Saat matahari melabuhkan sinarnya suatu malam itu, anak yang sudah hampir mendaftarkan diri ke dalam golongan aqil baligh ini bersiap sedia untuk melayan mengantuknya setelah 3 jam melihat kotak yang menyajikan gambar-gambar yang bergerak.
Gigi sudah diberus, kaki sudah dibasuh, lampu sudah ditutup.
Ah, kepenatan hari ini harus dipulihkan dengan rehat yang cukup sebelum kaki ini melangkah menuju kawasan yang perlu dibawa buku dan dileteri setiap hari. Namun kawan-kawan penyebab diri anak ini melangkahkan juga kakinya ke dalam kereta bapanya setiap pagi dalam keadaan mengantuk dan letih, mungkin terlebih tidur malam itu, mungkin juga terkurang tidur.
Badannya kepenatan melayan karenah gambar-gambar yang bergerak terkemudian tadi, teringat gelagat pemain-pemain gambar dari negara Hong Kong yang berjaya menghasilkan tawanya juga anak-anak maknya yang lain.
Hari ini diakhiri dengan sebuah kepuasan kerana latihan bertulis yang diberi guru kegemarannya disiapkan dengan rapi untuk dihantar esok hari. Hari ini juga disudahi dengan sebuah kegembiraan melihat pemain-pemain gambar dari Hong Kong yang menghiburkan hati itu.
Tatkala lampu flourescent itu ditutup, terbitlah bintang-bintang glow in the dark yang dibeli beberapa minggu sudah di awanan siling bilik anak bapanya ini. Anak mata terbuka luas bagi mengumpul cahaya yang cukup, maka tersenyum lah dia melihat bintang-bintang yang disusun rapi membentuk beberapa buruj yang dikenalinya termasuklah Sagitarius, bintangnya. Anak kecil ini tidak tahu mengapa, hatinya terasa tenang malam itu menantikan mata bulatnya tertutup.
:: ::
Keadaan di sebuah disko bermandikan lampu-lampu limpah berwarna-warni, wanita-wanita berpakaian separa bogel menjadi tarikan para lelaki yang separuhnya mempunyai anak isteri di rumah. Hiruk pikuk kelab pagi buta itu disajikan dengan lagu techno yang rancak dimainkan. Tanpa rasa malu atau hina mahupun dina, si lelaki menarik tangan perempuan lalu mereka berdansa di tengah tengah limpahan warna-warni kehidupan. Tak mahu diceritakan betapa maksiat bermaharajalela di tempat yang dilaknat Allah ini, seorang lelaki baru sahaja membuka pintu dan keluar dari kelab ini.
Tatkala tangga merah karpet itu dituruni.
Hatinya berdegup kencang.
Terasa sesuatu menghampirinya dari belakang..
...."***** ** **** ***", "*** **** *** ** ****?"
Terhimpit lelaki ini ke bucu tangga, semakin hampir dirinya mendekati..
Lelaki ini semakin kaget tidak tahu berbuat apa-apa. Tak pernah didamba makhluk sebegini rupa datang mencarinya dan.. di tangga ini??
Tessssss
Terasa senjata tajam menembusi badannya,
"Arrrgghhh...!!!" Lelaki ini terjerit kesakitan.
Tikaman kedua mengikuti.
''Arrrgghhhhh...!!" Itu sahaja yang mampu dibicarakannya.
"Arrrrrghhhhhh..!! Sakittt!!! " Tikaman ketiga menyusuli.
Tikaman demi tikaman.
Jeritan demi jeritan.
Namun tiada siapa yang lalu lalang di tangga itu berbuat apa-apa.
"Encik okey ke?"
"Encik??"
Tikaman demi tikaman diteruskan seakan-akan si lalu lalang itu tidak mempedulikannya. Namun tiada yang mampu menolongnya tatkala tikaman itu menusuk badannya buat kali ke 9. Yang berhenti dari lalu lalang mampu bertanya,
"Encik muslim ke? Kalau muslim, mengucaplah cepat." Kata salah seorang yang masih ingat pada tuhan padanya. Namun serangan strok di tangga itu tadi yang membuatnya terkulai lalu dibucu tangga menghalangnya dari berkata-kata.
Yang mampu diucapkannya, " Aarrrgghhhh...!!" dan " Aaaaaarrgghhh..!!!" dan "Arrrghhh!!" lagi.
Tikaman-tikaman objek tajam itu tadi cukup pedih buatnya. Terasa dahaga walaupun baru sahaja tadi die menogak 8 tin air kencing syaitan berjenama Carlsberg di dalam kelab sebelum keluar. Tikaman demi tikaman dirasakannya, namun tidak setitis darah kotornya tumpah di atas karpet merah kelab malam di ibu kota negara itu.
Sakitnya tidak terperi.
Sakitnya azab mati.
Sakit...
Sakit..
Sakit ya Allah...
Sakitnya azab kematianmu ini..
Menyesal ku tinggalkan perintahMu,
Menyesal ku terikut godaan dunia,
Menyesal ku menginkari laranganMu,
Menyesal ku pilih jalan yang salah ini,
Tatkala roh di hujung nyawa,
setiap penyesalan tiada berguna,
hanya kesakitan amat dahsyat dirasa,
banyaknya dosaku ya rabbana,
walau beribu tahun dirayu diminta,
tak kembali lagi ke dunia nyata,
walau sesaat walau seketika,
berakhir persinggahan roh atas dunia,
barzakh menanti soalan akan ditanya,
terseksa di sana atas pilihan kita,
jalan Allah atau jalan sebaliknya,
dunia smentara atau akhirat kekal selamanya,
pilihan terpulang atas kebijakan anda,
akal diberi jangan kita tak guna.
:: ::
Anak tadi terbangun dari tidurnya dalam keadaan menangis kesakitan. Ketakutan kekesalan menghantui dirinya. Berlari mendapatkan ibunya di bawah, dia menangis mengadu tentang mimpinya.
Ibunya yang mulanya risau, menenangkan anak mudanya ini.
Lantas ibunya bertanya, "Dah solat isyak?"
Anak itu menggeleng.
"Padanlah.. Pegi solat isyak lepas tu sambung tido."
Anak ini akur. Kekesalan. Ketakutan. Menghantui diri.
Tiga malam berturut bermimpi mati.
Masih basah dalam ingatan ini.
Tak cukup lagi nak mengubah diri?
Perbaiki diri, mulakan dengan hati.
2 comments:
resah bila ketakutan selubungi diri. goyah bila ketakutan mati di hati. sukarnya memastikan ketakutan itu kekal..
orang yang takut kematian, bermakna belum ready untuk pulang bertemu Allah, bermakna belum cukup amalan untuk dipersembah depan raja sekelian alam nanti.
good to see u tort~ ^_^
Post a Comment