Tuesday, March 22

Nut and Bolt - Bait al-Muslim

tulisan menarik oleh akhi Ahmad Fairuz Abidi (AFA) dari Bath, United Kingdom.



Salam wbt.

Jam tepat menunjukkan pukul 11.00pm. Letih dan penat. Saat ini, tiada apa lagi yang saya ingini melainkan melabuhkan badan yang sengal-sengal ini ke atas tilam yang empuk dan diselimuti dengan duvet yang panas dan tebal. Aktiviti yang padat sepanjang hujung minggu ini benar-benar membuatkan lenguh satu badan. Selesai menunaikan solat, badan yang lenguh-lenguh in terus direbahkan ke atas katil besi yang sedia terhidang itu.

Mata dipejam dan doa tidur pun dibacakan. Cuba melelapkan mata, namun gagal. Mengiring ke kiri, mengiring ke kanan, amat sukar untuk tidur. Lalu saya alihkan pandangan menghadap siling. Aneh sekali. Selalunya mudah sekali untuk diri lelap di atas katil ini, tambahan pula dengan kepenatan yang amat sangat. Setelah cuba mencari punca permasalahan tersebut, barulah diketahui si 'pengkhianatnya'. Nut dan bolt di katil yang longgar menyebabkan katil besi yang agak berusia ini bergoyang-goyang lain daripada kebiasaannya.

Lampu bilik dibuka dan segera saya capaikan spanar untuk mengetatkan nut dan bolt itu. Selepas ianya selesai, saya menguji kekuatan katil itu dengan menggoncangnya untuk memastikan ianya tidak bergoyang lagi. Lampu pun dipadamkan semula fikiran mula melayang memikirkan kisah nut dan bolt tadi.

"Wah, penting juga nut dan bolt ni. Kalaulah tiada kedua-duanya, pasti katil ini tidak dapat didirikan."

"Kalau tiada nut dan hanya ada bolt, katil masih dapat didirikan namun strukturnya tidak kukuh dan stabil. Mungkin akan roboh kalau budak kecil melompat atas katil ini. Maksudnya, nut ini mengikat bolt untuk mengukuhkan struktur katil besi ini supaya dapat menampung beban manusia yang baring diatasnya dengan sempurna dan selamat.

Ikhwah dan akhawat yang saya hormati sekalian,

"Behind every man's success, there is a woman."

Mungkin ramai di kalangan anda seringkali mendengar ungkapan berikut. Mungkin ada yang bersetuju, dan mungkin ada yang tidak bersetuju. Yang lebih mengejutkan saya, dalam Al-Quran, Allah ada berfirman:

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [An-Nur, 24: 32]

Antara faedah berkahwin adalah diberikan nikmat kekayaan dan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah swt. Maka, ungkapan English yang saya kemukan itu hampir bertepatan dengan apa yang dijanjikan oleh Allah swt sekiranya wanita yang dibelakang lelaki itu adalah isterinya.

Berbalik kepada kisah nut dan bolt yang saya ceritakan tadi, ingin saya umpamakan bahawa:

wanita=nut
lelaki=bolt
Islam= katil

Wanita adalah umpama nut yang mengikat (bolt) lelaki-lelaki yakni suaminya, mendekatkan diri mereka berdua erat memegang risalah Islam. Sifat seorang lelaki diciptakan oleh Allah untuk memimpin. Maka, bolt sangat memainkan peranan penting untuk menentukan struktur mana yang ingin dikukuhkan, samada almari buku, rak kasut, ataupun meja. 

Dalam contoh yang ingin saya bawakan, saya samakan bahawa seorang lelaki Muslim yang telah mengikuti tarbiyah yang bercirikan tarbiyah Rasulullha saw, seperti sebatang bolt yang digunakan untuk mengukuhkan struktur sistem Islam, yakni mendirikan katil agar tidak bergoyang agar katil tersebut dapt digunakan untuk menampung manusia yang baring diatasnya.

Namun, bolt itu tidak boleh bersendirian dalam mendokong bebanan dakwah, yang saban hari semakin mencabar. Maka perlunya kepada penggunaan nut untuk mengetatkan atau men'tsabat'kan lelaki yang berjuang menegakkan kalimah Islam di muka bumi ini.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [An-Nisa, 4:1]

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Ar-Rum, 30:21]

Rakan-rakan sekalian,
cuba anda bayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya nut dan bolt itu tidak sama dari segi saiznya? Bergunakah nut dan bolt itu andai salah satu daripadanya besar daripada yang lain?

