Wednesday, May 20

Cinta? Couple? Kahwin?

Siri 1.

Target : Kaum yang sedang bercouple atau masih merindui kekasih.

"I love you sayang," kata si romeo setelah lama menenung kekasihnya yang duduk di tepinya.

Bayu pantai mengesak meniup lembut rambut si gadis yang tertunduk malu mendengarkan luahan rasa lelaki yang ingin dijadikan raja dalam hidupnya.

Tatkala mereka berpandangan di naungan senja merah yang semerah cinta mereka. Tanpa si gadis sedari, tangan si romeo telah erat memegang tangannya bagaikan mereka seperti dijadikan untuk bersama-sama.

Niat si gadis yang ikhlas awalnya kian terlerai punca hangat sentuhan si romeo. Tenggelamlah gadis itu akibat kesayuan mata romeo yang memandang penuh pengharapan. Semakin erat genggaman penuh kasih sayang itu. Si gadis tewas. Akur kehendak si romeo yang tidak mahu melepaskan tangan lembutnya.

"Saya sayang awak jugak", balas si gadis akhirnya. Malu yang menjadi penghalang kepada luahan isi hatinya hilang. Tangan erat yang menggenggam diangkat serta di cium menandakan setia yang tak berbelah bagi. Harapan si gadis pada si romeo menggunung tinggi untuk membawanya ke puncak cinta.

Hari ke hari, kerap semakin si gadis dibawa keluar bersama demi mencari kebahagiaan serta gelak tawa. Masakan cukup dengan hanya di talian, rindu yang bergolak dalam jiwa mendesak diri untuk berjumpa. Bangga si gadis dengan si romeo. Berjalan berpegang tangan bagaikan hanya mereka dalam dunia. Pandangan manusia usah dihiraukan, asalkan mereka bahagia bersama.

Dari mata jatuh ke hati, dari hati jatuh ke nafsu, dari nafsu jatuh ke tangan, dari tangan jatuh ke tempat larangan. Si gadis berhenti terkejut si romeo meletakkan tangan di bahunya. Namun, dalam rasa kemarahan, kehangatan tubuh si romeo melenyapkan terus sifat malu yang telah lama ditanam sejak kecil lagi. Terasa indah ketika dipeluk sedemikian rupa.

Masa silih berganti, tiga bulan telah termetrai janji, si romeo tak sudah-sudah mengungkap kata-kata hati, yang menjadikan si gadis terus lekat di sisi. Si gadis sunti merana merindu idaman hati, hidupnya tak tenang tanpanya di sisi. Terasa ingin dicari walau dalam mimpi. Hidupnya sangat indah tatkala hadir kekasih hati.

Terasa tidak sanggup dilepaskan, sanggup digadai maruah dan badan, asalkan terus mengecap bahagia. Si romeo makin menjadi-jadi, betis diberi paha dicari. Nafsu menguasai diri tidak terbendung lagi. Tau-tau la sendiri ape yang akan jadi. Si gadis sunti tidak lagi gadis sekarang ini. Maruah digadai, mahkota diberi. Namun si romeo tidak juga menunaikan janji. Tatkala perut membesar diisi baby, menyesal tak sudah bekas si gadis sunti.

Inilah hasilnya cinta tanpa panduanNya.
Cinta yang mencari bahagia yang fana.
Cinta yang membuta mata.
Cinta yang ternoda.
Cinta yang sia-sia.
Cinta yang mencari dosa.
Cinta yang menjamin neraka.

Malu yang menjadi benteng jiwa musnah. Iman yang menjadi kubu kuat dirobohkan.

Oleh siapa?

Tentunya oleh diri sendiri,
tatkala diri lupa Ilahi,
tentunya sekali maksiat dicari.
Dibisik syaitan yang dikasihi,
indah hidup lupa akhirat hakiki.

Namun jalan pulang masih terdampar luas bak seluas alam maya. Cuma memerlukan pengorbanan jiwa serta raga, yang ramai antara mereka gagal melaksanakannya.

Allah kata "wala taqrabuzzina" (janganlah kamu dekati zina) tak nak dengar. Bahagia yang dicari melalui jalan pintas yang salah juga menjadi pilihan.

Ya, fitrah manusia untuk berkasih sayang, tapi ada batasnya.

Lihat 2 situasi di bawah.


Situasi 1:

Jika seseorang yang umurnya masih muda (19,20,21 tahun) yang masih belajar menyatakan hasratnya untuk berkahwin, apakah balasan yang akan dia dapat?

