solatlah di masjid2/surau2.

Perbanyakkan bacaan al-Quran disamping mentadabbur ayat al-Quran dengan membaca translation al-Quran. It's pathetic kan, kita baca buku bahasa Jepun yang menyertakan cara membaca, kita baca-baca 117 buku bahasa Jepun (sekadar sebutan) namun tidak memahami apa ceritanya. Lagikan ini al-Quran. Petunjuk hidayah dari Allah. Maka pahamilah al-Quran itu.

Amalan yang lain yang dituntut, bangunlah solat malam. Tak perlu tidur dan bangun pulak pun, boleh je sebelum tidur tu kita solat dan bermunajat (sesetengah pendapat cakap). Kita stay up layan facebook/youtube/bola/bergayut dengan makwe boleh, nak beribadah bermunajat kat Allah tak boleh pulak?
Siapa yang tuhan sekarang ni? Facebook/youtube/bola/bergayut ngan pakwe ke Allah? Kita sembah facebook/youtube/bola/pakwemakwe ke sembah Allah? Dari perbuatan kita, menunjukkan apa yang terbuku di dalam jiwa kita (iman) betul tak? Maka jika kita sanggup berjaga untuk menonton bola/bergayut dengan pakwe, maka kita dianggap menyembah bola/menyembah pakwe kita tu. Nak marah? Terasa? Terpulang. Allah tak suruh tengok bola Allah larang bercouple, tapi Allah suruh bangun malam. Kita buat yang mana?

Serulah Kebaikan

Serulah kebaikan dalam erti kata yang ramai manusia atas muka bumi ni benci sangat, "Dakwah". Seruan solat itu sampai pada umat Islam pada tahun ke 11 hijrah selepas israk mikraj. Selepas wahyu Iqra' diturunkan, wahyu yang kedua ialah QUM FAANZIR. Bangunlah dan serulah kepada kebaikan dan peringatan. Tahun pertama kerasulan baginda lagi dah disuruh berdakwah. Solat, 10 tahun selepasnya. Maka yang manakah lagi penting wahai sayang-sayangku sekalian?

Macam yang aku cakapkan tadi, aku tau, takde siapa yang akan berubah terus nak pergi berdakwah selagi korang sendiri tak berusaha mendalami, mempelajari apa itu Islam sebenarnya, apa erti dakwah itu, apa pentingnya dakwah ini, apa signifikan dakwah ini. No one will care no matter how much I said about this.

Tak siapa yang sedar betapa hinanya Islam yang berpecah belah kerana kaum, bangsa, kulit atas dasar pecah dan perintah Barat semenjak tidak berkhilafah ini kerana jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1924 akibat tangan-tangan orang Islam sendiri yang lalai dan leka dengan dunia dan merasa dunia lah segala-galanya, kecuali seeorang Mujaddid bernama As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Realitinya, selepas usaha-usaha memulakan semula usaha mengembangkan Islam, tak ramai yang menyahut seruan dakwah ini. Ramai yang tahu, tapi tidak memahami dan alangkah buruknya azab bagi mereka yang ada akal, tapi tidak mahu memahami.

Konklusi

Pendek kata, ramai manusia menyembah nafsu. Menyembah diri sendiri, mengikut kemahuan diri sendiri, mengikut kemahuan kekasih, kemahuan batin dan lahiriah yang ingin berseronok. Maka jadilah manusia itu menyembah sesama makhluk. Rib'ie bin 'Amir menyimpulkan kehadiran kita di dunia ini dalam ayat2nya semasa berjumpa dengan Rustum/Rustam di Parsi.

"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala..".