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. [An-Nur, 24:26]

Dalam ayat di atas Allah ada menjanjikan bahawa lelaki dan perempuan yang baik lalu sama-sama mendirikan rumahtangga, maka akan memperoleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia dari Allah swt.

"Saya mengizinkan untuk ikhwah berkahwin dengan mana-mana wanita pilihan hatinya, tetapi sila pastikan wanita tersebut adalah akhawat!"
[Abdul Azim Ismail, Mac 2011]

Maka, marilah sama-sama kita mencari bolt atau nut yang sama saiznya dengan kita supaya kita dapat mengetatkan lagi saf barisan dakwah kita dalam memperjuangkan kalimah tauhid di bumi ini. Kepada ikhwah, mana yang merasakan boltnya bengkok, anda masih mempunyai masa untuk memperbetulkannya. Bagi yang sudah pun mampu mendirikan Islam di dalam dirinya, carilah nut yang sesuai untuk membantunya agar tidak tersungkur dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, sabda Rasululah saw:
Seorang wanita itu, jika ia menyempurnakan solat lima waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta mentaati suaminya nescaya dia akan masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.

Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
‘Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. ‘

Harap ianya bermanfaat untuk anda semua. Sekian dahulu dari saya. Mohon maaf atas salah dan silap.

Wallahu'alam,
AFA

Stay on top of your game!

Friday, March 18

Kapankah? (Taqwa)

sebab terbesar masuk syurga itu ada DUA menurut hadith riwayat tirmidzi; taqwa dan akhlak.

hakikat kehidupan yang meletihkan dan menjerihkan ini memerlukan kita sentiasa memantau diri sendiri akan amalan seharian kita, baik buruknya dan tidak dapat tidak setiap anak Adam itu mengikut sabda Rasulullah s.a.w. akan punya dosa.

semasa seseorang itu mengenal erti taubah, dalam linangan air matanya dan menahan sedu tangisnya, ketahuilah yang esoknya dia tetap akan berdosa lagi. apabila expektasi makhluk berpatikan tanah Bumi ini diletakkan tinggi, pressurenya juga tinggi untuk tidak melakukan dosa, dan bila ianya terbuat dosa keesokan harinya dan ia pasti akan berdosa, apakah dia akan segera bertaubat lagi? tentunya syaitan akan mula memainkan peranan membisikkan kata dusta nista pada jiwa untuk melemahkan lagi iman yang baru dilanda bah dosa.

"apalah engkau, kata semalam last tak buat dah, ni buat lagi, tak malu ke nak taubat lagi?"

bukan bererti menggalakkan dosa tetapi seperti kemalangan, ianya tidak akan berbau, biarpun segala proteksi dan langkah-langkah awal diambil, bila Allah kata kun! maka the safest and slowest car pun boleh terlibat dalam kemalangan, begitu juga ujian yang Allah beri pada kita, dengan kesedaran diri atau pun tidak, pasti akan mengundang dosa.

manusia yang dekat dengan Tuhannya, pastikan meninggalkan dosa besar, namun dosa kecil itu terlalu banyak potensinya, dari mata ke hati, dari telinga kepada lidah, dari rasa sempurna kepada menunjuk, dari tangan kepada kaki, dari terlupa pada merasa penat, dari mencari salah orang lain ke menidakkan kelemahan diri.

hakikat manusia = dosa ini perlu difahami dan ditanam supaya kita tidak berasa gah apabila solatnya di masjid, qurannya khatam tiap-tiap bulan, infaqnya banyak sekali, nafsu akan merasa sudah baik dan tidak banyak yang perlu diperbetulkan lagi, sedangkan mungkin jejaknya keruh, asal niatnya ada terpesong sana sini (termasuk kita yang menulis ini), dan sepatutnya semakin dekat dia dengan Tuhannya, semakin tunduk dan merasai banyak dosanya sebab kita takkan terpikul beban yang Allah beri pada manusia.

sedangkan Rasulullah sendiri yang maksum, khairu khalqillah itu bertaubat tak kurang 70 kali sehari, kita hendak berbangga dengan solat fajar di masjid yang tak putus-putus atau sedikit kebaikan yang kita kecapi dan merasa cukup?

