Mana Satu Cita-Cita Anda?
Ada yang teringin kecantikannya dipuji,
Ada yang terasa mahu diri didampingi,
Ada yang mengharap lafaz cinta kekasih hati,
Ada yang memerlukan cinta hingga mati.
Ada yang inginkan kereta Mazda RX8,
Ada yang mimpikan Banglo atas bukit,
Ada yang dambakan suami berduit,
Ada yang inginkan untuk tidak sakit.
Ada yang citanya untuk menjadi jurutera,
Ada yang azamnya menjadi kaya raya,
Ada yang harapannya bersuamikan anak raja,
Ada yang impiannya mengelilingi dunia.
Ada yang tujuannya menjadi penyanyi terkemuka,
Ada yang berusaha sedaya memecah rekod dunia,
Ada yang mengejar bentuk tubuh badan yang sasa,
Ada yang gigih menjadi pemain bola sepak ternama.
Ada yang berfoya memainkan hati hati manusia,
Ada yang setia menginginkan seorang wanita,
Ada yang tak kesah asal dapat hidup bahagia,
Ada yang cuma ingin live life to the fullest, katanya.
Ada yang leka dengan keindahan fantasi dunia fana,
Ada yang lena mengecapi cinta kekasih yang sementara,
Ada yang lalai dihasut serangan pemikiran syaitan durjana,
Ada yang lupa janji azab Allah pada yang mendustakanNya.
Segelintir cuma yang berusaha mengembalikan syiarNya,
Segelintir cuma yang ingin Islam tertegak di bumi nyata,
Segelintir cuma yang mahu berkorban demi cintaNya,
Segelintir cuma yang semahunya dambakan wangian syurga.
Segelintir cuma yang bersyukur atas nikmat dan musibahNya,
Segelintir cuma yang sedar akan ujian-ujian Allah kepadanya,
Segelintir cuma yang mampu bertahan istiqamah atas jalanNya,
Segelintir cuma yang semahunya dambakan redha tuhannya.
Matlamat Ada Yang hanya di dunia penuh tipu daya,
Matlamat Segelintir Cuma nun akhirat di sana,
Cita-cita Ada Yang cita-cita kanak-kanak cuma,
Cita-cita Segelintir Cuma cita-cita penghuni syurga.
ps. Renungkan dan gunalah akal dikurnia tuhan.
1 comment:
baNyaK yaNg terKEnA..
TERiMa kAsiH..
Post a Comment