Friday, May 22

Life Is Wonderful

Jason Mraz - Life Is Wonderful (click here to listen)

It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la life is wonderful
Ah la la la la la

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you yawn brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It takes some silence to make sound
And it takes a loss before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to make you care
It takes a hole to make a mountain

Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love



Life is truly wonderful,
When you're up and down
And you're in and out,
you're black or you're white,
you're left or you're right,
you're wrong or you're right,
if Allah is your only hope,
if your friends are there for you,
if you're good to your parents,
if you do good deeds for Him,
if you leave bad deeds for Him,
whenever you're up and down,
and you're in and out,
you're black or you're white,
you're left or you're right,
you're wrong or you're right,
always know that life's wonderful.



and nothing is more wonderful,
than to have a wonderful life,
in the Hereafter.


Love Him.
Love Him wholeheartedly.

Wednesday, May 20

Cinta? Couple? Kahwin?

Siri 1.

Target : Kaum yang sedang bercouple atau masih merindui kekasih.

"I love you sayang," kata si romeo setelah lama menenung kekasihnya yang duduk di tepinya.

Bayu pantai mengesak meniup lembut rambut si gadis yang tertunduk malu mendengarkan luahan rasa lelaki yang ingin dijadikan raja dalam hidupnya.

Tatkala mereka berpandangan di naungan senja merah yang semerah cinta mereka. Tanpa si gadis sedari, tangan si romeo telah erat memegang tangannya bagaikan mereka seperti dijadikan untuk bersama-sama.

Niat si gadis yang ikhlas awalnya kian terlerai punca hangat sentuhan si romeo. Tenggelamlah gadis itu akibat kesayuan mata romeo yang memandang penuh pengharapan. Semakin erat genggaman penuh kasih sayang itu. Si gadis tewas. Akur kehendak si romeo yang tidak mahu melepaskan tangan lembutnya.

"Saya sayang awak jugak", balas si gadis akhirnya. Malu yang menjadi penghalang kepada luahan isi hatinya hilang. Tangan erat yang menggenggam diangkat serta di cium menandakan setia yang tak berbelah bagi. Harapan si gadis pada si romeo menggunung tinggi untuk membawanya ke puncak cinta.

Hari ke hari, kerap semakin si gadis dibawa keluar bersama demi mencari kebahagiaan serta gelak tawa. Masakan cukup dengan hanya di talian, rindu yang bergolak dalam jiwa mendesak diri untuk berjumpa. Bangga si gadis dengan si romeo. Berjalan berpegang tangan bagaikan hanya mereka dalam dunia. Pandangan manusia usah dihiraukan, asalkan mereka bahagia bersama.

Dari mata jatuh ke hati, dari hati jatuh ke nafsu, dari nafsu jatuh ke tangan, dari tangan jatuh ke tempat larangan. Si gadis berhenti terkejut si romeo meletakkan tangan di bahunya. Namun, dalam rasa kemarahan, kehangatan tubuh si romeo melenyapkan terus sifat malu yang telah lama ditanam sejak kecil lagi. Terasa indah ketika dipeluk sedemikian rupa.

Masa silih berganti, tiga bulan telah termetrai janji, si romeo tak sudah-sudah mengungkap kata-kata hati, yang menjadikan si gadis terus lekat di sisi. Si gadis sunti merana merindu idaman hati, hidupnya tak tenang tanpanya di sisi. Terasa ingin dicari walau dalam mimpi. Hidupnya sangat indah tatkala hadir kekasih hati.

Terasa tidak sanggup dilepaskan, sanggup digadai maruah dan badan, asalkan terus mengecap bahagia. Si romeo makin menjadi-jadi, betis diberi paha dicari. Nafsu menguasai diri tidak terbendung lagi. Tau-tau la sendiri ape yang akan jadi. Si gadis sunti tidak lagi gadis sekarang ini. Maruah digadai, mahkota diberi. Namun si romeo tidak juga menunaikan janji. Tatkala perut membesar diisi baby, menyesal tak sudah bekas si gadis sunti.

Inilah hasilnya cinta tanpa panduanNya.
Cinta yang mencari bahagia yang fana.
Cinta yang membuta mata.
Cinta yang ternoda.
Cinta yang sia-sia.
Cinta yang mencari dosa.
Cinta yang menjamin neraka.

Malu yang menjadi benteng jiwa musnah. Iman yang menjadi kubu kuat dirobohkan.

Oleh siapa?

Tentunya oleh diri sendiri,
tatkala diri lupa Ilahi,
tentunya sekali maksiat dicari.
Dibisik syaitan yang dikasihi,
indah hidup lupa akhirat hakiki.

Namun jalan pulang masih terdampar luas bak seluas alam maya. Cuma memerlukan pengorbanan jiwa serta raga, yang ramai antara mereka gagal melaksanakannya.

Allah kata "wala taqrabuzzina" (janganlah kamu dekati zina) tak nak dengar. Bahagia yang dicari melalui jalan pintas yang salah juga menjadi pilihan.

Ya, fitrah manusia untuk berkasih sayang, tapi ada batasnya.

Lihat 2 situasi di bawah.


Situasi 1:

Jika seseorang yang umurnya masih muda (19,20,21 tahun) yang masih belajar menyatakan hasratnya untuk berkahwin, apakah balasan yang akan dia dapat?

"Amboi, gatalnye!",

"Dah buang tabiat?",

"Tak sedar diri ke?",

"Belajar dulu."

"Ko nak bagi isteri ko makan pasir ke?"

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An Nur: 32)


“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”,
HR Ahmad.


Ada ke Allah set kan time untuk berkahwin?
Kena lepas study?
Tak pun bila dah ready? Nak tanya, bila yang dah ready tu?
Kalau tunggu ready, kenapa ada orang yang kawin bila dah 'matured' kononnya, still bercerai? Tak cukup janji Ilahi yang akan membantu sesiapa yang ingin berkahwin?
Kenapa oppose sangat orang yang nak bercinta secara suci?


وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَـٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
(Al-Kahfi : 54)




Situasi 2:

Jika seseorang yang umurnya masih muda (13,14,15 tahun) yang masih belajar menyatakan hasratnya untuk bercouple, apakah balasan yang akan dia dapat?

"Ada gambar?", "Ngan sape?", "Hensem tak?", "Advanced la ko skrg."

Adakah ini bertepatan dengan apa yang Allah katakan? Seorang yang ingin mengikat hubungan dengan sah dicemuh, tetapi seorang yang ingin berkasih sayang dengan cara yang batil yang salah dipuji dipuja. Ya Allah, berilah hidayah pada kami. Betullah Dr. MAZA cakap zaman ni nak buat maksiat lagi mudah dari nak kahwin. Dunia dah terbalik.


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Isra' : 32)


وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya ........ Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
(Al-An'am : 151)


"Zinanya mata adalah melihat (sesuatu), zinanya lisan adalah mengucapkan (sesuatu), zinanya hati adalah mengharapkan dan menginginkan (sesuatu), sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu (semua) ...",
HR Bukhari & Muslim

Allah larang kita daripada mendekati zina. Mendekati zina atau orang kata ringan-ringan. Apa contoh ringan-ringan? (kot-kot ada yang tak tau) Contohnya macam berpegang tangan, cium pipi, bersandar bahu walaupun berlapik, berpeluk dan sebagainya.

Berdasarkan hadith tu pulak, sesuatu yang dalam bracket tu ialah sesuatu yang boleh menimbulkan syahwat, menimbulkan rasa hendak kepada hubungan kelamin. Oleh itu, pandangan, percakapan, rindu yang tidak menghala kepada syahwat dibolehkan. Tapi tak bererti couple itu dibolehkan kerana possibility untuk mendekati zina amatlah besar. Dan usaha untuk memutihkan yang hitam tidak sama sekali akan berhasil kerana yang hitam tetap hitam (couple islamic kononnya).

Couple yang terang-terang mendekati zina, kenapa orang puji-puji sedangkan bila orang muda kata nak kahwin terus dihalang?

Hmm..... fikir-fikirkan.

Enjoy nasyid yang sedap ni. Masih ada ruang untuk kembali.
Yang dah kembali. Jangan kembali kepada dosa-dosa lama. (pesan diri)


Nowseeheart - Seorang Gadis. (klik untuk dengar)

Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah
Usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih
cintakan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....




Tuesday, May 19

Alergik 'dakwah'

'Dakwah' - satu perkataan yang ramai orang alergik.


Kenapa ya?


"Ish poyo la mamat tu, nak berdakwah pulak, diri tu tak seberapa bagus nak berdakwah kat orang lain pulak," umpat si A kepada si B.