ayuh kehidupan ini tak lain hanyalah hari hari, innama antum ayyar, kata seorang ulama' (ibnu Taymiyah kalau tak silap) sesungguhnya kamu ini hanyalah hari-hari, apabila habis hari ini maka berlalu lah dia pergi dan takkan kembali. kita kan silih datang berganti, namun perjalanan ruh ini tidak akan berakhir dalam menuju kehidupan yang abadi di akhirat kelak.

kiamat itu pasti, hisab itu pasti.

maka apabila kita menerima yang hakikat kita ini pendosa, adakah patut kita merasa gah atau rasa layak atau rasa benar atau rasa tak boleh ditegur atau rasa tak perlu bimbingan dan mampu hidup berseorangan? adakah layak untuk kita punya rasa besar diri dan bisa merasakan jannah itu milik kita? adakah itu sifat manusia taqwa?

tentu sekali mereka yang menyedari betapa Allah menjadikan manusia itu pendosa supaya kita sentiasa akan kembali pada-Nya kerana takut akan ruh kita kelak akan diazab akibat dosa-dosa kita yg pasti ini. seperti seorang syeikh besar, Imam Abu Hanifah, Ketua Ahlul Sunnah wal Jamaah ketika zamannya, seorang yang alim, seorang yang warak, apabila dia pergi ke market satu ketika, manusia2 di market menyedari kehadirannya, maka berpusu-pusu mereka menghadapnya meminta, "Tuan guru, meh saya bawa beg ini, meh saya bawa bakul ini," cubaan untuk berbuat baik dengannya. merasa malu dengan apa yang berlaku, Imam Abu Hanifah berkata, "pergilah engkauorang, jangan ganggu aku, sungguh jika kau mengetahui dosa-dosaku yang Allah sembunyikan dari penglihatan kamu, tentu engkau merasa jijik dengan aku". begitu sekali seorang yang begitu memahami hakikatnya sebagai seorang hamba.

kita ini, siapa kita ini wahai pembaca yg budiman, aku dan engkau, siapa kita di sisi Tuhan? kekasihNya itu yang takkan sekali berbuat salah, mempunyai akhlaq yang flawless, masih berpuluh kali taubatnya sehari-hari, kitani, masih jauh sekali dari syurgaNya, maka tak sampaikah masa lagi untuk kita bertaqwa? untuk kita takut pada azabNya? untuk takut terlepas dari syurgaNya? untuk takut dari terlepas peluang bersama-sama kekasihNya di syurga kelak? untuk takut terlepas kelayakan melihat Tuhan kita buat selama-lamanya?

sampai kapankah masa untuk kita bertaqwa?



ya Allah maafkan segala dosaku, terimalah ibadatku, jauhkan aku dari neraka, masukkan aku ke dalam syurga walau aku tahu aku tak pernah layak ya Allah.

jiwa yang sedang kering,
rihammahsih

Wednesday, March 16

Perasaan Itu Kadang-Kadang Plastik



Kadang-kadang ianya plastik.

Perasaan itu. Ya, perasaan gembira itu. Kenapa ianya plastik?

Ambil contoh seorang nelayan yang turun ke laut saban hari, yang selama ini berasa cukup melihat hasilnya, tiba-tiba terlihat jirannya berboat baru, timbul rasa, "ish aku kena beli jugak la, aku punya ni dah lama, peninggalan arwah ayah", padahal masih elok. Setelah berusaha keras membanting tulang, cukup setahun, dia pun punya wang untuk beli bot baru. Rasa puas hati. Senang hati. Gembira. Perasaan itu lahir daripada tercabar akibat boat baru jiran. Sedangkan rasa itu akan tahan tak lama. Lihat saja kanak-kanak, dapat satu permainan, gembira, bosan, merengek nakkan yang baru. Silih ganti bertukar sehingga bila-bila. Manusia kan tetap begitu, sikit sekali yang bersyukur.

Kemarau panjang iman yang berlaku di hati-hati pastikan terasa keringnya dalam duduk diam mahupun tengah ramai orang. Pernahkah terfikir, atau rasa gundah, ingin ke satu tempat yang dipanggil Ketenangan. Ada yang mencarinya di bola bowling, ada yang menjumpainya di sudut-sudut hilai tawa rakan, ada yang mendapatinya di benak hati kekasih, ada pula yang seperti sirih pulang ke gagang, sudah jauh lama tidak mengadu pada si ibu, balik bercerita minta si ibu menyuluh kegelapan kalbu. 

