Wednesday, April 15

Hidup Satu Kemungkinan

Pagi yang penuh hening tadi ni,
pergi dengar satu talk yang amat bernas dari Ustaz Fadil,

Antara isi-isi yang menarik hatiku ini
ialah frasa 'hidup satu kemungkinan, mati satu kepastian'.


Hidup Satu Kemungkinan

Kelahiran kita di dunia ini adalah suatu yang berkemungkinan,
mungkin kita akan selamat ketika mak kita push push tu,
tapi mungkin juga kita tidak akan selamat sampai ke dunia fana ini.

Permulaan dunia ini pun sudah diselit dengan kemungkinan,
iaini benda yang tidak pasti.
Dari bayi, kita membesar menjadi kanak-kanak,
namun ada yang tidak mampu meneruskan hidup,
pabila nyawa diambil tuhan semula.

Kemungkinan muncul lagi tatkala mama/ibu kita memikirkan tentang kita,
dewasa nanti,
apakah yang akan anak aku jadi?
adakah dia seorang penyanyi?
apakah dia seorang kontraktor?
adakah mungkin dia menjadi seorang yang soleh?

Hidup ini penuh dengan kemungkinan,
yang tidak pernah akan pasti selagi kita tidak melaluinya,
namun,

Hidup inilah yang dikejar oleh semua makhluk bernama insan,
walaupun ia hanya suatu kemungkinan.


Kematian Suatu Kepastian

Allah berkata dalam firmannya, 'setiap yang bernyawa pastikan mati',
simple, tapi sukar difahami dan dihayati,
kepastian yang sudah diberitahu oleh Allah ini,
dibiarkan sehingga umur lewat senja.

Bukan harta jadi ukuran,
bukan keturunan jadi sandaran,
bukan rupa jadi rujukan,
tapi agama yang dilihat,
tatkala diri bergelar jenazah.

Kepastian ini diendah oleh majoriti penduduk dunia,
kepastian ini ditakuti oleh setiap manusia yang hatinya kotor,
kepastian ini dikaburi oleh nikmat2 dunia yang melata,
kepastian ini hanya diimani sebilangan kecil yang bergelar mukminun.

1 comment:

bijen moretti said...

semuanya berdasarkan pilihan dan kebrangkalian..
sekian..
=D