Tuesday, June 28

Bayang-bayang


Bayang-bayang itu makhluk.
Bayang-bayang itu hitam.
Bayang-bayang itu sujud.
Bayang-bayang itu merendah diri.
Bayang-bayang itu lekat di bumi.
Bayang-bayang itu patuh.
Bayang-bayang itu hidup.

tapi pelik, 

Manusia itu angkuh.
Manusia itu ingkar,
Manusia itu sombong,
Manusia itu meninggi diri,
Manusia itu tidak mengenang budi,
Manusia itu tidak tahu erti syukur,
Manusia itu juga, makhluk.

Monday, June 13

Today Is All That You Have


Seriously whoever done this, this is really good.

"Your life's span is but one day, 
as if you were born in it and will die at the end of it."

"Hidup ini hanyalah satu hari,
seperti kita lahir padanya dan akan mati di penghujung hari (tidur)." 

There's so much you can get out of this beautiful phrase.



So, think.

Main Kejar-Kejar

Ingat tak dulu-dulu masa kecik2, masa hingus bergantungan dari hidung, si budak perempuan selalu kelihatan comel dan sangat selekeh especially di bahagian tudung (kalau kamu bertudung masa kecik dulu) dengan baju kotor berdebu, bertanah tiap2 kali pulang sekolah. Antara game yang selalu kita main ialah main kejar-kejar.


Dulu, masa dekat Sekolah Rendah Islam ABIM Kajang, petang-petang lepas solat asar dan baca mathurat (kadang-kadang lari skip baca jugak), selalu lepak surau, main kejar-kejar dalam surau. Dengan badan yang agak kurus masa tu (masa kecik dulu laaaaa), boleh la kata lari laju jugak (dapat no 4 sukan tahunan 100m. :P menang dengan Akram and Firdaus kot!). Main-main2 sampai la ustaz/ustazah datang halau. Kadang-kadang main dekat kelas je (bukan dalam kelas), dekat koridor sekolah tu, naik atas turun bawah.


Seronok ke berlari-lari ni? Seronok ke berkejar-kejaran ni? Best kot. Especially bila dapat tap member yang gemuk dengan mudah, pastu tease2 dia dengan skill mengelak kita. Hehehe. Seriously, one of the best feeling (at that moment masa main2 tu la) bila dah penat kejar tak dapat2 orang, bila kita tap tu, rasa puas gile kan? Kita kejar sesuatu yang kita nak, kita takkan kejar sesuatu yang kita taknak, or kita rasa tak penting sangat. Peliklah budak-budak main kejar-kejar tapi tak nak tap orang, just kejar je. Tak logik kan?


Sebagai manusia yang Allah ciptakan dikelilingi dengan berbagai-bagai nikmat ni, yang Allah kata dalam surah yang selalu kita baca hari Jumaat kerana sunnah, surah al-Kahf, ayat belakang2 tu, Allah kata, 


"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan."


Kalaulah lautan yang tak pernah habis lagi diterokai dan berjuta-juta misteri ada padanya, doublekan, still Allah kata tak cukup lagi nak buat dakwah tulis nikmat-nikmat yang Allah limpahkan dekat kita.


Dekat mana tadi? Oh, ha, sebagai manusia yang banyak nikmat ni, nikmat cinta, nikmat harta, nikmat skill, nikmat kaya, nikmat hensem, nikmat suara sedap, nikmat pandai main gitar, nikmat pandai main bola, nikmat fashion, nikmat bla bla bla ni, 
        kita mesti ada nak kejar sesuatu dalam hidup ni kan?


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah/berlarilah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

Berlari macamana?

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗوَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menelan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.


So, apa tunggu lagi? JOM! Berlumba-lumbalah menafkahkan harta sebab ianya tak pernah berkurang malahan bertambah seperti Allah kata, Allah menyuburkan sedekah. Nafkahkanlah ketika wallet tebal mahupun poket bersawang.

