Salam,
I cannot resist but to post this. A very good mind setting for this coming Ramadhan.
Ingat nak tulis based on apa yang dia cakap, but well, dengar dia cakap thousand times better than reading my crappy writings. Hehe.
Ramadhan Kareem everyone!!
May Allah bless each and everyone of us.
oh, and a little extra,
a nurkilan by an ikhwah,
Kita Punya Allah
pada suatu petang yg hening, saya sedang asyik berkemas2 barang keperluan untuk menyambut kelahiran anak kedua kami...pelbagai sampah sarap dan barang2 yg tidak diperlukan memenuhi rumah kami dan perlu dibuang atau direcycle..turut sama barang2 yg sy kemas2 tersebut ialah barang2 architecture yg saya buat dan gunakan masa sessi pembelajaran tempoh hari...byk drawing2 dan kertas2 conteng yg tidak dipakai lagi saya sumbatkan kedalam plastik sampah...
para sahabat yg mengambil jurusan architecture atau seni bina ini pastinya tahu akan kesusahan dan ke'tensen'an mengemas ruang studio(tempat membuat kerja) setiap kali selepas selesai submission ataupun presentation..lantai sudah tidak kelihatan kerana dipenuhi kertas2, dinding hanya penuh dengan tampalan2 lukisan2 draft, details2 construction, contengan2 gambar ultraman ataupun muka sir alex ferguson, dan deadline2 yg perlu dikejar...pisau2 dan gam2 yg digunakan utk membuat model kelihatan berada di merata2 tempat...lebih menarik lagi mungkin ada yg pernah menggunakan buku tebal architect's data ataupun oxford dictionary untuk melapik laptop supaya laptop tidak menjadi panas..perkara ini tidaklah terjadi terhadap saya kerana saya tidak mempunyai laptop.. :)
beratus2 kertas contengan saya buang kedalam plastik hitam, dan beberapa model2 buruk juga saya buang..hinggalah tiba2 saya terpegang satu model bangunan (study model) yg saya buat utk projek tesis tempoh hari..model tersebut sgtlah simple dan biasa, maklumlah study model, bukannya final model..tangan saya pantas mencapainya dan ingin membuang ke dalam plastik sampah, namun tiba2 hati saya terasa sgt sayu dan sedih utk membuang nya memandangkan masa dan tenaga yg saya ambil utk membuat model tersebut adalah agak lama....lama saya renung dan teliti model tersebut...kembali saya ambil dan letakkan kembali ke atas meja..
namun, 'arghh..model buruk je nih..buang ah!'..getus hati kecil sy beberapa minit kemudian dan tangan kembali pantas mencapai model tersebut utk dibuang kerana rimas melihatnya diatas meja...namun belum sempat saya membuangnya, sekali lagi hati kecil sy menjadi sayu dan sayang terhadap model tersebut utk dibuang, dan timbul perasaan ingin menyimpannya sahaja...dua tiga kali juga proses tersebut terjadi, 'nak buang taknak..nak buang taknak', pikir saya...saya pasti perkara begini pernah terjadi kepada tuan2 dan puan2 ketika mengemas rumah...mungkin mediumnya shj yg berlainan, mungkin baju2 lama yg penah dipakai ketika kawin, atau blender lama yg penah memutuskan badan lipas ataupun lain2 benda yg mempunya nostalgia dan memori...akhirnya saya mengambil kata putus utk menyimpan sahaja model tersebut..mungkin satu hari nanti bila saya terlihatkan model itu boleh mengingatkan kembali tentang pahit maung dan penat lelah saya dalam membuat projek tesis saya....
