Monday, June 13

Main Kejar-Kejar

Ingat tak dulu-dulu masa kecik2, masa hingus bergantungan dari hidung, si budak perempuan selalu kelihatan comel dan sangat selekeh especially di bahagian tudung (kalau kamu bertudung masa kecik dulu) dengan baju kotor berdebu, bertanah tiap2 kali pulang sekolah. Antara game yang selalu kita main ialah main kejar-kejar.


Dulu, masa dekat Sekolah Rendah Islam ABIM Kajang, petang-petang lepas solat asar dan baca mathurat (kadang-kadang lari skip baca jugak), selalu lepak surau, main kejar-kejar dalam surau. Dengan badan yang agak kurus masa tu (masa kecik dulu laaaaa), boleh la kata lari laju jugak (dapat no 4 sukan tahunan 100m. :P menang dengan Akram and Firdaus kot!). Main-main2 sampai la ustaz/ustazah datang halau. Kadang-kadang main dekat kelas je (bukan dalam kelas), dekat koridor sekolah tu, naik atas turun bawah.


Seronok ke berlari-lari ni? Seronok ke berkejar-kejaran ni? Best kot. Especially bila dapat tap member yang gemuk dengan mudah, pastu tease2 dia dengan skill mengelak kita. Hehehe. Seriously, one of the best feeling (at that moment masa main2 tu la) bila dah penat kejar tak dapat2 orang, bila kita tap tu, rasa puas gile kan? Kita kejar sesuatu yang kita nak, kita takkan kejar sesuatu yang kita taknak, or kita rasa tak penting sangat. Peliklah budak-budak main kejar-kejar tapi tak nak tap orang, just kejar je. Tak logik kan?


Sebagai manusia yang Allah ciptakan dikelilingi dengan berbagai-bagai nikmat ni, yang Allah kata dalam surah yang selalu kita baca hari Jumaat kerana sunnah, surah al-Kahf, ayat belakang2 tu, Allah kata, 


"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan."


Kalaulah lautan yang tak pernah habis lagi diterokai dan berjuta-juta misteri ada padanya, doublekan, still Allah kata tak cukup lagi nak buat dakwah tulis nikmat-nikmat yang Allah limpahkan dekat kita.


Dekat mana tadi? Oh, ha, sebagai manusia yang banyak nikmat ni, nikmat cinta, nikmat harta, nikmat skill, nikmat kaya, nikmat hensem, nikmat suara sedap, nikmat pandai main gitar, nikmat pandai main bola, nikmat fashion, nikmat bla bla bla ni, 
        kita mesti ada nak kejar sesuatu dalam hidup ni kan?


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah/berlarilah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

Berlari macamana?

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗوَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menelan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.


So, apa tunggu lagi? JOM! Berlumba-lumbalah menafkahkan harta sebab ianya tak pernah berkurang malahan bertambah seperti Allah kata, Allah menyuburkan sedekah. Nafkahkanlah ketika wallet tebal mahupun poket bersawang.

Berlumbalah untuk menahan marah. Marah itu jika ditahan nampak di raut wajah, akantapi telanlah kemarahan itu agar tak siapa nampak kemarahan itu. Serta bersegeralah memaafkan manusia lain walau sebesar manapun dosa mereka, kerana sedar tak sedar kita juga berdosa dan melakukan kesalahan.

So, hmmm, paling tak pandai nak buat ending. Awkward. Kehidupan ni kan tak ada ending (eh ye ke?) Betul apa, dah mati nanti, kena soal, bangkit, himpun, timbang, lalu sirot, lepas tu duduk syurga atau neraka selama-lamanya. So, jomlah beramal. Cakap banyak-banyak tak guna kalau tak ada amal.


Wallahua'alam.

1 comment:

Anonymous said...

senyum sorang-sorang bace post ni, comel! kami dulu tak main kejar2 main lompat getah ja :)