Monday, April 20

Bicara Hati

Hati ini semacam gembira.
Syukur terasa tak terhingga.
Lima bulan dirundung kecewa.
Dua bulan menangis menderita.
Rahmat dicari, petunjuk diminta.
Air mata bercucur mahu pulang padaNya.
Usrah senjata pengikat jiwa.
Nasihat diterima rakan sekepala.
Quran dibuka cari penyelesaiannya.
Al-Baqarah ayat 216 dicerita.
Disokong Al-Baqarah 208 pula.
Ditegas lagi oleh As-Saff dua dan tiga.
Kerna cinta syurga dan damba redha.
Kugagahkan diri menempuhinya.
Akhirnya jawapan diterima.
Berakhir satu bentuk zina.
Kan ku ganti dengan taqwa.
PadaMu yang Maha Esa.

Takku cerca ataupun hina.
Kekasihku lama kerna bukan salahnya.
Ku bersyukur bertemu Humaira
Liku hidup ilmu cinta ku timba.
Bertatih sebelum berlari berlumba.
Kuredha hati insan tidak dipunya.
Inilah takdir penentu segala.
Ku percaya jodoh takkan kemana.
Kebergantunganku hanya kepada
Allahurabbi warabbukum Azzawajalla.

Namun ku takut diri ini alpa.
Pada nikmat-nikmat dunia.
Yang terus menerus menggoda.
Doaku agar tidak leka dan lena.
Dan terus kekal atas jalanNya.
Takkan berhenti mencari syurga.
Kerana nilai syurga mahal belaka.
Harus digadai jiwa dan raga.
Mahupun yang disayangi juga harta.
Demi mencium jannah di sana.

Hatiku girang gembira.
Merasai nikmat iman dan cinta.
Ku harap temanku turut serta.
Menyusuri jalan sunnah baginda.
Menegakkan syiar Islam semula.
Yang diragut kemuliaannya.
Tak ku redha Islam dihina.
Tak ku redha kebatilan tersebar melata.
Tak ku janji selain mencuba.
Sedaya upaya agar agama.
Ditegakkan di bumi yang fana.
Bila pengakhiran As-Saff padaku dibaca.
Kan ku sambut, Ya Akulah Pembela!
Akulah Pembela Agama.
Esok satu kemungkinan hanya.
Kemenangan Islam kepastian nyata!

4 comments:

Ultraman Taro said...

A Samad Said boleh hilang kerja camnih.Tak sangka yer,pandai bersajak.

Jadikan bakat kau sebagai tinta Allah,dan bukan taghut.

Hisham Mahir said...

A Samad Said kalau kita bawak ke jalan yang benar, alangkah bestnya. Macam penyair2 yang masa jahiliah dulu dan masa Islamnya nabi tak pernah larang mereka bersyair dan bermadah.

Thanks.

Everything comes from Allah. And we all shall return to him.

sophia natasya said...

alangkah indahnya agama pabila sudah ada tatutan hati padaNYA..bgus maknanya sajak ini.teruskan berkarya untuk agama.

Anonymous said...

serius.. puitis aa..