"Yela, tau takpe. Kata kat orang jangan couple, tapi dia dulu pernah gak couple. Nak berdakwah konon." balas si B.


Dialog seumpama ini mungkin kita pernah dengar atau lazim didengari.

Kenapa alergik dakwah sedangkan jika Nabi Muhammad S.A.W. tidak berdakwah dahulu, bayangkan bagaimana kita sekarang ni? What will we be without Islam?

Adakah korang semua tak pernah berdakwah? I bet you have at least once.


"Eh, jom solat. Dah masuk waktu tu," ajak si Kuman kepada si Kumin.


"Ish apa la tv ni tayang perempuan seksi menari, tukar-tukar channel," kata Aisyah pada Bob.


"Jangan la kau buat dia camtu, tak elok," pesan Safwan kepada Naqib selepas dia memukul Zack.


Nak tanya, adakah ini dakwah?

Yes it is. Semuanya mengajak kepada kebaikan dan Islam itu adalah kebaikan.

Firman Allah;

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah....

Ali Imran : 110

Umat Muhammad ialah umat yang terbaik, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang kejahatan. Maksud ayat ini jelas dan sekiranya kita ingin tergolong dalam umat Muhammad (yang terbayek) ini, kita kena amar makruf nahi mungkar.


Firman Allah;

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Al-Asr : 1-3


Semua manusia atas muka bumi ini Allah kata dalam kerugian. Allah yang kata, bukan aku. So, korang-korang semua ni berada dalam kerugian kecuali;

1. Orang yang beriman, dan,

2. Orang yang beramal soleh, dan,

3. Orang yang ada 2 ciri kat atas tu dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan dengan sabar (dakwah).


So, kenapa perlu alergik dengan 'dakwah'?


Takkan korang alergik dengan perintah Allah?


Ubah mindset yang dah ditune barat. Kerana kita taknak berada dalam golongan yang rugi.


Tapi saya yakin, semua orang akan timbul rasa benci bila melihat seorang peragut yang dah kantoi, pembunuh dan perogol wanita, gadis juga budak-budak, pemimpin yang korup, peperangan yang bersifat menindas dan sebagainya.


Masih ada iman dalam diri kita semua kerana selemah-lemah iman adalah membenci kemungkaran dengan hati. Namun adakah cukup dengan hanya membenci dengan hati?


Kita kata kita tak mampu. Tapi terpulanglah, kalau nak berada dalam golongan yang rugi, silakan.


Sebab kita tak mampu nak buat sorang-sorang yang wujudnya pasukan-pasukan yang matlamatnya sama iaitu membawa umat kembali kepada Allah.


Berhenti alergik kepada dakwah takut-takut Allah dan Rasul alergik kat kita di hari akhirat nanti. Nauzubillahiminzalik.


Semua orang Islam inginkan syurga, namun adakah perlakuan dan amalan kita seperti ahli syurga? Muhasabah diri anda (pesan kepada diri sendiri juga).


Wallahua'alam

Monday, May 18

All The Best!

Eksaminasi.

(baca jangan guna bahasa baku)

Musim eksaminasi menjelma.
Hmm, aku pulak tiada paper.
Tapi cuma belambak kerja.
Melukis, mendesign dan mewarna.

Semua student sedang berusaha.
Buat betul-betul biar sempurna.
All out sekarang, tak nak kecewa.
Menanti ketibaan cuti summer.

Dalam kemeriahan musim ini.
Tak semua yang ingatkan diri.
Supaya terus dekat dgn Ilahi.
Kerana hidup ini satu eksaminasi.

Takut fail dalam theory number.
Tak kurang takut fail A Level.
Takut juga fail satu semester.
Lagi takut fail ujian dunier.

Paper dunia banyak tau you.
Harta, pangkat, shopping kasut baju.
Pegaulan laki perempuan, to name a few.
Kesakitan, kehilangan banyak lagi tu.

Beringatlah diri sebelum mati.
Bertaubatlah sebelum hidayah lari.
Istiqamah dalam perubahan diri.
Jangan menyesal satu hari nanti.

Bila nyawa terputus dari badan.
Tak siapa dapat beri pertolongan.
Syurga or neraka, dosa pahala jadi sandaran.
Berhenti buat dosa, banyakkan amalan.