Namun, tempat Ketenangan itu menentang peribahasa, "takkan lari gunung dikejar', kerana ianya sekejap ada dan pasti pergi, macam iklan Chipsmore. Ya, memang Chipsmore itu bagi kemanisan, tapi kehadiran Chipsmore itu kadang-kadang ada (bila ada duit, pergi kedai dan beli) dan kadang-kadang tak ada (member/adik rembat) dan lebih penting lagi, rasa sedapnya itu, sementara.

Kegembiraan dapat score 300 di medan bowling itu, lawak kawan-kawan yang menarik mulutmu tersenyum itu, gurauan nakal penawar duka dan pujuk rayu kekasih itu, pesan nasihat dalam belaian tangan ibu di rambutmu itu, ianya tak kekal. Tempat Ketenangan itu tidaklah kekal. Kemudian kita akan kembali menjadi leka dengan dunia, dan tiba saat duka, kembali mencari tiket pergi kepada Ketenangan.

Bila Tumblr jadi tempat menghilang duka, Twitter jadi tempat bercerita mencari perhatian manusia, Blog jadi tempat luahan jiwa, Youtube jadi punca keseronokan sementara, Panggung Wayang jadi tempat melayan perasaan jauh dari dunia, Seni dan Muzik jadi means untuk ekspresi perasaan kita, Facebook jadi tempat mengisi kekosongan jiwa, Shopping jadi pelepas rasa hiba kecewa, Tidur jadi usaha menghilang kegusaran dunia, semuanya itu sungguh plastik belaka.

Sungguh Allah bercerita dalam buku panduan tentang nenek moyang kita yang kecewa dibuang ke dunia lalu menadah tangan memujuk hati dengan kebesaran keluasan keampunanNya, pesan nasihat pada kita bila terjatuh terngadah dagu atas iPhone 4 baru kemudian tertimpa pula tangga yang dipanjat tadi agar kembali padaNya, cerita Musa mengadu tentang ketakutan menghadapi si bongkak Firaun, kisah manusia biasa yang hilang rasa tenang di hati itu dan terus mengingatinya.

"Sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah, hati kan tenang", kata Allah.

Apalah pergantungan kita selama ini pada ubat stress, pada coke dan panadol, pada rakan-rakan yang makan kawan, pada ibu bapa, pada hiburan, muzik, movie dan sukan, pada majlis keramaian, pada percutian bila mana hanya satu punca utama perasaan itu (baca: perasaan yang kita selalu rasa itu), hanyalah kerana kita lalai dari mengingatiNya.

Bayangkan seorang postman yang ditugaskan mengantar surat ke rumah-rumah, punya surat yang banyak dalam plastik beg itu, tapi duduk diamnya di rumah, memikirkan gusar pekerjaannya belum selesai, sedangkan dirinya malas sekali bangun untuk mengantar surat itu, tetapi disibukkan dengan membersih motorsikal, mengupgrade enjing motor supaya lagi laju dapat hantar surat, mengecat baru, tukar ekzos, spoiler, skirting (err, ni motor ke kereta ni) sehingga lalai dengan tugasnya yang sebenar iaitu menghantar surat.

Kita, walaupun punya banyak tugas superficial, memakai sut-sut business, pakaian-pakaian pelajar, jersi-jersi sukan, uniform-uniform apa jua jawatan, pangkat, kerja kita, hakikatnya tak lain kita hanya lah seorang hamba. Seringkali kita lupa akan hakikat tugas kita sebagai seorang hamba tetapi mengingati dan risau akan tugas superficial itu. Maka bila kita tidak prioritas kerja kita dan memahami tugas sebenar hamba, dan melebihkan kerisauan pada tugas-tugas penyokong itu, maka saban hari, hati itu tidak akan tenang, kerana makin banyak surat-surat yang tak keterhantaran, makin berlambak manusia menanti-nanti surat yang dikirim pada mereka.

Mungkin, jika kita ambil satu langkah ke belakang dari arus deras dunia ini, dan lihat dari kaca mata hamba, barulah kita punya satu permulaan untuk mencari kebenaran, seperti mana mereka-mereka yang dimenangkan oleh Allah dan diberi balasan ketenangan abadi di syurga.

Apa erti kehidupan ini?