"Amboi, gatalnye!",

"Dah buang tabiat?",

"Tak sedar diri ke?",

"Belajar dulu."

"Ko nak bagi isteri ko makan pasir ke?"

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An Nur: 32)


“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”,
HR Ahmad.


Ada ke Allah set kan time untuk berkahwin?
Kena lepas study?
Tak pun bila dah ready? Nak tanya, bila yang dah ready tu?
Kalau tunggu ready, kenapa ada orang yang kawin bila dah 'matured' kononnya, still bercerai? Tak cukup janji Ilahi yang akan membantu sesiapa yang ingin berkahwin?
Kenapa oppose sangat orang yang nak bercinta secara suci?


وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَـٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
(Al-Kahfi : 54)




Situasi 2:

Jika seseorang yang umurnya masih muda (13,14,15 tahun) yang masih belajar menyatakan hasratnya untuk bercouple, apakah balasan yang akan dia dapat?

"Ada gambar?", "Ngan sape?", "Hensem tak?", "Advanced la ko skrg."

Adakah ini bertepatan dengan apa yang Allah katakan? Seorang yang ingin mengikat hubungan dengan sah dicemuh, tetapi seorang yang ingin berkasih sayang dengan cara yang batil yang salah dipuji dipuja. Ya Allah, berilah hidayah pada kami. Betullah Dr. MAZA cakap zaman ni nak buat maksiat lagi mudah dari nak kahwin. Dunia dah terbalik.


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Isra' : 32)


وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya ........ Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
(Al-An'am : 151)


"Zinanya mata adalah melihat (sesuatu), zinanya lisan adalah mengucapkan (sesuatu), zinanya hati adalah mengharapkan dan menginginkan (sesuatu), sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu (semua) ...",
HR Bukhari & Muslim

Allah larang kita daripada mendekati zina. Mendekati zina atau orang kata ringan-ringan. Apa contoh ringan-ringan? (kot-kot ada yang tak tau) Contohnya macam berpegang tangan, cium pipi, bersandar bahu walaupun berlapik, berpeluk dan sebagainya.

Berdasarkan hadith tu pulak, sesuatu yang dalam bracket tu ialah sesuatu yang boleh menimbulkan syahwat, menimbulkan rasa hendak kepada hubungan kelamin. Oleh itu, pandangan, percakapan, rindu yang tidak menghala kepada syahwat dibolehkan. Tapi tak bererti couple itu dibolehkan kerana possibility untuk mendekati zina amatlah besar. Dan usaha untuk memutihkan yang hitam tidak sama sekali akan berhasil kerana yang hitam tetap hitam (couple islamic kononnya).

Couple yang terang-terang mendekati zina, kenapa orang puji-puji sedangkan bila orang muda kata nak kahwin terus dihalang?

Hmm..... fikir-fikirkan.

Enjoy nasyid yang sedap ni. Masih ada ruang untuk kembali.
Yang dah kembali. Jangan kembali kepada dosa-dosa lama. (pesan diri)


Nowseeheart - Seorang Gadis. (klik untuk dengar)

Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah
Usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih
cintakan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....




4 comments:

NHS Manchester said...

mabruk akhi, tulisan yang cukup bagus. namun demikian, itulah realiti umat/masyarakat...kadang2, bila berbual dengan orang ramai, ada yang terkejut bila dikatakan kita xde gf/bf...anggap benda tu satu yang pelik, luar norma-norma remaja...dan kadang kala pula jika kita bercadang untuk bernikah, ramai yang tersenyum sinis, dan soalan2 yang lazim keluar sama seperti di atas...maka peranan untuk mereka yang sedar (baca:aku dan kau) adalah untuk menyedarkan mereka realiti sebenar tentang perkara ini, dan banyak perkara lain lagi..

jom islah nafsak, wad'u ghairak!!!

kuburan said...

salam. kan best kalau situasi satu tu buleh difahami dan dihadam oleh masyarakat kita.

Hisham Mahir said...

Syukran.
Bila faham Islam yang sebenar, tentu mudah berhadapan dengan masalah-masalah macam ni. Sebab bila dah faham Islam sebenar2nya, masalah ni bukan satu masalah besar, yang lebih besar dan utama ialah mengembangkan dakwah itu sendiri.

Anonymous said...

Moga kefahaman yg kita ada ini dapat disebarkan dan berkekalan. Moga zuriat kita nanti lebih mudah mengharungi isu-isu sebegini terutamanya apabila kita sebagai bapa2 mereka telah faham. Jangan nanti kita pulak mengulangi perkara yg sama.