Abang ku ajar dalam Islam tiada erti good luck,
dia kata yang ada hanya all the best.
So jangan dok wish good luck good luck.
Wish la usaha, doa, tawakal dan all the best.



p/s : All the best to abg2, akak2, adik2, teman sebaya, mak, ayah, keluarga, keluarga teman2, keluarga semua2 la, dalam menghadapi ujian dunia. Jangan give up.

Changing the World

Changing the World



"I dreamed a dream," sang Susan Boyle.





"I have a dream," voiced Martin Luther King.





"Heal the world," plead Micheal Jackson





"I'll change the world" vowed Barrack Obama.





There's so many people who want the world as a better place.
While others hate violence, the one who did it feels life is unjust.
There's just too many imbalance acts in the world as we know it.
All those bad things and unhappiness are caused by man themselves.



For Allah has said that,

"We have sent you (Muhammad) only as a mercy to the world,"
(Tidaklah kami mengutuskanmu (wahai Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat bagi semesta alam)
Al-Anbiya' : 107



Communism changed North Korea to an unimaginable state.
Capitalism helps rich to be richer and poor suffers horribly.

Muhammad PBUH is a mercy for all of us. He brought us Islam.
The only way that this world can be better is by applying Islam.

Islam is not a religion, it's a system from the One who created us.

When this perfect system is denied, look at how the world is now.
War, violence, robbery, corruption, marriage failure, u name it.



In short,

The only way you can better the world is by Islam.

Everyone must do their bits.

Starting with yourself.

Change, before it's too late.



Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away.
(Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. )
Al-Anbiya' : 1



Death is near...



"When their specified time arrives, they cannot delay it for a single hour nor can they bring it forward,"
(Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatkan sesaat pun)
An-Nahl : 61





despite whatever their hopes are,





I said, "Perbaiki diri, mulakan dengan HATI."



The world will not Change unless we Change (tarbiyah),
and urge others to Change (da'wah).




p/s : Pintu taubat terbentang luas dari timur ke barat. Rentaslah segenap maya mencari redhaNya.

Sunday, May 17

...


...



langit biru tak selalu cerah,
kadang ribut taufan melanda,
namun teman percayalah,
mentari pasti terbit semula,
itu ketetapan sunnatullah,
janji pencipta alam buana,






p/s: la tahzan icam.

Saturday, May 16

Hitam ke Putih

hari-hari yang panjang..
mentarikan terus datang..
hitam takkan berulang..
menjemput kasih pulang..





perubahan ditunggu..
waktu yang berlalu..
alhamdulillah syukurku..
padamu yg Maha Satu..





kupasti kau kan terus..
menongkah samudera..
kerna langkahmu tulus..
mencari keredhaanNya..





air mata mu penghapus..
api neraka yg panas..
doa dari hati yang telus..
taubat dari an-nas..





teruskan terus berlari..
jangan kau toleh lagi..
jangan kau ulang lagi..
masa silam penuh duri..





rintangan menanti depanmu..
halangan kan menggoyangmu..
jangan kau gentar beradu..
Allah sentiasa bersamamu..





perjalanan panjang ini..
kau tempuh hanya sekali..
ingatlah janji-janji Ilahi..
dalam mencari syurgawi..





p/s: aku bangga denganmu!
p/s/s: tulisan ini ditaip untuk beberapa kawan yang berani memutuskan hubungan dengan kekasih mereka demi memperbaiki diri dalam mencari keredhaan Ilahi.. alhamdulillah. ayuh mari sama2 bermujahadah melawan nafsu dan bisikan syaitan.
p/s/s/s: kepada mereka, janganlah toleh kembali ke peristiwa hitam dalam hidupmu. Cinta dunia memang takkan kekal lama dan hanyasa sia-sia. habiskan hidupmu dengan Cinta pada yang Maha Kuasa. Hanya dia tempat bergantung dan tempat kite kembali insyaAllah~.

Friday, May 15

Malam-Malam di Manchester

(tengah berjalan pulang di kala pekat malam)

Malam ini sangat tenang, setenang still water dalam botol yang tidak digoncang.

Ramai muda mudi di sekeliling terperap di bilik memandangkan eksaminasi hampir menjelang. Tak seperti di waktu spring mereka selalu melepak di luar2 rumah membuat bising dan mengganggu aku menjadi tak tenang.

