Monday, December 12

Cerpen: Hantaran Sarahani Mainora (smbgn)

Ding dong.

Hati Sarahani Mainora bergedup kencang tatkala terdengar bunyi loceng pintu. Dia sudah siap berpakaian cantik tapi tak over dan berbedak tipis. Sederhana. Namun keanggunannya tak bisa dinafikan oleh sesiapa. Tersedia rupawan. Kekemasan luarannya langsung tidak menggambarkan keserabutan fikirannya tentang tetamu malam ini.

Siapa gerangan manusia yang penting yang dikatakan Datin Seri Markonah Johari ingin bertandang malam ini? Tirai tingkapnya diselak dalam usaha mengintai tetamu istimewa yang dikatakan oleh mamanya petang tadi. Eh, macam kenal kereta tu...

"Aniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~.."

Laung Datin Seri Markonah Johari semacam melaungkan azan, panjang dan mendayu-dayu memanggil anak daranya itu turun.

"Auntie Sherry awak dah sampai ni, cepat la turun."

Ha?? Auntie Sherry (nama betul Sherripah Sazlinda). 

DUM DAM DUM DAM! 

Bergegas turun macam lipas kudung Ani berlari, habis hilang keayuan yang dipreservenya sekian lama. Mana tidaknya, Auntie Sherry yang menjaganya sejak dari mula belajar menyebut 'ma' dan 'pa' dulu, mengajarnya bertatih di alam kehidupan ini, sehinggalah Ani pandai menilai mana baik dan buruk. Semenjak menyambung pengajiannya dalam program medic di University of Hradec Králové di Prague, Czech Republic, 3 tahun yang lalu, Ani tak berpeluang lagi bertemu Auntie Sherry kesayangannya itu. Auntie Sherrylah yang memperkenalkan Ali Sivachandran padanya sebelum ianya menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 16 ke Amsterdam sebelum tukar flight Czech Airlines OK 617 ke Prague 3 tahun dahulu, sehingga ia terjatuh hati dan menaruh perasaan pada jejaka itu.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?? Aliii? Apa Ali buat dekat sini? Kata yang datang Auntie Sherry? Kenapa tiba-tiba Ali? Siapa Ali? Siapa Sherry?" soalnya dalam hati. Ani, mana reti nak express feeling. Ani pemalu dan tak berapa pandai nak meluahkan perasaan.

"Eh, Muthu, Ahmad, Mat Lazim, pun ada? Apa hal semuanya ni?" soal hatinya.

Dupdupdupdupdupdupdupdupdupdupdupdupdupdup.

Hati Sarahani Mainora Dato' Seri Haji Rasman yang dari tadi berdegup-degup laju, kini makin bertambah kelajuannya bak kelajuan enjin Sebastian Vettel memecut meninggalkan Heikki Kovailenen dan Felipe Massa, bak lajunya bebelan mulut mamanya Datin Seri Markonah Johari jika ada sesuatu yang tidak kena di rumah atau tidak disenangi di hatinya.

Mamanya duduk disebelah papanya. Auntie Sherry duduk bersebelahan Ali, sambil berpegang tangan. Mut, Ahmad dan Mat Lazim duduk bersimpuh di atas lantai kerana kerusi tak cukup, walaupun ruang tamu rumah Datin Seri Markonah Johari besar, ia mengenakan style minimalis, maka kerusinya hanya cukup-cukup untuk empat orang, namun karpetnya di tempah khas dari Turki untuk kegebuan dan keenakan duduk di atasnya. Dindingnya putih melepak di hiasi satu dua lukisan oleh Datin yang agak pandai juga melukis ala-ala Pablo Picasso punya lukisan yang tak berapa nak nampak rupanya.

Mamanya tersenyum, begitu juga papanya, auntie Sherrynya dan juga Ali, serta rakan-rakannya. Dato' Seri Haji Rasman melagakan perlahan bahu pada Datin Seri Markonah Johari.

