Mestilah diingat hidup di dunia ini hanyalah sementara. Bukan untuk disayangi, tapi untuk dihargai. Hanya stesen minyak cuma, jambatan menuju ke akhirat sana. Pernah tengok orang berumah di jambatan atau bermastautin di stesen minyak? Pasti pelik bukan?
Mari dekat, mariku pesan satu perkara. Tentang kenapa kita ke dunia.
Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
(Surah Yunus, 10:14)
Menjadi khalifah itu berat tugasnya. Gunung-ganang hancur lebur tak tertanggung menerima tugas ini. Yang dipilih adalah kita. Alangkah mulianya kita terpilih sebagai wakil Allah di muka bumi ini. Namun, inilah amanah. Amanah yang paling besar yang diberi oleh Pencipta terhadap makhluk2nya.
Dan satu lagi tugas kita yang diberi Allah kepada hambaNya yang terpilih ini ialah menjadi seorang abdi iaitu hamba untuk beribadat padaNya.
dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zariyat, 51:56)
Matahari dicipta untuk memberi kepanasan pada kita, api dicipta untuk membakar, air dicipta untuk diminum dan menyirami tanaman yang mengeluarkan hasil-hasil untuk kita makan. Binatang-binatang ternak serta buruan menjadi sumber protein kita. Internet yang mampu menghubungkan dari timur ke barat. Handphone-handphone yang semakin hari semakin canggih. Komputer yang semakin kecil dan laju.
Semuanya untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab khalifah dan ubudiah kita.
Terlalu banyak nikmat yang diberi untuk kita melakukan tugas sebagai khalifah untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi ini dan memakmurkannya dengan Islam.
Terlalu banyak nikmat yang Allah sediakan untuk kita melakukan tugas ubudiah mengabdikan diri hanya kepada Allah, Tuhan yang menciptakan sekelian alam.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

(Ar-Rahman, 55:13)
Dan ingatlah hari Perhitungan itu pasti! Bagi yang beriman mahupun tidak. Semuanya akan melaluinya untuk dihisab amalan-amalan mereka dan diberi balasan yang setimpal.
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
(Ar-Rahman, 55:31)
Teringat satu ceramah Ustaz Ridhauddin yang menarik bertajuk "Syurga yang menderita, Neraka yang mempersona." Tak mudah untuk masuk syurga. Pelbagai rintangan dan mehnah perlu ditempuhi demi membuktikan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah sebelum kita diganjari syurga Allah yang indah buat selama-lamanya. Senang sangat untuk ke neraka. Syurga dunia adalah jalan ke neraka. Sesiapa yang hidup di dunia ini mengharapkan sesuatu daripadanya, maka binasalah ia di dalam neraka kelak kerana melebihkan dunia dari akhirat.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Al-Baqarah, 2:214)
Iblis laknatullah akan senantiasa mengaburkan mata kita dengan pandangan-pandangan indah dunia. Harta benda, duit, BMW, Mercedes, RXZ, kekasih, anak-anak isteri, pangkat jua darjat yang melalaikan kita dari mengingati dan mengikuti seruan Ilahi. Janganlah kamu merasakan bahawa kebahagiaan di dunia itu sesuatu yang kekal kerana pasti kamu diuji oleh Allah.
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku(Iblis) akan menjadikan segala jenis maksiat terasa indah kepada mereka di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas.

(Al-Hijr, 15:39&40)
Saya berpesan kepada diri saya sendiri, juga kepada pembaca, supaya sentiasa muhasabah diri setiap hari dalam meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah, kerana Allah boleh menarik nikmat Islam daripada kita bila-bila masa sahaja. Berhati-hatilah dalam segala perbuatan kerana Allah Maha Melihat dan Allah Maha Mengetahui. Allah boleh menarik nyawa kita ini bila-bila masa sahaja.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Al-Imran, 3:185)
Akhir kata,
Perbaikilah diri anda dan serulah kepada kebaikan.
Wasalam
Wasalam
No comments:
Post a Comment