Tadi aku ternampak seekor kucing dalam perjalanan pulang, putih hitam warnanya, gebu bulunya, dia berjalan perlahan mungkin kerana kepenatan mencari makanan seharian. Aku juga berjalan perlahan memandangkan tiada yang ku kejari selain rehat sebelum esokhari meneruskan perjuangan. Perjuangan wajib diteruskan.

Ketika kaki-kaki ini melangkah melewati malam-malam di manchester, teringatku di kala winter dahulu. Kaki-kaki ini senantiasa melangkah laju. Demi mengelak badan beku. Huhuhuhuhu. (Icam, serius!) Ok, kaki-kaki ini senantiasa melangkah laju demi mengelak badan kesejukan. Kala itu, life pace terasa amat laju. Begitu jua pengenalanku terhadap usrah serta tarbiyah(pembaikan diri).

Berat hati ingin pergi ke Scotland mengikuti Perhimpuan Musim Salju anjuran MSM. Lebih rela ku bertemu buah hati tersayang tiada yang lain selainmu kaulah kekasih kaulah diriku kaulah hidupku kaulah segalanya yang sedang rindu menunggu gurauan senda usikanku. Perjalananku melewati musim salju, merupakan satu titik perubahan hidup. Berlaku suatu perkara yang betul-betul mengejutkan dan tidak kusangka. Allah benar-benar menguji keimananku.

Ketika itu, aku hanya merasakan dunia ini berlaku zalim terhadapku. Allah berlaku tidak adil padaku. Terasa pedih hati ini mengenangkan peristiwa silam yang tak ingin ku lalui sekali lagi. Rupa-rupanya, butir-butir hujanan salju-salju sejuk menampar pipiku supaya sedar akan realiti kehidupan. Aku bingkas membuka mata hati melihat realiti. Realiti manusia yang tersungkur dipandu nafsu serta syaitan yang menggunakan kesenangan dan kebahagiaan dunia sebagai pengabur mata dan dijadikan destinasi, dari kebenaran dari tuhan yang memerintah alam semesta ini.

Takku fahami mengapa kesenangan hidup diburu kemewahan hidup dicari, jika untuk masa hari tua, atau anak-anak yang akan membesar menggantikan kita, masakan ada yang terpejam mata tatkala umur dua puluh dua mahupun tiga hari? Kenapa yang tidak kekal itu menjadi motivasi hidup ini sedangkan quran nyata menekankan akhirat kekal abadi? Harta bawa mati?

Takku mengerti kenapa ada yang tergila-gilakan wanita sedangkan mereka tahu kecantikan tidak kekal abadi?? Jika kerana cinta yang suci terlafaz dari kata mahupun hati tanpa nista atau dusta, mengapa ada satu hati yang akan terluka di akhir hari?? Mengapa ada yang kan berpaling hati walau janji setia disulami kasih yang tak berbelah bagi?? Itukah cinta suci yang dicari??

Takku fahami mengapa masih dibuai mimpi tatkala alarm dah lama berbunyi pesan dari rasulullah serta penggendong-penggendong amanah yang diwarisi nabi??? Mahu tunggu nak mati baru ingatkan tuhan padahal masa hidupmu kau lari dari suruhan ilahi??? Adakah kau rasa itu layak untuk kau menjejakkan kaki even melihat pintu syurgawi???

Takku mengerti mengapa.... mengapa kau masih berdiam diri, ramai yang masih menunggu seruan ilahi sedangkan kau tahu Islammu perlu disampaikan serta disebarkan di atas muka bumi???? apakah cukup dengan beribadah sehari lima kali serta puasa, zakat, haji akan menjaminmu terlepas dari pertanyaan dihisab di mahsyar depan tuhan penguasa alam ini????


malam ini masih tenang.. setenang ombak di tengah lautan yang memecah sampan karam ditelan gulungan himpunan molekul2 air masin yang menempati tujuh persepuluh dari muka bumi ini

Wednesday, May 13

Indahnya

Indahnya



Indahnya hidup kerana Cinta,





Indahnya perjuangan kerana Cinta,





Indahnya persaudaraan kerana Cinta,





Indahnya kemaafan kerana Cinta,





Indahnya percintaan kerana Cinta,





Indahnya pertemuan kerana Cinta,





Indahnya perpisahan kerana Cinta,











Jika kamu mengerti wahai manusia.





tulus,
hisham yg mahu menari perlahan di atas bulan

Monday, May 11

Mana Satu Cita-Cita Anda?