Tapi, itu lah, kebanyakan manusia ignorant, bak kata idiom orang putih, ignorance is a bliss. Of course it is, sampai masa nanti tahulah sejauh mana bliss nya ignorance kita itu,

sampai satu saat manusia dibangunkan dan mereka berkata, "Ah, celakalah kita, siapa yang membangunkan kita dari tidur ini." sedang dalam kuburan itu mereka dibantai oleh makhluk2 Allah.

sampai masa manusia yang dibukakan kitabnya, mereka berkata, "Eh, bila pulak aku buat ni, eh, yang ni pun ada catat jugak? Ingat boleh terlepas, kecik je kot. Ya Allah, banyaknya benda salah aku buat."

sampai nanti ada manusia yang berebut-rebut mencari rakan-rakan, ibu ayahnya, anak-anaknya, suku-sakatnya, geng-gengnya dulu, rakan kongsi gelapnya, imam-imam di masjid, jiran-jirannya untuk menuntut pahala kerana di akaunnya kosong, muflis.

sampai bila mereka yang dihadapkan pada Allah nanti tunduk menyesal dan berkata, "Lebih baiklah aku jadi tanah di dunia dulu." Tanah at least tak kena seksa.

sampai saat manusia yang terkaya punya segala-galanya di dunia tetapi mungkar pada Allah dicelup dalam neraka sesaat ditanya, "adakah kamu punya kebahagiaan di dunia?" adalah pasti dijawab, "tidak, aku tak punya ingatan tentang dunia walau sesaat sekalipun".

sampai nanti manusia yang menang di syurga melihat ke penghuni penjara neraka dan bertanya, "bukankah telah datang Rasul untuk mengingatkanmu tentang hari ini?" mereka menjawab, "ya, tapi kami telah mendustakannya".

sampai ketika manusia yang meronta-ronta dalam keadaan yang sangat memilukan di neraka merayu padaNya, "berilah kami peluang untuk kembali sesaat atas dunia, pasti kami akan beriman dan beramal soleh." maaf, peluang itu sudah tiada.

Oh ya, maka, perasaan itu plastik, sebab ianya sementara.
Yang kekal, hanya di surga.

Jom berlari bersama-sama, kita buat reunion di surga!


Allahu a'alam.

Saturday, March 12

Sebab Gempa

Gempa Bumi di Jepun.

Gempa Bumi berskala 8.9 dan beberapa series lain yang agak kuat (8.4,8.8) melanda Jepun pagi tadi.
Boleh ikut situasi Gempa di Jepun di sini, Al-Jazeera dan sini BBC BBC2












(disclaimer: Bukan tulisan sendiri tapi sharing, oleh teman yang share, semoga penulis mendapat pahala ganjaran yang banyak atas tulisan yang bagus sekali)





Gempa Perspektif Rasulullah dan Golongan Salafussoleh.

Setidaknya dua kali gempa tercatat dalam riwayat hadits Nabi. Yang pertama di Mekah. Dan kedua di Madinah.

Pertama, Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Kuzaimah, ad-Daruquthni, dan lainnya dari Utsman bin Affan bahwa dia berkata,

“Apakah kalian tahu Rasulullah pernah berada di atas Gunung Tsabir di Mekah. Bersama beliau; Abu BakarUmar dan saya. Tiba-tiba gunung berguncang hingga bebatuannya berjatuhan. Maka Rasulullah menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Tsabir! Yang ada di atasmu tidak lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang Syahid.”

Kedua, hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dia berkata:

“Nabi naik ke Uhud bersamanya Abu Bakar, Umar dan Utsman. Tiba-tiba gunung berguncang. Maka Nabi menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Uhud! Yang ada di atasmu tiada lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang syahid.”

Di antara pelajaran besar dalam dua riwayat di atas bahwa ternyata gunung tidak layak berguncang saat ada 4 manusia terbaik ada di atasnya. Nabi harus menghentakkan kaki dan mengeluarkan perintah kepada gunung untuk menghentikan guncangan tersebut.

Di sinilah pelajaran besarnya bagi kita sebagai analisa pertama tentang gempa. Bahwa keberadaan orang-orang shaleh di sebuah masyarakat membuat bumi tidak layak berguncang. Kriteria keshalehan sangat spesifik disebutkan dalam riwayat tersebut. Untuk kita, hanya tinggal dua pilihan mengingat sudah tidak ada lagi nabi. Yaitu: Shiddiq. Kriteria utama Abu Bakar adalah beriman tanpa ada rasa keraguan sedikit pun. Dan Syahid. Mereka yang meninggal fi sabilillah.

Jika manusia dengan dua kriteria itu masih banyak yang hidup di atas bumi, maka bumi tidak layak gempa. Sebaliknya, gempa terjadi manakala bumi telah sepi dari keberadaan orang-orang dengan keimanan tanpa ada kabut keraguan dan orang-orang yang meninggal fi sabilillah.

Dalam riwayat mursal yang disebutkan oleh Ibnu Abid Dun-ya, setelah Rasulullah menenangkan guncangan beliau berkata kepada para shahabat,

“Sesungguhnya Tuhan kalian sedang menegur kalian, maka ambillah pelajaran!”

Gempa di Mata Umar bin Khattab radhiallahu anhu

Gempa juga tercatat pernah terjadi di Masa kekhilafahan Umar, sebagaimana yang disampaikan dalam riwayat Ibnu Abid Dun-ya dalam Manaqib Umar. Madinah sebagai pusat pemerintahan kembali berguncang. Umar menempelkan tangannya ke tanah dan berkata kepada bumi, “Ada apa denganmu?” Dan inilah pernyataan sang pemimpin tertinggi negeri muslim itu kepada masyarakat pasca gempa,

“Wahai masyarakat, tidaklah gempa ini terjadi kecuali karena ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepatnya kalian melakukan dosa. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, jika terjadi gempa susulan, aku tidak akan mau tinggal bersama kalian selamanya!”

Kembali, generasi terbaik itu mengajarkan ilmu mulia bahwa gempa terjadi karena dosa yang dilakukan oleh masyarakat. Umar dengan tegas menyatakan itu. Lebih tegas lagi saat dia bersumpah bahwa jika terjadi gempa susulan, Umar akan meninggalkan Madinah. Karena itu artinya dosa kembali dikerjakan dan tidak kunjung ditaubati.

Gempa di Mata Ka’ab bin Malik radhiallahu anhu

Shahabat Ka’ab bin Malik mempunyai pendapat yang mirip dengan Umar bin Khattabh. Inilah pernyataan lengkapnya tentang gempa,

“Tidaklah bumi berguncang kecuali karena ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gemetar karena takut Rab nya azza wajalla melihatnya.”

Ka’ab menyebut bahwa guncangan bumi adalah bentuk gemetarannya bumi karena takut kepada Allah yang Maha Melihat kemaksiatan dilakukan di atas bumi-Nya.

Gempa di Mata Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha

Inilah pelajaran yang diberikan oleh guru besar para shahabat dan tabi’in sepeninggal Nabi selama 47 tahun; Aisyah istri Nabi, seperti yang disampaikan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Jawabul Kafi.

Suatu saat Anas bin Malik bersama seseorang lainnya mendatangi Aisyah. Orang yang bersama Anas itu bertanya kepada Aisyah: Wahai Ummul Mukminin jelaskan kepadaku tentang gempa.

Aisyah menjelaskan,

“Jika mereka telah menghalalkan zina, meminum khamar dan memainkan musik. Allah azza wajalla murka di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: guncanglah mereka. Jika mereka taubat dan meninggalkan (dosa), atau jika tidak, Dia akan menghancurkan mereka.

Orang itu bertanya kembali: Wahai Ummul Mukminin, apakah itu adzab bagi mereka?

Aisyah menjawab, “Nasehat dan rahmat bagi mukminin. Adzab dan kemurkaan bagi kafirin.”

Anas berkata: Tidak ada perkataan setelah perkataan Rasul yang paling mendatangkan kegembiraan bagiku melainkan perkataan ini.

Sangat gamblang dan jelas penjelasan Ummul Mukminin Aisyah tentang penyebab spiritual gempa. Tiga dosa yang semuanya marak di zaman kita ini. Khusus untuk dosa yang pertama, Aisyah menggunakan kata istabahu yang artinya masyarakat telah menganggap zina itu mubah. Zina tidak hanya dilakukan, tetapi telah dianggap mubah. Dari ucapan, tindakan, kebijakan sebuah masyarakat bisa dibaca bahwa mereka yang telah meremehkan dosa zina, memang layak dihukum dengan gempa.
Inilah Kesimpulannya...

Dari semua pernyataan hamba-hamba terbaik Allah di muka bumi ini tentang gempa, ternyata penyebab spiritual gempa adalah sebagai berikut:

1. Sedikitnya orang-orang shiddiq dan syahid yang tinggal di atas muka bumi

2. Masyarakat telah melegalkan zina

3. Masyarakat telah mengkonsumsi khamar (narkoba)

4. Masyarakat telah memainkan musik



Dan Inilah 4 Solusi dari Khalifah Adil...

Umar bin Abdul Aziz yang memerintah tahun 99 H – 101 H dengan prestasi fantastik dalam memakmurkan masyarakatnya hanya dalam 29 itu memberikan solusi terhadap gempa. Hal ini berawal dari gempa yang terjadi di zaman pemerintahannya. Selepas gempa mengguncang, Umar bin Abdul Aziz segera menulis surat instruksi kepada semua jajaran pejabatnya di seluruh negeri kekuasaannya. Dan inilah instruksinya,

“Gempa ini adalah sesuatu yang Allah azza wajalla gunakan untuk menegur hamba-hamba-Nya. Saya telah menulis perintah ke seluruh wilayah agar mereka keluar pada hari yang telah ditentukan pada bulan yang telah ditentukan, siapa yang mempunyai sesuatu maka bershadaqahlah karena Allah berfirman,

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى (14)

وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى (


14. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),
15. dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia shalat. (Qs. Al-A’la: 14-15)

Dan katakanlah sebagaimana Adam berkata,

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.” (Qs. Al-A’raf: 23)

Dan katakanlah sebagaimana Nuh berkata,

وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi." (Qs. Hud: 47)

Dan katakanlah sebagaimana Yunus berkata,
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Qs. Al-Anbiya’: 87)

Wallahu a’lam




Komen: Mari sama-sama beristighfar dan mohon ampun pada-Nya kerana jelas bencana yang menimpa kita adalah akibat perbuatan tangan kita sendiri. Mari sama-sama berazam untuk berubah dan bertaubat pada-Nya. Siapa yang Allah beri hidayah, tiada siapa dapat ambil hidayah itu daripadanya, siapa yang Allah sesatkan, tiada siapa yang mampu membantunya.

Tuesday, March 8

Hadiah Sabar

sabar balasannya syurga!

nak syurga? sabar lah :)

Ratapan Sang Pencinta

mentari menyinar hari kita,
cicip unggas menghias alam maya,
bunga-bunga harum mekar di jiwa,
rasa ini, tak dapat kuhindar jua,

akhlaqnya pujaan seisi alam maya,
raut wajah menarikku tuk mendekatinya,
lemah lembut bicara menggoda jiwa,
penyeri kehidupan tatkala kelam dunia,

bahagianya tika disampingnya,
indah menawan tutur katanya,
bernas dan bijak pandangannya,
alangkah indahnya saat bersua,

setiap detik ingin bersama,
mencari setitis redha maha kuasa,
namun kusedar apalah daya,
bukan takdirku bersama dengannya,

tetap,
setiap..

setiap doaku..

dikala dinihari..

"ya Allah,
bisakah aku layak bersamanya,
diriku tak setaraf dengan dirinya,
diriku hanya insan yang hina berdosa,
yang hanya mendustai kata cinta,"

"ya Allah,
peribadiku hanya seperti kayu di tepian,
tiada yang menyedari, tiada pedulikan,
sedang dirinya emas bertatah berlian,
disanjung dipuji dipuja umat sekalian,"

"ya Allah,
bagaikan langit bumi perbezaannya,
namun cintaku mendalam pada dirinya,
ku cuba dan akan terus mencuba,
kerana janjinya akan terserlah pasti jua,"

"ya Habibullah,

ya Rasulullah,

terimalah diriku sebagai umatmu."

walau tak bersua tak berjumpa,
beza jarak kita beribu tahunnya,
hikmahnya mungkin kerna ku hina,
sedang kau manusia yang mulia,
tak tertahan untuk ku ujian diseksa,
tidak layak untuk ku berhijrah bersama,
apatah lagi menjadi tulang belakangnya,
dengan dosa meliar di jasad dan di jiwa,

namun akan kugarap segala tenaga,
walau petir menerpa,
walau badai menimpa,
walau jalanmu penuh onak dan bahaya,


ya Rasulullah,
aku ingin seperti mereka,
menjadi penolong2mu, menggadai harta nyawa,


demi Allah,
demi dirimu yang mulia,
demi syurga..


(post lama yang tak ter-post)