Tuesday, May 19

Alergik 'dakwah'

'Dakwah' - satu perkataan yang ramai orang alergik.


Kenapa ya?


"Ish poyo la mamat tu, nak berdakwah pulak, diri tu tak seberapa bagus nak berdakwah kat orang lain pulak," umpat si A kepada si B.

"Yela, tau takpe. Kata kat orang jangan couple, tapi dia dulu pernah gak couple. Nak berdakwah konon." balas si B.


Dialog seumpama ini mungkin kita pernah dengar atau lazim didengari.

Kenapa alergik dakwah sedangkan jika Nabi Muhammad S.A.W. tidak berdakwah dahulu, bayangkan bagaimana kita sekarang ni? What will we be without Islam?

Adakah korang semua tak pernah berdakwah? I bet you have at least once.


"Eh, jom solat. Dah masuk waktu tu," ajak si Kuman kepada si Kumin.


"Ish apa la tv ni tayang perempuan seksi menari, tukar-tukar channel," kata Aisyah pada Bob.


"Jangan la kau buat dia camtu, tak elok," pesan Safwan kepada Naqib selepas dia memukul Zack.


Nak tanya, adakah ini dakwah?

Yes it is. Semuanya mengajak kepada kebaikan dan Islam itu adalah kebaikan.

Firman Allah;

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah....

Ali Imran : 110

Umat Muhammad ialah umat yang terbaik, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang kejahatan. Maksud ayat ini jelas dan sekiranya kita ingin tergolong dalam umat Muhammad (yang terbayek) ini, kita kena amar makruf nahi mungkar.


Firman Allah;

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Al-Asr : 1-3


Semua manusia atas muka bumi ini Allah kata dalam kerugian. Allah yang kata, bukan aku. So, korang-korang semua ni berada dalam kerugian kecuali;

1. Orang yang beriman, dan,

2. Orang yang beramal soleh, dan,

3. Orang yang ada 2 ciri kat atas tu dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan dengan sabar (dakwah).


So, kenapa perlu alergik dengan 'dakwah'?


Takkan korang alergik dengan perintah Allah?


Ubah mindset yang dah ditune barat. Kerana kita taknak berada dalam golongan yang rugi.


Tapi saya yakin, semua orang akan timbul rasa benci bila melihat seorang peragut yang dah kantoi, pembunuh dan perogol wanita, gadis juga budak-budak, pemimpin yang korup, peperangan yang bersifat menindas dan sebagainya.


Masih ada iman dalam diri kita semua kerana selemah-lemah iman adalah membenci kemungkaran dengan hati. Namun adakah cukup dengan hanya membenci dengan hati?


Kita kata kita tak mampu. Tapi terpulanglah, kalau nak berada dalam golongan yang rugi, silakan.


Sebab kita tak mampu nak buat sorang-sorang yang wujudnya pasukan-pasukan yang matlamatnya sama iaitu membawa umat kembali kepada Allah.


Berhenti alergik kepada dakwah takut-takut Allah dan Rasul alergik kat kita di hari akhirat nanti. Nauzubillahiminzalik.


Semua orang Islam inginkan syurga, namun adakah perlakuan dan amalan kita seperti ahli syurga? Muhasabah diri anda (pesan kepada diri sendiri juga).


Wallahua'alam

4 comments:

Anonymous said...

Jzkk for the reminder. Moga terus thabat di jalan-Nya. "Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu".

Don Daughter's said...

saLam...

teRIma KasIh...

Hisham Mahir said...

semoga kekal atas jalan-Nya.

azaHmaeL said...

teruskan teruskan