Friday, July 31

Kenapa Aku Diberi Nyawa Ini?

Kenapa Aku Diberi Nyawa Ini?

Mestilah diingat hidup di dunia ini hanyalah sementara. Bukan untuk disayangi, tapi untuk dihargai. Hanya stesen minyak cuma, jambatan menuju ke akhirat sana. Pernah tengok orang berumah di jambatan atau bermastautin di stesen minyak? Pasti pelik bukan?

Mari dekat, mariku pesan satu perkara. Tentang kenapa kita ke dunia.

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
(Surah Yunus, 10:14)

Menjadi khalifah itu berat tugasnya. Gunung-ganang hancur lebur tak tertanggung menerima tugas ini. Yang dipilih adalah kita. Alangkah mulianya kita terpilih sebagai wakil Allah di muka bumi ini. Namun, inilah amanah. Amanah yang paling besar yang diberi oleh Pencipta terhadap makhluk2nya.

Dan satu lagi tugas kita yang diberi Allah kepada hambaNya yang terpilih ini ialah menjadi seorang abdi iaitu hamba untuk beribadat padaNya.

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zariyat, 51:56)

Matahari dicipta untuk memberi kepanasan pada kita, api dicipta untuk membakar, air dicipta untuk diminum dan menyirami tanaman yang mengeluarkan hasil-hasil untuk kita makan. Binatang-binatang ternak serta buruan menjadi sumber protein kita. Internet yang mampu menghubungkan dari timur ke barat. Handphone-handphone yang semakin hari semakin canggih. Komputer yang semakin kecil dan laju.

Semuanya untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab khalifah dan ubudiah kita.

Terlalu banyak nikmat yang diberi untuk kita melakukan tugas sebagai khalifah untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi ini dan memakmurkannya dengan Islam.

Terlalu banyak nikmat yang Allah sediakan untuk kita melakukan tugas ubudiah mengabdikan diri hanya kepada Allah, Tuhan yang menciptakan sekelian alam.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahman, 55:13)

Dan ingatlah hari Perhitungan itu pasti! Bagi yang beriman mahupun tidak. Semuanya akan melaluinya untuk dihisab amalan-amalan mereka dan diberi balasan yang setimpal.

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
(Ar-Rahman, 55:31)

Teringat satu ceramah Ustaz Ridhauddin yang menarik bertajuk "Syurga yang menderita, Neraka yang mempersona." Tak mudah untuk masuk syurga. Pelbagai rintangan dan mehnah perlu ditempuhi demi membuktikan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah sebelum kita diganjari syurga Allah yang indah buat selama-lamanya. Senang sangat untuk ke neraka. Syurga dunia adalah jalan ke neraka. Sesiapa yang hidup di dunia ini mengharapkan sesuatu daripadanya, maka binasalah ia di dalam neraka kelak kerana melebihkan dunia dari akhirat.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Al-Baqarah, 2:214)

Iblis laknatullah akan senantiasa mengaburkan mata kita dengan pandangan-pandangan indah dunia. Harta benda, duit, BMW, Mercedes, RXZ, kekasih, anak-anak isteri, pangkat jua darjat yang melalaikan kita dari mengingati dan mengikuti seruan Ilahi. Janganlah kamu merasakan bahawa kebahagiaan di dunia itu sesuatu yang kekal kerana pasti kamu diuji oleh Allah.

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku(Iblis) akan menjadikan segala jenis maksiat terasa indah kepada mereka di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas.

(Al-Hijr, 15:39&40)

Saya berpesan kepada diri saya sendiri, juga kepada pembaca, supaya sentiasa muhasabah diri setiap hari dalam meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah, kerana Allah boleh menarik nikmat Islam daripada kita bila-bila masa sahaja. Berhati-hatilah dalam segala perbuatan kerana Allah Maha Melihat dan Allah Maha Mengetahui. Allah boleh menarik nyawa kita ini bila-bila masa sahaja.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-Imran, 3:185)

Akhir kata,
Perbaikilah diri anda dan serulah kepada kebaikan.

Wasalam

Mereka Lebih Islam Daripada Kita

Mereka lebih Islam daripada Kita.

Cerita dia macamni, petang tadi, lepas beli belah kat LiDL, on the way balik tu, ade simpang tiga dekat dengan depan rumah. Ketika nak melintas tu, ade sebuah kereta meluru dari jalan kecik nak masuk ke jalan besar. Saye pun berdiri dan membiarkan kereta itu lalu. Terkejut. Kereta itu dengan lajunya belok ke kiri masuk ke jalan besar, kemudian U-turn dengan mengejut ke arah yang bertentangan.

Saya dengan terkejut dengan tindakan pemandu kereta itu mempredict, "Habis la dia kena hon kejap lagi". Ternyata, kalau saya duduk situ 2 jam pun takkan ada orang hon dia. Tak ada orang hon dia walaupun time tu jalan agak 'jam'. Kenapa? Kenapa tak ada orang hon dia? Dia bawak secara agresif dan berbahaya.

Saya yakin, kalau dia buat macam tu dekat Malaysia. Memang nahas. Kena hon, kena himpit, kena kejar, silap haribulan kena langgar kalau orang yang kena kat situ jenis panas baran. Tetapi apa yang berlaku depan mata saya ini, melangkaui jangkaan saya yang terbiasa dengan mindset di Malaysia negara Islam.


Sabar

Saya lihat muka driver yang kereta yang diselit tu. Muka yang awalnya masam (penat bekerja mungkin) tersenyum dan mengangkat tangan menandakan "tak apa, silakan". Si pemotong queue pula, seorang Muslim local.

Malu.

Driver yang memberi lalu itu seorang non-Muslim tetapi sabarnya seperti seorang yang Muslim yang sebenar-benarnya. Namun, Muslim local itu kesabarannya bukanlah ditahap sabar yang Islam tetapkan.

Malu.

Bukan satu kejadian ini saja, banyak perkara yang terjadi kadang-kadang menunjukkan mereka(non-Muslim) lebih Muslim daripada kita(Muslim). Saya sendiri mengaku ketika memandu, saya bersikap agak mementingkan diri, tidak memberi laluan pada pejalan kaki apabila tiada keperluan untuk saya rush.

Contoh perkara lain, dalam bidang teknologi, mereka yang lead the way. Dalam bidang perubatan, umat Islam datang ke negara orang kafir untuk belajar tentang perubatan padahal sepatutnya kita yang menjadi tumpuan dan rujukan. Kita kan menganut agama Allah. Dalam bidang penyebaran dakwah, mereka jauh dihadapan dengan media cetak, media massa, media mata, media fesyen, pelbagai media lagi. Dakwah mereka mengajak umat Islam kepada dunia sangat berkesan dan lihatlah sendiri realiti umat. Dakwah kita? Tepuk dada, tanya iman.

Jadi, saya mengajak sahabat-sahabat bermuhasabah diri, supaya check,bersifat dengan sifat-sifat yang ditonjolkan di dalam al-Quran memenuhi ciri-ciri orang yang beriman kerana dengan keimanan yang kental dalam mencari redha Allah dapat mengelakkan diri daripada neraka.

Sekian.



Islah nafsak, wad'u ghairak.

Monday, July 27

A convert story by an ex-Atheist

An ex-Atheist brother talking about his convert story. Subhanallah, it's very beautiful and inspiring story.

Part 1

Part 2

Friday, July 24

Manchester Kehujanan


Manchester kehujanan lagi,
Habis kuyup aku dibasahi,
Renyai mahupun heavy,
Hujan rahmat kurniaan Ilahi.

Singkat sekali perjalanan abdi,
2 dozen purnama, tamat ceritaku di sini,
Hujanan ilmu duniawi ukhrawi,
Kutimba buat bekalan hidup ini.

Kehujanan di bumi Manchester,
Biar summer mahupun winter,
Sejuk buatku mengantuk mata,
Sedap tidur berduvet ditepi heater.

Kehujanan disirami air nan lembut,
Membuai perlahan si berselimut,
Biar kutidur, keluar kata dari mulut,
Sedang api marak membakari setiap sudut.

Bangunlah perwira, bangunlah perwiri,
Masanya telah tiba untuk gagahi,
Islam dicela dihina tak kau kesahi?
Ayuh bersama berjuang menuju Ilahi.

Sedarlah putera, sedarlah puteri,
Gendang jihad telah lama berbunyi,
Memanggil semua yang beriman di hati,
Menegakkan Lailahaillallah biarpun mati.

Manchester masih kehujanan lagi,
Aku perlu bangun melawan nafsu diri,
Memenuhi ruang kosong saf jemaah Islami,
Dalam menuju destinasi syurgawi.

Sunday, July 19

"Wahai Orang-orang Yang Beriman!"

Post pendek.

Satu ayat tak sampai.

Satu potongan ayat cuma.



Kita biasa membaca dalam kalamNya,

"Ya ayyuhallazina amanu".

"Wahai Orang-orang yang Beriman".

Kepada siapakah ayat/seruan ini ditujukan?

Of course, kepada orang-orang beriman.

Namun, siapa orang-orang yang beriman?

Adakah Nabi? Atau sahabat2 baginda? Atau alim ulama'? Atau ustaz-ustaz? sahaja?

Bagaimana pula dengan kita?

Adakah kita berasa terpanggil dengan panggilan mulia Allah ini?

Jika tidak terasa, muhasabahlah diri.

Kerana orang beriman perlu berasa terpanggil.

Ya, kita perlu menjadi orang yang beriman

Kita perlu berusaha menjadi orang-orang yang beriman.



Al-Baqara [2:138] (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.

Al-Baqara [2:153] wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Al-Baqara [2:208] wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Aal-e-Imran [3:102] wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

An-Nisa [4:144] wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

Al-Anfal [8:24] wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

At-Taubah [9:38] wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah di jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak

An-Nur [24:30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

An-Nur [24:31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...

Al-Ahzab [33:70] wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara),

Muhammad [47:7] wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.



dan banyak lagi seruan-seruan untuk orang yang beriman.

sahutlah,

jika kita benar-benar beriman

pada Allah dan Hari Perhitungan

demi menggapai keredhaan Allah (jannah).

wallahua'alam



[post ni bukan untuk menerangkan ayat-ayat yang diletak di atas tu tetapi ingin mengajak diri berfikir sejauh mana keimanan kita kepada Allah, RasulNya, kitabNya serta hari Akhirat. muhasabahlah diri. perbaiki diri, mulakan dengan hati]

Friday, July 17

Cakap Tak Serupa Bikin

cakap tak serupa bikin.



ada sorang daiƩ tu, dia dok cakap cakap.

pesan tu, pesan ni, yang ni betul, yang ni salah.

jangan buat camtu, tinggalkan benda ni.

nilah jalan yang betul, yang tu jalan salah.



tapi, diri dia sendiri?



salah yang ditegur, dia dulu yang buat.

suruh orang tinggalkan, tapi dia masih pegang kuat.

kata hanya di mulut, tapi kelakuan tak membenarkan.

tunjuk jalan yang betul, tapi lalu jalan salah.



muhasabah.



jangan sampai bawak fitnah kepada Islam.



manusia itu bersifat lupa.



maafkanku.

Thursday, July 9

Realiti Dunia : Duniaku Yang Indah

Realiti Dunia : Duniaku Yang Indah


Kezaliman.

Zaman Jahiliyah Mekah : Berperang antara kabilah, rompakan barang dagangan, orang-orang yang lemah dizalimi dan dijadikan hamba. Kezaliman merata-merata. Mereka yang zalim lah mempelopori ekonomi dan sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa dan harta.

Zaman Sekarang : Berperang sesama kaum, penghapusan etnik, perampasan tanah secara keras, peperangan kerana ekonomi dan sebagainya. Kekejaman dan kezaliman berlaku tanpa sesiapa mampu berbuat apa-apa dan tangan-tangan yang berlaku zalim tidak merasakan diri mereka zalim padahal merekalah penegak kebenaran.


Anak yang derhaka.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

(Al-Israa’:23-24)


Ibu bapa diabaikan.

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.

(Hadith riwayat Bukhari)

Zaman Jahiliyah Mekah : Kisah Wail bin Khattab menjadi satu iktibar bagi kita. Seorang yang beriman kepada Allah dan rasulNya namun kerana keirihatian ibu Wail kepada isterinya menjadi penghalang Wail untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika nazak. Banyak hadith-hadith yang berkaitan dengan derhaka kepada ibu bapa melambangkan bahawa pada zaman itu sendiri banyak kes derhaka yang berlaku. Kisah Wail tu pun bukan dia layan teruk ibu dia, tapi sebab dia layan isteri dia lebih baik.

Zaman Sekarang : Zaman sekarang bukan main lagi, ibu bapa dilayan bagaikan orang asing, terabai, batin mereka bagai disepak-sepak oleh perbuatan anak-anak mereka yang tak mengenang budi. Boleh tengok sendiri statistik kat bawah ni. 70% daripada 1700 orang tua yang dihantar ke rumah orang tua di hantar oleh anak mereka sendiri.






Arak?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
(Al-Maidah:90)

Zaman Jahiliyah Mekah : Ketika mana turunnya ayat pengharaman arak di Mekah, digambarkan bahawa Mekah itu banjir dengan arak yang mengalir selepas dipecahkan bekas-bekas menyimpan arak. Jika ditafsirkan banjir tu, maka boleh la kita anggap sebagai banyaknya arak ketika zaman jahiliyah, namun sinar Islam melenyapkan walau setitis arak di bumi Mekah.

Zaman Sekarang : Berleluasanya arak di muka bumi Allah ini tak ada siapa dapat halang. Syarikat-syarikat arak mengungguli papan-papan iklan di jalanan. Kilang-kilangnya bersepah-sepah tak kira di mana-mana. Tak kira bukan Islam atau Islam, semuanya minum dan togok air kencing syaitan ini.




Pemakaian tanpa ikut syara'.

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tiada menutup ‘aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”

(Hadis riwayat Muslim)



Couple / Pergaulan seperti barat.
Ath-Thabarani meriwayatkan, Nabi saw. bersabda yang artinya,
“Awaslah kamu dari
bersendirian dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang lelaki yang bersendirian (bersembunyian) dengan wanita malainkan dimasuki oleh setan antara keduanya. Dan, seorang yang berdesakkan dengan babi yang berlumuran lumpur yang basi lebih baik daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya.”




Zina dan buang anak menjadi-jadi.

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
(Al-Isra : 32)

Zaman Jahiliyah Mekah : Perempuan dilayan bagaikan harta, perempuan bertukar-tukar suami, bendera di letak di luar rumah menandakan dia mempunyai suami, jika bendera tiada di depan rumah, maka sesiapa pun boleh men'tackle' mereka untuk dibawa ke kamar. Cara ayah kepada anak ditentukan dengan melihat keseirasan wajah anak mereka untuk menentukan lelaki mana yang perlu memberi nafkah kepada anak mereka. Sekejam-kejam mereka pun hanya anak perempuan yang dibunuh.

Zaman Sekarang : Couple, aurat tak terjaga, maksiat, pegang tangan, laga-laga bahu, hubungan lelaki perempuan tak terjaga, bawak perempuan/laki balik rumah, bertukar-tukar pasangan seks, curang kepada suami/isteri, lahirkan anak sebelum berkahwin, bertukar-tukar pasangan tanpa rasa segan atau malu, seks bagaikan makanan yang perlu dilunaskan, berkhalwat, berkasih bagaikan suami isteri, sumbang mahram, anak dibunuh merata-rata tak kira laki perempuan.



