Monday, May 30

Mum

Mum is someone who sleeps 3 hours a day even when she's on HOLIDAY.

and Allah is the One who doesn't sleep at all, doesn't even yawn!

Is it not enough for you to be grateful for what others' done for u? Have you no shame?

"Among the words people obtained from the First Prophecy are:
If you feel no shame, then do as you wish." - Bukhari

Friday, May 27

Bebas



Jiwa yang bebas merdeka; jiwa yang berjaya terlepas dari belenggu diri sendiri, jiwa yang mengenepikan keegoan dan kerakusan nafsu demi secebis redha Ilahi. Faktor usia, pangkat, ilmu, status diketepi dalam sama-sama menghambakan diri padaNya. 


Disamping kebebasan itu adanya perjuangan, menegakkan kebenaran yang menafikan kebatilan, menghidupkan bumi dengan keadilan dan keharmonian, menuju kepada destinasi suci. Kemenangan itu kan datang pabila Allah menghendakinya, kerana Allah menginginkan sesuatu untuk berlaku di atas kejayaan itu.


Jiwa yang terbang bebas; jiwa yang dapat menundukkan keangkuhannya ketika kejayaan tiba, jiwa yang dapat menidakkan budinya dalam sesuatu kemenangan. Tidak terasa walau sedikit yang kejayaan itu hasil jasanya, kerana hak mutlak hanya pada yang Esa. 


Dalam meraikan kejayaan itu, mereka sudi meluang masa memuji Tuhannya, mengagungkan Tuhannya. Kebebasan itu juga menghendaki si anak merdeka memohon ampun, atas segala keluhan, rasa tidak cukup bersyukur pada nikmat-nikmatnya, acap kali dalam proses itu mereka menginginkan kemenangan yang cepat, tidak sabar atas ujian dan bermacam-macam lagi perkara yang memerlukan pengampunan.


Jiwa yang merdeka, jiwa yang dewasa. Mereka itu menjadi dewasa tatkala nafsu itu tersungkur ketepi, mereka punya kerendahan hati dalam ketinggian budi pekerti. Puncak kemuliaan kan datang bagi mereka yang bebas dalam ketundukan pada Sang Pencipta. Karena yang tinggi hanya yang Maha Esa, yang mulia cuma yang Maha Kuasa.


Inilah pekerti mulia yang ada pada Nabi Yusuf tatkala segala impiannya tercapai, ketika sanak saudaranya sujud hormat padanya, baginda mengungkapkan, 


"Wahai ayahku, inilah ta'bir mimpiku dulu. Sungguh, Allah yang menjadikan mimpi itu suatu kenyataan.." (Yusuf:100). 


dan ketika keseronokan bermain-main bagai musik di udara, baginda berdoa di kemuncak kekuasaanya dengan mengembalikan segalanya pada maha Esa, 


"Ya Tuhanku, sungguh Engkau mengurniakanku kerajaan dan Engkau mengajarkanku ilmu ta'bir mimpi, Engkaulah penaungku di dunia dan akhirat. Wafatkanlah aku dalam agama Islam, dan gabungkan aku dengan orang yang soleh" (Yusuf:101)


Demikian jugalah merdekanya jiwa Nabi Muhammad ketika ia melangkah masuk ke dalam kota Mekah dalam keadaan membongkok di atas untanya menunjukkan rasa rendah diri, sedangkan negeri itu mengusirnya, memeranginya, menyakitinya bertahun-tahun, tapi apabila Allah memenangkannya atas Mekah, ia mengusir keseronokan dengan membesarkan Tuhannya, memuji Tuhannya, dan memohon ampun sepertimana yang diajar oleh Tuhannya. Maka baginda beristighfar begitu banyak di penghujung hayatnya.


Inilah jiwa yang bebas merdeka, inilah jiwa yang terbang bebas, yang pernah hadir di atas muka bumi Allah yang suci ini. Hal inilah yang mengangkat mereka ke darjah kebesaran yang tinggi, di samping perjuangan yang tulus dan tidak putus, sehingga pertolongan Allah menjelma.


