Monday, June 15

Ihsan

Ihsan

setiap masa
setiap detik
setiap ketika
setiap waktu

setiap kelip mata
setiap indah kata
setiap dusta nista
setiap laku kita

setiap langkah kaki
setiap rasa hati
setiap cetus inspirasi
setiap denyut nadi



ingatlah malaikat kanan kiri
mencatat memerhati

ingatlah Tuhan Maha Mengetahui
gerak geri jua isi hati



"Ihsan"



jika manusia berjaya mencapai tahapan ini
nescaya melakukan dosa tak siapa berani
dikawal setiap gerak geri nya berhati hati
kerna taqwa pada Tuhan tak berbelah bagi



berusahalah.

walau gagal.

teruskan.

jangan luntur semangat.

jangan berhenti melangkah.

destinasimu.

perlu dicapai tak kira apa.

kerna akhirannya.

hanya syurga.

atau neraka.

buatlah pilihanmu.

3 comments:

pseudotherathosa apophysis said...

ehsan - ihsan?
apa beza?

hishammahir said...

Ihsan ngn ehsan? Laen eh? Aaa.. Alif ha sin nun tu la..yg tu. Silap huruf kot. Ihsan ke ehsan tort?

pseudotherathosa apophysis said...

ihsan - benevolence
betul da tu =]