Maka, perbaikilah diri, serulah kebaikan.
InsyaAllah imanmu akan meningkat,
Solatmu jua akan meningkat kualitinya.



p.s: bukan nak cerita pasal solat sangat pun. tapi bab iman yang berkaitan dengan yang last tu. usaha lah dengan bacaan sendiri tentang kejatuhan khilafah, tentang sejarah2, tentang erti Islam yang sebenarnya semoga iman anda meningkat dan kalau ada usrah2 di tempat anda, join lah. itulah lebih bagus jika anda mengetahui...

p.p.s: nak seru kebaikan kena kita jadi baik dulu kan? Allah suruh kita seru kebaikan, maka dalam usaha kita menyeru kebaikan itu, kita akan merasa tanggungjawab untuk meningkatkan diri sendiri kerana hendak menyeru kepada kebaikan. Jika semua orang paham konsep ni, masha Allah, takkan ada fitnah yang melata di dunia ni.

Friday, August 14

Nak balik dah yeay!

Beberapa hari lagi nak pembalikan ke Malaysia. Yeay! 8 more days!

Excited?

Of course laa!

Bersemangat gila kan? Hehe

Nak tau situasi pelik tapi benar?

Setiap orang yang belajar di Universiti mesti rasa happy bila datang cuti, sebab boleh balik rumah jumpa family dan kawan2! Setiap yang bekerja kat pejabat, hospital, tol, sekolah, pun mesti terfikir nak balik rumah, sebab boleh berehat dan rileks2.

Tapi kenapa bila cakap pasal mati, semua orang cam..? Ha, camtu la. Paham sendiri la kan? Padahal, kita dulu berasal dari syurga (rumah kita dulu), dan sepatutnya semakin tua/mendekati mati, kita lagi excited la sebab kita akan kembali ke syurga (kalau Allah redha hidup kita), tapi kenapa ramai yang tak excited bila semakin tua/mendekati mati?


Kan? Ramai yang tak nak mengaku dah tua. Ramai yang tak sedar hari yang berlalu takkan kembali. Masa silam takkan berputar balik. Saat korang baca huruf "S" tadi tu dah takkan boleh amik balik. Dan semua masa kita itu akan dihitung dicongak Allah di Akhirat kelak.



Saya excited ke tak nak besday ujung taun ni?

Agak2?

Excited la, semakin mendekati hari perkahwinan. Hahahaha.

Tuesday, August 11

Yeay..alhamdulillah.

Dah berjaya!!

Hohoho..

Berjaya ape?

Ade la..

HEHEHE..

Berjaya jual lens yang tak berguna dan iPod touch kat eBay

*Happy* ^_^

Oh, lens baru pun dah sampai tadi.

Moga Allah berkati.



Mode: Ketidaksabaran nak liqa' malam esok dan berDIS Manchester dan pulang ke Tanah Air yang tercinta 22hb ni, Adam Hamdan dan Adam Tan, tumpang tido yep 21hb.

Monday, August 10

Syurga..weeeeeeeee~

Syurga.

Syurga digambarkan di dalam al-Quran dengan begitu banyak sekali.

Di dalam syurga, apa sahaja yang dipinta oleh hambaNya akan ditunaikan.
Mintalah ingin bersama dengan orang yang tercinta,
Mintalah ingin bersama keluarga serta sahabat,

Nak mintak kat Allah nak rasa macamana dilahirkan? Silakan,
Nak mintak kat Allah macamana rasa melahirkan anak? Hehehe, silakan,
Nak mintak kat Allah nak balik ke masa persekolahan dulu? Silakan,

Nak berdua dengan orang yang dicintai sampai bila-bila, forever love, di syurga inilah tempatnya, bukan di dunia,
Berlarilah kamu di padang bunga bersama orang yang kamu cintai di bawah sinaran matahari yang tak panas dan udara yang tak sejuk,
Berguling-gulinglah kamu di sana tanpa henti gelak tawamu dalam indah bahagia di sampingnya,

Takkan pernah ada pergaduhan, perselisihan, rasa jeles, rasa marah dengan kekasihmu,
Nak buat hubungan dengan sesiapa pun, 40 50 bahkan 10,000 hubungan dengan mana-mana lelaki idaman kamu, buatlah, tiada yang dinamakan dosa di dalam syurga, tiada erti jeles, tiada erti backstabbing,
Tidurlah kamu bersama 100 orang bidadari di atas satu katil yang empuk,

