Bayangkan mata kita ditutup.
Gelap.
Pekat.
Kita dibawa dalam van gelap.
Selepas sekian lama, van berhenti. Lalu pintu dibuka.
Kita di bawa ke dalam sebuah bilik.
Pintu ditutup, mata pun dibuka.
Terpinga-pinga.
Apa persoalan-persoalan kita yang perlu dijawab?
Mungkin salah satunya dari ketiga ini:
Di manakah aku?
Kenapa kau bawa aku ke sini?
Nak buat apa dengan aku?
Pertama-tamanya.
Pada siapakah kita bertanya?
Tentu sekali pada orang yg membawa kita ke situ.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kemudian soalan2 lain boleh dijawab.
Di manakah kita?
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dijadikan manusia menghuni alam ini oleh Tuhan. Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah menaburkan bunga2 nikmat pada kita kehidupan seharian. Bumi yang indah, langit yang membiru, lautan yang meluas, pohon-pohon kehijauan, unggas di rimba, bunga-bunga di taman. Udara yang kita sedut setiap masa, mata yang digunakan untuk melihat sekalian ciptaanNya, fizikal badan yang sehat menyempurnakan keperluan seharian, makanan2 dan minuman2 dari pelbagai macam. Kecanggihan teknologi yang semakin canggih setiap hari, kemudahan telekomunikasi yang memudahkan komunikasi, kesenangan kenderaan yang menyenangkan pergerakan. Sehingga sekecil2 detak jantung yang tidak pernah berhenti, darah yang mengalir pantas mengelilingi badan ini, kepada cetus akal fikiran serta detikkan kecil hati.
Soalan seterusnya.
Kenapa kau bawa aku ke sini?
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tuhan yang membawa kita ke sini dengan satu tujuan, menguji kita untuk melayakkan diri kembali ke 'rumah' asal kita iaitu syurga. Tuhan menguasai hari pembalasan. Hari di mana setiap amalan dihitung. Dari pengorbanan jiwa dan raga demi kebangkitan Islam semula, kepada pertolongan kecil mengalih paku tekan di atas lantai. Dari sebesar-besar sedekah yang dinampakkan, kepada sekecil-kecil gesaan hati untuk berbangga dengan diri.Semuanya dihitung oleh Tuhan yang berhak disembah. Hari di mana padanya di hitung amalan fardhu serta hanya padanya pertolongan dipinta. Namun hanya di dunia amalnya diambil kira. Dengan Penyayang serta Pemurah-Nya, dengan Pengampun serta Pengkabul-Nya, hanya Dialah tempat pendambaan kita. Hanya Dialah tempat penyembahan kita.
Soalan terakhir.
Nak buat apa dengan aku?
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan mereka yang dimurkai (orang-orang yang mengetahui kebenaran dan meninggalkannya), dan bukan mereka yang sesat (orang-orang yang meninggalkan kebenaran karena ketidaktahuan dan kejahilan).
Persoalan yang seringkali kita lupa. Kenapa kita di sini? Seperti asalnya, kembalilah pada Rabb, Pencipta sekelian alam. Kita (orang yang berakal dan menggunakannya untuk berfikir dan menyedari hakikat kehidupan ini hanya sementara dan mencari arah tujunya) meminta-minta ditunjukkan petunjuk jalan yang sebenar agar tidak tersesat dalam mencari keredhaanNya. Jalan ini telah ditunjuk nabi Muhammad SAW serta para sahabat serta golongan2 selepasnya. Dengan panduan al-Quran dan Sunnah serta Seerah orang yang paling banyak berjasa menyebarkan Islam yang tanpanya, sesat dan hinalah kita.
Bertanyalah.
Al-Quran pasti ada jawapan.
No comments:
Post a Comment