Mamanya, memahami, memulakan kata,"Ani, sebenarnya Ali ni ha, dia nak tengok tunang dia, dah dia kata Ani tak pernah nak jawab call dia. Nak tengok pulak, lagi setahun dua dah bulan sembilan ni Ani nak pergi balik Prague tu pulak kan. So, Ali nak lah berkenalan dengan Ani lebih sikit, dan Auntie Sherry pun baru je sampai ke Malaysia, ma ajak la dia pun nak jugak la tengok bakal menantu dia ni ha."

"O mama rasa Ani tak tahu lagi Auntie Sherry ni mama Ali kot? Ye lah, dulu pun masa Ani kecik dulu, Ali jarang-jarang ada dekat rumah, selalu ikut arwah ayahnya outstation dekat Penang, tapi Auntie Sherry ada cerita kat mama, yang Ali ni sebenarnya dari dulu taruh perasaan dekat Ani, dah kadang-kadang Ani datang rumah Auntie Sherry kan, Ali selalu tengok Ani, comel katanya. Lepastu 3 tahun lepas sebelum Ani ke Prague, Ali ada nyatakan hasratnya pada Auntie Sherry, Auntie Sherrylah yang bagitau mama. Mama ok je walaupun beza umur Ali dan Ani agak besar."

Ani yang masih di anak tangga kedua, berundur satu tapak ke atas. Mukanya kemerah-merahan menahan malu.

"Ha? Ani tak tau pulak Auntie Sherry ni mak Ali? Sejak dari kecik Ani dengan Auntie Sherry, Ali asyik perhatikan Ani? Apa ni? Tipu la semua ni.

Ani tak percaya.

Habis Ali sebelum ni buat-buat tension la mama letak hantaran RM20,000 dekat Ani?? Ali, sampai hati Ali susahkan hati Ani, buat Ani percaya yang Ali tengah susah sangat-sangat nak cari duit untuk hantaran tu." becok juga Ani ni membalas kata mamanya, tapi cuma dalam hati je la.

"Ali pun sebenarnya baru tahu semalam yang mama kawan baik sangat-sangat dengan mak dia macam nasik lemak dengan sambal, kena co-exist sama-sama, baru bahagia hidup. Dan hantaran yang mama letak untuk Ani dekat Ali dulu tu, saja nak test dia. Hehe. Ani tau, dia bawak berapa ni nak tunjukkan kesungguhan dia?  RM14,000 dia bawak cash ha tadi ni, katanya dia jual habis harta dia, ko taulah kan Ani dia minat sangat kamera-kamera ni, lepas tu dia cakap kat mama kat luar tadi, tunggu lagi 6 bulan, nanti cukup RM20,000, ala suwitnya bakal menantu mama ni, mama sebenarnya bukanlah nak duit tu, cuma nak tengok kesungguhan dia, and so far alhamdulillah, mama puas hati." Riak muka mamanya puas hati. Ali pula tersipu-sipu malu cuba menyorok di belakang mamanya Auntie Sherry.

Ani semakin malu, dan terus berlari menaiki tangga dan oppocot!

Ketepek!!

Jatuh kerana terlangkau anak tangga, Ani bingkas bangun menahan sakit dan terus masuk ke biliknya, disbelieved. Dia cubit pipinya. Sakit! Sakit lutut pun sakit juga. Seraya itu terdengar gelak tawa yang kuat dari bawah sana.

Tetamu-tetamu penting di bawah tergelak sambil Ali leading gelak yang paling kuat,

"hua hua huah hua hua hua hua hua hua huapp"

sehinggalah Datin Seri Markonah menjelingnya dan terus terdiam. Keadaan tiba-tiba sunyi sepi.

Krik krik kerik... krik krik kerik.. 

Bunyi cengkerik merdu di laman seri rumah Datin Seri Markonah mengisi ruang 'kosong' itu. Sehinggalah Auntie Sherry bangun dari tempat duduknya, "Konah, I pegi tengok Ani kat atas ye?" (Konah je Auntie Sherripah panggil Datin?)