Pergilah melancong ke Paris, Rome, Madrid, Brussels, Oslo, San Francisco, Miami, Dubai, HK, Jalan TAR, Tokyo, London, mana-mana sahaja bersama siapa sahaja yang kamu inginkan,
Mintalah pakej percutian ke Bali, ke Hawaii, ke Taj Mahal, mengelilingi dunia bersama beratus-ratus bidadari yang rupawan,

Menarilah kamu sepuas-puasnya di kelab2 malam yang paling top di syurga,
Minumlah arak sepuas2nya tanpa mabuk,
Isaplah 20,30 batang rokok sekali pam takkan mati sebab lung cancer,
Willielah kamu dalam syurga 40 50 km tanpa rasa penat namun rasa thrill nya,

Makanlah dari apa jua jenis makanan yang kamu hendaki,
Nasik lemak 40 pinggan? Silakan,
Roti canai 60 keping sekali makan? Silakan,
Nak balun 20 kotak ice-cream Hagen Dasz, silakan,

Nak pandu kereta Ferrari? Ada yang lagi hebat di syurga, pilih sahaja,
Mintalah hp yang paling canggih yang boleh keluarkan tv bila tekan satu butang, oh, takyah tekan butang pun terus keluar tv, just pk je,
Mintalah kamera yang paling hebat dan skill yang paling power sekali,
Mintalah komputer paling power dan monitor yang paling besar dan sharp untuk main game the Sims 3, PES yang latest, Final Fantasy XX......, dsb,

Binalah rumah kamu di mana-mana dengan design yang macamana sekali pun,
Nak mahligai Putrajaya? Silakan,
Nak istana macam Disney? Silakan,
Nak rumah kampung kat tepi pantai yang mendamaikan pun boleh,

Nak candat sotong? Candatlah, sekali sauk naik 40 kilo sotong, pastu terus masuk dalam mulut siap masak dah,
Nak memancing? Memancinglah sepuas-puas hati kamu di tengah laut,
Ikan lampam, ikan flowerhorn, ikan emas, ikan tilapia merah, ikan baracuda, ikan jerung, ikan paus, ikut hati kamu,

Nak tidur 100,000 tahun atas katil air yang tersangat-sangat selesa di tepi pantai yang berangin sambil disinari cahaya matahari tanpa ada orang kacau, silakan,

Nak jadi orang yang paling lawa?
Mintalah pada Allah di dalam syurga,
Tak perlu eyeliner, eyelashes, maskara, bedak 40inci,

Baju yang paling ketat, pakailah,
Baju yang paling sexy, pakailah,
Baju kebayamu, 2 piece, gaun yang belah sampai pusat, baju yang jarang ke lutsinar terus ke, pakailah,
Tak perlu bertudung di dalam syurga,
Tiada aurat di dalam syurga,

Sakit? Apa tu?
Sunyi? Apa tu?
Marah? Apa tu?
Jeles? Apa tu?
Boring? ...????
Apa benda perkataan-perkataan ini? Tak wujud vocab2 ini di dalam syurga,

Yang ada hanyalah,
Indah,
Puas,
Selamat,
Sayang,
Bahagia.


Apa sahaja yang kamu fikirkan di dunia, di syurga berkali-kali ganda lebih baik dari kehendak kamu itu.

Sungguh nikmat di syurga itu tak terbayang di fikiran kita.

Namun harus diingat, balasan syurga itu,

Balasan kepada mereka yang diredhai Allah.

Balasan kepada mereka yang lulus ujian di dunia.

Balasan kepada mereka yang bermati-matian untuk menegakkan Islam di muka bumi.

Balasan kepada mereka yang syahid di jalan Allah.

Balasan kepada mereka yang taat secara total dengan perintah dan larangan Allah.

Balasan kepada mereka yang bersyukur kepada Allah.

Balasan kepada mereka yang mencintai Allah dan RasulNya.



Apa lagi yang kamu kejarkan di dunia yang tak seberapa ini?

Jom, kejar akhirat yg hakiki!



