Friday, March 18

Kapankah? (Taqwa)

sebab terbesar masuk syurga itu ada DUA menurut hadith riwayat tirmidzi; taqwa dan akhlak.

hakikat kehidupan yang meletihkan dan menjerihkan ini memerlukan kita sentiasa memantau diri sendiri akan amalan seharian kita, baik buruknya dan tidak dapat tidak setiap anak Adam itu mengikut sabda Rasulullah s.a.w. akan punya dosa.

semasa seseorang itu mengenal erti taubah, dalam linangan air matanya dan menahan sedu tangisnya, ketahuilah yang esoknya dia tetap akan berdosa lagi. apabila expektasi makhluk berpatikan tanah Bumi ini diletakkan tinggi, pressurenya juga tinggi untuk tidak melakukan dosa, dan bila ianya terbuat dosa keesokan harinya dan ia pasti akan berdosa, apakah dia akan segera bertaubat lagi? tentunya syaitan akan mula memainkan peranan membisikkan kata dusta nista pada jiwa untuk melemahkan lagi iman yang baru dilanda bah dosa.

"apalah engkau, kata semalam last tak buat dah, ni buat lagi, tak malu ke nak taubat lagi?"

bukan bererti menggalakkan dosa tetapi seperti kemalangan, ianya tidak akan berbau, biarpun segala proteksi dan langkah-langkah awal diambil, bila Allah kata kun! maka the safest and slowest car pun boleh terlibat dalam kemalangan, begitu juga ujian yang Allah beri pada kita, dengan kesedaran diri atau pun tidak, pasti akan mengundang dosa.

manusia yang dekat dengan Tuhannya, pastikan meninggalkan dosa besar, namun dosa kecil itu terlalu banyak potensinya, dari mata ke hati, dari telinga kepada lidah, dari rasa sempurna kepada menunjuk, dari tangan kepada kaki, dari terlupa pada merasa penat, dari mencari salah orang lain ke menidakkan kelemahan diri.

hakikat manusia = dosa ini perlu difahami dan ditanam supaya kita tidak berasa gah apabila solatnya di masjid, qurannya khatam tiap-tiap bulan, infaqnya banyak sekali, nafsu akan merasa sudah baik dan tidak banyak yang perlu diperbetulkan lagi, sedangkan mungkin jejaknya keruh, asal niatnya ada terpesong sana sini (termasuk kita yang menulis ini), dan sepatutnya semakin dekat dia dengan Tuhannya, semakin tunduk dan merasai banyak dosanya sebab kita takkan terpikul beban yang Allah beri pada manusia.

sedangkan Rasulullah sendiri yang maksum, khairu khalqillah itu bertaubat tak kurang 70 kali sehari, kita hendak berbangga dengan solat fajar di masjid yang tak putus-putus atau sedikit kebaikan yang kita kecapi dan merasa cukup?

ayuh kehidupan ini tak lain hanyalah hari hari, innama antum ayyar, kata seorang ulama' (ibnu Taymiyah kalau tak silap) sesungguhnya kamu ini hanyalah hari-hari, apabila habis hari ini maka berlalu lah dia pergi dan takkan kembali. kita kan silih datang berganti, namun perjalanan ruh ini tidak akan berakhir dalam menuju kehidupan yang abadi di akhirat kelak.

kiamat itu pasti, hisab itu pasti.

maka apabila kita menerima yang hakikat kita ini pendosa, adakah patut kita merasa gah atau rasa layak atau rasa benar atau rasa tak boleh ditegur atau rasa tak perlu bimbingan dan mampu hidup berseorangan? adakah layak untuk kita punya rasa besar diri dan bisa merasakan jannah itu milik kita? adakah itu sifat manusia taqwa?

tentu sekali mereka yang menyedari betapa Allah menjadikan manusia itu pendosa supaya kita sentiasa akan kembali pada-Nya kerana takut akan ruh kita kelak akan diazab akibat dosa-dosa kita yg pasti ini. seperti seorang syeikh besar, Imam Abu Hanifah, Ketua Ahlul Sunnah wal Jamaah ketika zamannya, seorang yang alim, seorang yang warak, apabila dia pergi ke market satu ketika, manusia2 di market menyedari kehadirannya, maka berpusu-pusu mereka menghadapnya meminta, "Tuan guru, meh saya bawa beg ini, meh saya bawa bakul ini," cubaan untuk berbuat baik dengannya. merasa malu dengan apa yang berlaku, Imam Abu Hanifah berkata, "pergilah engkauorang, jangan ganggu aku, sungguh jika kau mengetahui dosa-dosaku yang Allah sembunyikan dari penglihatan kamu, tentu engkau merasa jijik dengan aku". begitu sekali seorang yang begitu memahami hakikatnya sebagai seorang hamba.

kita ini, siapa kita ini wahai pembaca yg budiman, aku dan engkau, siapa kita di sisi Tuhan? kekasihNya itu yang takkan sekali berbuat salah, mempunyai akhlaq yang flawless, masih berpuluh kali taubatnya sehari-hari, kitani, masih jauh sekali dari syurgaNya, maka tak sampaikah masa lagi untuk kita bertaqwa? untuk kita takut pada azabNya? untuk takut terlepas dari syurgaNya? untuk takut dari terlepas peluang bersama-sama kekasihNya di syurga kelak? untuk takut terlepas kelayakan melihat Tuhan kita buat selama-lamanya?

sampai kapankah masa untuk kita bertaqwa?



ya Allah maafkan segala dosaku, terimalah ibadatku, jauhkan aku dari neraka, masukkan aku ke dalam syurga walau aku tahu aku tak pernah layak ya Allah.

jiwa yang sedang kering,
rihammahsih

No comments: