Friday, May 15

Malam-Malam di Manchester

(tengah berjalan pulang di kala pekat malam)

Malam ini sangat tenang, setenang still water dalam botol yang tidak digoncang.

Ramai muda mudi di sekeliling terperap di bilik memandangkan eksaminasi hampir menjelang. Tak seperti di waktu spring mereka selalu melepak di luar2 rumah membuat bising dan mengganggu aku menjadi tak tenang.

Tadi aku ternampak seekor kucing dalam perjalanan pulang, putih hitam warnanya, gebu bulunya, dia berjalan perlahan mungkin kerana kepenatan mencari makanan seharian. Aku juga berjalan perlahan memandangkan tiada yang ku kejari selain rehat sebelum esokhari meneruskan perjuangan. Perjuangan wajib diteruskan.

Ketika kaki-kaki ini melangkah melewati malam-malam di manchester, teringatku di kala winter dahulu. Kaki-kaki ini senantiasa melangkah laju. Demi mengelak badan beku. Huhuhuhuhu. (Icam, serius!) Ok, kaki-kaki ini senantiasa melangkah laju demi mengelak badan kesejukan. Kala itu, life pace terasa amat laju. Begitu jua pengenalanku terhadap usrah serta tarbiyah(pembaikan diri).

Berat hati ingin pergi ke Scotland mengikuti Perhimpuan Musim Salju anjuran MSM. Lebih rela ku bertemu buah hati tersayang tiada yang lain selainmu kaulah kekasih kaulah diriku kaulah hidupku kaulah segalanya yang sedang rindu menunggu gurauan senda usikanku. Perjalananku melewati musim salju, merupakan satu titik perubahan hidup. Berlaku suatu perkara yang betul-betul mengejutkan dan tidak kusangka. Allah benar-benar menguji keimananku.

Ketika itu, aku hanya merasakan dunia ini berlaku zalim terhadapku. Allah berlaku tidak adil padaku. Terasa pedih hati ini mengenangkan peristiwa silam yang tak ingin ku lalui sekali lagi. Rupa-rupanya, butir-butir hujanan salju-salju sejuk menampar pipiku supaya sedar akan realiti kehidupan. Aku bingkas membuka mata hati melihat realiti. Realiti manusia yang tersungkur dipandu nafsu serta syaitan yang menggunakan kesenangan dan kebahagiaan dunia sebagai pengabur mata dan dijadikan destinasi, dari kebenaran dari tuhan yang memerintah alam semesta ini.

Takku fahami mengapa kesenangan hidup diburu kemewahan hidup dicari, jika untuk masa hari tua, atau anak-anak yang akan membesar menggantikan kita, masakan ada yang terpejam mata tatkala umur dua puluh dua mahupun tiga hari? Kenapa yang tidak kekal itu menjadi motivasi hidup ini sedangkan quran nyata menekankan akhirat kekal abadi? Harta bawa mati?

Takku mengerti kenapa ada yang tergila-gilakan wanita sedangkan mereka tahu kecantikan tidak kekal abadi?? Jika kerana cinta yang suci terlafaz dari kata mahupun hati tanpa nista atau dusta, mengapa ada satu hati yang akan terluka di akhir hari?? Mengapa ada yang kan berpaling hati walau janji setia disulami kasih yang tak berbelah bagi?? Itukah cinta suci yang dicari??

Takku fahami mengapa masih dibuai mimpi tatkala alarm dah lama berbunyi pesan dari rasulullah serta penggendong-penggendong amanah yang diwarisi nabi??? Mahu tunggu nak mati baru ingatkan tuhan padahal masa hidupmu kau lari dari suruhan ilahi??? Adakah kau rasa itu layak untuk kau menjejakkan kaki even melihat pintu syurgawi???

Takku mengerti mengapa.... mengapa kau masih berdiam diri, ramai yang masih menunggu seruan ilahi sedangkan kau tahu Islammu perlu disampaikan serta disebarkan di atas muka bumi???? apakah cukup dengan beribadah sehari lima kali serta puasa, zakat, haji akan menjaminmu terlepas dari pertanyaan dihisab di mahsyar depan tuhan penguasa alam ini????


malam ini masih tenang.. setenang ombak di tengah lautan yang memecah sampan karam ditelan gulungan himpunan molekul2 air masin yang menempati tujuh persepuluh dari muka bumi ini

4 comments:

imejiner said...

indahnya malam2 manchester seindah bayang katamu.

haha.boleh tahan mamat ni. jiwang jugak.

Bijen M. said...

aku nak men snobol..

Don Daughter's said...

salam...

kita x pernah berJumpA

HaNYA AlAm maYa mnJadi sAksi sBuah PerkeNalan...

daRi mAncheSteR...

ke HujUng tGaNU...

kiTa cUma saMa

keRana kiTa aDalah hamBaNya...

dAn akU snTiasa berHarap

sMoga aKu...daN kiTA SEmUA

TIDak diPesOngkaN hatI DrPD mElAkukaN seBuah aMal...

pyanuddin al-Helmy said...

berdoalah banyak2 mintak dari-Nya supaya kita sentiasa di berikan cahaya petunjuk menerangi jalan yg satu itu dan tidak-tidak sekali kita tergoda utk keluar dari jalan satu itu.

Surah an-Nas 114:1-6