Thursday, June 2

Cinta Sebelah Tangan



ya nabi salam 'alaika, ya rasul salam 'alaika, ya habib salam 'alaika, solawatullah 'alaika.





pelik. pelik. pelik.





kata orang, dari mata jatuh ke hati, dari situ berputik cinta.





kita hidup beribu tahun bezanya, tiada mengenali rupa, tidak pernah mendengar suara, apatah lagi bertegur sapa, 





masakan kita mampu mencintai baginda? 





cuma akhlak mulianya tercerita, cuma keabdiannya diperkata, cuma pekertinya dikagumi semua, cuma terdengar perkataannya





pernah dengar cinta bertepuk sebelah tangan?





perjuangan jelas matlamatnya, buktinya darah lelah dan luka, ajarannya jelas satu cinta, agar kita selamat di akhir sana.





pernah lewatkah fikiran kita jasa manusia termulia disisiNya?





rasaku, cinta mata yang jatuh ke hati, cinta materi cinta fisik cuma. kerana tiba tika ia hilang, pergilah cinta bersama masa.





tapi ia tak sama dengan genta rasa ini, ia tak serupa cinta ruhi ini, saat meneliti jejak sirahnya, hati makin detak bertanya, saat menelusuri tapak perjuangannya, hati kerap merindui kehadirannya.





oh Rasulullah, pantaskah aku jadi sebahagian dari umatmu..?







No comments: