Manusia, kalau member dia lupa ajak pegi kenduri kawin, mesti ungkit sampai ke tua punya la, kalau terambik barang dia pastu terlupa pulangkan, bukannya nak mintak tapi canang dekat orang padahal orang tu terlupa, kalau kita pinjam barang pastu pulang rosak, memanglah tu the first and the last, kalau kita janji dengan dia, then sebab ada hal lain tak boleh nak kotakan janji tu, haha memang sampaikiamat dia akan ungkit balik. kalau kita bercakap and tiba-tiba dia terasa hati, memang tersimpan bawak mati. kalau kita bersaing tak kira meniaga ke apa ke kan, pantang buat salah sikit memanglah dia akan canai sampai lumat. kalau kita buat salah tak sengaja nak mintak maaf, hai mintak maaflah tunggu raya nanti tu pun belum konfirm maafkan. kalau adik beradik berebut harta mak bapak, memang dari anak merangkak sampai dah bercucu tak selesai benda tu. dan kalau dia pernah tolong kita, pastu dia mintak tolong kita tak mampu nak tolong, memanglah kan, bingit jugak telinga dengar ungkitan demi ungkitan.
tapi Allah, kita buatlah dosa macamana pun, tinggalkan solat, tak amanah dalam jadi hambaNya, dari kita lahir Allah tak pernah lupa nak bagi nikmat dekat kita, tapi kita selalu lupa ingat Dia, Dia tak pernah ungkit pun, tak pernah nak kecik hati, dengki etc, bahkan Dia sentiasa tunggu kita, siap turun ke langit bumi pada setiap 2/3 malam untuk tengok hamba mana laa yang nak mintak maaf mintak ampun kat Dia. tu pun Dia still tak buat sekatan nikmat dekat kita, tapi masih lagi kita tak bersyukur. maka solatlah, dan mintalah dengan sabar. hidup ni tak lama. baru je dulu kita main kejar sampai seluar koyak masa dekat sekolah, sekarang dah banyak yang berbadan dua, kalau sekarang busy dengan majlis perkahwinan sendiri and nak kena attend member2 kahwin, tak lama lagi, kita busy nak ziarah mayat-mayat member kita, tu pun kalau sempat nak jadi tua.
tapi still, kita selalu lupa. bukan je melayu mudah lupa. manusia tu memang sifat dia pelupa. carilah member yang suka untuk ingatkan, cari dan duduklah dalam usrah/halaqah setiap minggu untuk refresh iman, tukarlah masa daripada melangut youtube kepada merungkai quran yang Allah bagi sebagai panduan, daripada pil pil stress dan muzik muzik hardcore metal untuk tenangkan jiwa kepada solat dan ingat pada Allah. bukan apa, takut masa dah takde. menyesal pun, tak berapa nak guna. dan memanglah, yang bercakap, kena buat dulu, kalau tak dia yang kena dulu, tapi kena jugak bercakap, ajak orang berubah, buat baik sama-sama, sebab kita nak happy happy dekat syurga sama-sama. kalau sekarang payah nak jumpa semua orang, takde masa and jauh sangat nak catchup dengan kawan-kawan lama, rindu kawan-kawan lama, nak sembang-sembang cerita lama, kat syurga there's no such problem. so, jomlah kita jadi baik sama-sama. orang yang cool di mata manusia, tak semestinya cool di mata Allah, orang yang nampak lame gila di mata kita, mungkin dia sangat cool di mata Allah.
dan sebab manusia ni fitrahnya cepat jemu, sekejap sekejap nak tukar kereta, tukar susun bilik, baju raya takdenye pakai yang sama tiap2 tahun, handphone tak yah cite la at least setahun tukar baru, kalau tak tak updated lah kan. sama la dengan ibadat kita, sebab tu Allah mempelbagaikan cara untuk dekat dengan Dia, dan cara untuk mengajak orang balik pada Dia. agama ni bukan rigid, agama ini penuh kesenian. Nabi tak deal orang badwi sama dengan dia deal sahabat, yahudi sama dengan dia deal nasrani, raja sama dengan dia deal hamba. sebab manusia berbeza-beza, anda pandai menulis, anda menulislah, moga tulisan jadi saksi syahadah anda, anda pandai potpet potpet, potpet potpetlah pada yang benar, moga potpetan anda jadi saksi keIslaman anda, kalau anda pandai melukis, melukislah untuk menarik manusia bersyukur, moga setiap garis itu jadi saksi anda. dan seterusnya.
kerana kita cuma ada satu destinasi.
No comments:
Post a Comment