Apa jadi jika pohon mati akarnya? Pasti daun kan berguguran, layu di pusara kesepian, menanti saat rebah ke bumi.
Pohon itu tidakkan dapat bertahan jika pasaknya dicabut atau dimusnah, PASTI akan rebah satu saat nanti, kerana di situ punca masuk kekuatan serta kehidupannya; air dan sumber mineralnya.
Kerana pasak itu, pohon itu mampu bertahan sehingga beratus-ratus tahun lamanya. Kerana pasak itu, ramai yang dapat mengambil manfaat dari rendangnya berlindung terik matahari serta lebat hujan. Kerana pasak itu, manusia sekelilingnya berkesempatan merasai hasil buah-buahannya.
Nah, apa pula jadi jika Eiffel itu musnah pondasinya? Pasti lambang cinta itu kan tersembam ke bumi, terkubur lambang gah di kota cinta ini.
Menara itu berdiri atas pondasinya kukuh dan utuh, diperkuat concrete atas tanah serta gravel meliputi keluli yang dicantum nut dan bolt yang mampu menahan dead load, live load mahupun environmental load seperti angin ribut.
Kerana pondasi itu, Eiffel itu masih kekal lambang cinta. Kerana pondasi itu, Eiffel mampu dinaiki miliyar orang saban tahun bergiliran ganti. Kerana pondasi itu, Peranchis mampu membuat keuntungan miliyar Euro atas pelancongan yang pasaknya Eiffel tower ini.
Cuba kita lihat manusia itu apabila hilang pondasi manusia itu maka hidupnya hilang makna, hilang tempat bergantungnya, hilang arah tujunya, hilang maksud kehidupannya.
Maka apakah pondasi sesuatu manusia itu? Tentulah ianya pengabdian pada sesuatu kerana manusia itu hakikatnya hamba.
Pengabdian seseorang itu terhadap sesuatu bermula dari BERKENALAN, ianya menumbuhkan bibit-bibit PERCAYA, bila PERCAYA itu tumbuh mekar, kan bercambah rasa CINTA, dari CINTA itu kan lahir PENGABDIAN.
Kita sering lihat manusia itu mengabdikan diri pada cintanya. Terhegeh-hegeh mengejar maksud cinta, mencari manusia istimewa kerana fitrah manusiawi itu perlu pada CINTA. Maka antara cinta yang lahir dari tujuan kerna Tuhan dan yang tumbuh dari nafsu pastikan berbeda. Bagaikan keretapi yang berjalan dari satu tempat ke arah yang bertentangan dan tidak akan berpatah balik, ianya pasti tidakkan bertemu, melainkan seseorang itu mengubah arah tujuan hidupnya, mula berkenalan semula dengan Tuhannya.
Pondasi manusia itu seperti akar pada pohon, seperti pasak Eiffel. Jika pondasi manusia itu menuruti hawa nafsunya, pastikan ia menghadapi jalan pendakian kehidupan yang sukar, rasa kosong at times bila hilang kegembiraan in the air, rasa sunyi bila tiada teman-teman sepermainan, tiada arah tuju melainkan hanya seperti robot yang cuba menghabiskan sisa hidupnya.
Manusia itu bila pondasinya pengabdian pada Tuhan, ianya akan merasai kenikmatan hidup yang luar biasa. Bayangkan manusia yang hidup sederhana, tiada kekayaan, tiada kemewahan tapi lebih bahagia daripada milionnaire billionarie di luar sana. Bayangkan manusia yg punya isteri tercinta satu, lebih bahagia daripada casanova yang meniduri berpuluh wanita dalam masa seminggu tetapi masih tidak merasa kepuasan dari pebuatannya.
Manusia itu manusia bila ianya mengabdi diri pada Tuhan, manusia itu hidup bila ia menjadikan hidupnya hanya untuk Tuhannya. Manusia itu akan jadi gah kerana ia lambang cinta Tuhannya, seperti lambang cinta yang sempurna, Rasulullah S.A.W. yang mana Allah mengiktirafnya sebagai hamba, yang dipilih diperjalankan berjumpa denganNya.
Marilah berusaha menjadi hamba, memperbaiki pasak cinta kita agar pohon kehidupan ini dapat hidup segar dan bermunafaat kepada insan-insan sekeliling kita, seperti utuhnya lambang menara Eiffel Tower di kota Cinta ini.
Paris, je taime.
10042011
No comments:
Post a Comment