Setelah sekian lama dibelenggu jiwa, tidak mahukah kita bebas merdeka?



diolah dari Tafsir Fi Zilal - Surah An-Nasr, karangan Syed Qutb.

Sunday, May 22

Healing

Hari ni nak post lirik lagu yang I found very inspiring called Healing by Sami Yusuf.

I dedicate this song to all the doctors and doctors-to-be(inshaAllah) in the world, especially to both my father and mother (although mama dah retired last year),

and not to forget, this also goes out to all the Healers in the world. Siapa healers ni?
ala wainna filjasadi mudghotan, iza solahat, solahal jasadu kulluh, waiza fasadat, fasadal jasadu kulluh, ala wahiyal qalb.
ketahuilah dalam jasad itu ada seketul daging, kalau dia baik, baiklah jasad seluruhnya, kalau dia rosak, rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah ianya adalah hati.
 Hadis ke 6 dalam Matan Arba'in Imam Nawawi
Klik untuk lagu hadis 6 by Algebra.

Oh, para-para daie itu healers (bukan para-para sakura ye?). Jika doktor merawat fizikal manusia, daie itu merawat roh-roh manusia. Dua-dua kerja mulia, tetapi saya sangat envy manusia yang merawat fizikal lalu merawat roh mereka juga.

Manusia ini punya ego yang tinggi tapi sangat senang direndahkan apabila ia sakit. Biar ketegaq mana pun manusia itu, bila berdepan dengan doktor, pasti akan diikuti kata mereka kerana inginkan kembali kesihatan. Oleh itu, antara manusia yang paling senang dapat kepercayaan manusia ialah doktor. Lantaran kesenangan untuk mendapat kepercayaan itu, para-para doktor ini sepatutnya memanipulasi para-para 'pesakitnya' untuk mengajak kembali pada-Nya.

Oklah (panjang sangat dah membebel, boleh tekan 'end' dekat keyboard stopkan lagu), boleh dengar lagu sambil enjoy video yang sangat cantik dan tengok lirik dalam bahasa Arab. (Saja letak sebab best bahasa Arab. Post: Lisan Arab)



Sami Yusuf - Healing


VERSE 1:
It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it’s ok
لكن اعتقادي

Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني

There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق


Something that’s calling
ينادي

It’s calling you and I
يناديني ويناديك

It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان


And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It’s Nature’s order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً
Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi

Dates


"Apabila engkau memiliki sebiji kurma di tanganmu maka tanamlah, meskipun besok akan kiamat, semoga engkau mendapat pahala." (Al-Hadis)


Kurma perlukan 4-7 tahun untuk tumbuh sebelum dituai hasilnya. Sedangkan jika esok kiamat pastilah tiada hasil apa pun dari kurma yang ditanam itu, tapi nabi menyuruh untuk melakukan kebaikan dengan apa saja yang kita ada, jika sekalipun kiamat pada esok hari, kerana harapan itu masih ada.


Usah risau tentang hasil bila usaha dan niat kerana taqwa itulah yang diganjari. Usah fikir tentang hasil kerana itu urusanNya, indulge-lah sepenuhnya dalam usaha dan memperkayakannya dan memperbaharui niat sepanjang perjalanan itu agar kita mendapat pahala.

Thursday, May 19

JOM! Predeparture

Journey of a Muslim (JOM!)




Tengah-tengah busy nak submit final year project punya portfolio (doa dipermudahkan aminn!), ni cek nak ambik kesempatan sapa hat ada adik akak abang ngah achik kak long cousin nephew ke yang nak pi sambung study dekat UK & Ireland, boleh la join Journey of a Muslim (JOM!), FREE pre-departure program anjuran IKRAM UK&Eire. Bila? 22-24 Julai 2011. InshaAllah JOM! akan diadakan dekat (           ), dan pengangkutan dari KL Sentral inshaAllah disediakan. Hampa nak info lagi, mai check JOM! kat www.jom2011.com


so, adik abang angah kak ngah yong sepupu sepapat, JOM! sebar-sebarkan peluang baik ini. FREE kot!? (mana nak dapat di kala urusan kewangan global kian meruncing dewasa ini) oke poster cantik kat bawah ni. ^_^




JOM! Promo video yang cool habis!