ketika sibuk membuat keputusan dimana hendak disimpan model tersebut, terdetiklah dihati saya bagaimanalah tahap kasih dan sayang saya terhadap model yg biasa dan buruk itu hendak dibandingkan dengan kasih dan sayang Allah terhadap saya, hambaNya yg hina ini..kasih sayang saya ada batasnya tapi kasih sayang Allah tiada batasnya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang...sedarkah kita betapa sayangnya Allah terhadap kita? walaupun kita dah melakukan byk dosa dan tidak mengikut perintahNya, namun Dia masih lagi boleh memberi kita makan nasi, bergerak tanpa rasa sakit, menghirup udara yg segar, membangunkan kita dari tidur, memberi kita anak2, suami dan isteri yg baik, sahabat2 yang baik, memberi kita pakaian, kereta dan rumah..dan macam2 lagi, subhanallah.......pernahkah kita bersyukur?...namun Allah kata, 'kolilamma tashkurun (sgt sikit kita bersyukur)'...
oleh itu rakan2, jgnlah mudah berputus asa dan kecewa andai terjadinya musibah ataupun dugaan kerana sesungguhnya kita punyai Allah..kita punya Allah yg sangat sangat sangat sangat sayangkan kita..Allah tidak mudah 'membuang' kita, Allah tidak akan sengaja membuatkan kita sakit dan miskin selain dari untuk membuatkan kita berfikir dan bertaubat, sedangkan kita pastinya akan dengan mudah untuk membuang barang2 lama yg sudah tidak kita perlukan..ataupun koyak2kan kertas kotor yg sudah tidak mahu dipakai lagi dan buang kedalam tong sampah....dan sedarilah, sebenarnya Allah tidak pernah perlukan kita, hanya kita yg memerlukanNya..sedangkan dalam kehidupan seharian kita, kitamemerlukan benda2 lama tadi utk kegunaan harian kita...kita perlukan study model/kertas draft itu utk meluluskan tesis kita, kita perlukan blender lama utk dijual diebay bagi mendptkan duit utk membeli chicken kebab ataupun lamb ribs, kita perlukan gambar2 lama utk mengingat bagaimana terjadinya sesuatu peristiwa..dan secara tak sedar apa yg kita reka/design/create contohnya model atau software komputer ataupun masakan ataupun barang2, sgt2 kita perlukan untuk diri kita sendiri..namun ini sgt2 berlainan dengan sifat Allah..Dia telah jadikan kita bukan sebab Dia nak mintak tolong kat kita pon!! Dia tidak pernah minta kita untuk bekerja mendapatkan makanan dan diberikan kepadaNya, tidak sekali2..
jadi rakan-rakan, janganlah sesekali kita menjadi sombong dan bongkak utk tidak berdoa dan memohon hajat dariNya..jadikan ramadhan kali ini sebagai bulan yang kita benar2 meminta tolong kepada Allah dengan ikhlas..bulan yg benar-benar kita rasa diri kita adalah hamba..bulan yang benar-benar kita rasa kita tak akan mampu untuk beribadah sekalipun, tidak mampu untuk bangun sembahyang malam sekalipun, jika Allah tidak bantu kita..bulan yang benar-benar membuatkan kita menangis, meruntun hiba atas segala dosa-dosa kita..bulan yang benar-benar membuatkan kita menangis teresak2 diwaktu malam kerana kita tahu, sesungguhnya tanpa Allah, ramadhan ini tiada maknanya....sedarilah.. bahawa ramadhan ini hanya akan benar-benar bermakna jika kita punyai Allah didalam jiwa kita....
namun begitu, jgnlah pula kita mudah melatah dan berputus asa bila berlaku sesuatu kepayahan dan dugaan yg amat hebat kerana kita juga tahu bahawa.......kita punyai Allah..............Allah yang Maha Penyayang......yang sedia membantu kita...
oleh itu sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, dengan kedatangan bulan mulia ini, marilah kita sama-sama berusaha 'mencari' Allah utk kita lekatkan didalam jiwa kita, supaya ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang benar-benar mengubah kita dan supaya kita dapat memasukkan Allah kedalam jiwa kita buat selama-lamanya...
Wallahualam
sekian, selamat beribadah
hilmikamil
Liverpool
Semarak Ramadhan 1432H
'Ramadhan... Bermulanya Suatu Perubahan'