Saturday, November 28

Kenapa Tiba2 Tertengok Nur Kasih? Aaaaaa

Alhamdulillah dikurnia Allah nikmat kesihatan. 2 3 hari demam on off. Harap bukan swine flu. Selepas tido lame dan terjaga tengah malam ni, akibat desakan jiwa, tertengok drama favourite Malaysians, "Nur Kasih".

Mesej dalam cerita Nur Kasih tampak jelas iaitu mengajak manusia kembali pada Allah. Walaupun baru satu episod, tapi niatnya nampak seperti itu. Syabas.

And of course plus cerita cinta sket. "Siapa tu bang?" "Nur. Nur Aminah". Hehe. Of course, dunia sekarang kalau takde kaitan ngan cinta memang tak sah.

Takpela, berbalik pada cerita ini, penceritaannya berkisar tentang how two boys of different personalities being brought up.

Atau, kata lainnya, pembentukan Individu Muslim.

Ibunya menganalisis kembali cara Ayahnya membentuk anak2nya dengan melayan secara sama rata regardless of different behaviour of the boys.

"Mungkin kat situ salah kita. Aidil dan Adam tak sama. Kalau kita bagi air kat pokok ni, berbunga. Kalau kita bagi air yang sama banyak kat pokok tu tak berbunga malah layu pulak, sebab dia perlukan tanah kering untuk subur, dia nakkan matahari, kita bagi air."

Walaupun mungkin kena cara dengan Aidil, Adam yang sifatnya berlawanan dengan Aidil mungkin memerlukan cara lain. Each person ada karakter sendiri yang perlu ditangani dengan cara yang unik. Ada yang makan tamparan, ada gak yang tak makan2 saman lepas kena tampar. Rambut sama hitam, hati lain2. Secara sunnatullahnya, Aidil berjaya dibentuk dan Adam pula gagal.

Fitrah. Dunia ini satu fitrah. Kita hidup menjalani satu fitrah, ketentuan yang tetap, jika buat A, dapat B. Jika buat C, dapat D. Jika tak buat A, tak dapat B. Allah tetapkan hukum2nya di atas muka bumi ini, Bumi mengelilingi Matahari, Bulan mengelilingi Bumi, sehari 24 jam. Semuanya ada pattern yang tersendiri.

Itu yang kita nampak secara sains tulen. Malangnya manusia sering melihat dengan sebelah mata. Apakah perihal sains sosial tiada patternnya? Apakah pursuit of bahagia itu tiada formulanya? Apakah cara menjadi kaya itu tiada caranya? Apakah obtaining of love itu tiada skillnya? Apakah jatuh bangun suatu umat manusia itu tiada methodnya? Apakah impian menjadi kekasih Allah itu tiada jalannya?


"Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu." (Al-Fath:23)


Dan ramai yang berkata tentang "berubah".


"Memang nak berubah, tapi susah la. Hidayah Allah tak sampai lagi kot."

"Cuba dah ubah, tapi tah la, same je. Tak berubah2 jugak."

"Bagi masa untuk berubah.."

"Aku datang sini untuk berubah, tapi balik kem ni tak de efek pun"


Ya betul hidayah itu milik Allah namun tugas kita untuk mencarinya.

Adakah cukup dengan mencuba? Mungkin tak kena caranya. Mungkin ada yang perlu dikorbankan demi perubahan itu berlaku.

Masa memang diperlukan untuk berubah. Tapi perubahan harus berlaku gradually not instantly. Kerana itu satu fitrah manusia. Manusia berubah secara perlahan2 dan kadang2 tanpa disedari.

Adakah cukup satu tempoh masa yang pendek untuk merubah seseorang? Bukan senang. Rasulullah membentuk gol. muhajirin dalam masa 13 tahun, dan 23 tahun untuk membentuk individu2 yang sanggup mati kerna Islam.


Sebenarnya apa yang kita nak ubah? Perangai? Jiwa? Jasad? Kelakuan? Pemikiran?


Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.”

(Bukhari dan Muslim)


Hati. Kita mengubah hati. Kerna hati itu bak kata Rasulullah SAW, Raja bagi diri kita.

Disokong oleh ayatul Furqan:


.. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada dalam diri mereka sendiri ... (Ar-Ra'd:11)


"mengubah apa yang ada pada dalam diri mereka sendiri" merujuk kepada hati.


Tadi kita bercakap tentang fitrah dan pattern2 dalam sains sosial. Jadi, sepatutnya ada kefahaman dalam diri yang dalam mengubah diri ini juga ada patternnya, ada sunnatullahnya, ada fitrahnya.

Seorang yang ingin menjadi cemerlang dalam peperiksaan akan mengikut jejak langkah orang yang cemerlang, siap pergi kursus lagi dengan orang tu. Yang ingin kaya seperti Bill Gates akan mengkaji dan mengaplikasikan cara2 yang digunapakai Bill Gates. Yang ingin memandu laju seperti Michael Schumacher akan belajar skill-skill yang dipunyai Michael Schumacher. Yang ingin handal bermain bola seperti Zinedine Zidane atau Cristiano Ronaldo pasti akan melihat dan mengkaji corak permainan dan skill mereka dan mencuba di atas padang.

Begitu juga dalam mengubah hati. Contoh manakah yang terbaik selain daripada Rasulullah SAW ?


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzab:21)


Maka seharusnya bagi diri-diri yang ingin memperbaiki diri itu mencontohi, menteladani apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada sahabat2 baginda.

and again.


"Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu." (Al-Fath:23)


Kalau nak wat air teh. Panaskan air, taruk uncang teh, taruk gula. Dari zaman Hang Tuah sampai sekarang, caranya sama je. Nak kaya dan bolot harta, monopoli. Dari zaman Musyrikin Mekah monopoli tempat sembahan sampai ke British monopoli hasil bumi sampai ke US/Russia monopoli minyak sekarang ni, tak ada beza.

Naiknya satu umat Islam dari zaman Nabi Yusuf sampai ke Ustadziatul Alam Nabi Sulaiman dulu dan turunnya hingga ke paras sifar pada zaman Jahiliyah Mekah, naik semula ketika lahirnya insan yang teristimewa Rasulullah SAW sampai ke Ustadziatul Alam ketika zaman Abbassiyah dan turunnya Islam sekarang ni, dan naiknya Jahiliyah dari era Renessaince sampai ke puncak dunia sekarang. Semuanya melalui cara yang sama, semuanya bermula dari bawah, bermula dari Individu2.

Berubahnya seorang itu menjadi jahat yang asalnya seorang yang saleh pada mana-mana zaman sekalipun ada sunnatullahnya. Dan berubahnya seorang yang jahat menjadi baik dan soleh itu pada mana-mana era pun, mengikut sunnatullah yang tersendiri. Semuanya bermula dari tarbiyah. Tarbiyah yang kuat dari jahiliyah akan membawa seorang itu dekat kepada maksiat maka begitu juga sebaliknya. Tarbiyah yang mantap dari Rasulullah SAW kepada para sahabat2 menjadikan mereka individu yang terutama dan contoh ikutan pada kita.

Kajilah ayatullah. Kajilah sirah. Kerana itulah sumber kekuatan kita.

Akhirkan cerita panjang ini dengan satu ayat,


“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Al-An’am: 125)



Islah Nafsak, Wad'u Ghairak.
Perbaikilah dirimu dan serulah pada Kebaikan.

Friday, November 27

Eid Mubarak

Eid Adha sinonim dengan perkataan "pengorbanan".

Dari kisah korban Habil dan Qabil kepada korban Nabi Ismail A.S. oleh Nabi Ibrahim A.S.

Kita terlalu lali diceritakan dengan kisah2 itu berulang kali, namun apakah pengajarannya kita aplikasi?

Sejauh mana "pengorbanan" itu kita campakkan dalam keghairahan diri mencari erti hidup ini.

Kata pujangga, "berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian", sangat bererti.

Hakikat "pengorbanan" itu telah disimpulkan dalam beberapa bait perkataan yang mudah difahami.

Sunnatullahnya, usaha keras sebelum exam membuahkan pencapaian yang tinggi.

Sunnatullahnya, penat lelah menanam dan menjaga padi membuahkan tuaian yang berkualiti.

Sunnatullahnya, usaha keras mencari sebanyak mungkin bekalan di dunia ini membuahkan ganjaran syurga di akhirat nanti.

Namun apakah manusia zaman ini meniti kehidupan yang penuh pengorbanan ini untuk menuju destinasi kekal abadi?

Atau berpenat lelah siang dan malam demi mencari kesenangan kemakmuran kebahagiaan hidup di dunia sementara ini?

Mungkinkah bila kita bertanya pada diri ini, mampu lidah ini bertutur "cukup bekalan untuk bawa diri bertemu Ilahi"?

Sedang kehidupan ini nyata hanyalah satu ujian dari Maha Esa demi menentukan hambaNya yang benar2 beriman.

Pesanku, jauhkan diri dari maksiat, perbaiki diri serta serulah kepada kebaikan kerna perkara yang paling dekat dengan kita ialah mati.

Moga-moga di hari mulia ini, tercetus azam baru untuk mengubah nafsi-nafsi.

Berkorbanlah diri serta hartamu untuk Allah supaya dapat menggapai destinasi syurgawi.



Islah nafsak, wad'u ghairak,

Selamat Ari Raya Aidil Adha

(^_^)

Saturday, November 21

Ratapan Seorang Pencinta

mentari menyinar hari kita,
cicip unggas menghias alam maya,
bunga-bunga harum mekar di jiwa,
rasa ini, tak dapat kuhindar jua,

akhlaqnya pujaan seisi alam maya,
raut wajah menarikku tuk mendekatinya,
lembah lembut bicara menggoda jiwa,
penyeri kehidupan tatkala kelam dunia,

bahagianya tika disampingnya,
indah menawan tutur katanya,
bernas dan bijak pandangannya,
alangkah indahnya saat bersua,

setiap detik ingin bersama,
mencari setitis redha maha kuasa,
namun kusedar apalah daya,
bukan takdirku bersama dengannya,

setiap..

setiap doaku..

dikala dinihari..

"ya Allah,
bisakah aku layak bersamanya,
diriku tak setaraf dengan dirinya,
diriku hanya insan yang hina berdosa,
yang hanya mendustai kata cinta,"

"ya Allah,
peribadiku hanya seperti kayu di tepian,
tiada yang menyedari, tiada pedulikan,
sedang dirinya emas bertatah berlian,
disanjung dipuji dipuja umat sekalian,"

"ya Allah,
bagaikan langit bumi perbezaannya,
namun cintaku mendalam pada dirinya,
ku cuba dan akan terus mencuba,
kerana janjinya akan terserlah pasti jua,"

walau tak bersua tak berjumpa,
beza jarak kita beribu tahunnya,
hikmahnya mungkin kerna ku hina,
sedang kau manusia yang mulia,
tak tertahan untuk ku ujian diseksa,
tidak layak untuk ku berhijrah bersama,
apatah lagi menjadi tulang belakangnya,
dengan dosa meliar di jasad dan di jiwa,

namun akan kugarap segala tenaga,
walau petir menerpa, walau badai menimpa,
walau jalanmu penuh onak dan bahaya,
tiada gentar tiada ku takut berselimut, tiada,
mentarbiyah diri dengan cara yang kau guna,
logam-logam yang kau gilap sedemikian rupa,
ya Rasulullah, aku ingin seperti mereka,
menjadi penolong2mu sanggup menggadai harta nyawa,

demi Allah,

demi dirimu yang mulia,

demi syurga..



"ya Habibullah,

ya Rasulullah,

terimalah diriku sebagai umatmu."

Sunday, November 15

Putus Cinta Satu Ujian?

Dalam melihat2 orang2 yang visit blog ini, tiba-tiba ter came across one person who 'googled' putus cinta satu ujian dari tuhan and he/she came to this blog and pegi kat post 'Kenapa Allah Bagi Ujian Yang Berat Ini'.

Tertarik dengan pencarian si pencari yang Rabbani ini. :)



Putus cinta itu satu ujian dari tuhan.

Atau mungkin juga,

Putus cinta itu satu rahmat dari tuhan?



Aku pun pernah putus cinta, and siapa yang pernah rasa je la tau betapa peritnya putus cinta ni. Samada kena tinggal ke, ditipu ke, terpaksa meninggalkan sebab si pasangan itu seorang lesbian ke, tiba2 senyap sunyi ke, tiba2 banyak gaduh ke, tiba2 si lelaki semakin gatal tangannya nak menyentuh2 si perempuan ke, hadirnya orang ketiga ke, dipermainkan, kepada cinta yang hanya kerna harta, semuanya menyakitkan hati. Kadang-kadang tu tak tau pun apa salah kita sampai ditinggal setelah madu habis dihisap.

Bagai kulit dihiris pisau perlahan2 dari hujung kuku hingga ke bahu, dirobek2 pula isi perut sampai ke hulu usus, ditikam 15000 kali di hati, pun masih tak dapat menggambarkan betapa peritnya si pencinta wanita/pencinta lelaki yang dikecewakan ini.

Memang Allah menguji kita dengan satu ujian yang berat.

Ramai yang gagal, hanyut terus ke lembah kemaksiatan, mengambil pil2 untuk cubaan bunuh diri, pisau cukur di hujung nadi dan ada pun yang dah memang mati membunuh diri.

Ada pula yang masih mencari nahas lagi, tak serik2 dengan percintaan yang tak menjadi hanya kerana alasan, "aku memerlukan teman" biar lautan api terpaksa kuredah lagi, biar gunung tinggi ku terpaksa daki, asal dapat dikecewakan lagi.

Segilintir dari mereka ada pula yang kembali berjumpa cinta sejati iaitu cinta Ilahi yang suci, tak pernah mengecewakan, tak pernah melalaikan, tak pernah ditinggalkan, dan sentiasa bahagia disamping Tuhan.

Kata-kata yang famous (almost 12,000 hit dekat google),

"Kadang-kadang Allah sembunyikan Matahari, Dia datangkan kilat dan petir. Kita menangis mencari-mencari ke mana hilangnya Mentari. Rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi."

Kata-kata lain,

"Alah, rileks la, kumbang bukan sekor/bunga bukan sekuntum beb."

Semuanya merujuk kepada pengembalian kepada pencarian pengganti yang mungkin alhamdulillah dalam bentuk cinta Ilahi, namun banyaknya kembali dalam kancah jahiliyah penuh onak duri. Mencari lagi dan lagi untuk ketemu jodoh yang ditulis di Luh Mahfuz, atau sekadar memenuhkan kekosongan hati, dan nauzubillahi minzalik, memuaskan nafsu serakah yang dulunya dipuaskan oleh kekasih lama.



Namun, adakah cukup dengan putus cinta itu satu ujian? Apakah erti ujian itu?



Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiya:35)

Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. (Az-Zumar:49)

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfal:28)/(At-Taghabun:15)

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. (Al-Imran:186)

Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Anaam:165)

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)

Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.. (Hud:7)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahf:7)



Allah menjawab pertanyaan tadi, apakah cukup putus cinta itu satu ujian. Seharusnya ketika bercinta itu juga satu ujian dari tuhan, sebelum bercinta ketika kenalan-kenalan itu juga satu ujian dari tuhan. Setiap kesusahan (putus cinta) dan kesenangan (bahagia bercinta) itu ujian dari tuhan.

Bahkan, sedarlah hidup ini bukan untuk bercinta. Hidup ini adalah ujian. Harta bendamu, dirimu, anak-anakmu, dan segala apa yang diberi padamu itu satu ujian dari tuhan, untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalnya.

Iman itu juga satu ujian. Tingkatan iman itu menentukan tahap mana ujian padamu. Tahapan Nabi itu paling tinggi ujiannya diikuti dengan sahabat2 dan seterusnya.

Ingati ayat ini kan?

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ... (al-Baqarah:286)

Ketika putus dulu. Teringat satu ayat yang sentiasa aku putarkan di mulut ini, "Apa dosaku kau buat ku begini? Aku tak pernah curang pun." Hehe. Tak sedar sepanjang masa itu diselimuti dosa-dosa (tak kira dosa besar (berzina) atau dosa kecil (tak jaga pandangan)) boleh tanya lagi apa dosaku? Hehe..

Bagiku putus cinta itu satu rahmat dari Ilahi.

Memutuskan dosa yang beterusan kerana kita selalunya leka tika bercinta, melupai cinta yang sebenarnya.

Sebaik-baik perkataan sejurus ditinggalkan ialah "Alhamdulillah". Allah masih menyayangi kita dengan mengeluarkan kita dari kancah jahiliyah cinta yang tak tahu diredhai atau tak kepada kesinglean yang bebas. Bebas mencari lagi jahiliyah itu, atau mencari Dia.

Terpulang kepada pengambil siri2 ujian yang menentukan tempat kembalinya kita.

Tapi seruanku, sambutlah cintaNya yang sentiasa ternanti-nanti taubat hambaNya.

Semoga kita digolongkan dalam orang-orang yang diredhaiNya. InsyaAllah.

Saturday, November 14

Persoalan2

Bayangkan mata kita ditutup.

Gelap.
Pekat.


Kita dibawa dalam van gelap.

Selepas sekian lama, van berhenti. Lalu pintu dibuka.

Kita di bawa ke dalam sebuah bilik.

Pintu ditutup, mata pun dibuka.

Terpinga-pinga.



Apa persoalan-persoalan kita yang perlu dijawab?



Mungkin salah satunya dari ketiga ini:

Di manakah aku?

Kenapa kau bawa aku ke sini?

Nak buat apa dengan aku?




Pertama-tamanya.

Pada siapakah kita bertanya?

Tentu sekali pada orang yg membawa kita ke situ.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Kemudian soalan2 lain boleh dijawab.


Di manakah kita?

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Dijadikan manusia menghuni alam ini oleh Tuhan. Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah menaburkan bunga2 nikmat pada kita kehidupan seharian. Bumi yang indah, langit yang membiru, lautan yang meluas, pohon-pohon kehijauan, unggas di rimba, bunga-bunga di taman. Udara yang kita sedut setiap masa, mata yang digunakan untuk melihat sekalian ciptaanNya, fizikal badan yang sehat menyempurnakan keperluan seharian, makanan2 dan minuman2 dari pelbagai macam. Kecanggihan teknologi yang semakin canggih setiap hari, kemudahan telekomunikasi yang memudahkan komunikasi, kesenangan kenderaan yang menyenangkan pergerakan. Sehingga sekecil2 detak jantung yang tidak pernah berhenti, darah yang mengalir pantas mengelilingi badan ini, kepada cetus akal fikiran serta detikkan kecil hati.



Soalan seterusnya.

Kenapa kau bawa aku ke sini?

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.



Tuhan yang membawa kita ke sini dengan satu tujuan, menguji kita untuk melayakkan diri kembali ke 'rumah' asal kita iaitu syurga. Tuhan menguasai hari pembalasan. Hari di mana setiap amalan dihitung. Dari pengorbanan jiwa dan raga demi kebangkitan Islam semula, kepada pertolongan kecil mengalih paku tekan di atas lantai. Dari sebesar-besar sedekah yang dinampakkan, kepada sekecil-kecil gesaan hati untuk berbangga dengan diri.Semuanya dihitung oleh Tuhan yang berhak disembah. Hari di mana padanya di hitung amalan fardhu serta hanya padanya pertolongan dipinta. Namun hanya di dunia amalnya diambil kira. Dengan Penyayang serta Pemurah-Nya, dengan Pengampun serta Pengkabul-Nya, hanya Dialah tempat pendambaan kita. Hanya Dialah tempat penyembahan kita.



Soalan terakhir.

Nak buat apa dengan aku?

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan mereka yang dimurkai (orang-orang yang mengetahui kebenaran dan meninggalkannya), dan bukan mereka yang sesat (orang-orang yang meninggalkan kebenaran karena ketidaktahuan dan kejahilan).



Persoalan yang seringkali kita lupa. Kenapa kita di sini? Seperti asalnya, kembalilah pada Rabb, Pencipta sekelian alam. Kita (orang yang berakal dan menggunakannya untuk berfikir dan menyedari hakikat kehidupan ini hanya sementara dan mencari arah tujunya) meminta-minta ditunjukkan petunjuk jalan yang sebenar agar tidak tersesat dalam mencari keredhaanNya. Jalan ini telah ditunjuk nabi Muhammad SAW serta para sahabat serta golongan2 selepasnya. Dengan panduan al-Quran dan Sunnah serta Seerah orang yang paling banyak berjasa menyebarkan Islam yang tanpanya, sesat dan hinalah kita.




Bertanyalah.

Al-Quran pasti ada jawapan.

Friday, November 13

Ketakutan dan Harapan

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya." (30:24)


Allah sangat sweet.

Tak setuju?

Di antara nikmatNya, Dia beri padamu ujian, cabaran, halangan, mehnah, dugaan, sakit untuk menimbulkan kesedihan, kekecewaan, kebasahan (air mata), kesusahan, kepenatan, serta harapan, penyesalan, taubat, Redha. Dan Dia menurunkan kesenangan, pertolongan, pengganti, kesihatan, kebahagiaan, dari segala macam cara(langit yg luas) kepadamu dari segala harapan tadi untuk kamu rasa bersemangat, gembira, lega, bahagia dalam dirimu sesudah ianya sengsara, diuji, merana. Sesungguhnya pada yg demikian, terdapat tanda-tanda bagi orang yang menggunakan akalnya.



Sweet isn't it?



Yang sentiasa kaya takkan merasa kekayaannya selagi dia tak pernah miskin.

Yang sentiasa kenyang takkan merasa nikmat makanan selagi dia tak pernah lapar.

Yang sentiasa di atas tidak akan sedar diri selagi dia tidak merasa berada di bawah.

Yang sentiasa sihat tidak akan pernah merasai keindahan sihat selagi dia tidak sakit.

Yang sentiasa berjaya akan lupa diri dan tidak bersyukur selagi dia tidak merasa kegagalan.

Yang sentiasa dicintai takkan menghargai cinta itu selagi dia tak pernah dikecewakan.

Yang sentiasa di bawah CintaNya akan melupaiNya melainkan datang padanya ujian dan mehnah.



Allah Maha Sweet dan tiada yang paling sweet melainkan Allah. (^_^)

(P/S: Hidup ni macam erm couple kan die mase birthday, si gf dok tunggu2 si bf bagi hadiah, pastu bf dia kata, lupe la nak beli hadiah. pastu si gf pun kecewa sesgt smpi mlimpah ruah air mata. pastu mase balik bilik, tgk2 dh ade bear besar dgn bunga ros kt atas katil dgn tulisan, "I love you, sorry tadi gurau2 je, mne I leh lupe besday you."
dengan syarat, si bf n gf tu saling mncintai. sama dengan kita n Allah. kena cinta Allah n Allah cinta kita. Got it? Hee)

Selamat mencari Cinta Sebenar.

He's waiting for you.

Wednesday, November 4

Dua Bulan Penuh Dosa

tatkala iman menggunung tinggi,
satu suara bergema lagi,
menggoncang iman di hati,
membuat diri ternanti-nanti,

hari demi hari dilalui,
iman mula menggoncang bak gempa bumi,
meninggalkan jalan diredhai,
menuju sisa jahiliyah kembali,

hari demi hari dijalani,
keseronokan dunia meliar dalam diri,
gelak tawa riang melupakan janji,
tak sedar diri menyimpang dari jalan ini,

hari demi hari disusuri,
dosa demi dosa dicari,
ya Allah, kenapa aku jadi begini,
ya Allah, jangan biar aku sendiri,

terasa hidayah lari meninggalkan diri,
terasa jahiliyah menerkam kembali,
ya Allah, aku tak mahu begini,
ya Allah, aku ingin diredhai.

kembali ke sini dalam keadaan sembunyi,
bertalam dua muka dengan sahabat sendiri,
mencuba dan terus mencuba mencari,
hampir ketemu namun hanya Tuhan mengetahui.

ya Allah besarnya dosaku dua bulan ini,
meninggalkan jalanMu, pulang ke jahili,
ya Allah jangan kau tarik lagi hidayah ini,
tak ada penggantungan selainMu ya Rabbi,

setapak demi setapak,
selangkah demi selangkah,
aku harus bangun berlari,
kerana masa tak menanti,
kerana keredhaan itu perlu dicari,
demi syurga yg abadi...