Wednesday, May 18

Tunggu Sekejap Bunga



Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga hujan turun berhenti,
Tunggulah sampai mentari bersinar menerangi,
Tak perlu dengan kata ku pasti bunga mengerti,
Tak perlu disangka hasrat hati kecil ini.

Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga tiba masanya bersemi,
Tunggulah sampai ketentuanNya meredhai,
Tak ingin kucemar murni niat ini,
Tak ingin heret dosa sepanjang jalanan jauh ini.

Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga hari itu tiba,
Tunggulah sampai haram jadi halal keranaNya,
Tak lari gunung dikejar pasti kita dapatkannya,
Tak lari jodoh dikejar jika itu ketentuan Maha Cinta.

Tunggu sekejap bunga,
Tunggulah hingga mahar sampai ke manis jari,
Tunggulah sampai bunga bergelar zaujah si daie,
Bukan kerna kecantikanmu, tapi agamamu, 
Bukan kerna parasmu, tapi mulia akhlakmu.


Bahagia kita di dunia, jambatan ke akhirat sana.





Rihammahsih 17052011

Rihammahsih 17052011

Tuesday, May 17

Surat Cinta Ilahi

Sangat best kot makna dia. Siapa yang boleh ber-bahasa arab sekali (walaupun sikit), silalah baca dan tengok translation, moga dapat belajar sikit-sikit arab yang dah berkarat tu (haih T_T)

عبادي يبارزونني باالعظائم وأنا أكلؤهم على فراشهم ,اني والجن والانس في نباء عظيم
 أخلق ويعبد غيري ,وأرزق ويشكر سواي ,خيري الى عبادي نازل وشرهم الي صاعد,
 أتحبب اليهم بنعمتي وأنا الغني عنهم ويتبغضون الي باالمعاصي وهم أفقر شيئ الي ,من
 أقبل الي تلقيته من بعيد ,من أعرض عني ناديته من قريب ,ومن ترك من لأجلي أعطيته
 فوق المزيد ومن أراد رضاي أردت ما يريد ,ومن تصرف بحولي وقوتي ألنت له الحديد
 أهل ذكري أهل مجالستي وأهل شكري أهل زيادتي وأهل طاعتي أهل كرامتي وأهل
 معصيتي لا أقنطهم من رحمتي ان ارتابوا الي فأنا حبيبهم فاءني أحب التوابين وأحب
 المتطهرين ,و ان لم يتوب الي فأنا طبيبهم أبتليهم باالمصائب لأطهرهم من المعايب ,
 من آثرني على سواي آثرته على سواه ,الحسنة عندي بعشر أمثالها الى سبعمائة ضعف
 الى أضعاف كثيرة والسيئة عندي بواحدة فاءن ندم عليها واستغفر غفرتها له ,أشكر
 اليسير من العمل واغفر الكثير من الزلل ,رحمتي سبقت غضبي ,وحلمي سبق مؤاخذتي
 .وعفوي سبق عقوبتي ,أنا أرحم بعبادي من الوالدة بولدها

Maksudnya:

Hamba-Ku menyombongkan diri terhadap-Ku dengan berbagai2 jenis kemegahan,,padahal  Akulah yg melindungi mereka di tempat Tidur mereka ..Antara-Ku dan jin serta manusia terjadi berita besar;bahwa Aku yg menciptakan,namun yg disembah adalah selain-Ku,    
  
Aku memberi rezki namun selain-Ku yg disyukuri,,kebaikan-Ku sentiasa turun kepada hamba-Ku, tetapi kejahatan merekalah yg naik kepada-Ku,,Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat2-Ku,,sedang Aku tidak memerlukan mereka..Mereka memancing      kemurkaan-Ku dengan berbagai2 kemaksiatan, padahal merekalah yg paling memerlukan-Ku.
     
Siapa yg datang kepada-Ku , maka ia akan Ku jemput dari kejahuan..Siapa yg berpaling  kepada-Ku, Aku akan memanggilnya dari dekat,,Sesiapa yg meninggalkan sesuatu demi-Ku akan Ku berikan kepadanya lebih dari yg cukup,.Siapa yg menginginkan keredhaan-Ku.
Aku  pun menginginkan akan apa yg diinginkannya,. Siapa yg bertindak dengan  mengandalkan daya dan kekuatan-Ku,,maka akan-Ku lunakkan besi baginya..

Orang yg  mengerjakan maksiat,,tidak akan-Ku buat mereka berputus asa dari Rahmat-Ku,,jika mereka  bertaubat kepada-Ku ,maka Aku akan menjadi kekasih mereka,,sebab Aku mencintai orang yg bertaubat dan mensucikan diri,,.Kalau mereka tidak bertaubat kepada-Ku ,,maka Aku akan  bertindak sebagai dokter merekan,,akan-Ku berikan cobaan kepada mereka dengan berbagai  musibah untuk membersihkan mereka dari berbagai aib.

Dan sesiapa yg lebih mementingkan-Ku dari selain-Ku,,maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain,,.Satu kebaikan di sisi- Ku adalah senilai sepuluh kali lipat ganda yg sepertinya,,hingga tujuh ratus kali lipat ganda    hingga berkali lipat ganda yg banyak sekali ,Sedangkan kejahatan disisi-Ku adalah bernilai satu.
  
Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun , maka Aku pun mengampuninya,. Aku mensyukuri amal kebajikan yg Sedikit dan mengampuni banyak kesalahan2,.Kasih sayang-  Ku mendahului murka-Ku..Kelembutan-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan sangsi.
   
Pemberian maaf-Ku lebih mendahului siksaan-Ku,,Aku lebih pengasih kepada hamba2-Ku daripada kasihnya ibu terhadap anaknya,..

Monday, May 16

duhai malam

dingin bayu membelai naluri sepi 
menanti sang qurrata a'ayun bersemayam di sisi. 


duhai malam, 
hati kecil ini mencari setitis ketenangan 
dalam selaut pergolakan, 
hati kotor ini mengharap secebis maaf 
dari keluasan pengampunan.


kegelapan yang membaluti sunyi menundukkan tinggi diri 
menadah sujud memohon sedetik redha dari kepanjangan umur dunia ini.

Thursday, May 12

Violation of Women's Pride


As much as I love taking photos. I oppose photoshooting women. I am against violating one's pride.

It's like taking their pride away, or rather they are giving away their pride, their beauty, just to feel accepted for a short period. Why would one sell its pride for something that is not worthwhile? Where's her sense of shame?

"Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them."

Say; O who you believe, lower you gaze. Lower their gaze on whom? Surely its on woman. Plus, it does not help when hundreds of thousands of woman posing voluptuously on the web.

"And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands and etc etc, and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss."

Likewise, women should lower their gaze on men and He asked the woman not to draw attention of man let alone showing off for public to enjoy her beauty. What ever happens to her sense of shame? Where has it gone? Guarding her modesty without sense of shame? That doesn't make sense at all.

Come on, it's destroying ones privacy and setting their own house on fire. Think of thousands of men who does not lower their gaze and manipulate it to their own satisfaction.

It's just my view on photoshooting of women. (eh, tak sama tau merelakan diri diperkosa oleh kamera2 lelaki yang penuh bernafsu dengan amik gambar untuk sendiri-sendiri buat kenangan *takut salah faham pulak nanti*) You can accept or oppose as it might be right or wrong. It's just to create spark for us to think of what we're doing. You'll get what you give, really.

Sorry if you feel offended. I pray to Allah for mercy and forgiveness. Amin.



*pictures from Deviantart Zemni 

Run To Your Lord

There are times when all the world's asleep,
the questions run too deep

There are times when silence's the loudest voice,
the answers lost in the noise

There are times when bright sky turns grey,
the tears shy slowly away,


There are times when you prostrate and pray,
Lord made you find the way.