Datin Seri Markonah mengangguk mengiakan.

"Saya ikut boleh?" Ali menyapa.

Semua mata yang ada di situ berkalih menjeling tajam kepada Ali.

"Eh, gurau jeeeeeeeeeee laa". cover Ali sambil menggaru kepala lututnya yang tak gatal.

"Ali, mai ikut mama pergi dapur nak hidang. Tak lapar ke perut tu?"

'mama'?


***

Tok tok tok..

"Ani, boleh Auntie masuk?"

Suara Auntie Sherry kedengaran di luar pintu. Ani yang masih merah padam itu kelam kabut jadinya.

"Jangan masukkkkkkkkkkkkkkkkk!" jeritnya dalam hati, tetapi pintu telah dikuak.

Muncullah figurative manusia dalam bentuk Auntie Sherry kesayangannya itu.

"Auntie.." akhirnya Ani bersuara (akhirnya Ani bersuara.. kata penulis, dari awal dulu tak pernah berkata-kata watak Ani ni kecuali dalam hatinya)

Auntie Sherry mara ke depan, lalu dipeluk gadis kesayangannya itu. Titis air mata berlinangan dari redup mata si gadis sunti itu.

"Ish, Ani, kenapa menangis pulak ni?"

Air mata Ani semakin laju mengalir.

"Tak tahu, tak tahu, Ani sebak. Sebab dari dulu Ani memang nakkan hubungan yang halal dengan Ali. Ani penat menyimpan dan melawan rindu pada Ali. Ani tau it's not wrong to have the feeling before marriage, tapi to rindu berlebihan sehingga seakan2 Alilah kebahagiaan Ani, it's wrong. Ani selalu menyesal bila menjawab panggilan Ali dan berborak dengannya. Ani rasa bersalah. Ali pun pernah nyatakan benda yang sama, yang dia rasa tak sedap hati dengan keadaan macam ni. Setahun lebih dah kami cuba limitkan rasa ni. Ani cuma nak jadi isteri kepada seorang yang Ani percaya mampu membimbing Ani ke syurga. Ani tak pernah teringin lebih dari itu. Auntie paham kan?" terang Ani dalam hati. Tak mampu diukir perasaan itu di bibir mulusnya.

"Auntie faham Ani. (eh, tiba-tiba pulak?) InshaAllah, Auntie akan cuba bincang dengan mama kamu untuk ikatkan tali perhubungan kamu sebelum kamu balik ke Prague bulan sembilan ni."

Pelukan Ani bertambah erat. Titis air matanya bertambah deras.

Auntie Sherry tersenyum. Dia bangga punya bakal menantu semurni Sarahani Mainora.

***

In the meantime, Ali baru lepas tolong Datin Seri Markonah berhidang. (Cubaan ambik hati la katakan). Mat Lazim melambai tangannya dari ruang tamu memberi isyarat supaya kemari.

"Ali, hang ni kan, buat penaya kami ja. RM20,000 konon, padahal Datin tak mau sesen pun duit hang. Motor Mut, Motor Ahmad ngan aku, sapa nak ganti? Jual kamera konon. Hoi kamera hang tu tak sampai RM2,000 pun la! Ni kami juai motor kami bagi kat hang, hang tak habaq kat Datin?"

Ali tersengih.


-TAMMAT-

4 comments:

Anonymous said...

gelak guling-guling baca. pengajaran die ape eh?

Hisham Mahir said...

Dear anonymous, do read harder, inshaAllah ada pengajaran, if u cant find any, hmm. Maybe im not good enough. (buat buat merajuk)

imejiner said...

uuuuuu...yeay! kawen da

cam, selamat! *erk. ..belated..hehe

Hisham Mahir said...

thanks. happy belated jugak. tak ingat wish ke tak september haritu. hmm.