Spring Camp UK 2011:Mukhayyam Al-Quran
IKRAM UKEire
"Spring Camp ni bertujuan untuk mengajar antum bagaimana untuk menjalani kehidupan yang sibuk, dengan memanah, menembak, masak barbeque, tapi masih mempunyai masa untuk bersama Al-Quran dan menghafalnya"
Ustaz Mazrul
Alhamdulillah baru lepas (baru??) ikut Spring Camp tengah April hari tu dan cukuplah kata-kata ustaz Mazrul di atas untuk menggambarkan apa aktiviti yang berlangsung. Pengisiannya dari mulut ustaz cuma sejam satu hari, bersama dengan Quran di pagi hari dan di malam hari, kemudian dipenuhi aktiviti, games, explorace, memanah, menembak, rentas berhalang, war games, dan lain2, tetapi pengisian dari Allah jalla wa'ala itu sepanjang masa ketika perkumpulan manusia yang mencari redhaNya ini bertamu di Belchamps Scout Camp di Essex ini yang inshaAllah dilitupi sayap-sayap malaikat sepanjang 4 hari di sana.
Perkhemahan di sana mengajar bagaimana untuk menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin yang sebenar, yang sibuk dengan tugas hariannya sebagai pelajar, sebagai majikan, sebagai pekerja, sebagai suami, sebagai anak, di samping masanya masih diperuntukkan untuk Al-Quran dan menghafalnya. Alhamdulillah, teknik penghafalan yang diajar di SCUK11 berlandaskan bagaimana para huffaz menghafal Al-Quran. Bagaimana?
Ya, perlu datang ke SCUK11 lah. Hehe.
Yang utama, SCUK11 ini adalah salah satu daripada siri pentarbiyahan yang panjang dalam usaha menjadi hamba Allah dan agar pulang ke pangkuanNya dengan keadaan yang diredhai. Selepas ini, kita ada Summer Training Camp UK 2011 (STCUK11) pada 23-26 Jun pula inshaAllah yang akan melatih disiplin dan kecekalan diri. InshaAllah jumpa di sana.
No comments:
Post a Comment