Friday, July 31

Mereka Lebih Islam Daripada Kita

Mereka lebih Islam daripada Kita.

Cerita dia macamni, petang tadi, lepas beli belah kat LiDL, on the way balik tu, ade simpang tiga dekat dengan depan rumah. Ketika nak melintas tu, ade sebuah kereta meluru dari jalan kecik nak masuk ke jalan besar. Saye pun berdiri dan membiarkan kereta itu lalu. Terkejut. Kereta itu dengan lajunya belok ke kiri masuk ke jalan besar, kemudian U-turn dengan mengejut ke arah yang bertentangan.

Saya dengan terkejut dengan tindakan pemandu kereta itu mempredict, "Habis la dia kena hon kejap lagi". Ternyata, kalau saya duduk situ 2 jam pun takkan ada orang hon dia. Tak ada orang hon dia walaupun time tu jalan agak 'jam'. Kenapa? Kenapa tak ada orang hon dia? Dia bawak secara agresif dan berbahaya.

Saya yakin, kalau dia buat macam tu dekat Malaysia. Memang nahas. Kena hon, kena himpit, kena kejar, silap haribulan kena langgar kalau orang yang kena kat situ jenis panas baran. Tetapi apa yang berlaku depan mata saya ini, melangkaui jangkaan saya yang terbiasa dengan mindset di Malaysia negara Islam.


Sabar

Saya lihat muka driver yang kereta yang diselit tu. Muka yang awalnya masam (penat bekerja mungkin) tersenyum dan mengangkat tangan menandakan "tak apa, silakan". Si pemotong queue pula, seorang Muslim local.

Malu.

Driver yang memberi lalu itu seorang non-Muslim tetapi sabarnya seperti seorang yang Muslim yang sebenar-benarnya. Namun, Muslim local itu kesabarannya bukanlah ditahap sabar yang Islam tetapkan.

Malu.

Bukan satu kejadian ini saja, banyak perkara yang terjadi kadang-kadang menunjukkan mereka(non-Muslim) lebih Muslim daripada kita(Muslim). Saya sendiri mengaku ketika memandu, saya bersikap agak mementingkan diri, tidak memberi laluan pada pejalan kaki apabila tiada keperluan untuk saya rush.

Contoh perkara lain, dalam bidang teknologi, mereka yang lead the way. Dalam bidang perubatan, umat Islam datang ke negara orang kafir untuk belajar tentang perubatan padahal sepatutnya kita yang menjadi tumpuan dan rujukan. Kita kan menganut agama Allah. Dalam bidang penyebaran dakwah, mereka jauh dihadapan dengan media cetak, media massa, media mata, media fesyen, pelbagai media lagi. Dakwah mereka mengajak umat Islam kepada dunia sangat berkesan dan lihatlah sendiri realiti umat. Dakwah kita? Tepuk dada, tanya iman.

Jadi, saya mengajak sahabat-sahabat bermuhasabah diri, supaya check,bersifat dengan sifat-sifat yang ditonjolkan di dalam al-Quran memenuhi ciri-ciri orang yang beriman kerana dengan keimanan yang kental dalam mencari redha Allah dapat mengelakkan diri daripada neraka.

Sekian.



Islah nafsak, wad'u ghairak.

No comments: