Monday, June 29

Kala Subuh.. [2.15 pagi]

Ketika menanti subuh tadi, aku tengok2 youtube. Tengok anas feat akbar punya vid. Sedap la dia nyanyi, tapi tu bukan benda penting. Aku tengok la link kat tepi tepi tu, tengok tengok tengok, ade link, bekas penyanyi nasyid terkenal. Curious, aku pun tekan la, mashaAllah terkejutnya aku tengok benda tu.

Sedih.

Terkejut.

Tak percaya.

Takut.

Mungkin perasaan korang sama dengan perasaan aku masa tu kot. Bukan niat aku untuk memburuk-burukkan someone yang once I really like listening to. Tapi, pengajaran perlu diambil dan perlu disampaikan.

Terkejut perubahan drastik dia. Terkejut bagaimana mudah Allah menarik nikmat iman dari hambaNya. Itu yang aku takutkan. Tak terbayang aku jika nikmat iman itu ditarik dari diri yang lemah dan hina ni. Jika dicabut ya Allah, hilang gapaianku, hilang pedomanku, hilang segala-galanya ya Allah. Ya Allah kau tetapkanlah iman kami ini atas jalan yang diredhai.

Tapi, itulah realiti.

Walau kuat mana pun kebenaran/dakwah yang disampaikan, walau ikhlas mana pun peringatan/pesanan yang diberi, kuasa Allah melampaui segala-galanya. Bila datang godaan, cabaran, ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita, nikmatnya boleh ditarik bila-bila yang disukai. Kerna itu, bertaqwalah kepada Allah kerna dia pemilik mutlak diri kita.

Sekemudian itu, berbincanglah kami (aku dan kawan-kawan yang stay up) berkenaan dengan masalah yang melanda masyarakat Malaysia. Dari hubungan sejenis ke masalah akhlak ke masalah couple ke masalah zina. Terketar jiwaku memikirkannya. Terpaku aku mendengar sakit-sakit yang menempati lubuk-lubuk hati umat Islam masa kini. Masalah UITM tempat sosial, sekolah sejenis yang melahirkan makhluk yang melawan hukum alam, dan berbagai-bagai lagi.

Hanya Islam dan Iman yang dapat menyelamatkan dunia yang semakin lintang pukang dan haru biru ini.

Hargailah nikmat Islam dan Iman kita kerna itulah segala-galanya yang dapat menjamin keselamatan kita di dunia dan di akhirat ini.

Akhir kata,

Rabbanalatuzi'qulubana ba'daizhadaitana wahablanamilladunkarahmah innakaantalwahhab.

"Ya Tuhan, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sungguh hanya Engkaulah Yang Maha Pemberi karunia."
(QS. Âli 'Imrân: 8).

Sunday, June 21

Ikhlas

Ikhlas - Satu perkataan yang mudah disebut tapi payah dilakukan.

"Betul Mat, ikhlas ni aku bagi ko duit ni." Betul ke bagi? Ke harap balasan?

"Saya betul-betul ikhlas nak kat awak." Betul ke ikhlas? Ke harap balasan?

"Bang, mintak sumbangan ikhlas untuk anak-anak yatim." Betul ke ikhlas or sebab ade orang tengok?

Ikhlas berkait rapat dengan Hadith 1 (Hadith 40 Imam Nawawi)

Hadith 1


Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah."

Ya Allah,
Minta maaf usahaku niatku kurasakan tak berpaksi pada Yang Esa.
Minta maaf ku tersimpang jauh dari mengimpikan redha Maha Kuasa.
Minta maaf selama ini kurasa ikhlasku jauh api dari panggangnya.
Minta maaf perlakuanku tak menggambarkan suci ikhlas kata-kata.

Ya Allah, sucikanlah ikhlaskanlah hatiku.
Ku harap biarlah dosa terhapus berlalu.

Pesan dari diri yang berdosa,
selalulah muhasabah dirimu,
periksalah niatmu agar ia tidak bercanggah dengan kehendakNya.
biarlah segala tujuan perbuatan kita semata-semata kerana Yang Esa.
semoga diterima amalanmu.
semoga dibalas setimpalnya.

Check.

Pabila kita memberi,
adakah perlakuan kita hanya semata menunjuk?

Pabila kita berbicara,
adakah hati kudus membenarkan kalimah kita?

Pabila kita bersukan,
adakah untuk menunjuk-nunjuk skill menimang bola?

Pabila kita berfotografi,
adakah semata untuk mencari pujian-pujian rakan?

Pabila kita mengaji,
adakah untuk mempamer kepandaian kita berlagu?

Pabila kita berpakaian,
adakah niat di hati untuk menarik perhatian tontonan umum?

Pabila kita bercinta,
adakah benar cinta kita itu berlandas syarak atau semata kehendak hati?

Pabila kita berkawan,
adakah benar-benar berkawan atau ada udang di sebalik batu?

Pabila hati kita berkata,
"Aku melakukannya (anything) kerana Allah Taala"
adakah realitinya benar-benar niat kita hanya keranaNya?

Re-check.



Ikhlas benar-benar sukar dicapai melainkan diri yg benar beriman pada Allah.
Yang takutkan azab neraka dan hanya mengharap syurga dan rahmat dariNya.

Tuesday, June 16

Oooooooooooooo...

Oooooooooooooo...

Berjam-jam berfacebooking boleh? Takpe, untuk eratkan silaturrahim?
Berjam-jam tengok movie boleh? Ala, sekali sekala je kan?

Tidur lewat bergayut ngan pakwe boleh? Takpe ngantuk, asal lepas rindu kan?
Tidur lewat bekerja untuk duit lebih boleh? Takpe penat, asal duit masuk kan?

Nak bangun malam solat tahajud tak boleh. Nak berjaga tengok Champions League?
Nak spend 10 minit mengaji Al-Quran susah. Nak spend sejam tengok drama korea?

Nak solat berjemaah kat masjid/surau tak boleh. Nak pergi lepak kedai mamak?
Nak tengok ceramah/talk mengantuk. Nak tengok gig/konsert?

Sanggup bersusah payah untuk hidup senang kat dunia.
Nak bersusah payah untuk hidup senang kat akhirat?

Nak kejar apa keseronokan dunia? Tak kekal.
Nape tak kejar kebahagiaan akhirat? Kekal.



"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Al-Hadid : 20

Monday, June 15

Ihsan

Ihsan

setiap masa
setiap detik
setiap ketika
setiap waktu

setiap kelip mata
setiap indah kata
setiap dusta nista
setiap laku kita

setiap langkah kaki
setiap rasa hati
setiap cetus inspirasi
setiap denyut nadi



ingatlah malaikat kanan kiri
mencatat memerhati

ingatlah Tuhan Maha Mengetahui
gerak geri jua isi hati



"Ihsan"



jika manusia berjaya mencapai tahapan ini
nescaya melakukan dosa tak siapa berani
dikawal setiap gerak geri nya berhati hati
kerna taqwa pada Tuhan tak berbelah bagi



berusahalah.

walau gagal.

teruskan.

jangan luntur semangat.

jangan berhenti melangkah.

destinasimu.

perlu dicapai tak kira apa.

kerna akhirannya.

hanya syurga.

atau neraka.

buatlah pilihanmu.