Kalau dicompare oleh akal-akal yang cerdas yang pandai memikirkan baik buruk sesuatu perkara itu, zaman mana agak-agaknya lagi teruk, dulu ke sekarang?

Tak cukup lagi nak menggambarkan betapa runtuhnya umat sekarang ni?

Global economy crisis yang dah meruncing, ekonomi jatuh, mata wang jatuh, korupsi semakin berleluasa, ramai peniaga jatuh muflis, hilang harta, hilang saham, tak pernah secure pun job walaupun graduate dengan 2 different degree. Berjuta-juta orang dibuang kerja di seluruh dunia. Kat afrika lagi la takyah kira, pernah kan tengok gambar orang kurus kering sangat-sangat sampai jelas nampak tulang rusuk minum air. Air ape? Air kencing lembu sebab dahaga sangat-sangat. Bukan orang miskin je stress dengan masalah ekonomi, orang kaya yang dah banyak duit pun stress tension jugak. Ada jaminan ke duit banyak-banyak tu?

Bila dah tension, banyak masalah, kena kutuk hari-hari, ape ramai orang yang tak berfikir buat? Bunuh diri? Tahun 2005 kat U.S.A. 32,000 orang bunuh diri. Maknanya seorang manusia di U.S.A. membunuh diri setiap 16 minit. Boleh bayangkan? Budak umur 7 tahun pun dah pandai nak bunuh diri sekarang ni.

Tak cukup lagi nak menggambarkan betapa runtuhnya umat sekarang ni?

Kenapa ramai yang masih tak sedar dunia sekarang sedang kucar kacir?
Kenapa ramai yang masih tak sedar dunia sekarang sangat kritikal?
Kenapa ramai yang masih tak sedar dunia sekarang memerlukan pertolongan?
Kenapa??

Katak yang dicampak dalam kuali berisi air panas yang menggelegak akan melompat keluar dengan cepat tapi katak yang direndam dalam air yang suam kemudian dipanas secara perlahan-lahan akan mati kepanasan akibat berasa selesa dengan 'kesedapan' hangat air itu.

Samalah seperti manusia. Kita dididik oleh dunia supaya menyenangi kesenangan di dunia, mementingkan dunia serta hak milik kita, meletakkan matlamat kita sekadar di dunia, meletakkan cinta itu satu perkara yang paling penting dalam hidup kita, merasakan bahawa kesenangan hidup di dunia itu amatlah penting. Oleh itu, apa-apa pun yang kita lakukan adalah untuk menjamin hidup kita senang dan selesa. Kuat belajar, kuat bekerja, kuat berniaga, sanggup berbuat apa sahaja untuk duit. Untuk apa? Untuk menjamin kehidupan.

Allah kata :

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda
gurau belaka. Dan sungguh kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di Akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di Akhirat hanyalah sedikit.”

(At-Taubah:38)

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Al-Imran:186)

Peringatan-peringatan dari Allah ini sangat jelas bahawa dunia bukan matlamat kita. Namun apabila dunia menjadi tautan hati, hilanglah pegangan dengan tali Allah.

Sekarang. Dah tahu dunia sekarang sangat teruk. Timbul satu persoalan.

Who can save the world?

Obama, the newly elected U.S.A. President?

U.S.A?

Siapa?

".....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(Ar-Ra'du:11)

Allah kata bala bencana yang jadi kat dunia ni akibat tangan-tangan manusia sendiri. So, pandai rosakkan, pandai-pandai la baiki sendiri kan? Lebih kurang camtu la Allah cakap.

Kita sendiri yang mesti baiki dunia yang dah porak peranda ni.

Sekarang ni. Satu soalan lagi timbul. Macam mana/Bagaimana?
Macam mana nak mula?
Macam mana nak baiki sistem perundangan yang korup?
Macam mana nak perbetulkan akhlak muda-mudi/orang dewasa yang semakin tak senonoh?
Macam mana nak halang orang minum arak?
Macam mana nak hentikan peperangan dan kezaliman?
Macam mana nak perbaiki dunia ni?