Hidup ni, kadang-kadang ada rahsia yang kita tak pernah faham kenapa or macamana ia terjadi. Bayangkan anda dibuang dari universiti, jika dibuang dari kolej swasta yang bila sebut nama pun orang kata 'ha? kat mana tu?' mungkin orang tak berapa kesah sangat, tapi jika dibuang dari top universities, Harvard ke Oxford ke, orang mesti cakap, ahahaha flop, perasan sangat boleh masuk uni power, padahal otak cetek je. But then, tanpa sijil/degree, kalau ikut dunia sekarang ni, agak-agak macamana la kita nak survive kan? Tapi cuba fikir, agak-agak tanpa Windows yang Microsoft buat, rasanya apa yang akan jadi dengan dunia ni? Mesti macam zaman batu kan?
Kita bila hidup je (bila macam dah umur 9 10 tahun or maybe awal lagi, macam dah sedar our being ni) secara otomatis kita akan fikir, ye, nak kerja, kena ada degree, nak hidup happy, kena ada degree, lebih-lebih lagi mereka yang lahir dari keluarga yang susah. Mesti ayah mak mereka push them hard to study, untuk mereka lebih berjaya, jangan jadi macam mak ngan bapak, hidup susah. Aku terfikir, adakah hidup sebagai seorang yang kaya tu senang? Ataupun hidup sebagai seorang pelajar yang graduate dengan degree, or seorang yang nak mendapatkan title Dr in medicine and Phd tu senang? dan kehidupan selepas dapat title Dr. itu senang?
Rasanya susah jugak kan? Dah dengan kepakaran yang kita ada, hidup takkan jadi sesimple masa kita sekolah dulu, tapi masa sekolah menengah dulu la kita benci gila add math, sebab susah sangat. Ataupun kimia yang macam2 benda kena hafal. Ataupun fizik yang langsung tak masuk akal. (Ok, mungkin agak over, tapi ada je yang rasa macamtu, tak boleh nak masuk langsung, bagi yang senang masuk tu takpela, anda genius, tak semua manusia Allah jadikan genius) Tapi bila makin meningkat dewasa, kita kata dekat adik kita, 'apsal la engko ni beng sangat, sifir ni pun boleh salah', 'alah UPSR je kot, kacang je' padahal hati adik kita tu retak terbelah, sambil menahan air muka kecewa selepas menadah buku dekat muka anda suruh tolong dia belajar. Lupa ke kita dulu pernah struggle jugak nak hafal sifir? Lupa ke kita dulu, dapat 2A je UPSR? Even kalau dapat 5A UPSR pun, tak pernah menjamin kita untuk cemerlang hidup ni.
Balik pada perenggan dua, hidup ni memang susah. Siapa pun kita, dekat level mana pun kita, kerja apa pun kita, tanggungjawab apa pun kita, semuanya susah, dan Allah nak memudahkan kita, dengan memberi kita macam-macam ujian, supaya kita dapat ready untuk kehidupan yang lebih mencabar selari dengan usia kita yang meningkat, sebab as we live this life, hidup akan sentiasa memerlukan lebih dari kita. Tidur akan semakin berkurangan, kerana ia memerah seluruh keringat. Dan itulah gunanya ujian. Dari ujian, kita dapat pengalaman, dari pengalaman, kita belajar untuk menentukan, yang mana baik yang mana nak jadikan pedoman.
Dan Allah cakap, dalam kesusahan (or selepas kesusahan) pasti ada kesenangan. Dan Allah ulang dua kali ayat tu dalam surah Inshiroh, dan Allah sambung dengan 'lepas siap satu kerja, teruslah bersungguh-sungguh'. Sebab hidup ni lepas susah, senang, susah balik, pastu senang balik, susah susah susah (sambil terselit kesenangan kemanisan celah tu) lepas tu senang, pastu susah balik, dia macam, gendang yang bertalu-talu memukul di tepi telinga kita, 'dam dam dam pang pang dam pang dampang' tak henti henti sampai kita mati.
Pastinya dalam kesusahan itu benar ada kesenangan. Siapa kata menjadi seorang abid tu senang? Seorang yang patuh pada tuannya itu senang? Bukan senang menanggal ego untuk sujud tunduk pada arahan Sang Pencipta. Ia memerlukan mujahadah melawan nafsu, a battle yang last till our last breath. Tapi dalam kesusahan bangun malam itu, ada kemanisannya ketika bermunajat dengan Dia, dalam kepayahan berpuasa ketika mana semua orang pelahap depan kita itu, ada kemanisannya ketika berbuka, dalam kestrugglelan menjadi seorang yang soleh itu, ada kemanisannya ketika mengakad lafaz nikah seorang yang solehah.
Dan dalam kehidupan yang penuh kepayahan ini, pasti ada kesenangan, di syurga nanti. Eh tak, seawal nyawa kita diambil. Jika betul kita struggle dalam hidup ini untuk Allah semata, kita akan gembira nyawa kita diambil, kerana dalam kubur kelak, kita akan diberi muqaddimah muqaddimah syurga, di buka seluas-luasnya, dispray haruman syurga, nampak syurga dari jauh, pastu rasa tak sabar-sabar nak hari Kiamat sebab nak masuk syurga. Dan tak ada siapa kata nak mencapai itu senang. Allah menginginkan kesenangan itu untuk kita, sebab tu Dia beri kita ujian demi ujian, tetapi Maha Adil lah Dia, Dia akan balasi kita dengan seadil KeadilanNya. Tidaklah ada yang lebih memenuhi janjinya selain daripada Allah.
Maka berakit-rakitlah ke hulu, berenang-renanglah ke tepian, bersusah susahlah dahulu, nanti kita bersenang-senang kemudian. Bak kata seseorang tu, 'mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis'. I'd say, sepahit-pahit kopi pun, kita suka jugak minum. atau sepenat-penat main bola pun, kita suka jugak main kan? atau sepenat-penat jalan shopping, kita pergi jugak shopping. sebab dalam kepayahan itu ada kesenangan. begitu cantiknya Allah susun kehidupan ni. Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar~.
No comments:
Post a Comment