Sunday, May 8

Dua-dua pun dapat

Allah, Dia cuba sayang kita dengan bagi kita ujian. Bila kita pass ujian itu dengan sabar dan memulangkan segalanya padaNya, inshaAllah kesayanganNya itu akan bertambah. Tapi bila kita banyak mengeluh dengan ujian, serabut dan cuba lari dari ujian untuk naik pangkat disisiNya, dan last sekali give up, terlepas-lah peluang tu. Tapi, Allah sayang pada orang yang bertaubat. Hmmm..dua-dua pun dapat.

Keeping Peace and Good Relations

 
deviantart:~david-sototek



"Do you know what is better than charity and fasting and prayer? It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind."  
 (Muslims & Bukhari)

Pementasan Malu

‎"Bukan saya taknak, tapi saya.. saya.. saya cuma pemalu." Kata si gadis.

"Ala awak, sikit je, bukannya buat ape pun, lagipun takde orang, nak malu ape." Pujuk si duda.

"..."

"Awak?"



"..."

Buzz!!

"Malu dengan Allah?"

*gulp*

diam...

(music sarkastik bermain di latar belakang dan pentas terus fade to black)

Tepuk tepuk tepuk untuk dunia.

Lisan Arab

tuturnya dalam lisan arab, ku renung ke karpet kusam itu menyapu-nyapunya tanpa sebab. awal tadi aku sedikit memahami penyampaian itu, sekarang entah aku tak mengerti sepatah pun.

tiba terlirik mataku pada air yang jatuh dari pipi seorang tinggi lampai berkulit hitam disebelah aku tatkala sheikh itu meninggi suaranya tegas menyampai sesuatu yang tak ku fahami. ku lihat sekeliling semuanya tunduk hiba khusyuk mendengar lantunan suara itu, sesekali terdengar esak perlahan.


ya Allah, apakah yang dibicarakan khatib hingga mampu meruntun hati manusia-manusia ini? berkerut dahiku cuba memerah ilmu-ilmu arab yang kupelajari tika kecil dahulu, namun kugagal tapi dalam hati ini berdoa agar difahamkan khutbah itu.

sedang berkerut itu, khatib itu mengquote satu ayat yang aku agak familiar. 'ya ayyuhallazinaamanu, ittaqullaha waltanzur ma qoddamat lighad.' Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah pada Allah dan perhatikanlah apa yang kamu lakukan untuk hari esok' (hasyr:18). kemudian manusia yang berdiri itu duduk dan kembali berdiri.

'brothers, let me share with you what I speak of just now in english. I quoted a hadith, "Aqbah bin Amir berkata kepada Nabi Mubammad s.a.w.:"Tunjukkan daku jalan kearah ultimate salvation, keselamatan yang abadi" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:"Jangan banyak bercakap dan tinggallah dirumah dan menangislah mengenangkan dosa-dosamu."" (jangan banyak tanya kenapa jadi melayu pulak)'

si khatib pun menerangkan satu persatu tentang mulut yang menjadi sebab kebanyakan manusia ke neraka, tentang lebih baik tinggal di rumah jika di luar itu penuh kemaksiatan, dan menangislah mengenangkan dosa-dosamu, saat itu air mula bertakung di kelopak mata ini.

memanglah tiada satu apapun yang hendak ku bangga melainkan kita ini semuanya berdosa belaka. aku seru, bertaqwalah pada Allah dan takutlah azabnya. kita cuma menghitung hari untuk mati, dan kita akan dibangkitkan sekali lagi dan amal pasti dihitungi.

si lampai hitam itu amat mulia bagiku. aku tak memahami tika tutur itu dalam arab, tapi dia bisa dan kerana taqwanya pada Allah azza wajal, air mata bercucuran meratapi dosa-dosa yang lampau dan yang terlampau. satu lagi yang kuseru. pelajarilah bahasa arab, bahasa al-quran. "sungguh Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa arab, agar kamu memahaminya."(yusuf:2) kita tak mampu memahami al-quran dengan sebenarnya jika tidak mampu berbahasa arab.

so, JOM! jaga tutur kata, elak dari maksiat, menangislah akan dosamu dan belajar bahasa arab! :)


'belajarlah bahasa Arab, ia akan menajamkan hikmahmu' - Umar al-khattab.

rihammahsih