Antara kebahagiaan seseorang itu ialah kenangannya. Kadang-kadang nampak orang tersenyum sorang-sorang mengelamun, mesti teringat kisah-kisah dulu yang best2. Dan hati kita, tak kira yang macam batu ke yang lembut macam gula kapas, mesti senang tersentuh bila terlalu kawasan yang nostalgik, atau terdengar perkataan yang membuatkan kita terkenang satu peristiwa, yang pentingnya, masa yang lalu, takkan pernah kembali, seperti berlalunya keretapi (tau lagu runaway train-soul asylum?) seperti anak panah yang dilepas dari busur, seperti kata yang ditutur lidah. Ia takkan pernah kembali, tetapi nostalgia itu pasti menggamit rasa, tiap kali gambaran itu terputar.
Persoalannya, video hidup kita akan dimainkan depan diri kita satu masa nanti, dan kita akan ditanya satu persatu, sehingga kita cakap, 'aisey, yang ni pun masuk jugak, ingat boleh lepas', time tu, adakah kita akan suka dan tersenyum macam sekarang bila teringat nostalgia yang menggamit jiwa? Ataupun kita akan berduka lara bermasam durja ingin kembali ke dunia?
Jomlah kita act accordingly, so that depan Allah nanti, kita tak tersipu-sipu tercari-cari tempat berlindung cuba berdalih-dalih, kerana pada masa tu tiada tempat bernaung kecuali pada Allah, dah kalau kita dekat dunia dok belakangkan Allah, time tu tak malu nak mintak naungan Allah?
p.s. Korek hidung masa solat sorang-sorang tak malu, korek hidung depan orang ramai tahu malu.
1 comment:
Haih moga kita dalam nanunganNya kelak!
Post a Comment