Moga Allah meredhai kehidupan kita, insyaAllah.





Gambaran syurga dalam Al-Quran

(Ar-Rahman:46-78)

(Al-Waqi'ah:10-40)

Boleh cek sniri, kalau tulis pon korang bukan nak bace ye tak?

Sunday, August 9

Thanks Dear..

Thanks dear Allah,

for the sun and for the moon,
for the earth and the stars,
for the rains and the rainbows,
for the mountains and rivers,
for the beaches and forest,

Thanks dear Allah,

for every breath that I take,
for every single drop of blood in my veins,
for being there when I'm sick,
for letting me know how precious health is,
for all Your tenderness and loving.

Thanks dear Allah,

for shedding lights on me,
for guiding me through this life,
for saving me from foolishness,
for opening up my eyes to the Truth,
for sending Muhammad and al-Furqan,

for letting me embracing Islam ya Allah!
for without Islam, I'm nothing.

Bless me, bless my life ya Allah!
for without it, torments of Hell is surely mine.

Thanks dear Allah..

Friday, August 7

C'est la Vie

C'est la Vie - Such is life.

Life is truly wonderful, innit? One day you wake up, feeling blessed and positive all day, the next day, you wake up on the wrong side of your bed, and things happen throughout the day. In the end, you know it will end at the very moment you close your eyes. Hoping that it's gonna be better the next time you open it up again. Or not?

Well, "every living things will die", says the Quran, no matter how you try, how you run, you know your time will come. Leaving this world forever is a big thing innit? Have you ever put a thought on it? Well, try to. Come on, why are you so scared? It's everyone's graduation day. A grand graduation or a horrible one? You choose.

Story of mine.

I, once, am so afraid of dying. I'm so scared that I cried every night when I think of death. I'm so terrified that I always check my siblings when they sleep whether they're breathing or not. Dying is my greatest fear. I've always has this thought of creating a shelter to keep staying alive. A shelter that's free of bacteria/virus and is bombproof/bulletproof. Hehe. Well, it's a foolish idea anyway. I can easily die of heart disease or aging.

A laughable moment in my life, I mean, what's the point of living if you don't die? How long do you plan to live this hard-stressful-tiring-tough life? 1000 years? Come on, do you want 1000 years of painful life? (You were born, you grow up, you learn to run, talk, eat, think, then you enter your primary school, then secondary school or even boarding school, studying hard(it's hard) for exams to get into university, then actually got into your least fav course, graduate, start to work, found someone you love, got dumped, do your masters, phD or whatever, lost your job, find a new love, dumped, got a new job, married with mom's choice in the end, fights, tough times at the office, quarrels, fired due to global economic disaster, bladibladibla for thousands of years or more?) OR a 60 years living fully in accordance to Allah's system (Islam) and die peacefully and enter jannah(insyaAllah)?

Life is surely short. We will die anytime, maybe of swine flu? Accident? Who knows? It's not too important to keep on staying alive, what I mean is, if one does thinks (in Quran, Allah says many times 'afala tatafakkarun', "do you not think?"), one can only be happy when he's approaching his time to leave this world as he knows his final destination is getting nearer, innit? Of course, that's for those who've strong faith in Allah and the Day of Judgement. But, don't we want to be like that?

Life is surely short.

Life is surely hard.

and yet,

Life is surely exciting.

Live your life to the max.


(never been happy enough until now.~^^)

(knowing the real Islam is the best thing that can happen to anyone who has faith in Allah)


May Allah bless us with His guidance always. Amin.

Wednesday, August 5

Daurah Iman Sparks Leeds 2009.

Daurah Iman Sparks Leeds 2009.

video at Youtube

video at Vimeo

video at Tumblr

Anyway you want. :)

psst: tgk kat vimeo leh HD.

Tuesday, August 4

Cerpen : Sinaran Cinta

Percubaan menulis
Cerpen : Sinaran Cinta



Duduknya dia di tepi pantai itu bermandikan sinaran sang Mentari yang menyinari kulit kuning langsatnya yang mulus. Teringat ibu tercinta yang telah lama pergi meninggalkannya sendiri bersama ayahnya yang keluar pagi pulang tengah malam bersama botol kencing syaitan di tangan. Angin yang bertiup lembut menyisih rambutnya panjang bagaikan cuba membelai kedukaannya. Namun, tidak dapat diluntur perasaan duka nestapa yang bertapak dalam hidupnya yang penuh porak peranda.

Persekolahannya tunggang langgang. Sekejap ada di dalam kelas, sekejap lagi tiada. Cikgu-cikgu bingung memikirkan masalah dirinya yang sukar difahami. Rakan-rakan usahlah dicerita. Cuma hanya ada seorang rakan yang masih ikhlas setia bersamanya, Aisyah, yang masih cuba mendalami isi hatinya yang seringkali bergolak.

Sudah 3 tahun dia tidak bertemu Aisyah. Dia masih terpaku mendengar Aisyah meninggalkannya untuk melanjutkan pelajarannya ke negeri orang setelah tamat persekolahan. Dilehernya tergantung rantai kunci kepada kotak hadiah kiriman Aisyah dari negeri Inggeris. Kotak itu dikirim berserta dengan nota bertulis,

"Sayangku, hadiah yang tersimpan dalam kotak ini buat pengubat luka hatimu. Maafkanku terpaksa pergi meninggalkanmu. Satu hari nanti akan kupulang padamu. -Aisyah"

Kotak itu tidak pernah dibuka kerana kekecewaannya kepada Aisyah. Namun kuncinya masih disimpan tanda kasih dan sayangnya pada Aisyah. Lamunannya pada Aisyah terhenti apabila terdengar bunyi unggas yang berterbangan di awanan. Janji Aisyah untuk pulang menemuinya memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.

Hati kecilnya sering berfikir; Kenapa aku dilahirkan sebegini rupa tanpa ibu. Kenapa aku dilahirkan dengan ayah yang pemabuk dan kaki judi. Hatinya haru biru ibarat banda Acheh yang diserang tsunami, walaupun suasana petang itu sangat tenang dengan deruan ombak pantai yg membasahi hujung kakinya seperti cuba menyentuh hatinya.

Dia baring mendepa tangannya atas pantai pasir yang memutih. Ahh. Silau matanya seketika melihat pancaran matahari condong ke barat yang menyulami pelepah pohon kelapa. Awan-awan yang riang berarak di atasnya cuba membangkitkan senyuman di hati insan yang yatim ini. Siapakah aku ini? Persoalan ini tidak pernah lekang dari buntuk ruang kotak fikirannya.

Dalam perjalanan mencari dirinya, diri pernah ditempa dan dibentuk oleh Imran. Sosok fizikal Imran cukup sempurna baginya. Kata-katanya pengubat duka lara. Gurauan-gurauannya menghilangkan memori hitam silam, namun hanya seketika. Baru-baru ini ketika berjumpa, terasa kata-katanya bagaikan diulang-ulang. Gurauan-gurauannya hambar dan dia hanya berpura-pura ketawa. Apa lagi yang dia inginkan? Imran penyantun. Imran menghormati dirinya. Tidak pernah dipegang apatah lagi disentuh. Imran ada segala-galanya. Namun kenapa dia masih tidak merasa cukup? Apa lagi yang kurang?

Kehadiran Imran dalam hidupnya sedikit memberi impak. Namun bukanlah tawa yang dicarinya, bukanlah senyum yang dicarinya, bukanlah seorang lelaki yang dicarinya, bukanlah cinta seorang lelaki yang diidamkannya, bukanlah bahagia sementara yang didambakannya. Dia tidak ketahuan, bingung memikirkan apa yang berbolak balik dalam hatinya yang resah gelisah. Dia tidak mahu kedukaan itu. Dia tidak mahu kekecewaan itu. Dia mahu tahu siapa dirinya. Dia mahukan kebahagiaan abadi.

Mentari semakin condong ke barat. Langit memerahkan dirinya.....

[to be continued..]

Baru pulang dari Leeds.

Kepenatan, namun happy dan lebih bersemangat.

Tolong bagi idea untuk tajuk cerpen pendek ni.. huhu.. tq

Sabra dan Shatila

Pada 11 September 1982, Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan. Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel.

Pada 15hb September 1982, tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan.

Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikelilingi sepenuhnya oleh kereta kebal dan tentera Israel yang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini dalam rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang.

Keesokannya 16hb September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’. Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang.

Lewat petang 16hb September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang, pisau dan kapak masuk ke kem pada jam 6.00 petang. Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut.

Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orang-orang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.

Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama.

Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.

Pada Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.
Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982.

Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya.

Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-

• ”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”

• ”Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.”

• "Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepada orang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri"

Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.

Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,

• ”Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan."
» (New York Times, 17hb Mei 1982)

• "Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati”
» (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).

• “Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”
» (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).

Kini September 2007, tepat 25 tahun setelah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila. Kem Shatila kini dihuni oleh lebih 30 ribu pelarian Palestin merupakan penempatan pelarian yang ke tujuh terbesar di Lubnan daripada keseluruhan pelarian palestin di Lubnan yang kini berjumlah melebihi 500 ribu orang.

Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan terpaksa saban hari mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan remaja anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa adalah penganggur kerana mereka dinafikan dari memiliki hak-hak asasi mereka termasuk bekerja di 72 bidang pekerjaan di Lubnan.

Oh Sabra dan Shatila....bilakah sinaran mentari baru akan menerangi hidupmu?

Dr Zainur Rashid Zainuddin,
Catatan perjalanan
(Sabra dan Shatila 20-23hb Jan 2007 & 13-20hb Mei 2007)
dipetik dari http://www.dakwah.info/index.php/kajian-isu-palestin-95/173-sabra-dan-shatila-dalam-kenangan



Kata saya: Bukanlah seseorang itu seorang manusia jika tiada terkesan hatinya membaca tulisan sedih ini. Saudara kita di Palestin dikelar-kelar bagai tiada perikemanusiaan oleh manusia-manusia yang bertopengkan syaitan!!

Bayangkan keadaanmu di sana, di ketika itu. Kamu lihat ibumu disepak-sepak bagai bola selepas dikelar kepalanya. Kamu lihat ayahmu dicincang lumat bagai ayam daging. Kamu lihat kakakmu dirogol oleh askar-askar sekutu Israel yang tak layak dipanggil manusia!

Inilah realiti umat Islam. Namun tak siapa yang tahu nasib mereka di sana. Tak siapa yang menghiraukan betapa seksanya mereka di sana. Hidup tidak berkerja, tidak berduit hanya menantikan bantuan dari Human Appeal.

Mereka menangis terseksa melihat ibu bapa dibunuh oleh syaitan-syaitan.
Kita menangis sebak melihat wayang gambar Hindustan.

Mereka menahan lapar kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
Kita menahan lapar untuk membeli Nokia N95 semata-mata.

Mereka bersyukur dapat makan roti keras macam kayu.
Kita membuang kulit roti tanpa rasa segan silu.

Mereka berharap agar dapat bersekolah menimba ilmu.
Kita berharap agar cuti panjang berminggu-minggu.

Mereka menangis menginginkan kedamaian hakiki.
Kita menangis ditinggal kekasih hati.

Mereka tak henti menangis memikirkan ibu mereka yang dibunuh pagi tadi.
Kita menangis tak henti-henti kucing kesayangan mati dilanggar lori.

Mereka merayu pertolongan manusia-manusia.
Kita buat apa?

Allah akan persoalkan ke atas setiap dari kamu tentang nasib-nasib saudara seIslam kita di sana. Tentang duit, tentang masa, tentang tenaga kita, tentang harta, tentang priority kita. Apa yang kita buat untuk menolong mereka?

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Fikirkanlah kawan, fikirkanlah rakan,
Fikirkanlah sahabat, fikirkanlah teman,
Umat ini hancur luluh ditelan zaman,
Dan kamu akan dipertanggungjawabkan.