Mana Satu Cita-Cita Anda?





Ada yang teringin kecantikannya dipuji,
Ada yang terasa mahu diri didampingi,
Ada yang mengharap lafaz cinta kekasih hati,
Ada yang memerlukan cinta hingga mati.





Ada yang inginkan kereta Mazda RX8,
Ada yang mimpikan Banglo atas bukit,
Ada yang dambakan suami berduit,
Ada yang inginkan untuk tidak sakit.





Ada yang citanya untuk menjadi jurutera,
Ada yang azamnya menjadi kaya raya,
Ada yang harapannya bersuamikan anak raja,
Ada yang impiannya mengelilingi dunia.





Ada yang tujuannya menjadi penyanyi terkemuka,
Ada yang berusaha sedaya memecah rekod dunia,
Ada yang mengejar bentuk tubuh badan yang sasa,
Ada yang gigih menjadi pemain bola sepak ternama.





Ada yang berfoya memainkan hati hati manusia,
Ada yang setia menginginkan seorang wanita,
Ada yang tak kesah asal dapat hidup bahagia,
Ada yang cuma ingin live life to the fullest, katanya.





Ada yang leka dengan keindahan fantasi dunia fana,
Ada yang lena mengecapi cinta kekasih yang sementara,
Ada yang lalai dihasut serangan pemikiran syaitan durjana,
Ada yang lupa janji azab Allah pada yang mendustakanNya.





Segelintir cuma yang berusaha mengembalikan syiarNya,
Segelintir cuma yang ingin Islam tertegak di bumi nyata,
Segelintir cuma yang mahu berkorban demi cintaNya,
Segelintir cuma yang semahunya dambakan wangian syurga.





Segelintir cuma yang bersyukur atas nikmat dan musibahNya,
Segelintir cuma yang sedar akan ujian-ujian Allah kepadanya,
Segelintir cuma yang mampu bertahan istiqamah atas jalanNya,
Segelintir cuma yang semahunya dambakan redha tuhannya.





Matlamat Ada Yang hanya di dunia penuh tipu daya,
Matlamat Segelintir Cuma nun akhirat di sana,
Cita-cita Ada Yang cita-cita kanak-kanak cuma,
Cita-cita Segelintir Cuma cita-cita penghuni syurga.





ps. Renungkan dan gunalah akal dikurnia tuhan.

Friday, May 8

Hai Sang Ujian

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

al-Quran menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar,dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.
Surah al-Ankabut ayat 2-3



Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

al-Quran menjawab : Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
Surah al-Baqarah ayat 216



Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

al-Quran menjawab : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Surah al-Baqarah ayat 286



Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?

al-Quran menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.
Surah Ali Imran ayat 139



Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

al-Quran menjawab : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
Surah al-Baqarah ayat 45



Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

al-Quran menjawab : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakkal.
Surah at-Taubah ayat 129



Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

al-Quran menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
Surah at-Taubah ayat 111



Kita bertanya : Aku tak tahan!

al-Quran menjawab : .... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
Surah Yusuf ayat 12



Kita bertanya : Sampai bila kita akan merana begini?

al-Quran menjawab : Kerana seseungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Surah al-Insyirah ayat 5-6



p/s : copyright orang lain. quran menjawab semua permasalahan kita.

Tuesday, May 5

Bersukan di Petang Hari

Qawuiyul Jismi.
(Kuat tubuh badan)

Bersukan dan bersukan supaya sehat tubuh badan untuk menyebarkan syariat Allah. ^_^




"Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas."
- pepatah arab

Sunday, May 3

Aku Masih Begini

Aku Masih Begini

Perubahan? Perubahan apa?
Tuturku masih serupa,
Romantis still ada,
Jiwang? Hahahaha,



Gerak gayaku masih sama,
Berat badan begitu juga,
Lawakku sambil lewa,
Tak berkurang manja,
Tak berkurang tawa.
Minatku still pianisa,
Juga Toyota Supra.


Namun yang berbeza,
Pemikiran pandangan cuma,
Syukur pada yg Esa,
Kesedaran yang diterima,

Ingin dikongsi segala,
Islam indah sentosa,
Islam aman sejahtera,
Islamlah penyelamat dunia.


Aku masih begini.



p/s : Nak senang paham, sifatku tak pernah berubah, hanya pemikiran dan target.

p/s/s : Perbaiki diri, mulakan dengan HATI.