Berlumbalah untuk menahan marah. Marah itu jika ditahan nampak di raut wajah, akantapi telanlah kemarahan itu agar tak siapa nampak kemarahan itu. Serta bersegeralah memaafkan manusia lain walau sebesar manapun dosa mereka, kerana sedar tak sedar kita juga berdosa dan melakukan kesalahan.

So, hmmm, paling tak pandai nak buat ending. Awkward. Kehidupan ni kan tak ada ending (eh ye ke?) Betul apa, dah mati nanti, kena soal, bangkit, himpun, timbang, lalu sirot, lepas tu duduk syurga atau neraka selama-lamanya. So, jomlah beramal. Cakap banyak-banyak tak guna kalau tak ada amal.


Wallahua'alam.

Friday, June 10

Cebisan Memori

manusia datang dan pergi,
tinggal kenangan serta memori,
itupun akan turut pergi,
dan singgah di fikiran ikut suka hati,
tapi mereka yang terus berinteraksi,
atau bersatu hati demi Ilahi,
kenangan pasti takkan luput mati,
ia hinggap di celahan hari-hari,
memacu langkah seribu erti,
menderu menuju destinasi suci,
kan tiba satu ketika nanti,
ianya kan hilang nian pasti,
kecuali pada mereka ahli syurga abadi.
langkah yang dipacu hari-hari,
pasti akan terhenti saat tiba mati,
kenangan suka duka satu memori,
harta tak ternilai dalam hidup ini, 
yang tak dapat dibawa pergi,
iakan tertinggal di dunia ini, 
tapi segala memori kan terungkai kembali,
detik kaki menjejak syurga nanti, 
walhal mereka malang di neraka ngeri,
kenangan sedikit pun tak teringati, 
seraya firman dari yang Maha Mengerti,
"Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka merasa seolah-olah tidak tinggal di dunia melainkan sesaat pada siang hari." (46:35) 

Manusia biasa menyimpan harta terbaiknya iaitu memori, dari sudut gambar di celahan buku album mahupun album di mukabuku, penulisan di blog juga diari bawah bantal/tilam, tak kurang juga memvideokan kenangan agar dapat dilihat semula pabila terasa rindu.

Tapi semuanya kan jadi debu bila tiba hari pergi bertamu, kecuali tiga perkara yang kekal selepas matimu; sedekah jariahmu, ilmu yang bermanfaat serta anak yang soleh. Itulah bekal tambahan dalam menuju sang penghitung amalan.

Segala memori terkubur, kan dirungkai saat kau menjejak syurga, detik kau menghirup bauan kasturi, tapi malanglah mereka yang dihumban ke neraka, tak satu saat teringat akan dunia, kerna cuma seksa demi seksa, jadi santapan dalam neraka.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (3:185) 

Thursday, June 2

Cinta Sebelah Tangan



ya nabi salam 'alaika, ya rasul salam 'alaika, ya habib salam 'alaika, solawatullah 'alaika.





pelik. pelik. pelik.





kata orang, dari mata jatuh ke hati, dari situ berputik cinta.





kita hidup beribu tahun bezanya, tiada mengenali rupa, tidak pernah mendengar suara, apatah lagi bertegur sapa, 





masakan kita mampu mencintai baginda? 





cuma akhlak mulianya tercerita, cuma keabdiannya diperkata, cuma pekertinya dikagumi semua, cuma terdengar perkataannya





pernah dengar cinta bertepuk sebelah tangan?





perjuangan jelas matlamatnya, buktinya darah lelah dan luka, ajarannya jelas satu cinta, agar kita selamat di akhir sana.





pernah lewatkah fikiran kita jasa manusia termulia disisiNya?





rasaku, cinta mata yang jatuh ke hati, cinta materi cinta fisik cuma. kerana tiba tika ia hilang, pergilah cinta bersama masa.





tapi ia tak sama dengan genta rasa ini, ia tak serupa cinta ruhi ini, saat meneliti jejak sirahnya, hati makin detak bertanya, saat menelusuri tapak perjuangannya, hati kerap merindui kehadirannya.





oh Rasulullah, pantaskah aku jadi sebahagian dari umatmu..?